18 Julai 2011

~ Cik Bi Amini ~

Assalamualaikum..

Tanganku sakit!! Itu laa..masa pegi fisio tu tak nak bagitahu kata sakit..sudahnya aku x gi keja 4 hari berturut2.. Fisioterapis aku tu pun x paham2 yang tangan aku sakit (tak yah laa buat kasar2, kompem2 kena maki free..tp dlm hati jelah)..

Tapi yang syioknye pegi fisio ni bukan aper...bila En. Hasbi Amini (physiotherapist) tu berkata, "pegi letak ais dlu baru buat fisio." Hahaha..syok oo letak ais...sejuk... mcm nk mintak, "cik Bi, boleh berendam dlm jakuzi ais x?" ekekek...kompem2 dia kata,"dlm spital ni mana ada jakuzi cik kak oii...!" Hahaha...

Ape pun aku suke dengar bila cik Bi aku tu bercakap..wah! cik Bi "aku" tu...haha..loghat dia best.... siap dengan aku sekali cakap loghat dia..dia pun mcm tkejut tp sengih2 suka laa ada org yg boleh cakap ikut loghat dia.. Hihi..x sia2 aku belajar dlm Google..kah kah kah!

Takpe cik Bi...this week kita jumpe lagi yer...sakit pun sakitlah..kah kah kah....
Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

07 Julai 2011

KiSaH hAtI ~ 1

        Dia merenung titisan air hujan yang menimpa bumi,yang menghasilkan lopak-lopak kecil di halaman rumah. Sesekali terdengar dia mengeluh, seolah melepaskan beban yang berat dalam dada. Kedengaran pintu dibuka dari luar namun dia buat tak endah saja. Terasa bahunya disentuh, lalu dia menunduk.

        " Nia, sudahlah tu. Kalau Nia terus macam ni pun, masalah tak kan selesai,"pujuk ibunya, Puan Hawa. Nia Aryana mendongak, kembali menatap cuaca sejuk di luar jendela. Puan Hawa berpatah semula lalu duduk di birai katil Nia Aryana, anak gadisnya. Nia Aryana menoleh lalu bersandar pada dinding.

        " Entahlah,mak. Nia pun tak tahu apa lagi yang Nia nak buat," katanya lalu menunduk lagi.

        " Mak faham apa yang Nia rasa. Tapi kalau itu sudah suratan takdir dari-Nya, Nia kena redha,nak!" pujuk ibunya lagi. Nia Aryana menghampiri ibunya lalu dia duduk di sebelah Puan Hawa. Seketika kemudian dia baring lalu merebahkan kepala di ribaan Puan Hawa.

        " Kenapalah Ariff buat Nia macam ni,ye mak? Tinggalkan Nia sorang-sorang macam ni?" soal Nia Aryana dengan suaranya yang bergetar. Puan Hawa mengelus-elus rambut panjang milik anaknya. Air mata Puan Hawa bergenang lalu mengalir ke pipi tuanya. Diseka agar Nia Aryana tidak menyedarinya.

        " Sabarlah, Nia. Semua ni ujian dari Allah. Nia tak boleh berputus asa. Hidup Nia mesti diteruskan," kata Puan Hawa. Matanya mengerling ke arah pintu bilik Nia Aryana yang terbuka. Kelihatan anak lelakinya yang juga abang Nia Aryana, Naufal Haqim memandang sayu. Kemudian pandangannya beralih pada Nia Aryana.

        " Ariff tinggalkan Nia saat Nia memerlukan dia,mak! Nia sakit..sakit sangat!" katanya dengan sebak.

        " Jangan terlalu ikutkan hati, Nia! Kesiankanlah mak!" pujuk Puan Hawa sambil teresak-esak. Naufal Haqim masuk lalu mengusap belakang ibunya. Seketika kemudian dia berbisik di telinga ibunya lalu ibunya mengangguk, tanda faham.

        " Nia, along nak ke rumah Dato' Zainal. Jom, ikut along?" pujuk Naufal Haqim. Nia Aryana menggeleng.

