06 April 2018

~ASAM PEDAS TUMIS IKAN PARI~

   Assalamualaikum semua... maaflah lama akak tak bersiaran sebab ibu tersayang akak telah kembali ke rahmatullah awal bulan 3 lalu... 3 minggu akak UPL (cuti tanpa gaji) jaga arwah mak dari masuk hospital sehingga ke akhir hayatnya.

   Selepas seminggu ketiadaan mak, akak demam. Demam rindukan mak dan jugak air tangan mak dalam menyediakan masakan buat anak2nya. Akak bukan pandai masak sangat sebab tak belajar betul2 dengan arwah (masak ikut mood sbrnya akak ni), tapi hari tu akak teringin benar asam pedas ikan pari.

    Kalau di sebelah utara ni, asam pedas ikan pari dia cair je, macam asam pedas bendi atau timun tu. Ramuannya hanyalah cili merah. 


Ni Asam Pedas Utara

   Tapi akak teringin asam pedas tumis ikan pari yang ayah akak cakap Asam pedas Johor. Jadi dah teringin tu kena lah buat sendiri nak harapkan mak dah takde kan... cuma berpandukan bayangan dan memori masa belajar memasak dengan dia dulu sambil2 abah bagi resipi dan cara masak.

   So, akak masaklah seperti yang diberi panduan dari abah. Jangan tak tau abah akak ni pun ala2 chef kedua dalam rumah.. hehe... sedap jugak masakan dia tu sebab tu anak2 dia semua bulat2.. haha..


Jom akak share resipi mudah ni...

Bahan2 asam pedas ikan pari tumis simple :

- ikan pari yang di potong dan dicuci bersih2 dengan limau kasturi (buang hanyir)
- 10-15 batang cili kering (dipotong kecil, rebus sehingga masak dan toskan)
- 6 ulas bawang merah - diracik
- 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
- 1 inci kunyit hidup
- 3-4 biji bendi
- daun kesum
- bunga kantan 1 batang
- asam gelugur (2-3 keping)
- garam/perasa
- 3-4 camca minyak utk menumis (abah cakap minyak kena byk)
- air secukupnya

Cara2 :

- Cili kering, bawang merah dan kunyit hidup dikisar sehingga separuh hancur. kunyit kena hancur la nanti orang tercekik kunyit pulak. cili kering agak2 kasar baru sedap.

- panaskan minyak, tumiskan bawang putih dengan daun kesum** sehingga garing dan naik bau. kemudian tuangkan bahan dikisar tadi, asam keping dan setengah gelas air. biarkan mendidih sehingga warna pes cili tadi agak gelap. kena kacau sesekali bagi mengelakkan bahagian bawah sambal tu tergaring atau hangit.

- masukkan ikan pari, salutkan dia dengan cili sehingga sebati, kemudian tuang air lagi (2 gelas atau secukupnya sehingga tenggelam ikan). Masukkan bunga kantan, bendi yang sudah dipotong. masukkan garam dan perasa secukupnya, biarkan mendidih lagi sehingga kuah jadi sedikit pekat.

- bila ikan dah masak, kuah pekat dh boleh tutup api. Haa.. dah siap. bau nye saja buat akak rindu air tangan mak, apetah lagi makan.. boleh tambah 2 pinggan nasi dibuatnya.



Asam Pedas Ikan Pari Tumis

Ni ha masakan akak, maaflah ter snap dalam kuali masa ikan dok berenang lagi. Tak sempat nak masuk dalam mangkuk, eksaited bebeno bila masak ni menjadi. hehe..

Tapi asam pedas ni akak tak letak halba atau lada hitam tau. akak buat macam arwah mak buat, tak letak bahan2 tu. kalau korang nak cuba boleh lah, mungkin tekak selera utara kot tak letak lada hitam & halba. Tapi sedaplah untuk tekak sendiri.

Apa pun, masakan akak masih tak dapat menandingi masakan arwah mak. Masakan mak adalah masakan terbaik dalam dunia...

Alfatihah untuk arwah mak.

**daun kesum yang ditumis sekali akan menaikkan bau yang harum dan agak klasik. Kalau tak pernah try, nanti try lah buat. Sedap sangat bau dan rasanya!

#sharing_is_caring

02 Februari 2018

~NANO WHITE SERUM~GUARDIAN SALE!!~

Assalamualaikum... morning & salam Jumaat...

Uols.. akak nak bagitau ni.. Guardian dengan Watson (inc. Tesco) ada buat sale. Guardian up to 50% (certain product) tapi kebanyakan yang akak tengok semua 40%.

Akak beli Nano White Intensive Brightening Serum ni. Harga asal RM 55.90 dah tinggal RM33.54 (Guardian). 

Guardian of Galaxy buat sale besar2an smpai 50% utk item2 popular.. so akak rembat laa benda alah ni..dh lama nk ambik tp x mpu sbb mahal.. tp smlm hrga dr rm56 turun smpai rm33.60.. xkn nk tgk saja..kan?? Beli la. Hehehe... Tesco pun ada sale kata dorg.. 30% x silap..


Antara kebaikan serum ni adalah ::

Serum Pencerah Intensif adalah serum pekat pemutihan yang paling intensif dan efektif untuk membersihkan bintik coklat yang degil, tanda jerawat dan perubahan warna kulit yang lain. Ia tekstur ringan cepat meresap dan berfungsi ke arah seragam dan cerah warna kulit.

• Serum pekat pemutihan berkesan yang menyerap ke dalam lapisan kulit untuk menyahaktifkan penghasilan melanin, membersihkan bintik hitam yang degil dan perubahan warna kulit yang lain dan menjadikan kulit lebih cerah.

Serum ini diolah dengan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semulajadi.

Nanowhite adalah satu-satunya penjagaan kulit yang mempunyai endorfin 'gembira'. Endorphin ini memeriahkan liang-liang kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan nanomolekul yang lebih halus 1000x membolehkan penembusan yang lebih dalam ke dalam kulit anda. Ini bermakna bahawa bahan pemutih berkuasa (arbutin), Omega White-C, boleh berfungsi dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Dengan kulit nano-gembira, anda akan mendapat kesan dengan lebih pantas. Dan itulah kebenarannya.

.....

So far akak guna set 3in1 dulu sebab dalam tu ada tester serum ni <<(review sini).>> Masa akak pakai tu akak nampak kulit akak dah kurang bintik2 hitam bekas2 jawat akibat pakai krim kilo2 ni [boleh review info2 pasal krim kilo dan krim sampah dari page <<Khairul Yoi]>>.. Lepas tu akak rasa kulit akak semakin smooth dan anjal bila bangun dari tidur.

Dah bila Guardian buat sale begini akak tak lepaskan peluang untuk beli sebotol 40ml untuk kegunaan jangka masa panjang.

Trylah uols... pegi beli selagi sale sedang berlangsung.

Sah sehingga 4hb Feb 2018 ni aje.. :)

p/s :: oppss... akak lupa tulis cara pakai serum.. haha.. sapuan serum ni mengikut arah lawan bulu roma tumbuh. Jadi korang sapu serum ni naik ke atas tau...lebih cepat dia meresap ke dalam kulit.. selamat mencantikkan kulit...

22 Januari 2018

^Bubur Candil @ Wadai Kipeng^

Terobek... Sabtu day :)

Akak takde apa program hari Sabtu lepas so akak memasak laa menu untuk makan malam tu. Akak teringin nak masak bubur candil tapi takde pewarna nak kaler2 kan bubur akak tu. So akak buatlah bubur wadai kipeng, bubur orang banjar.

Semangkuk kecik wadai kipeng

Lepas tu ada yang bertanya akak apakah resepinya. Benda ni simple je dok saja2 pun boleh buat untuk makan/minum petang@malam, asalkan cukup bahan2, memang jalan... Akak ni sebab malam2 tak nak makan nasi, so tibailah buat benda ni. Habis seperiuk rice cooker tu akak dengan adik kendurikan.. hehehe.

So kat sini akak share kan sedikit resepinya bagi sesiapa yang teringin nak membuatnya..

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya

Bahan B
6 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1/2 ketul gula melaka
-akak guna 3 ketul gula melaka yang saiz kecil comel tu je-
1 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya
1 cawan santan kelapa
Secubit garam
Durian/pulut (penambah rasa)


Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. Kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air. Asalkan boleh digentel. Gentelkan menjadi bulat dan penyekkan sedikit. Lebih kurang 1-1.5cm (seperti dalam gambar)

2. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel. Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.

3. Dalam periuk lain, masukkan gula merah, gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan. Kacau sebati hingga mendidih dan gula menjadi larut. Kemudian masukkan santan dan garam.

4. Masukkan bahan A yang telah siap ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Anda boleh juga masukkan beberapa ulas durian untuk menambah rasa durian.

5. Rasakan manis dan lemaknya. Jika sudah berpuas hati, angkat dan bolehlah dihidangkan.


~~SELAMAT MENCUBA RESEPI URANG BANJAR~~ :)