        " Nia tak nak! Nia tak boleh tengok rumah tu. Hati Nia sakit sangat," ujarnya sebak. Naufal Haqim duduk di sebelah Nia Aryana.

        " Nia tak boleh macam ni. Keluarga Dato' Zainal tu kan bekas mertua Nia. Apa salahnya Nia melawat mereka?"kata Naufal Haqim. Nia Aryana memejamkan matanya dan Naufal Haqim melihat air mata adiknya merembes keluar tanpa ditahan-tahan. Dia menunduk.

        " Takpelah, along. Kalau Nia tak mau tak payah paksa-paksa dia," pujuk Puan Hawa. Naufal Haqim cuma memandang ibunya dengan pandangan kosong. Hampa. Nia Aryana memeluk lengan ibunya lalu mengimbau kembali peristiwa beberapa bulan lalu.

                                          *****************************************
         Nia Aryana binti Ibrahim selamat menjadi isteri kepada Ariff Haikal bin Dato' Zainal Abidin. Perkenalan yang singkat selama 6 bulan membulatkan hati Ariff Haikal untuk memilih Nia Aryana sebagai isterinya yang sah. Namun ikatan itu tidak direstui oleh ibu Ariff Haikal , Datin Hamimah, dan kakak Ariff Haikal, Anis Emelda. Sepanjang majlis pernikahan di rumah Nia Aryana, kedua-dua mereka tak habis-habis mencebik kerana majlis yang berlangsung agak sederhana.

        Lain pula terjadi apabila majlis bertandang ke rumah Ariff Haikal. Nia Aryana hampir-hampir saja dimalukan oleh ibu mertuanya namun sempat diselamatkan oleh Ariff Haikal,dan ayah mertuanya. Dan kerana itu, pada malamnya di kamar pengantin, Nia Aryana memendam rasa. Ariff Haikal yang baru lepas mandi, menghampiri isterinya yang duduk di katil, sedang berkhayal.

        " Sayang? Jauh termenung?" soal Ariff Haikal. Nia Aryana yang terperasankan Ariff Haikal tidak berbaju, cepat-cepat menunduk. Ariff Haikal ketawa lalu memeluk bahunya.

        " Ariff, awak tak rasa ke perkahwinan kita ni tidak direstui oleh mama awak?" soal Nia Aryana. Ariff Haikal mengerutkan dahinya.

        " Awak rasa macam tu ke?" soalnya. Nia Aryana angguk. Ariff Haikal mengeluh, lalu dia bangun menuju ke almari pakaian.

        " Sebenarnya, saya cepat-cepat menikah dengan awak ni sebab nak elak dari dijodohkan dengan menantu pilihan mama, Juliana Dato' Baharom. Saya tak suka dengan social life Julie.. Wanita macam dia tu tak layak jadi isteri saya,"terang Ariff Haikal tentang perkara sebenar. Merah padam muka Nia Aryana.

        " Jadi, awak gunakan saya sebagai alasan?"soal Nia Aryana agak keras. Ariff Haikal terkejut dengan sikap Nia Aryana yang berubah tiba-tiba. Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya.

        " Bukan macam tu, sayang. Awak memang cinta pertama saya. Saya tak nak kehilangan awak sebab tu saya nak kita disatukan dengan cepat. Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hari ni awak dah sah jadi isteri saya. Awak tak suka ke?"soal Ariff Haikal. Nia Aryana menunduk, mengelak dari dicium oleh Ariff Haikal.

        " Takdelah. Tapi awak seolah-olah menggunakan saya untuk melepaskan diri awak," ngomelnya. Ariff Haikal ketawa. Nia Aryana sudah muncung.

        " Awak tak sayang saya ke?" soal Ariff Haikal dengan romantik. Dengan pantas dia merangkul isterinya lalu memeluk erat-erat. Nia Aryana sudah memerah pipinya dan berusaha untuk meloloskan diri dari pelukan suaminya. Bibir Ariff Haikal mula mencari sasaran pada wajah Nia Aryana. Letih mengelak kerana rangkulan suaminya begitu kejap dan kemas, akhirnya Nia Aryana mendiamkan diri. Ariff Haikal tergelak.

        " Kenapa awak buat saya macam ni?" soal Nia Aryana malu-malu. Ariff Haikal merenggang pelukan lalu memimpin isterinya ke katil, dan mereka duduk berdua.

        " Kenapa? Tak boleh? Saya suka tengok muka awak merah, malu-malu. Lagi pun, awak isteri saya. Takkan saya nak tengok aje kot? Haha,"kata Ariff Haikal lalu ketawa. Akhirnya Nia Aryana pun turut sama ketawa. Saat mata mereka berpandangan, Ariff Haikal menggenggam tangan Nia Aryana. Dia mendekati isterinya, dan Nia Aryana menatap mata bulat milik suaminya.

        " Assalamualaikum,sayang," perlahan kalimat itu keluar dari bibir Ariff Haikal. Nia Aryana tersenyum.

        " Waalaikumsalam, abang," jawabnya sambil merebahkan kepalanya dalam pelukan Ariff Haikal. Akhirnya mereka melayari bahtera cinta dengan penuh romantis dan bahagia.

                              ***********************************************
        Nia Aryana terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi dentuman guruh di langit. Perlahan-lahan dia menoleh memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 2.45 pagi. Kemudian dia menoleh kembali tempat tidur yang kosong di sebelahnya. Masih terasa hangatnya pelukan Ariff Haikal.

        Dia melentang. Memandang langit bilik yang kosong. Tersayat sakit hatinya kerana Ariff Haikal meninggalkan dia keseorangan di kala cintanya pada Ariff Haikal mula berkembang mekar.

       " Abang....," tanpa sedar Nia Aryana menyebut nama Ariff Haikal.

       " Ya-Allah, kenapa aku seperti tidak redha dengan ketentuan-Mu ini. Kenapalah begitu berat dugaan-Mu yang harus aku tempuhi?" Nia Aryana berbisik sendiri. Dia bangun lalu keluar, menuju ke ruang tamu dan duduk bersendiri melayani perasaan.

        Tiba-tiba, pintu bilik Amy Haryani terbuka. Dia terkejut saat melihat susuk tubuh adiknya berada di ruang tamu. Perlahan-lahan dia menghampiri Nia Aryana, lalu duduk di sebelahnya.

        " Nia? Buat apa kat sini? Dah pukul 3 pagi," katanya. Nia Aryana cuma memandang wajah kakngahnya dengan pandangan yang kosong. Amy Haryani mula tidak sedap hati.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

04 Julai 2011

JaLaN2 DeNgAn MaK TeRsAyAnG...

 Semalam (03/07/2011), aku bawak mak naik Bukit Bendera. Teruja laa sekejap dia sebab naik keretapi baru yg laju (5 minit untuk sampai ke atas).. tp x sempat nak amik pic dekat dlm train sb org pack sangat..... So..ni laa pic2 yg sempat aku snap..hehehe.... Cuaca lepas hujan..korang paham2 jelah.... Sejuk.....gigil2....hehehehe...





Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

~ Kembali Bertugas...~

Assalamualaikum.....

Hai,semua..... Aku kini kembali bertugas setelah "bercuti" hampir sebulan lebih.....ni pun aku masih lagi dalam cuti selama 2 bulan tapi aku masuk kerja sebab boring dok umah lama2..hihihi....

Actually, aku MC sebab aku jatuh kat tempat kerja..huhu...tangan aku retak kat pergelangan tangan dan siku. Sakitnya jangan cakap la....meraung jugak laa aku kalau nak tido malam....hihi.....

Oklah...disebabkan tangan aku hanya boleh menaip sebelah..jadi aku xde apa nak coret banyak2 kat sini....huhu....sampai ketemu..... salam....... ^_^

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim