15 November 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 25

     Aku termenung sendirian depan tv. Sudah hampir sebulan aku balik ke rumah emak. Masih teringat kejadian pada hari yang sama aku sampai dari Kuala Lumpur, waktu petangnya angah dan isterinya tiba dari Sungai Besi. Merah padam wajah angah tatkala bertentang muka denganku.
     " Ni apa cerita ni? Angin takde, ribut takde, tau-tau kena tangkap khalwat? Apehal?" soal angah dengan berang sekali. Sungguh! Waktu itu aku rasakan seperti kena marah dengan angah apabila terkantoi ponteng kelas tambahan waktu sekolah dulu. Aku menunduk, lalu mengeluh.
     " Belum pun keluar budak tu, dah buat perangai!" kata angah lagi lalu menunjuk ke arah perutku. Aku menjeling sekilas.
     " Angah...ape ni?" tegur emak sebaik saja datang dari arah dapur dan menatang dulang minuman. Kak ngah menampar lembut bahu suaminya. Emak duduk di sebelahku.
     " Achik baru je baik dari sakit, kamu jangan nak tambah masalah pulak!" emak memberi amaran. Angah cuma menjeling sekilas.
     " Laki dia sendiri yang cari masalah!" jawab angah lagi.
     " Dahlah! Rimaslah!" aku membentak. Terdiam mereka semua. Aku cuma memandang mereka sekilas. Tiba-tiba terasa seseorang menepuk perlahan bahuku, membuatkan aku kembali tersedar. Aku menoleh lalu tersenyum pada emak. Dia duduk di sebelahku.
     " Kenapa termenung je ni? Ingatkan Adam ke?" soal emak. Aku menjeling.
     " Mak...," aku menjawab dengan malas. Emak cuma tersengih.
     " Dia tak telefon kamu?" soal mak lagi. Ish, mak ni! Aku dah lah tengah sakit hati pasal kejadian beberapa hari lalu. Mak ni macam tak faham-faham pulak! hati aku membebel. Aku menarik muka kelat.
     " Buatlah muka macam tu. Esok lekat kat anak, baru tau," perli emak lagi. Sudahnya aku diam. Baru saja emak nak jawab, kedengaran pintu diketuk. Pantas emak bangun lalu membuka pintu. Kelihatan wajah ateh bersama tunangnya di luar rumah.
     " Assalamualaikum, mak," kata ateh lalu memeluk emak. Tunangnya turut bersalam.
     " Waalaikumsalam. Masuklah! Kamu berdua ni cuti ke?" soal emak lalu menutup pintu.
     " Ateh cuti dua hari, mak. Mizi ni je cuti sehari, esok baliklah!" kata ateh lalu menghampiriku dan bersalaman denganku. Tarmizi cuma melemparkan senyuman.
     " Duduklah, mak ke dapur kejap," kata emak. Terburu-buru ateh menarik tangan emak dan hampir-hampir jugaklah orang tua tu terduduk atas aku. Menjeling emak pada ateh yang tersengih.
     " Tak payah, mak. Kejap lagi nak mandi, kita terus makan malam je," kata ateh. Emak menyuruh Tarmizi masuk ke bilik Mazlan untuk menukar baju, dan dia pun beredar. Ateh kembali memandang wajahku.
     " Achik macam mana?" soalnya. Aku mengerutkan dahi.
     " Macam mana apanya? Macam ni jelah," jawabku sambil membelai perutku yang sudah membukit. Ateh mengutil lenganku, pedih.
     " Sakitlah! Ape ateh ni?" soalku sambil menampar tangannya.
     " Tulah! Jawab main-main lagi!" jawabnya lalu menjeling. Aku terus menarik lengannya supaya merapatiku. Dia hanya menurut.
     " Hmm, berbuallah kamu berdua dulu. Mak nak siapkan makan malam untuk Mizi," kata emak lalu dia bangun menuju ke arah dapur. Kami kembali menyepi sehinggalah kedengaran jam dinding berdenting sebanyak 9 kali, menandakan sudah masuk pukul 9 malam.
     " Achik, kenapa sampai jadi macam ni?" soalnya. Aku mengeluh lalu bersandar.
     " Tak tahulah, ateh. Rasa hilang semangat achik malam tu bila dengar kak Adlina menjerit yang dia ditangkap khalwat! Lagi terasa seakan hilang nyawa bila achik tengok, bekas tunang dia yang ditangkap khalwat bersamanya," aku menjawab dengan nada yang sebak. Ateh mengusap perlahan belakangku.
     " Dia tak explain apa-apa kat achik ke?" soalnya lagi. Aku cuma menggelengkan kepala.
     " Dia cakap dia diperangkap! Tapi achik dah tak percaya lagi," jawabku. Kedengaran ateh mengeluh.
     " Salah tindakan achik tu. Sepatutnya achik dengar dulu penjelasan dia, bagi dia peluang untuk menerangkan keadaan sebenar. Manalah tahu mungkin betul dia diperangkap,kan? Bekas tunang dia pulak tu. Kalau orang lain mungkinlah achik rasa dia menipu, betul tak?" soal ateh. Aku terdiam sebentar, memikirkan kelogikan kata-kata ateh sebentar tadi. Baru saja aku nak menjawab, Tarmizi keluar dari bilik Mazlan, lalu duduk di hadapan kami.
     " Betul ke achik?" soalnya pula. Ateh menjeling.
     " Awak jangan tanya soalan tu lagi, saya dah tanya. Jawapan soalan SPM yang klise," perli ateh kepadaku. Tarmizi ketawa besar. Aku menjeling. Suka betul dia kenakan aku di hadapan tunangnya.
     " Dia telefon saya petang semalam, ceritakan kejadian sebenar. Yanti perangkap dia," kata Tarmizi. Aku memandang wajahnya.
     " Mana dia tahu dia diperangkap?" soalku.
     " Menurut ceritanya, Yanti call dia, katanya dalam kesakitan, demam. Dia mintak tolong Adam bawak ke hospital sebab dia tak larat nak drive. Adam kata, sebaik saja masuk ke dalam apartment Yanti, tak sampai 10 minit, pegawai JAIWP datang ketuk pintu. Dia memang tak boleh lari lagi dah, kebetulan pulak si Yanti pakai baju tak sempurna, apa lagi yang dia nak jawab untuk lepaskan diri? Masa tu dia dah call Tan Sri sebab tu dia terus balik rumah sebaik saja keluar dari balai," terang Tarmizi panjang lebar.
     " Allah hai! Kalau dah takde apa-apa ikatan, buat apalah yang baik hati sangat nak tolong bekas tunang tu? Nampak sangat macam ada udang di sebalik mee kuah!" jawab ateh garang lalu bangun menuju ke dapur. Dia sengaja menekan perkataan 'bekas tunang' untuk mengingatkan Tarmizi yang Adam dan Yanti sudah memang tidak ada apa-apa ikatan lagi. Aku kembali memandang Tarmizi. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
     " Saya tak boleh berfikir macam Mun tu achik, sebab saya lelaki. Jikalau saya sendiri berada di tempat Adam, saya juga akan buat perkara yang sama memandangkan dulu kami pernah bercinta. Rasa bimbang tu tetap ada walaupun sebagai kawan. Saya tak tahulah kot achik fikir macam Mun atau ikut naluri achik sendiri," katanya. Aku mengeluh lagi. Ya Allah, berapa kali mengeluh daa...
     " Achik tak tahu apa harus achik buat," keluhku.
     " Better achik dengar dulu penjelasan dia, sebaik-baiknyalah, kan? Kalau dah puas hati, terpulang pada achik untuk buat keputusan," jawabnya. Aku termenung lagi. Kedengaran emak sudah melaung memanggil nama Tarmizi untuk menjamah makan malam. Baru saja dia bangun, aku menahannya.
     " Ada apa achik?" soalnya. Aku serba-salah.
     " Ada tak dia cakap yang dia kena nikah atau tak dengan Yanti?" soalku.
     " Dia cakap ada, pegawai JAIWP tu mintak dorang nikah..." kata-kata Tarmizi membuatkan jantungku seakan terhenti, lantas aku memotong cakapnya.
     " Dah nikah? Bila?" soalku tak sabar-sabar. Tarmizi ketawa. Gelak pulak budak ni! Aku penampo karang! hatiku merungut.
     " Achik, bagilah saya cerita sampai habis dulu. Ini main serbu je," katanya. Aku tersenyum kelat, termalu sendiri.
     " Memang ada pegawai JAIWP mintak dorang menikah, kalau tak bayar denda RM 3 ribu! Tapi, achik tahulah anak manja Tan Sri, dia kata pada pegawai tu, dia cuma ada seorang isteri saja yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya, jadi dia tak nak ada 2-3 isteri lagi, dan dia bayar denda sahaja! Takde nikah-nikah koboi seperti yang achik bayangkan tu," terang Tarmizi lalu ketawa. Aku tersengih dan dia terus meminta diri untuk ke dapur. Aku kembali duduk dengan hati yang tenang.
     " Dia cuma ada seorang isteri saja," aku mengulangi kata-kata yang baru Tarmizi ceritakan tadi sambil tersenyum. Tanpa sedar, tanganku mencapai handphone ku lalu menghantar mesej kepada Adam.
**************************************************************************************************************************************************
     Pagi itu aku bangun awal lalu mengemas semua baju masuk ke dalam beg. Hajat di hati ni aku nak tumpang Tarmizi pulang tapi takut nanti emak berleter panjang, maka dengan selamba badaknya aku menghantar pesanan ringkas pada Adam malam tadi.
     Aku keluar menuju ke dapur, melihat emak dan ateh sedang menyiapkan sarapan. Aku menghampiri meja makan lalu duduk.
     " Mak," aku memanggil emak. Dia menoleh.
     " Kenapa?" soalnya.
     " Orang ingat, pagi ni orang nak balik KL," jawabku. Emak mengerutkan dahinya lalu memandang ateh.
     " Eh, ateh tak tahu apa-apa,ek! Tanya Mizi," kata ateh. Emak duduk bertentangan denganku.
     " Mak tak pelik kalau kamu nak balik, tapi mak pelik, kamu nak balik ke rumah mana, dengan sape?" soal emak. Aku tersengih.
     " Adam," jawabku perlahan.
     " Alhamdulillah...makbul jugak doa mak!" jawab mak sambil tersenyum lebar. Ewah, mak ni! Macam suka sangat je kalau Adam datang jemput aku balik. Dah tak suka aku dok lelame kat umah dia la tu! Aku mengumam. Baru saja aku nak menjawab, kedengaran suara abah kecoh di ruang tamu.
     " Ni ha, Adam baru sampai. Moh kite makan sekali ye?" kata abah sebaik saja melangkah masuk ke dapur. Aku menoleh dan memandang wajah Adam yang sedikit cengkung. Dia menghampiriku lalu aku bangun untuk bersalam dengannya. Saat aku mencium tangannya, terasa hati berdebar bagai nak gila! Ewah! Macam first time meet pulok! Padahal anak dah nak keluar sorang! hatiku mengejek. Dia duduk di sebelahku, dan aku menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.
     " Makanlah, Adam. Mak tak masak yang special pun, tak tahu pulak kamu nak balik," kata emak menceriakan suasana.
     " Ini pun dah cukup, mak!" akhirnya dengar jugak suaranya setelah dekat sebulan aku merajuk. Sambil makan, abah berbual dengannya tentang kerja. Aku berterima kasih pada abah sebab abah langsung tak menyentuh soal yang satu tu. Kalau tak lagi haru, silap-silap banjir pulak rumah mak. Hahaha.
     " Aik? Bila kau sampai? Patutlah dengar suara tadi macam kenal!" kata Tarmizi yang baru lepas bersiap lalu bersalaman dengan Adam. Dia duduk di sebelah abah.
     " Baru je. Nak jemput May," katanya.
     " Lah, aku ingat dia nak duduk sampai 3-4 bulan lagi! Tu yang aku pos si Munirah ni," gurau Tarmizi membuatkan abah dan emak ketawa. Ateh menarik muncung.
     " Ate, kalau achik balik hari ni, ateh dok soranglah kat sini. Takde kawan pulak!" ujarnya.
     " Eh, mak kan ada?" soalku. Emak menjeling.
     " Dia mana nak bergosip dengan mak ni, dia kan suka bergosip dengan kamu," sindir emak. Ateh ketawa lalu memeluk bahu emak.
     " Mak ni, orang gurau jelah!" katanya. Semua tahu, Munirah cuma bergurau.
     " Tak nak makan tengahari kat sini ke, Adam, Mizi?" soal emak. Dua jejaka idaman Malaya itu cuma berpandangan.
     " Ada menu special ke, mak?" soal Mizi. Emak mengangkat ibu jarinya.
     " Chef Munirah Abd. Aziz dengan Chef Maysarah Abd. Aziz nak masak," jawab emak.
     " Eh? Bukan Masterchef Jamilah Ayub ke nak masak?" soal ateh pulak. Mereka semua ketawa. Aku lihat Adam cuma tersenyum tawar, nasi goreng dalam pinggannya tidak luak. Makan ke tidak laki aku ni? On diet pehal pepagi nih? Aku memandang wajahnya dari tepi dan dia kelihatan benar-benar cengkung. Hurm, penyakit yang cari sendiri, hatiku mengomel. Sepantas kilat dia memandang wajahku. Gulp! Ni yang tak best! Confirm dia tahu! Huhu. Perlahan aku mengukir senyum lalu kembali memandang wajah emak.
     " Tak jadi kot, mak! Nak gerak balik KL pagi ni jugak," aku menjawab.
     " Takpelah, mak! Adam okey je. Hari ni Adam nak rasa masakan mak, lama beno tak rasa masakan air tangan mak," jawapan Adam membuatkan aku terkedu. Itu sindiran untuk akulah! Emak tersenyum.
     " Okey, nanti Adam dengan Mizi ikut abah ke pasar, beli apa yang patut. Nanti mak masakkan," jawab emak lalu bangun menuju ke sinki. Aku memandang wajah Adam. Dia cuma meneruskan suapan tanpa sekilas pun memandangku semula. Hish! Memang menyakitkan hati! hatiku membentak. Sudahnya aku bangun menuju ke sinki tanpa menghabiskan sarapan pagi tu.
*************************************************************************************************************************************************
     " Orang tahulah!" aku menjawab tanpa memandang wajah mak dan ateh apabila terasa mereka memandangku tanpa kata.
     " Tahu apa?" soal emak.
     " Tahulah yang sindiran Adam pagi tadi tu nak rasa masakan isteri dia ni, kan?" soalku. Emak ketawa.
     " Tahu pun! Mak ingat kamu tak faham lagi bahasa sindiran seorang suami," kata mak. Aku menjeling. Ateh mengekek-ngekek ketawa.
     " Sudah! Cepat habiskan potong bawang tu. Ada dua assistant pun keje jadi lambat jugak!" perli emak lalu mula menumis.
     " Wah, mak! Speaking! Grand lah!" kata ateh lalu kami ketawa. Mak mencekak pinggang sambil memegang sudip.
     " Kamu ingat mak tak tahu nak speaking? Mak kan bekas cikgu sekolah rendah, lupa ke?" soal emak. Aah lah! Emak bekas cikgu kelas aku! Kahkahkah. Adeh, lupa pulak. Sudahnya tengahari tu dapur kami penuh dengan senda gurau dan gelak tawa dari anak-anak Puan Jamilah Ayub.
****************************************************************************************************************************************************
     " Abang, bangun makan," perlahan aku mengejutkan Adam yang sedang tidur dalam bilik kami. Nyenyak sungguh aku lihat dia tidur. Agaknya dalam sebulan ni, dia tak dapat tidur nyenyak macam ni ke? Aku duduk di birai katil, terus menggoyangkan kakinya.
     " Abang, bangun makan. Kejap lagi nak balik dah," kataku lagi. Kelihatan dia bergerak, dan membuka matanya memandangku. Aku tersenyum sekali namun dia kembali pejam. Haih? Awal sangat ke dia bertolak dari KL? Mengantuk lagi ke?
     " Abang," aku memanggilnya lagi. Dia tidak terjaga. Hatiku rasa tak sedap. Takkan dia marah kat aku? Sepatutnya aku yang marah dia. Perlahan aku menghampirinya lalu memegang bahunya yang tidak berbaju. Dengan pantas aku menarik semula tanganku. Aku memandang wajahnya. Baru aku tersedar kenapa wajahnya kelihatan pucat. Badan dia panas.
     " Adam demam," aku berbisik sendiri. Aku bangun lalu menuju ke bilik air, mencapai tuala kecil lalu membasahkannya. Kemudian aku kembali ke katil dan meletakkan tuala basah itu atas dahi Adam. Perlahan aku menyelimutinya kemudian aku menggenggam tangannya.
     " Sayang mintak maaf, sebab susahkan abang. Sayang tak tahu abang demam," ucapku perlahan. Melihatkan dia yang tidak bergerak, aku ingin bangun menuju ke dapur, makan tanpa kehadiran Adam. Baru saja aku menurunkan kaki, tangan Adam menggenggam kuat tanganku. Pantas aku menoleh. Dia memandangku dengan segaris senyuman.
     " It's okay, yayang. Sepatutnya abang yang minta maaf pada yayang sebab buat yayang kecewa dengan abang, tapi abang berani bersumpah, abang teraniaya," katanya perlahan. Aku pantas menggeleng. Bab sumpah-sumpah ni memang aku cukup tak suka.
     " Jangan cakap macam tu. Sayang percaya. Mizi dah cerita semuanya pada sayang," kataku.
     " Abang rindu yayang, sayang yayang seorang je. Takde yang lain," kata-kata Adam membuatkan hati aku pilu. Terasa amat dihargai oleh seorang lelaki bernama suami. Aku mencium tangannya, dengan linangan air mata.
     " Abang, jom bangun, makan," pujukku.
     " Takde selera lah. Yayang pergi makan dulu, kesian baby," katanya. Aku menggeleng.
     " Kalau abang tak nak makan, sayang pun tak nak," jawabku sambil turut berbaring di sebelahnya. Dia memelukku lalu mengucup dahiku. Tangannya mengusap lembut perutku.
     " Ayah rindu baby dengan ibu..."katanya perlahan. Aku mengucup dagunya. Namun pelukan kami hanya sekejap saja apabila aku sudah menolak badannya. Dia tercengang dengan mata yang kuyu memandangku. Dengan selamba aku menjawab...
     " Panaslah!" dan akhirnya kami tersengih. Lupalah tu yang dia tengah demam. Sedap-sedap je peluk aku. Berjangkit kang, dia jugak yang susah.
     " Si May ni tidur kot, Milah? Kita suruh dia kejut Adam, dengan dia sekali masuk tidur! Nasib baik kita tak tunggu dorang berdua ni, kalau tak kelaparanlah kita semua," terdengar suara abah melaung pada emak di dapur. Aku memandang Adam dengan muka lucu lalu kami ketawa. Kesian kat mak, abah, ateh dengan Mizi. Hampir terlupa aku pada mereka.
     " Abang punya pasallah ni! Sayang lupa dorang semua," rungutku.
     " Aah, bukan abang yang naik tidur sebelah yayang, tapi yayang tu yang naik tidur sebelah abang. Jangan buat-buat lupa ye," katanya sambil menarik hidungku dengan kuat. Sudahnya aku yang menjerit kesakitan.
     " Jom, makan?" soalku berkira-kira untuk bangun, namun dia menahanku. Aku memandangnya.
     " Abang nak makan menu lain," katanya dengan manja. Aku mengerutkan dahi. Menu lain?
     " Menu untuk orang demam ke?" soalku pelik. Dia tersenyum dengan gaya menggoda. Alahai encik suami, ku tahu dikau memang terlebih hensem. Jangan senyum macam tu, hatiku berdebar-debar.
     " Abang nak makan 'menu' untuk seorang suami, boleh?" katanya dengan senyuman gatal. Hah? Aku dah agak. Cubaan untuk melepaskan diri akhirnya gagal kerana, perut yang comel kini banyak menghalangku. Huhu, baby.. Demi ayah, ibu turutkan. Sudahnya aku tersenyum malu dalam dakapan Adam.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

29 Oktober 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 24

     " Ape laa suami kau ni, bagilah kita cuti sampai Jumaat. Ini terus masuk keje. Penat badan tau," rungut Nadia sambil mengemas semua kertas kerja di atas mejanya. Aziah ketawa. Aku turut menjeling.
     " Boleh. Cuba kau pergi cakap kat bos kau tu, kenapa tak bagi kita cuti. Kau dengar sendiri apa jawapannya," aku menjawab. Nadia menjeling.
     " Cik kak oi! Bos aku tu suami kaulah! Boleh pulak buat lawak tengahari buta macam ni," rungutnya lagi. Aku ketawa.
     " Aku ni wife dia pun dia tak bagi cuti, kau staff dia nak mintak cuti? Memang dapatlah! Dapat leter!" aku menjawab kemudian aku dan Aziah ketawa.
     " Kau lainlah! Bangun pagi boleh je bagi alasan tak nak datang," kata Aziah.
     " Ha, itulah korang silap! Itu dah alasan namanya! Aku mana reti nak bagi-bagi alasan tak nak datang keja ni?" aku menjawab sambil tersengih. Nadia mencebik. Baru saja aku nak berdiri, kelihatan suami sudah keluar dari biliknya dengan dua orang tetamu. Selepas menghantar tetamu ke pintu besar, dia kembali menuju ke biliknya tanpa memandang ke arah kami. Aku mengerutkan kening lalu bangun menuju ke biliknya.
     " Nak kacau encik suami le tu," perli Nadia lalu aku tergelak. Aku mengangkat tanda peace! Sampai saja di depan pintu biliknya, aku terus masuk. Kelihatan dia sedang kusyuk mengadap laptopnya sehingga tak sedar langsung aku masuk dan sudah duduk di sofa, di depannya.
     " Sibuknya!" aku menegur. Dia mendongak.
     " Aik? Bila masuk?" soalnya hairan.
     " Hmm, sibuk sampai isteri sendiri masuk pun tak sedar. Agaknya kalau awek lain masuk pun tak sedar kot?" sindirku. Dia menjeling sambil tersengih sindir.
     " Kalau awek lain masuk pun memang tak sedar lah kot? Haha. Ni kenapa datang?" soalnya sambil memunggah fail-fail yang berada di belakangnya. Aku bangun lalu duduk di hadapannya pula.
     " Hai, bang. Nak jumpa suami sendiri pun tak boleh ke? Kalau tak boleh sayang keluar dululah," aku menjawab seolah-olah merajuk. Baru saja aku berdiri, kedengaran dia ketawa.Ei, memang menyakitkan hati betullah siAdam ni!
     " Yayang, yayang! Merajuk pulak dia! Abang tak cakap pun tak boleh, tapi yayang tak bagitahu pun sebab apa yayang nak jumpa abang ni," katanya sambil tersengih. Aku menjeling.
     " Tu ha, si Nad dengan Azie, marahkan abang sebab tak bagi dorang cuti hari ni," jawabku. Adam tergelak sambil menjungkitkan keningnya.
     " Hai, kenapa dorang tak bagitahu sendiri pada abang? Atau yayang pun nak cuti jugak?" perlinya. Malas mahu menunggu lama, aku berjalan menghampiri pintu.
     " Kalau sayang nak, sayang dah bagitau semalam!" jawabku. Dia ketawa lagi.
     " Maysarah, lain kali pesan pada staff abang tu, kalau nak cuti silalah isi borang cuti. Abang tak larang dorang nak ambil cutilah!" sindir Adam padaku. Pantas aku keluar menuju ke mejaku semula. Semua soalan dari Nadia aku tidak menjawab. Sambil membuka laptop, aku terus menyambung semula kerjaku yang tergendala sejak beberapa hari lepas. Sedang asyik mengadap laptop, aku terkejut apabila melihat Adam keluar dari biliknya dalam keadaan tergesa-gesa. Aku cuba memanggil namun dia cuma memberi isyarat bahawa ada hal penting. Mataku mengerling pada jam dinding. Hampir pukul 8 malam. Hal apa yang penting sangat tu?
     Aku terduduk sambil mengemas meja kerjaku dengan perlahan. Masih bingung memikirkan cara untuk pulang sebab pagi tadi aku datang dengan Adam. Nadia sudah pulang, begitu juga Aziah. Staff lain yang tinggal hanyalah beberapa orang staff lelaki. Aku merenung telefon bimbit dan mencapainya. Masih berkira-kira untuk menghubungi orang yang boleh aku harapkan. Aku cuba mendail nombor telefon Adam, namun tiada jawapan. Hampir 3-4 kali jugak aku mendail sehingga aku putus asa. Akhirnya...
     " Assalamualaikum, abi. May ni.. Abi, boleh datang jemput May kat ofis tak? Abang Adam keluar tadi, ada hal penting katanya. Agaknya dia lupa yang May datang dengan dia. Esok Jumaat, takpelah, May balik rumah abi. Okey, May tunggu abi kat lobi. Terima kasih ye abi, sorry May terpaksa susahkan abi. Waalaikumsalam," aku mematikan talian. Ayah mertua. Terpaksa aku susahkan dia untuk ambil aku. Suami? Hmm.... Aku mengemas semua barang-barang dan terus turun menanti kedatangan ayah mertuaku di lobi ofis.
**********************************************************************************************************************************************
     " May mintak maaf, abi, sebab terpaksa susahkan abi," aku memulakan bicara sebaik saja abi datang bersama pemandunya, Daus. Kereta terus meluncur laju menuju ke destinasi. Tan Sri Ghazali cuma tertawa.
     " Hish, ape pulak nak mintak maaf ni? May kan menantu abi. Dah Adam tak boleh ambik so abi boleh tolong ambik May. Em, ada Adam bagitahu ke mana dia pergi?" soal abi. Aku menggeleng lalu mengeluh. Semenjak berbadan dua ni aku sentiasa cepat penat.Huh, nak bagitahu mende? Dia pun keluar tergesa-gesa macam nak cirit dalam seluar je. Abi cuma mengumam.
     " Takpelah, abi. Nanti kalau dia balik umah tengok May takde, dia tahu May akan datang sini. May sudah hantar mesej dekat dia," jawabku. Abi cuma mengangguk, dan suasana kembali sepi sehinggalah tiba di banglo Tan Sri Ghazali.
     Sebaik saja tiba di perkarangan rumah mertuaku, aku pantas berjalan terus naik ke bilik atas. Ibu mertuaku terpinga-pinga melihat aku menonong je terus naik ke bilik sejurus lepas bersalaman dengannya. Sorrylah umi, May penat sangat. Aku terus membersihkan diri sejurus saja masuk ke dalam bilik.
*************************************************************************************************************************************************
     Puan Sri Sabrina melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya yang sedang leka menonton tv. Perlahan tangannya menepuk peha suaminya, kemudian pandangan Tan Sri Ghazali beralih ke arah isteri tercinta.
     " Kenapa tu, bang?" soalnya.
     " Adam ada hal penting kat luar. Terlupa pulak dia yang si May datang dengannya pagi tadi," jawab Tan Sri Ghazali. Puan Sri Sabrina mengerutkan dahi.
     " Hal penting apa sampai tak sempat bagitahu isteri?" soalnya lagi. Tan Sri Ghazali mengeluh kemudian tersenyum.
     " Kita tunggu sampai Adam balik, ye umi? Dah, jangan risau-risau. Ada hal berkaitan kerjalah tu agaknya," jawab suaminya sambil menepuk perlahan belakang tangannya. Puan Sri Sabrina cuma mengerling sekilas ke arah tingkat atas.
     " May?" teguran ibu mertuaku membuatkan aku terkejut. Pantas aku memegang birai tangga, bimbang langkah kaki tidak stabil. Bukan senang nak turun tangga bertingkat-tingkat ni dengan perut memboyot. Tak nampak jalan. Aku tersengih memandang wajah umi yang memerhatikan aku dari tingkat bawah.
     " Umi terkejutkan kamu ye? Maafkan umi," katanya perlahan sebaik saja aku berdiri di depannya. Aku memaut tangannya lalu beriringan dengannya menuju ke arah dapur.
     " Kenapa umi nak minta maaf dengan saya? Umi takde buat salah apa-apa pun," jawabku lalu duduk. Mak sedang menyenduk nasi ke dalam pingganku.
     " Adam tak bagitahu ke mana dia pergi?" soal umi. Aku menggeleng kepala sambil menyuap nasi. Kecewa dengan jawapanku, akhirnya umi mencapai sepotong hirisan buah epal lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Umi menemani aku makan sehingga selesai, kemudian aku bangun menuju ke sinki.
     " Tinggal jelah pinggan kotor tu, May. Nanti mak basuh," kata Mak Nab sambil mengemas meja makan. Aku tidak mempedulikan arahannya dan terus mencuci pinggan kotorku. Selesai basuh pinggan, aku menuju ke ruang tamu. Niat di hati ingin duduk bersama mereka menonton tv namun aku batalkan hasrat dan terus melencong ke arah tangga. Baru saja memijak anak tangga yang pertama, abi memanggilku.
     " Ye, abi," jawabku lalu menoleh. Nak tak nak aku berjalan menuju ke arah sofa, namun aku tidak terus duduk.
     " Awal nak tidur? Tak nak tunggu Adam?" soal abi dengan lemah lembut. Umi tersenyum manis di sebelah abi. Aku menyeringai, tak tahu nak jawab apa. Haha.
     " Saya penatlah, abi. Nak berehat kat atas. Mungkin abang Adam balik rumah kami agaknya. Lainlah kalau dia rindukan abi, dia baliklah ke sini," aku bergurau dengan ayah mertuaku. Tergelak mereka berdua.
     " Dia rindukan abi ke..dia rindukan mom wanna be ni?" perli abi pulak. Adeh! Torkono den! Haha.
     " Saya naik dulu, umi, abi. Assalamualaikum," aku meminta diri untuk naik berehat. Bukan masalah nak biadap tapi, aku penat. Huhu.
     " Waalaikumsalam," jawab umi dan abi. Aku terus melangkah naik ke tingkat atas. Masuk saja ke dalam bilik, aku menghidupkan penghawa dingin, lalu merebahkan badan atas katil. Aku mencapai telefon bimbitku, lalu membuka inbox mesej. Pelik. Encik suami tak membalas mesej aku dari tadi. Aku letakkan kembali telefon ke atas meja sebelahku dan aku mengiring. Dengan malas aku menarik gebar, dan akhirnya aku terlelap sendiri.
     Terasa baru saja aku melelapkan mata, tapi telingaku menangkap bunyi bising dari tingkat bawah. Terpisat-pisat aku membuka mata dan melihat jam dinding. Hampir pukul 1 pagi. Yang aku pun cerdik sangatlah tidur dengan lampu terpasang. Sambil bangun dan menyanggul rambut, aku terdengar lagi bunyi bising tu. Dadaku berdebar-debar. Aku mencapai handphone, dan melihat, masih tiada mesej atau panggilan tak berjawab dari Adam. Aku meletakkan kembali handphone atas katil. Telingaku menangkap suara dari bawah. Suara abi mengamuk! Berlawan cakap dengan seseorang yang banyak membela dirinya. Pencuri ke?
     Aku berjalan menghampiri pintu dan membuka pintu sedikit. Belum pernah aku mendengar suara Chairman of GSA Holdings mengamuk sampai macam ni. Dan lelaki yang tadi hanya berdiam diri mula membalas. Adam?! Aku membuka pintu lalu keluar menuju ke ruang rehat yang betul-betul berada di atas mereka. Dengan perlahan aku memegang birai  penghadang, dan mendengar perbualan mereka.
     " Kamu memang melampau!" jerkah abi. Aku menginjak sedikit ke depan dan melihat umi menangis tersedu-sedu di sudut sofa. Kelihatan muka abi merah padam, dan Adam kelihatan menunduk dan menangis. Apahalnya ni?
     " Kamu tak kesiankan Maysarah ke, Adam?" soal umi dengan sayu. Aku menelan liur. Aku? Kenapa nama aku pulak disebut umi? Aku memegang perutku, terasa anakku menendang dan jantungku kembali berdegup laju.
     " Bukan salah Adam, umi, abi! Adam diperangkap!" jawabnya dengan sebak. Aku terdorong ke belakang sehingga terlanggar sofa. Aku memegang perutku dengan rasa debaran maha hebat. Rasa nak luruh jantung aku time tu jugak! Diperangkap! Perangkap apa? Siapa yang perangkap? Aku tak faham! Aku bertahan jugak, berdiri kembali di birai penghadang.
     " Adam Usyair!!" jeritan abi tiba di kemuncaknya. Terdengar adik bongsunya, Afrina turut menangis, memeluk abinya.
     " Sudahlah tu, abi. Nanti terdengar dek May, masalah lagi," kata umi. Aku terkaku. Hatiku semakin dipagut rasa ingin tahu. Abi ingin saja melempang Adam namun umi menahan. Kecut perut aku melihat abi naik angin sedemikian rupa. Tapi perut dah ada baby ni mana boleh kecut dah, tetap memboyot macam tu jugak! Haha. Mataku kembali memerhati mereka. Apa masalahnya ni sampai abi marah macam ni?
     " Habis, kamu nak kami buat apa, hah?!" soal abi dengan muka merah padam. Baru saja Adam ingin menjawab, kedengaran pintu diketuk. Pantas Mak Nab membuka pintu dan kelihatan kak Adlina serta suaminya. Meluru kak Adlina ke arah Adam lalu penamparnya melayang ke muka Adam.
     " Tak tahu malu punya adik! Seronok sangat buat kerja macam tu sampai kena tangkap khalwat?!" soal kak Adlina dengan nyaring. Ayat terakhir dari mulut kak Adlina membuatkan segala sendiku lemah. Cuba memaut birai penghadang namun ahirnya aku terus melorot jatuh terduduk. Tangkap khalwat? Adam kena tangkap khalwat? Tapi dengan siapa? Aku menyoal diri sendiri. Aku merenung lantai dengan air mata bergenang.
     " Woi, pompuan! Kau tak malu ke kacau suami orang?" sergahan kak Adlina akhirnya menyedarkan aku bahawa orang yang kena tangkap basah dengan Adam, ada di bawah. Aku kuatkan semangat lalu bangun, menuju ke arah tangga dan turun perlahan-lahan. Sebaik saja sampai di bawah, posisi tangga yang terlindung sedikit di sebalik dinding, membuatkan mereka tidak perasankan aku. Perlahan-lahan aku menjengah dan melihat wanita itu yang menunduk di belakang Adam. Berderau darahku. Yanti?
     "Abang..." aku memanggil namanya perlahan kerana tiada daya untuk aku berlari menyerangnya dengan Yanti. Semua mata tertumpu ke arahku dengan perasaan terkejut, lebih-lebih lagi Adam. Pandanganku berkaca. Aku tidak sedar apa yang berlaku dalam seminit dua sehinggalah umi menjerit dan menerpa ke arahku, dengan tangisan hiba.
     " Ya Allah, Maysarah! Mak Nab, May tumpah darah ni. Ya Allah, menantu umi," jeritan umi hanya bergema di mindaku. Perlahan-lahan aku memandang ke arah kakiku, dan kelihatan darah merah sudah membasahi separuh dari baju tidurku. Mak Nab, abi, Afrina, kak Adlina serta Adam menerpa ke arahku dan antara tidak sedar, aku rebah.
***************************************************************************************************************************************************
     Aku tersedar sebaik saja hidungku terhidu bau ubat yang kuat. Sebaik saja aku buka mata, kelihatan umi, mak, abah, dan along berada denganku. Mak menangis, umi pun menangis. Aku tersenyum tawar sambil memegang tangan mak.
     " Mak, bila sampai?" soalku dengan lemah. Bertambah hiba Puan Jamilah menangis. Hish, mak ni! Achik belum mati lagilah! Tapi aku tak berani kata macam tu silap-silap banjir wad yang aku duduk tu. Haha.
     " Along ambil mak kat Ipoh pagi tadi," kata along. Tanganku mengusap perutku yang masih membukit.
     " Kenapa dengan May, umi?" soalku.
     " May tumpah darah malam semalam, tapi Alhamdulillah, baby selamat," jawab umi. Aku tersenyum tawar.
     " Achik nak jumpa Adam?" soal along padaku. Adam! Aku menelan liur, lalu memejam mata. Kuatkah aku untuk bertemu Adam selepas aku tahu apa yang telah terjadi? Umi menggenggam tanganku. Aku melihat umi menangis.
     " Kenapa umi menangis?" soalku lembut. Semakin hiba pulak orang tua ni menangis. Aku tersenyum.
     " Anak umi buat hati menantu umi kecewa," luahnya. Haha. Itu katanya, tapi hakikat yang sebenar, aku rasa lebih dari kecewa. Suami aku ditangkap khalwat dengan bekas tunangnya sendiri! Pedih? Ya, memang pedih! Sakit? Memang sakit! Untuk menerima hakikat ini lagi sakit dari aku rasakan sewaktu mendapat tahu cerita sebenar kenapa Ruzlan minta putus tunang denganku dulu. Aku memejamkan mata. Terasa air mata bertakung dan akhirnya mengalir tanpa dipinta. Sentuhan tangan umi dan emak mengusap lenganku, menjadikan aku semakin hiba. Aku membuka mata, dan pandanganku bertemu dengan pandangan emak.
     " Sakitnya achik rasa, mak! Sakit sangat kat dalam ni," kataku sambil memegang dadaku. Emak mengangguk-angguk sambil mengusap rambutku. Kemudian pintu terbuka, dan wajah Adam menjengah. Rasa sakit itu kembali menusuk ke dalam hati.
     " Umi, mak, saya nak jumpa isteri saya sekejap," pinta Adam dengan luhur. Puan Sri Sabrina bangun dan menolak kerusi dengan kasar.
     " Sekarang ni pandai pulak cari isteri kamu!" herdik umi. Pantas emak dan along memujuk umi dan mereka keluar meninggalkan aku dengan Adam bersendirian. Adam berjalan menghampiriku, namun aku membuang pandang ke arah tingkap. Terasa dia duduk di tempat umi tadi.
     " Yayang," panggilnya sambil mencapai tanganku, dan dibawa tanganku ke dalam genggamannya. Sungguh! Saat ini aku terasa sangat-sangat kecewa. Suami yang ku harapkan untuk aku melupakan kisah lalu aku, mengkhianati harapanku! Aku cuba menarik tanganku namun gagal. Akhirnya aku tersedu-sedu, menahan tangis.
     " Maafkan abang," katanya dengan sayu. Hampir pecah dadaku menahan sebak.
     " Tinggalkan saya," jawabku tersekat-sekat. Adam mendongak, mencari wajahku yang langsung tidak memandangnya.
     " Yayang," panggilnya lagi.
     " Tinggalkan saya, please! Saya tak nak tengok muka awak lagi. Hati saya hancur, lebur," jawabku dengan sebak. Mengalah dengan kekerasan jiwaku, akhirnya Adam bangun lalu menuju ke pintu.
     " Abang tetap sayangkan yayang, dalam hati abang cuma ada yayang, bukan orang lain," katanya sebelum keluar. Sebaik saja pintu ditutup, aku menangis semahu-mahunya.
******************************************************************************************************************************************************
     " Achik nak ikut mak balik Ipoh," kataku pada emak sewaktu emak datang melawat dengan abah pada petang itu. Tercengang emak sambil memandang abah.
     " Adam?" soal abah. Aku diam.
     " Achik nak balik Ipoh jugak!" desakku. Emak memandangku sambil mengeluh. Nak tak nak emak angguk saja. Aku berdiam diri sehinggalah doktor datang untuk memeriksaku sebelum aku dibenarkan keluar.
     " Jaga pemakanan ye, Puan Maysarah. Jangan buat kerja berat-berat, dan jangan stress sangat," nasihat Doktor Pauline. Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih. Emak mengemas bajuku ke dalam beg dan abah membaca surat khabar.
     " Tak nak bagitahu Adam atau umi dulu ke, achik?" soal emak lagi. Aku diam, sambil memakai tudung dengan sempurna. Melihatkan aku yang tiada berjawab, maka emak dan abah mengambil keputusan untuk turut mendiamkan diri. Selesai semuanya, kami bergerak menuju ke kaunter pembayaran dan setelah melunaskan bayaran ke dalam akaun syarikat, kami bergerak menuju ke kereta.
     Sebaik saja aku masuk ke dalam kereta angah, kami terus bergerak meninggalkan perkarangan Hospital Putrajaya, dan menuju ke arah lebuhraya utara selatan. Aku tinggalkan suamiku kerana terluka. Dalam kesayuan hati, aku merebahkan kepalaku ke bahu emak.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

24 September 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 23

     Hari ini hari terakhir kami berkursus. Kelas tamat lebih awal tengahari itu dari waktu yang dijangkakan, jadi encik suami membawa aku berjalan-jalan di sekitar bandar Port Dickson. Staff yang lain mengambil keputusan untuk rehat dalam bilik hotel sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Sebaik saja melintasi depan kedai Ice Room, spontan aku memintanya untuk memberhentikan kereta. Sambil menjeling tajam, dia selamba memerli aku.
     " Ais krim pulak? Bertambah debab laa nanti," tukasnya.
     " Abang tak nak makan, sudah! Sayang nak rasa," jawabku sambil keluar dari kereta. Suami kan? Manalah dia boleh biarkan isteri dia yang mengandung ni berjalan sorang-sorang, mesti dia follow belakang punyalah. Kami terus masuk ke dalam kedai dan aku mencari tempat duduk.
     " Yayang duduk dulu, abang nak ke tandas kejap," katanya terus berlalu. Aku menanti Adam sebelum membuat tempahan hidangan. Ralit memerhati menu di tangan, tiba-tiba terasa ada seseorang berdiri di sebelahku. Pantas aku menoleh. Seorang wanita sedang mendukung kanak-kanak perempuan berusia sekitar 2 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 4-5 tahun, bersembunyi di belakangnya. Aku mengangkat kening. Eh, apehal pulak ni? Nak kata peminta sedekah, pakaian branded lah pulak!
     " Cik Maysarah?" soalnya. Sudah! Siapa dia ni? Macam mana dia kenal aku? Pantas aku berdiri untuk bersalam dengannya. Dia menghulurkan tangan sambil tersenyum. Matanya kelihatan merah, macam baru lepas menangis.
     " Ye, kak. Macam mana kak kenal saya?" soalku sedikit takut-takut.
     " Saya ada hal nak bincang dengan cik May. Boleh kita bercakap kat luar sekejap?" soalnya. Aku cuak. Jangan-jangan dia nak culik aku!
     " Jangan bimbang. Kat sebelah ni ada kedai kopi. Saya tak boleh duduk lama-lama kat sini, nanti anak-anak saya buat perangai," katanya sambil mengerling pada kedua-dua orang anaknya yang memandangku seperti orang asing. Eh? Aku memang orang asing pada diorang pun kan? Haha.
     " Boleh, boleh. Mari," pantas aku mengajak sebaik saja aku mencapai beg tangan. Kami keluar menuju ke kedai kopi di sebelah. Sebaik saja duduk, mula-mula aku menghantar mesej kepada Adam mengatakan bahawa aku ke kedai hadiah (tidak jauh dari situ jugak). Selepas aku memasukkan telefon dalam beg, mataku kembali menatap wajah wanita misteri dan dua anaknya.
     " Hal apa tu, kak?" soalku. Dia membetulkan tudungnya kemudian membelai kepala anak lelakinya. Aku semakin pelik.
     " Ini Iman Firdaus, dan ini Intan Farisya," katanya memperkenalkan anak-anaknya padaku. Aku mengerutkan kening.
     " Kakak?" soalku kembali.
     " Saya, Nor Afni, isteri kepada Ruzlan Hanafiah," jawabnya. Kebaboomm!!! Meletup sudah persoalan dalam kepala otak aku tadi. Aku tersandar sebaik saja dengar nama Ruzlan disebut.
     " Macam mana Afni kenal saya?" soalku. Dia tersenyum namun aku rasa senyuman itu semakin tawar, dan tiada serinya lagi. Perlahan dia membuka beg tangannya dan mengeluarkan satu sampul surat, dan diletakkan di hadapanku. Mengeletar tanganku saat membuka isi di dalam samput itu. Tercengang! Gambar aku!
     " Afni...." aku kehilangan kata-kata.
     " Itulah pengubat jiwanya sekarang. Saya sendiri pun tak tahu di mana kedudukan saya dan anak-anak pada dia. Saya minta, May jauhkanlah diri dari abang Lan," tuturnya separuh merayu dan kedengaran agak sebak. Aku masih membelek kesemua gambar itu yang hampir 10 keping.
     " Mana dia dapat gambar ni?" soalku.
     " Sejak dari dulu dia memang simpan gambar-gambar tu. Selepas saya bersalinkan Intan, dia kembali membuka semula peti simpanan barang-barangnya. Sehinggalah beberapa bulan lepas, perangainya semakin menjadi-jadi. Saya tak tahu di mana silap saya sehingga dia masih terus menyintai May," jawabnya sambil terisak-isak. Hah, sudah! Aku dengan seorang perempuan yang menangis, bersama dua anak kecil, merayu agar aku melupakan suaminya. Allah! Dugaan apakah ini? Aku baru perasan ada 2-3 keping gambarku sewaktu kami bertunang dulu.
     " Macam mana Afni boleh tahu saya ada kat sini?" soalku, sedikit was-was.
     " Kampung saya dekat Mambau. Abang Lan ada bagitahu saya yang dia ada kursus dekat sini. Saya datang malam semalam sebab anak-anak nak jumpa dia. Kebetulan masa saya nak balik, saya ternampak cik May sedang lepak dekat coffee-house. Sebab tu saya nekad untuk ikut cik May hari ni," jawabnya. Alahai.. Kenapalah aku boleh terjebak dengan semua ni?
     " Tolonglah saya, cik May. Jauhilah abang Lan. Kesiankanlah kami anak beranak," rayunya sambil menangis. Aku terkedu.
     " Saya bukan cik, Afni. Saya dah bergelar puan," jawabku sambil menunjukkan perutku yang sudah berusia 5 bulan. Nof Afni sedikit terperanjat.
     " Awak isteri orang, dan ada skandal dengan suami orang?" soalnya dengan agak marah. Aku tercengang.
     " Tak, tak! Saya memang dah kahwin sebelum jumpa Lan kali kedua ni. Masa saya jumpa tu pun atas urusan kerja. Kalau dulu, rasanya dah tinggal kenangan," jawabku perlahan. Dia kembali menatap anak-anaknya.
     " Anak-anak tak pernah tanya kenapa papa jarang balik rumah, atau bawak mereka makan angin di hujung minggu. Mereka tahu pun semenjak saya menangis bila ternampak abang Lan letak gambar awak dalam laptopnya," kata Nor Afni. Aku terkedu.
     " Saya dah lama putus dengan dia, Afni. Hampir 5 tahun," kataku. Dia bersandar lalu mengeluh.
     " Mungkin kesilapan yang saya lakukan dulu menjadikan dia bertindak begitu," keluhnya. Aku mengerutkan kening. Kesilapan? Kesilapan apa?
     " Kesilapan apa?" soalku tak sabar-sabar. Dia memandangku kemudian mengeluh lagi.
     " Saya tahu awak seorang tunang yang baik baginya, dan saya bukanlah isteri yang baik baginya. Kami bernikah sebaik saja saya dapat tahu saya dah mengandung 4 bulan," katanya perlahan sambil mengusap kepala Iman Firdaus. Prakkk!!! Hatiku berkecai buat kali kedua. 'Kami bernikah sebaik saja saya dapat tahu saya dah mengandung 4 bulan,' kata-katanya terngiang-ngiang di telinga aku. Pandanganku berpinar. Allah, Allah! Bantulah aku!
     " Dan dari kesilapan itu, saya memaksanya memutuskan ikatan pertunangan antara awak berdua," katanya lagi.
     " Cukup!!" aku menahan marah. Menggigil seluruh tubuhku. Nor Afni terdiam.
     " Benda dah terjadi, Iman pun dah besar. Saya tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ni memandangkan saya pun dah selamat menjadi isteri orang. Saya minta pada Afni, balik rumah, jaga Lan baik-baik. Saya akan bercakap dengannya untuk melupakan saya. Dan gambar-gambar ni..." sambil aku mengangkat semua kepingan gambar itu, "...akan saya ambil dan bawa pulang semuanya," kataku lalu bingkas bangun. Makin lama aku duduk di situ makin terbakar hati dan perasaanku. 'Astaghfirullah...,' aku beristighfar dalam hati.
     " May, tolonglah jangan bagitahu dia yang saya datang berjumpa dengan awak. Kalau tak, saya akan diceraikan," rayunya dengan linangan air mata.
     " InsyaAllah, tak. Baliklah, Afni. Cukuplah setakat ini kita bertemu," kataku lalu mencapai beg tangan dan memasukkan sampul surat itu ke dalamnya.
     " May.." panggilnya. Aku menoleh.
     " Ada apa lagi, Puan Afni?" soalku.
     " Saya minta maaf atas apa yang telah terjadi antara awak dengan abang Lan," katanya perlahan. Aku yang pada mulanya mahu melangkah keluar dari kedai kopi tersebut, kembali berpaling kepadanya.
     " Di mana awak kenal dia?" soalku.
     " Masa dia mula bekerja di DWE," jawabnya.
     " Awak dah tahu dia dah bertunang masa tu?" soalku lagi. Dia angguk. Perempuan ni! Hati menahan geram yang amat.
     " Saya tahu, dan saya tetap goda dia. Mungkin itulah kesilapan yang saya buat sehingga dia tak dapat melupakan awak," katanya.
     " Cukuplah! Saya dah tak mahu kenangkan perkara yang dah lepas. Awak jagalah suami awak baik-baik. Dia boleh berubah," kataku lalu kembali berpusing dan terus keluar dari kedai kopi itu. Nor Afni dan anak-anak hanya memandang pemergianku dengan perasaan sayu.
     Sambil berjalan menuju ke kedai Ice Room tadi, fikiranku berkecamuk. Tergamak Ruzlan melakukan perkara terkutuk itu sedangkan dia selalu menjaga adab dan tingkah lakunya sepanjang bersamaku dulu. Sehingga melahirkan seorang anak? Astaghfirullah, hatiku menangis. Langkahku semakin longlai tatkala melangkah masuk ke dalam kedai itu dan melihat wajah suami yang sedang enak menikmati ais krimnya. Langkah kakiku terus menuju ke arahnya dan dia terperanjat bila melihat aku sudah duduk di hadapannya.
     " Yayang? Mana hadiahnya?" soalnya. Hadiah....hadiah yang sayang dapat terlalu 'hebat' untuk sayang beri pada abang, hatiku menangis.
     " Err...tak berapa menarik hati," aku menjawab lemah. Dia menjungkit kening.
     " Hey, what's wrong with you, dear? Are you okay?" soalnya sambil memegang tanganku dia atas meja. Aku tersenyum, tawar.
     " I'm fine. No worries," jawabku. Pelayan menghantar hidangan ais krim perisa kegemaranku namun aku rasa saat itu seleraku sudah hilang. Terasa anak dalam kandunganku bergerak-gerak, lalu ku usap perutku perlahan. Perbuatanku menarik perhatian Adam.
     " Tak nak jamah sikit? Nanti teringin pulak," soalnya. Aku tersenyum lalu menarik mangkuk ais krim ke depanku, dan mencedok sedikit ke mulut. Rasa yang sepatutnya enak, menjadi tawar. Tawar sangat!
     " Abang, sayang nak balik hotel. Rasa tak larat sangat," kataku sayu. Dia menghabiskan ais krimnya lalu menghabiskan ais krimku pula. Aku bersandar sambil bersilang tangan. Akhirnya habis juga 2 mangkuk ais krim masuk ke dalam perut encik suami. Kemudian dia bangun dan menarik tanganku untuk berdiri. Akhirnya kami beredar ke kereta. Sempat aku mengerling ke arah kedai kopi itu dan kelibat Nor Afni serta anak-anaknya sudah tidak kelihatan. Akhirnya kami meninggalkan kawasan itu kembali menuju ke hotel.
     Sebaik sampai di kawasan hotel, aku secara tidak sedar terus memaut tangan Adam, dan menggenggam erat. Adam yang sedang berjalan menuju ke lobi, terkejut namun tersenyum dengan tindakan spontanku itu. Pada aku, ketika itu aku hanyalah memerlukan kekuatan untuk berdepan dengan Ruzlan sebentar lagi. Kami menuju ke bilik untuk mengemas barang-barang.
***********************************************************************************
     Aku merenung wajahku pada cermin di bilik air. Seketika kemudian, aku membasuh muka dan memejam mata. Sepuluh minit berlalu, baru aku melangkah keluar. Terkejut apabila melihat Adam sudah berteleku di atas katil dengan kesemua gambarku bersepah di depannya. Adoi, kenapalah aku selalu kantoi dengan dia ni? hatiku menjerit. Langkahku mati di depan pintu bilik air. Dia mendongak.
     " Anything to explain, Mrs. Maysarah?" soalnya sambil bersilang tangan. Mukanya merah padam. Aku menunduk.
     " I need your answer, not your reaction!" katanya dengan tegas.
     " Takde jawapan," aku menjawab. Bodoh! Itu bukan jawapanlah! Dia ketawa. Mampus liao!
     " Mana dapat semua gambar-gambar ni? Dan tadi, awak pergi mana?" soalnya. Aku berjalan menuju ke arah katil lalu duduk di hadapannya. Nak mengelak pun tetap akan kena berdepan jugak kan?
     " Tadi awak jumpa Ruzlan ke?" soalnya. Ini mesti sebab ada sekeping gambar aku dengan Ruzlan masa kami bertunang dulu. Pantas aku menggeleng.
     " Then?" soalnya.
     " Isteri Ruzlan," jawabku. Adam terkejut.
     " How come?" soalnya sambil mengumpul kesemua gambarku lalu diletakkan kembali ke dalam sampul surat. Aku menelan liur lalu menceritakan kisah pertemuan kami tengahari tadi kepadanya. Adam memejamkan mata kemudian aku dipandangnya.
     " Dah jadi macam tu pun yayang masih nak kenangkan dia. Dengan apa yang dia dah buat pada yayang dan isteri dia,yayang rasa adil ke nak terus bagi muka kat dia?" soalnya. Aku diam.
     " Letak diri abang kat tempat sayang. Apa yang abang rasa, orang yang abang percayai, yang abang sayangi, tergamak buat perkara macam tu? Lepas tu berani-berani pulak isteri dia datang mintak sayang untuk jauhkan diri dari suami dia? Salah siapa semua ni terjadi?" soalku kembali. Adam memeluk bahuku.
     " Rileks, okey? Kesian baby, mummy marah-marah hari ni," pujuknya. Aku menarik nafas lalu bersandar pada dadanya.
     " Sayang dah lama lupakan dia, bang. Tapi hari ni sayang betul-betul kecewa kerana  dia tinggalkan sayang disebabkan hal ni. Sayang ni sapa bagi dia waktu tu? Tunang, bakal isteri! Yang perempuan tu? Haih! Menyesal jumpa dia balik," aku merungut. Adam mengusap-usap bahuku, sambil beristighfar di sebelah telingaku. Spontan aku terasa malu kerana meluahkan ketidakpuasan hati terhadap bekas tunangku kepada suamiku sendiri.
     " Sabar, okey? Lepas ni tak payahlah jumpa dia lagi. Anggap je urusan dia dengan syarikat kita ni, urusan kerja. Kalau dia nak jumpa yayang jugak, jumpa di ofis, suruh Nad temankan atau abang sendiri pun boleh temankan," katanya. Aku mencubit pehanya lalu dia mengaduh.
     " Dah, jom bersiap. Karang lama pulak dorang tunggu kita kat lobi," kataku lalu bangun. Adam mencapai kotnya lalu terus berdiri. Adam mencapai beg baju kami lalu kami keluar menuju ke lobi.
     Selepas berjumpa dengan semua wakil klien, kami menuju ke kereta masing-masing untuk pulang. Baru saja aku nak melangkah keluar hotel, Ruzlan memanggilku.
     " Boleh aku jumpa kau lepas ni?" soalnya. Aku bengang! Tak kasihankah dia pada isteri dan anak-anaknya? Walaupun Afni dinikahi tanpa rela, tapi Afni dah jadi isterinya yang sah. Suami apalah dia ni kan? Pentingkan diri sendiri! Aku mengerling pada Adam yang sedang berbual-bual dengan staff kami, di mana Adam juga menjeling sekilas padaku.
     " Maaflah, Lan! Aku dah jadi isteri orang dan aku tahu kau juga dah maklum perkara ni, kan? Aku kena jaga hati suami aku a.k.a bos aku. Kau jagalah diri dan keluarga kau sendiri, jangan ganggu aku lagi. Aku boleh terima kau hanya sebagai kawan dan klien syarikat suami aku saja," kataku panjang lebar. Ruzlan tercengang. Tidak mahu memanjangkan cerita dan persoalan, aku menuju terus ke arah suamiku yang sedang menanti di keretanya. Sebaik saja aku masuk ke dalam kereta, kami terus meninggalkan kawasan hotel, Port Dickson dan terus menuju ke arah lebuhraya utara selatan untuk kembali semula ke Kuala Lumpur.
     Dalam kereta, sepanjang pemanduan, aku menggenggam erat tangan Adam Usyair, meluahkan rasa sayang dan cintaku hanya untuknya.
***********************************************************************************
     Kami tiba di rumah hampir maghrib. Selesai mengemas barang, aku memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Selepas set masa cucian di mesin basuh, aku tinggalkan untuk naik membersihkan diri. Masuk saja ke dalam bilik, kelihatan Adam baru lepas mandi. Tersengih-sengih dia saat terkejut melihat aku masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. Aku malas melayan kesengetannya, terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
     Sewaktu mandi, aku terasa pening. Cepat-cepat aku sudahkan mandian lalu mengesat tubuh dengan tuala. Ketika melangkah keluar, aku hampir-hampir rebah atas lantai. Mujur sempat berpaut pada kerusi meja solek sebelum aku duduk atas katil. Adam yang sedang membuat kerja di mejanya, terkejut melihat aku duduk berkemban dengan wajah pucat. Terus dia menerpa ke arahku.
     " Kenapa, yang?" soalnya. Aku menggeleng.
     " Pening je," kataku. Dia bangun menuju ke almari pakaian dan mengambil baju mengandungku. Selepas memakaikan aku baju, aku bersandar pada katil.
     " Fikir lagi?" soalnya. Aku menjeling.
     " Takde maknanya," jawabku.
     " Abang, nanti kain baju dalam mesin dah kering, tolong tutup suis ye? Esok sayang jemur," kataku sambil menarik selimut. Kepala yang semakin pening membataskan aku untuk membuka mata lagi. Adam mengucup dahiku lalu kembali ke meja kerjanya. Dalam kesamaran cahaya, aku melihat Adam di meja kerjanya sedang melakukan sesuatu. Sibuk dengan gunting dan gam, tak kanlah big boss tengah buat portfolio pulak? Nak bagi report dekat abi ke? Pelik-peliklah dia ni, hatiku membebel.
     Malas mengambil tahu dengan apa yang dia sedang buat, akhirnya aku terlelap.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

18 September 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 22

     Kami tiba di Port Dickson pada pukul 1 tengahari. Sebaik saja menurunkan aku di depan pintu masuk hotel, Adam terus mencari parkir. Aku berjalan masuk bersama Aziah dan Nadia. Sementara kami menunggu para pria untuk check in bilik, kami duduk di ruang tamu. Aku mencari isyarat wifi pada hotel tersebut dan mujur mereka mempunyainya. Sedang ralit melayan facebook, tiba-tiba terdengar seseorang menyapa Adam di kaunter lobi. Pantas aku menoleh. Ruzlan? Eh, kenapa dia ada jugak? Hatiku berasa hairan.
     Tanpa sempat aku mengalih pandangan, tiba-tiba dia memandangku. Pantas aku menoleh memandang handphone ku semula. Tidak tahu apa yang perlu dibuat, aku menjegil mata kepada Nadia, dan dia tercengang. Sambil mengangkat kening, seolah bertanya 'kenapa', aku memberi isyarat melalui ekor mata ke arah kaunter. Perlahan dia melirik dan kemudian aku dapat melihat wajahnya sedikit terkejut. Pandangan beralih kepadaku lalu dia membuat muka meluat. Aku tersengih. Belum sempat dia bertanya, Adam, Imran dan Zain termasuk dia, menghampiri kami.
     " Nad, ini kunci bilik awak, dan Zain, ini awak punya," kata Adam sambil memasukkan kunci bilik kami ke dalam poket seluarnya. Aku menjeling encik suami. Adam cuma mengangkat bahu.
     " Tak sangka pulak I terjumpa you kat sini," kata Ruzlan kepadaku namun riaknya seperti terperanjat melihat aku berbaju mengandung. Aku cuma tersengih.
     " You sengaja pakai baju ni, kan?" soalnya. Aku mencebik.
     " Aku nak naik bilik, berehat," kata Nadia, mematahkan perbualan kami. Aku turut mengangkat beg untuk mengikut Nadia dan Aziah ke arah lif. Memang tak ku duga, Ruzlan turut mengekori.
     " You stay bilik mana, May?" soalnya. Aku mengerutkan dahi. Kalau bilik aku dah sah-sahlah aku duduk dengan encik suami, kan? Tapi aku tak tahu pulak kat mana bilik aku. Wajah Adam sedikit kelat mendengar soalan Ruzlan, sedangkan aku masih berdiam diri. Pintu lif terbuka dan kami semua masuk.
     " Kenapa you tanya?" soalku.
     " Kot la nanti I boleh call you directly," jawabnya. Zain dan Imran saling berpandangan. Agaknya mereka fikir, lelaki ni tak tahu ke May tu wife bos? Haha. Biarkan dia!
     " Dia dok sebilik dengan aku," jawab Nadia. Aziah pura-pura tidak tahu.
     " See? That's my answer," jawabku. Ruzlan cuma tersengih. Meluat aih!
     " Nanti boleh I call?" soalnya. Aku menjeling, malas menjawab. Setibanya di tingkat 9, Ruzlan terus keluar. Kami terus ke tingkat 15.
     " Kenapa tak berterus-terang je?" soal Nadia, tak puas hati. Adam menjeling.
     " Entah dia ni! Agaknya nak tunggu terberanak esok kot baru bagitahu kat dia," sindir Adam. Aku berpura-pura tidak mendengar.
     " Please respect your husband feeling, May! Dia macam tak hormati Adam," kata Nadia sebaik saja pintu lif terbuka. Kami masing-masing menuju ke bilik.
     " Okay, listen! Pukul 5 petang nanti semua berkumpul di lobi, kita nak ke bilik kursus, untuk sesi suai kenal," kata Adam lalu menarik tanganku mengikutnya. Kami semua berpisah.
     Masuk saja ke dalam bilik, aku terus ke bilik air. Setelah selesai, aku keluar, melihat Adam sudah terbaring atas tilam empuk. Wah, bos ni! Mentang-mentanglah kursus ni company yang bayar, bilik macam bilik pengantin baru nak honeymoon. Haha. Aku gelak dalam hati. Tak puas honeymoon lagi agaknya laki aku ni, hatiku mengomel. Perlahan aku menghampirinya lalu baring di sebelahnya.
     " Seronok jumpa bekas tunang?" sindir Adam. Aku menjeling.
     " Tak payah nak perli-perli bagai, ye? Yang dia tu buat apa kat sini?" soalku. Adam membuka mata lalu menoleh ke arahku.
     " Tu lah abang dah cakap. Lain kali sila check emel dulu. Ini semua agenda langsung tak tahu," perlinya lagi. Aku menepis tangannya yang cuba memegang perutku.
     " Dia buat apa kat sini?" soalku sekali lagi. Adam mengeluh.
     " Company kita jadi leader dalam kursus ni, so semua anak syarikat yang join dengan kita, semua dijemput. DWE salah satunya," jawab Adam. Oh, maknanya aku memang tak tahulah, kan? Haha. Ape daa May... Dalam mata terpejam aku tergelak sendiri. Akhirnya aku terlelap seketika sementara menanti pukul 3 petang.
     " Tak puas-puas tidur," sindir Adam sambil memeluk tubuhku. Akhirnya kami berdua terlena.
*********************************************************************************************
     Aku terjaga sebaik saja terdengar ketukan di pintu bilik. Pantas aku bangun dan memakai tudung. Aku menghampiri pintu lalu mengintai pada lubang kecil. Alamak! Dia buat apa kat sini? Aku menoleh melihat Adam yang baru bangun dan menuju ke bilik air. Aku membuka pintu dan kelihatan wajahnya tersengih gatal.
     " Lan, kau buat apa kat sini?" soalku. Dia tergelak.
     " Nak jumpa kaulah! Boleh aku masuk?" soalnya. Gila?? Aku hampir menjerit.
     " Tak payahlah! Kau tunggu aje kat lobi, nanti aku turun," jawabku. Dia mengeluh.
     " Takpelah, kalau macam tu. Kau tahu di mana bilik Adam tak? Aku nak bagi fail ni," katanya sambil menunjukkan fail di tangan.
     " Kau tunggu saja di lobi, nanti jumpa kau bagilah!" aku menjawab dengan tegas dengan harapan agar dia berlalu pergi. Benar telahanku, dia mengangkat bahu lalu terus beredar. Pantas aku menutup pintu dan sebaik saja pintu ditutup, aku bersandar di belakang pintu, sambil menarik tudung.
     " Kenapa, yang?" teguran dari Adam yang baru keluar dari bilik air membuatkan aku terkejut lantas mengurut dada. Dia memandangku dengan pandangan pelik sambil mengangkat kening. Aku berjalan menghampirinya.
     " Abang ni..." aku menjeling. Dia mencapai beg baju dan mengeluarkan pakaiannya.
     " Sape datang tadi?" soalnya. Aku tergamam. Dia terus memakai baju tanpa bertanya soalan untuk kali kedua. Aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.
     Selesai mandi dan solat Asar bersama, aku terus bersiap. Sementara menunggu aku bersiap, Adam menyemak emel untuk kesekian kalinya. 10 minit kemudian, kami berdua melangkah menuju ke arah lif, di mana staf kami berempat sudah menanti. Kami menaiki lif untuk menuju ke lobi, dan terus ke kaunter. Selepas Adam bercakap dengan pengurus hotel, dia menghampiri kami.
     " Kita terus ke bilik Anggerik," katanya lalu terus beredar mengikut pengurus hotel. Sebaik saja kami tiba di bilik Anggerik, kelihatan sudah ramai yang menanti. Kami terus menuju ke meja yang telah disediakan untuk syarikat kami. Aku duduk bersebelahan dengan encik suami dan sebelahku Nadia.
     " Abang jemput sape untuk handle kursus ni?" soalku berbisik kepada Adam. Belum sempat dia menjawab, Ruzlan datang berdiri di sebelahnya.
     " Hai, Adam. Ni fail yang kau mintak. Hai, May," sapanya. Aku membuat muka pelik. Dari bawah meja, Nadia memijak kakiku dan aku menjeling tajam ke arahnya.
     " Apa hai-hai? Suka-suka hati kau je nak hai-hai kat bini orang!" Nadia fire dia sekali menyebabkan aku dan Adam saling berpandangan. Muka Ruzlan kelihatan berubah. Belum sempat dia menjawab, pengacara majlis sudah memulakan acara. Terpaksa dia balik ke mejanya semula. Adam menjeling tajam ke arah Nadia dan Nadia cuma memandang ke depan pentas.
     " Lain kali jangan jawab macam tu dengan klien, Nad!" Adam memberi amaran.
     " Baik, bos!" jawab Nadia selamba. Kami memberi perhatian kepada pengacara majlis, dan sesi suai kenal terus berlangsung dengan lancar. Sebaik saja tamat, kami terus ke dewan makan. Aku duduk sementara menanti encik suami datang membawakan aku makanan. Terasa seseorang datang duduk di sebelahku, membuatkan aku menoleh.
     " Hai, sayang," kata Ruzlan. Merah padam mukaku.
     " Kau buat apa kat sini?" soalku menahan marah. Dia tersenyum. Aku rasa mamat ni tak pernah makan penampar agaknya. Ringan je tangan aku nak hayun kat pipinya yang sikit berjambang tu.
     " Aku nak makan dengan kau," jawabnya. Aku menjeling, berkira-kira untuk bangun menuju ke meja lain. Belum sempat aku berdiri, Adam menghampiri. Aku perasan wajah Ruzlan merah padam.
     " Come, joint us?" pelawa Adam sambil mengambil duduk di depanku. Aku menjegil besar-besar kat muka laki aku tapi dia boleh buat tak tahu je. Ruzlan terus bangun.
     " Thanks, but better I joint my own group. Bye," katanya lalu beredar. Kami terus menikmati makan malam dengan hati yang sebal, lebih-lebih lagi Adam, aku rasa bertambah sakit hati.
     " Kenapa abang jemput dia?" soalku sedikit geram. Adam memandangku lalu bersandar.
     " Abang cuma emel mintak diorang hantar wakil sahaja, okey? So, terpulanglah pada diorang nak hantar sape pun. Yang May marah sangat ni, kenapa?" soalnya bersahaja. Aku menjeling tajam.
     " Abang pun tau yang sayang tak boleh tengok muka dia kan?" soalku.
     "  So, tell the truth! Why do you want to keep as secret?" soalnya sambil bersilang tangan. Aku bersandar sambil memegang perut yang semakin membesar. Terasa anakku menendang apabila perasaanku semakin tegang.
     " Malaslah!" jawabku.
     " See? Malas. Tu je jawapan yayang. Bila dia datang menempek, tegur sana, tegur sini, mulalah nak tarik muka empat belas!" kata Adam dengan mimik muka sekali. Aku mencapai gelas minuman lalu menyisip air suam. Selesai makan, aku mencapai beg tangan.
     " Nak ke mana tu?" soalnya sambil menghabiskan minuman.
     " Balik bilik! Penat badan," jawabku sambil bangun. Cepat-cepat dia turut bangun dan mencapai beg tanganku. Kami beriringan menuju ke arah lif.
     " Hai, encik Adam. Awal nak balik? Tak nak berjalan-jalan di sekitar hotel dulu ke?" tegur salah seorang peserta kursus, Muhaimin dari syarikat Jati Bersatu Berhad. Adam tersenyum.
     " Balik bilik, tunaikan solat maghrib. Lepas isya' mungkin keluar," jawabnya. Aku menekan butang lif sambil tersenyum ke arah Muhaimin. Sebaik pintu lif terbuka, kami berdua terus meloloskan diri ke dalam lif. Dalam lif, aku menjeling Adam.
     " Amboi, lepas isya' nak keluar. Ke mana?" soalku.
     " Tak ke manalah, yayang. Saja je jawab macam tu nak bagi sedapkan hati peserta," jawab Adam sambil memeluk bahuku. Aku mencebik.
     " Dari abang keluar dengan mereka, baik abang berehat dalam bilik, dengan yayang, dengan baby. Lagi best!" sambungnya lagi. Aku tergelak. Sebaik saja tiba di tingkat 15, kami berpimpin tangan menuju ke bilik.
     " Ya Allah..leganya dapat baring!" kata Adam sambil merebahkan badan atas katil. Aku membuka tudung lalu tersenyum melihatnya dari arah cermin. Terlentang sakan encik suami, macam tak pernah dapat katil.
     " Sayang nak bersihkan diri dulu. Abang nak ke mana-mana tak lepas ni?" soalku sambil mencapai tuala. Dia menggelengkan kepalanya sambil membuka siaran t.v. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Sebaik saja aku selesai mandi, Adam mengambil giliran untuk membersihkan diri. Aku menyiapkan sejadah untuk kami berjemaah maghrib bersama. Lepas dia keluar bilik air dan bersiap-siap, kami terus bersolat.
     Sebaik saja Adam habis memberi salam, terdengar ada orang mengetuk pintu. Aku bangun perlahan-lahan menuju ke pintu manakala Adam melipat sejadah sambil matanya memerhati ke arahku. Apabila pintu dibuka, aku tergamam. Dia ni lagi!
     " Hai," sapanya perlahan, dan aku rasa Adam tak dapat dengar suaranya. Aku menoleh seketika kepada Adam yang memandangku dengan pelik.
     " Sapa tu, yayang?" jerit Adam. Suaranya yang jelas dan kuat membuatkan biji mata Ruzlan bagaikan mahu terkeluar. Belum sempat aku menjawab, Adam sudah berdiri di belakangku dan korang mesti dapat agak macam mana mimik muka dua orang lelaki yang berada denganku saat ini. Adam dan Ruzlan sama-sama terkejut.
     " Eh, Adam? Apa kau buat dalam bilik May?" soalnya dengan rasa marah. Adam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
     " Yang kau datang bilik aku ni, kenapa pulak?" soal Adam. Aku yang berada di tengah-tengah dengan bertelekung dapat merasakan badan suamiku semakin membahang. Ruzlan terkejut.
     " Bilik kau? Jadi apa yang May buat dalam bilik kau ni? Korang..." kata-katanya terhenti sambil memandang mukaku meminta penjelasan.
     " May buat apa kat sini? Dia isteri aku, tempat dia disisi akulah! Takkan aku nak suruh dia duduk sebilik dengan kau pulak?" jawab Adam dengan tegas, namun aku megucapkan terima kasih di dalam hati kerana membelaku. Aku lihat muka Ruzlan sedikit pucat.
     " Abang..!" aku menjawab sebab, ada ke patut dia kata macam tu depan Ruzlan?
     " Jadi, selama ni, aku...." kata-katanya terhenti.
     " Ye, kau puja isteri orang," jawabku. Dia yang termalu cuma menunduk. Adam memeluk bahuku dan memandangnya.
     " Aku dah jadi isteri Adam Usyair, Lan, dan bakal menjadi ibu. Lupakanlah aku," kataku. Dia mendongak dengan muka merah padam menahan malu.
     " Aku mintak maaf dengan kau, Adam, dan jugak kau, May. Aku bersalah," katanya perlahan. Adam tersenyum sinis.
     " Takpelah, Lan. Aku tak marahkan kau, sebab kau pun tak tahu perkara sebenar. Tapi lepas ni janganlah ganggu isteri aku lagi," jawab Adam sambil menjeling ke arahku. Menyindir akulah tu! Macamlah aku tak tau!
     " Sorry again, both of you. Congrats," kata Ruzlan lalu bersalaman dengan Adam. Seketika dia memerhati wajahku kemudian dia terus berlalu pergi. Adam menutup pintu dan aku berjalan menuju ke arah katil. Terkedu.
     " Frust?" soalnya lalu baring di sebelahku. Aku cuma menggelengkan kepala.
     " Lebih baik tengok dia kecewa sekarang dari dia kecewa kemudian hari, kan?" soal Adam lagi. Aku merebahkan badan lalu memeluknya. Adam merapatkan pelukan.
     " Sayang tak kecewa cuma, kesian pulak tengok muka dia tadi," jawabku. Adam ketawa kecil.
     " Dulu dia ada kesiankan yayang ke?" soalnya. Aku geleng.
     " Then, why you so pity to him right now?" soal Adam lagi. Aku mendongak kemudian merapatkan wajahku pada badannya. Dia mengucup dahi dan keningku lalu mengeratkan pelukan.
     " Yayang....." panggilnya manja. Aku mengumam.
     " Tak best la peluk yayang sekarang ni," katanya selamba. Aku mendongak lalu cuba untuk melepaskan pelukannya tapi gagal. Dia ketawa.
     " Dah kata tak best, lepaslah!" jawabku dengan muka masam.
     " Tak best la sebab...perut yayang dah semakin besar. Abang dah tak sampai nak peluk macam dulu-dulu," katanya sambil ketawa nakal. Tersedar diri aku dipermainkan, aku mencubit lengannya kuat-kuat. Bilik yang sunyi sepi tiba-tiba kedengaran jeritan Adam.
     " Nakal!" getusku.
     " Adoi, sakit! Umi, tolong...!" jeritan Adam disusuli dengan lambakan tawaku. Kami berpelukan seketika sebelum hampir terlelap.
     " Abang..." aku memanggilnya. Dalam mamai dia mengumam.
     " Ape...?" soalnya.
     " Teringin nak makan cendol pulut," jawabku. Mata dia terbuka, lalu memandangku.
     " Allah, yayang oi! Mana nak cari time-time macam ni," jawabnya sambil merangkulku dengan lebih erat. Gagal mengelak diri dari pelukannya, akhirnya aku terlelap dengan nama cendol pulut meniti di bibir. Dalam gelap, Adam tersenyum.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

06 September 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 21

     Malam bertandang lagi. Aku berehat di ruang tamu manakala yang lain sibuk mengemas pinggan mangkuk. Budak-budak yang ada pulak tengah buat sesi "mengemas" coklat yang ada. Tergelak aku apabila melihat ateh berebut coklat yang cantik, yang terukir gambar dia dan tunangnya, dengan anak-anak along. Mericau mulut ateh memberi amaran bahawa coklat berukir cantik itu semua miliknya. Alah, budak-budak. Kalau dia kata nak, dia nak jugak.
     " Faiz, kamu nak gigi kamu rosak lagi ke?" soal ayahnya, Syahran, suami along. Faiz yang sedari tadi memujuk mak atehnya, tersengih-sengih bila ditegur begitu.
     " Kenapa, long?" soal angah.
     " Minggu lepas baru pergi buat rawatan gigi. Ini nak makan coklat pulak!" abang Syahran membebel. Ateh tersengih.
     " Haa...memandangkan Faiz dah buat rawatan gigi, maka, coklat ini ateh yang punya," ateh menyakat. Muncung Faiz panjang kembali.
     " Bagi jelah kat budak-budak tu, Muni. Rimas mak dengar kamu bergaduh," bebel emak yang datang dari arah dapur. Kemudian along dan kak ngah datang menatang dulang minuman dan bihun goreng. Munirah tersengih.
     " Jangan dibagi pada Faiz dengan Nisha tu, ateh. Deme sakit gigi malam karang," kata along sambil mengendong Diyana. Nisha menjeling emaknya. Marahlah tu. Namun hati mak saudara mana yang kejam. Ateh memberi jua semua coklat hantaran kepada anak-anak saudaraku, dan dia cuma mengambil beberapa jenis sahaja. Kemudian dia bangun lalu masuk ke dalam bilik untuk menyimpannya.
     " Dah makan, plastik coklat jangan nk sepah-sepahkan. Buang dalam tong sampah kat luar tu. Penat opah kamu nak menyapu nanti," leter along kepada semua anak-anak yang sedap mengunyah coklat. Aku tergelak. Adam dan abang Syahran ralit menonton berita.
     " Uih? Rajin beno mak kamu menggoreng bihun," tegur abah sebaik saja dia keluar dari biliknya. Emak cuma menjeling.
     " Rajin apanya? Ini lebihan bihun petang tadi, saya panaskan balik," jawab emak. Abah duduk bersama kaum lelaki. Aku bersandar pada dinding lalu pejam mata apabila kepala pening sedikit.
     " Kamu balik waktu bila esok, achik?" soalan emak membuatkan aku tersentak. Emak mencuit pehaku lalu duduk disebelahku.
     " Dalam pukul 11 pagi kot," jawabku. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti waktu yang ditetapkan oleh Adam untuk pulang ke KL esok.
     " Awalnya. Tak sempat tunggu makan tengahari ke?" soal kak ngah.
     " Orang ikut driver, mak. Kalau dia kata lepas makan, lepas makanlah kami balik," jawabku lagi. Semua sedang menjamu selera sambil menonton tv. Aku tiada selera lantas meminta diri untuk masuk tidur dulu. Emak memandangku dengan penuh hairan, kemudian pandangannya dihalakan ke arah Adam yang laju menyuap bihun goreng.
     " Adam? Kenapa May tu?" soalan emak membuatkan Adam tersentak. Angah pantas menepuk belakang Adam perlahan, dan kak ngah menghulurkan air minuman kepadanya.
     " Makan tu cuba perlahan-lahan. Tak ke mana pun bihun tu, ada banyak lagi kat dapur," perli emak membuatkan semua ketawa.
     " Dia migrain, mak. Sejak mula mengandung, dia kerap sakit kepala," jawab Adam selepas berdehem seketika. Emak mengangguk. Bimbang di hati bertandang lagi. Risau. Adam yang tidak mengesyaki apa-apa, meneruskan suapannya.
     Selesai makan, dan mengemas semuanya, Adam meminta diri untuk masuk berehat. Along dan kak ngah pun masing-masing sudah masuk menidurkan anak-anak mereka. Yang tinggal cumalah emak, abah, abang Syahran, angah dan adik-adikku, Muzzaid dan Mazlan. Munirah awal-awal lagi sudah hanyut dibuai mimpi.
     Terganggu lenaku apabila terasa Adam memelukku dari belakang. Aku memegang tangannya yang sedang memegang perutku. Adam mengucup leherku dan memelukku erat.
     " Sedap tidur?" soal Adam.
     " Lagi mau tanya?" soalku kembali. Dia tergelak.
     " Kenapa masuk tidur awal? Pening lagi?" soalnya lagi.
     " Tak, tapi tak selesa dok ramai-ramai," jawabku. Adam menguap.
     " Esok nak balik pukul berapa?" soalku pula. Dia mengumam.
     " Kalau nak balik awal nanti mak mesti akan suruh balik lepas makan. Nak tak nak kena ubah masa la, lepas makan," jawabnya. Aku diam.
     " Kenapa, yang?" soalnya semula.
     " Takde apa-apa," jawabku sambil mengeratkan pelukannya. Aku tersenyum dalam dakapan Adam dan tak sampai sepuluh minit, kedengaran dengkuran halus Adam.
*********************************************************************************************
     Adam memasukkan beg baju kami dalam bonet kereta dan menutupnya. Aku bersalaman dengan semua ahli keluargaku yang ada. Along pun bersiap-siap untuk pulang ke Rawang, manakala angah nak pulang ke Sungai Besi. Ateh tunggu kedatangan tunangnya untuk membawa dia pulang ke KL. Selepas mengucapkan selamat jalan, kereta kami meluncur laju menuju ke lebuhraya.
     Sepanjang perjalanan dari kampung menuju ke KL, aku lebih banyak mendiamkan diri dari berbual. Penat masih terasa. Sesekali Adam menoleh ke arahku.
     " Yayang? Are you okay? " soalnya. Aku menoleh.
     " Kenapa? Nampak sayang macam tak okay ke?" soalku.
     " Tengok muka macam penat sangat," katanya.
     " Adoi, bang. Mana ada majlis yang tak penat badan?" soalku. Dia ketawa.
     " Ada! Majlis kita dulu," perlinya. Aku cuma menjeling tajam. Dia terus ketawa. Sukalah tu, dapat kenakan aku ni! Mentang-mentanglah majlis pertunangan aku tak macam majlis Ateh, kata hatiku.
     " Lupa abang nak bagitahu semalam. Esok beberapa orang staff kita ada kursus di Port Dickson, selama tiga hari," katanya. Aku memandangnya pelik.
     " Kenapa Nad tak bagitau sayang apa-apa pun?" soalku.
     " Abang yang tak bagi," jawab Adam. Aku menjeling lagi.
     " Kursus pasal apa?" soalku.
     " Kursus Constructing Excellence in Self Development. Tiga hari dua malam di Ancasa Hotel," katanya. Aku mengumam. Dah lama rasanya tak pergi kursus ni.
     " Nama abang, Nad, Azie, Zain dan Imran yang kena pergi," jawabnya selamba. Alaa...nama aku takde. Benci betul! Aku memasamkan muka. Nak buat macam mana? Ayah mertua aku yang buat pilihan macam ni, hatiku membebel.
     " Sayang pergi ofis sendiri lah lepas ni," kataku dengan sedikit sayu. Adam ketawa. Mamat ni, main gelak-gelak pulak. Sekeh kang! Ops, dosa-dosa..! Ampunkan aku, Ya Allah!
     " Kenapa? Dah malas nak drive sendiri?" soalnya. Aku menjeling. Jelingan itu mengundang kesepian sehingga kami tiba di rumah.
     " Tolong kemaskan beg baju abang, boleh?" kata Adam sebaik saja dia menutup pintu utama. Aku yang baru hendak melangkah anak tangga, menoleh.
     " Hurm, yelah!" jawabku lalu terus naik. Adam tersenyum sendirian.
*********************************************************************************************
     Adam yang baru keluar dari bilik air, tercengang melihat aku mengemas beg pakaiannya. Dia menghampiriku sambil mengesat rambutnya yang basah.
     " Kenapa guna beg kecik ni?" soalnya. Aku yang tunduk, mendongak. Kata 3 hari je kan? Pasal apa nak beg besar-besar pulak ni? Aku menjungkit kening.
     " Yelah, mana nak tahu abang nak beli banyak cencalok ke, souvenir ke, boleh jugak sumbat dalam beg besar," katanya sambil tersengih. Aku terus melipat 3 helai kemejanya.
     " Abang pergi naik bas persiaran ke?" perliku. Dia menjulingkan matanya. Dah tahu nak naik BMW 'jerung' dia tu, tak payahlah berlagak macam susah sangat nak bawak segala benda tu! hati aku mula membebel.
     " Yelah, yelah! Naik kereta, okey?" jawabnya sambil berlalu ke meja kerjanya. Laptop dibuka seterusnya terus check emel. Aku terus melipat baju seterusnya memasukkan ke dalam beg. Selesai semuanya, aku mencapai tuala lalu menuju ke bilik air. Terasa segar apabila tubuh badan disirami air suam. Selesai mandi, aku keluar dengan kemban kain batik. Sambil lalu di belakang Adam, aku mengesat rambut yang basah, dan mencari baju tidur. Adam terus menoleh.
     " Amboi! Dah macam perempuan melayu terakhir je ni," perlinya. Aku menoleh lalu tersengih. Apa taknya, dah tahu sangat pandangan mata encik suami tu, memang dia takkan menoleh ke arah lain selagi aku tak berbaju sepenuhnya.
     " Tengok apa?" soalku sambil mengeringkan rambut. Dia tergelak.
     " Tengok isteri Adam Usyair," jawabnya bersahaja. Aku mengekek.
     " Tak payah berdalih. Tahu sangat tengok apa. Pantang betul tengok sayang berkemban, biji mata tu macam nak terkeluar," perliku. Dia tergelak, lalu bangun menghampiriku yang sedang duduk di atas katil. Baru saja aku ingin menyarung baju tidur, tangannya menghalang. Dia duduk di sebelahku.
     " Habis tu, abang nak tengok siapa lagi? Kalau abang tengok orang lain berkemban, yayang cemburu, lepas tu dosa pulak, kan? Lebih baik abang tengok isteri abang sendiri. Dah sah-sah halal bagi abang," jawabnya sambil memegang tanganku. Aku mencebik.
     " Dah, jangan nak buat wayang kat sini. Pawagam dah tutup. Tepi sikit tangan tu, nak pakai baju ni," balasku. Dia mendekati, semakin rapat, dan rapat, dan akhirnya hidungnya menyentuh pipiku. Aku diam.
     " Kalau abang tak nak tepi?" soalnya, dengan suara yang menyeramkan. Haha.
     " Sayang nak tidur!" pantas aku bergerak untuk mencapai bantal namun tangannya lagi pantas dariku. Erat memegang tanganku, dan aku kembali ke posisi asal.
     " Kalau abang tak bagi yayang tidur?" soalnya lagi. Kali ini aku merasakan tindakannya lain dari tadi. Alaa, part ini yang tak berapa nak best, hatiku berkata-kata. Aku menunduk. Dia mendekati sehingga terasa hembusan nafasnya di pipiku.
     " Wanginya rambut yayang," katanya sambil membelai perlahan rambutku yang basah. Aku mendongak memandang wajahnya kemudian aku menjulingkan mata. Dia terkejut lalu menginjak ke belakang sedikit.
     " Oih? Apa ni, yang?" soalnya. Aku tergelak.
     " Pakai syampu Sunsilk sebab tu wangi. Abang tu mana reti pakai syampu, nasib baik rambut tak panjang macam rambut sayang," aku menjawab, mengelakkan tindakannya sebentar tadi. Dia mencebik.
     " Eleh, ingat abang tak pakai syampu ke? Nah, cium rambut ni!" katanya lalu terus baring di ribaanku. Tergamam aku seketika namun aku senang melihat dia manja sebegini. Aku membelai rambut pendeknya seperti rambut seorang askar, dan menarik sedikit membentuk gaya spike.
     " Wangi tak?" soalnya dengan muka dihala ke perutku.
     " Busuk! Dah, bangun!" jawabku sambil menolak kepalanya. Dia ni pulak, sengaja menyakitkan hati aku dengan memberatkan kepalanya. Tolak punya tolak, kepalanya terhantuk sedikit pada perutku.
     " Adoi!" aku mengaduh. Pantas dia bangun, panik.
     " Yayang, kenapa ni? Okey tak?" soalnya cemas. Aku menjeling geram, sambil memuncungkan mulutku.
     " Kepala batu betul!" aku menjawab. Dia diam lalu tangannya mengusap perlahan pada tempat yang terkena kepalanya tadi.
     " Sorry, baby. Ayah tak sengaja, sayang. Kesian ibu, sakit," pujuk Adam pada anak di dalam perutku. Aku yang hampir tergelak, menoleh ke arah lain. Kemudian terasa sayu apabila Adam mencium perutku yang semakin membuncit. Aku membelai rambutnya, membuatkan dia bangun.
     " Pergilah tidur, bang. Esok nak jalan jauh," kataku sambil mencapai baju tidurku. Adam bangun lalu menutup laptopnya, kemudian terus menutup lampu. Aku yang sudah berbaring melihat dia berjalan dalam gelap, kemudian dia merebahkan badannya di sebelahku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya, dan mengeratkan pelukan. Aku tenang dalam pelukannya dan mata semakin layu. Terasa diri semakin di awang-awangan apabila terdengar Adam memanggil namaku.
     " Maysarah," panggilnya perlahan. Aku yang mamai cuma mengadap ke arahnya dan memeluknya erat. Adam mengeluh.
     " I'm sorry, ganggu sayang. Esok abang nak pergi kursus 3 hari ni. Boleh abang dapatkan penawar bagi rindu abang nanti?" soalnya. Aku yang kurang jelas mendengar butirannya, cuma mengumam sambil mata terpejam. Adam tergelak, melihat aku langsung tidak sedar.
     " Mengantuk betul dia," omel Adam perlahan sambil mencium pipiku. Mulanya aku rimas ada orang mengganggu tidurku, lalu aku menolak perlahan wajah Adam. Lama-kelamaan, aku sendiri terbuai dengan belaian Adam.
                        ****************************************************************************
     Sesudah solat subuh, aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk Adam. Pergerakan aku sedikit perlahan bagi mengimbangi tubuhku yang semakin chubby. Kemudian, Adam turun dari atas, dan terus menuju ke meja makan. Aku memandangnya yang tersengih gatal.
     " Apa sengih-sengih?" soalku sambil menuang nescafe panas ke dalam cawannya.
     " Eh? Sengih pun salah ye?" soalnya sambil mencapai pinggan nasi gorengnya. Aku menjeling lalu duduk bertentangan dengannya.
     " Pukul berapa nak pergi ofis?" soalnya.
     " Pukul 8.30 kot. Kenapa?" soalnya. Matanya memandang ke arah jam dinding, baru pukul 7.15 pagi. Aku terus makan tanpa mempedulikan apa yang difikir oleh encik suami.
     " Semalam nyenyak tidur?" soalnya sambil tersengih. Aku menjeling lagi. Lama-lama mata aku pun boleh besar secara automatik macam ni, asyik menjeling je.
     " Takde keje sangatlah tu!" aku menjawab.
     " Ate, dah panggil pun dok hurm, hurm aje. Abang pun teruskan jelah! Ingatkan sedar," katanya lalu tergelak. Merah padam mukaku. Mana taknye, waktu aku bangun subuh tadi, kain batik aku dengan baju tidurnya sudah bergumpalan di hujung katil. Nak cakap apa lagi kan? Takkan nak marah? Capai jelah apa yang ada untuk ke bilik air.
     " Mengada-ngada!" jawabku, kehabisan modal.
     " Mengada pada isteri sendiri, tak ape," jawabnya lalu gelak lagi. Aku meneruskan suapan sehingga selesai, kemudian aku membawa pinggan ke sinki lalu mencucinya. Selepas itu aku ingin beredar ke bilik untuk bersiap.
     " Nak ke mana?" soalnya. Aku yang baru memijak anak tangga, menoleh padanya yang sedang makan dengan berselera.
     " Naiklah, bersiap! Kenapa?" soalku hairan. Dia tersenyum lalu menghirup nescafe sebelum menyambung bicara.
     " Abang nak mintak tolong ni, boleh tak?" soalnya. Aku menongkat siku pada pemegang tangga sambil memandang ke arahnya.
     " Nak mintak tolong apa lagi? Semalam tu kan dah tolong," jawabku sambil menekan perkataan 'semalam' kepadanya. Adam seperti selalu, cuma ketawa. Haih!
     " Itu bukan tolong, itu memang wajib! Haha," jawabnya. Aku mula merasakan pipiku panas.
     " Dah tu, nak apa?" soalku lagi.
     " Tolong kemas baju yayang sekali dengan baju abang, masuk dalam 1 beg besar. Terima kasih," katanya lalu tersengih. Aku bercekak pinggang lalu menerpa ke arahnya sambil menjegilkan mata besar-besar. Dia terperanjat, pantas bangun dan berlari ke arah lain. Sesi kejar-mengejar sedang berlaku di ruang dapur. Adam ketawa sambil mengusung pinggannya bersama. Aku berhenti mengejar lalu bercekak pinggang. Geram.
     " Yang, jangan berlari. Kang terberanak kat sini kot," usiknya sambil buat muka tak bersalah. Aku memegang kerusi.
     " Abang ni kan! Kenapa tak cakap semalam?" soalku dengan nada yang hampir tinggi. Dia tersengih.
     " Saja, nak buat yayang terkejut. Hehe," katanya sambil meniru gayaku, menunjukkan tanda peace kepadaku. Ya Allah, ada suami macam ni lama-lama kurus jugak aku!
     " Main-main betul!" tukasku geram.
     " Mana ada abang main-main? Yayang tu je yang tak nak check emel. Bukannya si ateh tu takde laptop," katanya. Aku menjeling.
     " Dah tu, tak reti nak bagitahu?" soalku. Dia gelak. Perlahan-lahan menghampiriku.
     " I'm sorry, okey? Sekarang pergi kemas baju. Kita kena gerak ke ofis dulu, jumpa yang lain-lain sebelum terus bertolak ke Port Dickson," katanya sambil memeluk bahuku, kejap. Aku menolak tangannya sambil berlalu. Bengang.
     " Kemas dapur, cuci pinggan!" arahku kepadanya tanpa menoleh. Aku terus naik ke tingkat atas.
     " Yes, maam!" jawabnya sambil tergelak. Aku yang menapak sampai depan bilik, tersengih lebar sambil berjoget-joget. Yeah!! Akhirnya encik suami masukkan nama aku untuk berkursus. Hehe. Ini kalau dia tengok dah sah-sah aku kena bebel. Mom wanna be sedang menari-nari, memang nak kena getahlah! Haha.
                *********************************************************************************
     Kami tiba di kawasan parkir ofis pada pukul 9.15 pagi. Adam menyuruh aku menunggu di dalam kereta sementara dia naik ke ofis untuk mengambil beberapa dokumen kami. Sedang aku menanti, kelihatan kelibat Nadia dan Aziah sedang menanti berhampiran kereta Imran, Proton Inspira. Aku keluar terus menghampiri mereka.
     " Lah, ingatkan kau tak jadi pergi," kata Aziah sambil meletakkan beg bajunya dalam bonet kereta Imran. Nadia turut terkejut melihat aku.
     " Hah? Tak jadi? Aku pun baru tahu pagi tadilah!" jawabku.
     " Alahai mama ni, comel pulak aku tengok kau pakai blaus mengandung ni," sapa Imran dari belakangku. Aku tersengih.
     " Laki kaulah! Emel kat aku malam tadi kata kau tak jadi pergi," kata Nadia. Aku mengerutkan dahi.
     " Yang check emel tu, dia! Bukan aku! Aku tak buka emel langsung sepanjang aku bercuti, jadi kau jangan nak percaya sangat dengan bos senget korang tu," aku mengingatkan mereka. Sepuluh minit kemudian, Adam turun menghampiri kami.
     " Korang naik 1 kereta, share duit tol dan minyak. Balik nanti claim semula. Sampai di hotel nanti semua  tunggu saya di lobi," katanya. Kami saling bersalaman lalu aku dan Adam menuju ke keretanya. Kemudian perlahan kereta kami memasuki jalan besar dan terus menuju ke arah lebuhraya utara selatan. Dalam kereta, aku terlena sebab, aku ni pantang sangat nak berjalan jauh, mulalah mata aku kuyu bagai kena gam. Adam cuma menggeleng-gelengkan kepalanya, sambil memandu tenang.
     Dalam tidur-tidur ayam, sayup-sayup aku terdengar suara Adam mengalunkan lagu. Bila aku buka pendengaran dengan jelas, hatiku tersentuh. Adam bukan menyanyi lagu balada tetapi dia mengalunkan nasyid taubat, yang selalu aku dengar di iPhone miliknya. Suara Adam membuatkan hati wanitaku terusik. Begitu mengasyikkan. Kemudian dia bertukar mengalunkan surah-surah pendek di dalam perjalanan kami. Tak sangka encik suami aku ada kelebihan menghafal begini. Aku tenggelam dalam keasyikan mendengar suara merdunya mengalunkan surah Al-Quran, sehingga aku kembali terlena dengan tenang.
     Adam yang terus mengalunkan suaranya sesekali mengerling ke arah wajah isterinya yang semakin dekat di hatinya, sambil tersenyum. Tangannya menggenggam tanganku dengan erat.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

29 Ogos 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 20

Lima bulan berlalu...

     Aku berada di kampung sudah 3 hari semenjak hari Rabu, kerana majlis pertunangan adikku, Munirah dengan pasangannya, seorang pegawai tentera. Sambil menyiapkan dulang dan kotak hantaran, aku bersandar pada katil lalu melunjurkan kaki. Semenjak ada baby dalam perut ni, aku kerap diserang sakit kepala. Kata mak, darah kotor yang selalu keluar setiap bulan tu berkumpul, nanti bila bersalin semua darah kotor keluar baru bersih. Hurm, yelah tu mak. Macamlah mak tak tahu anak mak yang debab ni ada migrain, hatiku mengomel.
     " Achik?" aku membuka mata. Kelihatan Munirah atau Ateh yang baru masuk untuk meletakkan baju pertunangannya di almari, memandangku dengan pelik. Kemudian dia menghampiriku, dan duduk di sebelahku lalu mengemas semua barang yang aku siapkan tadi.
     " Kenapa?" soalku.
     " Sakit kepala lagi?" soalnya. Aku mengangguk.
     " Kerap sangat ni? Tak makan ubat?" soalnya. Aku menjeling.
     " Mana boleh makan ubat sembarangan, ateh oi!" aku mengingatkannya. Kemudian dia tersengih. Huh, nama aje belajar sampai nak jadi bakal doktor, tapi tak reti-reti jugak.
     " Ada ubat yang boleh makan, achik, dan ada yang tak boleh. Janganlah makan yang tak boleh tu," jawabnya pulak. Eh,budak ni! Aku sendiri pun tak berani nak makan panadol, inikan pula pil warna kuning tu. Menjerit suami aku satu rumah karang.
     " Achik cuti sampai bila?" soalnya. Aku diam sambil memejamkan mata.
     " Ahad petang achik balik. Lagi pulak achik dah ambil cuti 3 hari dari hari Rabu. Company bapak mertua achik tu bukan company achik," perliku. Munirah tersengih.
     " Majlis esok start pukul berapa?" soalku.
     " Lepas solat Zohor. Mulanya, mak nak buat tengahari tapi opah bising suruh buat lepas Zohor. Achik macamlah tak kenal opah tu macam mana," omel adikku ini. Aku tersenyum.
     " Achik, abang Adam dah sampai," kata Mazlan di muka pintu. Kami berdua berpandangan lalu ketawa. Mazlan yang tak tahu apa-apa, terus keluar sambil merungut-rungut. Nasiblah kau dik, ada kakak yang ghope ini. Haha.
     " Ateh keluar dulu, ye? Kesian abang Adam tu, letih drive dari KL," kata Munirah sambil bangun.
     " KL mende? Melaka tu, keje," jawabku. Terbeliak mata Ateh namun aku pura-pura tak nampak.
     " Kau ni gilalah, achik! Tak suruh laki kau datang pun takpe, ateh tak kisah! Kau mendera dia betullah!" Munirah membebel.
     " Ateh kata abang gila?" sergah Adam dari belakang Munirah. Terangkat bahu dia manakala aku ketawa tak ingat. Munirah menjeling lalu meminta diri untuk keluar. Adam masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. Dia berjalan menghampiriku, lalu mengucup dahiku. Aku bersalaman dengannya, kemudian dia meletakkan beg baju atas lantai, lalu kembali berbaring atas katil.
     " Penat?" soalku.
     " Hurm..." dia mengumam.
     " Dah makan?" soalku lagi.
     " Dah, kat RnR Tapah tadi," jawabnya. Aku menoleh sekilas dan melihat matanya sudah terpejam. Aku kembali menatap dulang hantaran lalu mencapai satu dulang yang sudah siap digubah, dan memperkemaskan hiasan coklat di dalamnya.
     " Yang..," panggilnya membuatkan aku menoleh sekilas, menanti sambungan bicaranya. "..petang tadi abang singgah dekat DWE," katanya. Aku kembali menoleh ke arah dulang dengan debaran di hati semakin kuat. Oh, please! Janganlah dia tahu, hatiku berbisik.
     " Ye ke?" aku menjawab ringkas.
     " Abang terserempak dengan Ruzlan," katanya lagi. Allah, encik suami ni! Cakap tu tak bagi aku saspen, tak boleh ke? Berderau darah aku ni!
     " So?" soalku seperti tidak ada rasa apa-apa. Terasa katil bergoyang kemudian aku perasan yang Adam sudah beralih kedudukan, menongkat dagu di belakangku.
     " He asked me about you, yayang," katanya. Gulp! Aku ketandusan kata-kata.
     " Hah? Kenapa pulak?" soalku berpura-pura hairan.
     " Dia tanya abang, betul ke May dah kahwin?" soalnya. Aku menggigit bibir.
     " Dah tu, apa abang jawab?" soalku lagi.
     " Abang pandang dia pelik. Mustahil dia tak tahu yayang dah kahwin dengan abang. Melainkan yayang belum bagitahu dia," kata Adam. Aku menolak dulang kembali ke tempat asal dan mula bangun. Aku duduk atas katil lalu dia mengiring memandangku.
     " Memang dia tak tahu apa-apa pasal kita," aku jawab. Adam mengerutkan dahinya.
     " Kenapa? Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?" soalnya. Aku menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. Adam Usyair harus diberitahu.
     " He is my ex-fiancee," aku menjawab. Adam bingkas bangun dengan matanya terjegil.
     " He what?!" soal Adam dengan riak terperanjat. Aku menunjukkan muka comel pada Adam dan mengangkat dua jari tanda peace!
     " You...dah berapa lama abang tak tahu?" soalnya hampir meninggikan suara. Aku menjeling memberi isyarat bahawa ramai tetamu di luar rumah. Dia menjeling sekilas.
     " As long as we get married lah, abang," aku menjawab. Dia merengus tanda tak puas hati.
     " Padanlah dia beriya-iya nak awak turun audit kat JB beberapa bulan lepas! Rupanya...." dia membiarkan ayat tergantung.
     " Biarkan dia, bang. Kita dah bernikah, dan dia takde kena-mengena dengan sayang lagi," jawabku. Mataku berair lepas habis menguap. Aku rebahkan badan dan menarik selimut.
     " Dah nak tidur?" soalnya. Aku kembali memandangnya, dengan kening terjungkit sedikit.
     " Abang tak habis soal lagi ni," katanya. Aku memeluk lengannya.
     " Abang pergi mandi dulu, nanti kita sambung berbual ye? Sayang tunggu abang," kataku dengan mata terpejam. Kedengaran dia mengumam.
     " Hurm, yelah!" lalu dia bangun menuju ke bilik air. Aku menarik selimut sehingga ke paras dada dan akhirnya aku dibuai mimpi.
  ********************************************************************************************
     Adam keluar dari bilik air dan memandang ke atas katil. Kepalanya digeleng-geleng dan dia mengulum senyum. Baru saja dia menyidai tuala di ampaian sebelah bilik air, pintu bilik mereka diketuk dari luar. Perlahan dia membuka pintu dan kelihatan wajah ayah mertuanya.
     " Hah, Adam? Ateh kata kamu dah sampai. Dah makan ke belum? Kalau belum makan, mak kamu tengah siapkan makanan," kata abah. Adam menyalami tangan tua itu.
     " Baru lepas mandi, bah. Takpelah, kalau lapar nanti saya ke dapur," Adam menolak perlahan.
     " May mana?" soalnya sambil mengerutkan dahi.
     " Dia dah tidur, bah. Tak berapa sihat sangat," jawab Adam. Abah cuma mengangguk-angguk.
     " Kalau macam tu, takpelah. Jangan biar perut kosong. Kalau lapar pergi makan je," kata abah lalu dia pun beredar semula ke ruang tamu. Adam kembali menutup pintu dan lampu lalu menghampiri katil. Dia baring di sebelahku dan meletakkan kedua tangannya di bawah kepalanya.
     " Yayang," panggilnya. Sekali, dua kali, tiga kali... aku mengeliat malas lalu terlentang dan mataku mencari wajahnya. Mujur bilik gelap kalau tak pasti dia nampak mataku yang merah sebab mengantuk gila!
     " Ermm...," aku menjawab malas. Dia mengiring lalu memandangku.
     " Bila awak nak bagitahu dia?" soalnya. Lah, ingatkan dah habis topik ni, rupa-rupanya belum!
     " Biarlah dia, bang. Nanti ada masa sayang bagitahu sendiri," kataku lalu hampir pejam mata semula. Kedengaran Adam mengumam macam tak berapa puas hati dengan jawapanku namun dia biarkan saja persoalan yang bermain dalam kepalanya. Baru nak fly jauh, aku terasa dia merapati dan meletakkan kepalaku atas lengannya. Kemudian terasa tangannya mengusap-usap lembut perutku yang sudah membukit.
     " Gelilah," aku menjawab spontan dalam mata terpejam.
     " Aik? Ingatkan dah fly jauh?" soalnya.
     " Apa ni, main-main perut orang? Mainlah perut abang tu," jawabku.
     " Perut abang kempis, mana ada baby. Best pegang perut yayang, ada baby," katanya. Aku mendengus perlahan. Aku tahu Adam excited nak jadi ayah.
     " Bukan ada worm baby ke? Baby jugak tu," aku terus menjawab. Pantas dia mencubit pipiku.
     " Mulut....! Ada je modal nak jawab! Dah, tidur!" katanya lalu mengeratkan pelukan. Aku tergelak dalam dakapannya. Senang hati.
**********************************************************************************************
     Usai solat subuh, aku terus ke dapur. Adam kembali menyambung tidur dan aku tak mahu mengganggu lenanya. Emak kalut menyiapkan makanan untuk kami adik beradik, dibantu oleh along, kak ngah dan ateh. Aku tersengih sebab paling lewat tiba di dapur. Mujur mereka semua memahami.
     " Hah, achik? Semalam kata si Ateh ni, Adam balik. Ye ke?" soal emak.
     " A'ah, tengah tidur lagi," jawabku sambil membancuh air kopi.
     " Nanti kejut dia makan. Kamu pun sama jugak, along, ngah," emak mengingatkan. Kami semua mengangguk.
     " Baby macam mana?" soal kak ngah, Norzulita, sebaik saja menghampiriku di meja makan.
     " Alhamdulillah, ngah. Sihat," jawabku. Kami semua bersarapan pagi tanpa kaum suami sebab, lepas ni ada kerja yang menanti kami.
     Menjelang Zohor, ateh mula bersiap, disolek oleh along. Aku sibuk mengangkat barang hantaran untuk diletakkan di atas katil. Kak ngah mengemas baju tunang ateh manakala anak-anak along dan angah sibuk berlari-lari keluar masuk bilik. Aku mula bercekak pinggang dengan keriuhan mereka yang menjerit seronok.
     " Oii!! Bisinglah! Yang berlari dalam bilik ni buat apa? Pergi main dekat luar!" Hah! Kan dah kena! Mak budak paling otai dah naik hantu. Siapa lagi kalau bukan alongku tersayang! Haha. Aku duduk di kerusi yang dibawak masuk dari ruang tamu. Penat.
     " Itu baru 5 orang, belum masuk anak achik," jawab kak ngah. Aku tersengih.
     " Along tak kisah, yang geramnya, si Faiz dan Nisha, dah besar, bukan nak tolong jaga adik-adiknya," rungut along.
     " Allah, along! Biarkanlah. Si Faiz baru darjah dua, Nisha enam tahun, tak kan nak marah budak-budak tu pulak," jawab kak ngah.
     " Nasib lah anak kamu, si Firhan dan Ainul kecik lagi," kata along. Kak ngah tersenyum melihat mulut along membebel-bebel, namun tak lama kemudian terdengar raungan anak along yang bongsu, Diyana. Pantas along berdiri tegak dan bercekak pinggang.
     " Aku baru je cakap! Faiz, Nisha, kenapa adik tu?" suara nyaring along melaung nama anak-anaknya dari dalam bilik. Kedengaran teresak-esak si Diyana menangis dan mereka semua yang bermain bersamanya tadi terdiam. Aku bangun untuk keluar melihatnya tapi kemudian tangisan Diyana sudah terhenti. Aku menjenguk, rupanya Adam sudah mendukung Diyana dan dibawa keluar dari rumah. Yang lain menikus apabila melihat aku menjegil mata ke arah mereka.
     " Kenapa achik?" soal kak ngah yang duduk di kerusi. Aku menoleh lalu berpatah semula ke kerusi tadi, dan duduk di sebelah kak ngah.
     " Adam bawak keluar Diyana, yang lain-lain dah senyap. Kena marah dengan ayah chik kot," jawabku.
     " Biarkan! Degil sangat! Seronok tak kena tempat! Itu si Diyana kena langgar dengan dorang masa sama-sama berlarilah tu," jawab along. Kami ketawa.
     " Pandai abang Adam pujuk budak tu," kata ateh perlahan apabila bibirnya dicalit lipstik oleh along. Aku menjeling.
     " Dia pun ada adik-adiklah!" jawabku.
     " Takpe, belajar-belajar nak jadi bapa budak! Haha," jawab kak ngah kemudian mereka sama-sama ketawa. Aku menjeling tajam.
     " Tak payah belajar. Dia lagi expert dari achik," jawabku.
     " A'ah, memang expert! Kalau tak, kamu takdelah bawak anak dia dalam perut selama 9 bulan 10 hari," perli kak ngah lagi. Akhirnya aku turut ketawa sama.
**********************************************************************************************
     Sebaik saja sesi menyarung cincin pertunangan selesai, kami semua bergambar dengan ateh yang semakin ayu dan tersipu-sipu malu. Tunangnya tidak hadir (kalau hadir pun buat opah aku berleter depan tetamu je), jadi dia menanti di bawah khemah saja. Bakal ibu dan ayah mertua ateh amat sporting, siap boleh melayan gurauan mak dan abah.
     Masih terbayang waktu Puan Julia menyarung cincin ke jari manis ateh, aku terharu. Masa aku bergelar tunangan orang dulu, dah lah tunang style koboi, nikah pun nyaris-nyaris tak jadi. Namun suami yang buat aku angau inilah bakal menjadi ayah kepada anak-anakku nanti. Along yang perasan aku terdiam, pantas menyiku lenganku. Aku tersentak lalu menoleh.
     " Tak payah nak touching sangatlah! Sesi kamu dah lama lepas," bisik along. Aku menjeling.
     " Tapi achik mana ada sesi macam ni! Achik sarung cincin sendiri je," jawabku perlahan. Dia mengusap belakangku.
     " Jangan nak sedih-sedih. Kamu tu dah nak jadi mak budak!" kata along mengingatkanku. A'ah, yelah! Dah pregnant pun! Hahaha. Aku ketawa.
     " Oih! Ketawa sorang-sorang, senget ke ape?" soal angah, entah dari mana datangnya. Aku kembali tersedar, dan angah melihat aku dengan muka pelik. Opps, semua mata memandangku. Para tetamu sudah beredar ke luar untuk menjamu selera. Yang tinggal cuma aku, dan anak along, Nur Diyana yang terlena di pangkuanku. Angah masuk untuk mengambil barang hantaran.
     " Eh, ye ke?" soalku sambil tersengih.
     " Masya-Allah! Kamu ni betul ke idak?" soal angah. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Alahai, pecah sudah rahsia.
     " Hurm, berangan le tu," perli along yang datang dari dapur. Aku menjeling. Mata meliar mencari kelibat encik suami yang sedari tadi tak kelihatan. Mataku kembali menatap wajah anak along. Aku baru perasan. Dahinya bengkak dan membiru. Agaknya sebab inilah dia meraung tadi. Kesian Diyana yer, hatiku mengomel. Baru saja aku hendak menyentuh dahinya, along pantas bersuara.
     " Jangan gatal-gatal nak tekan benjol tu. Baru je dia lelap, kang meraung lagi aku tak boleh nak buat kerja!" lalu aku menarik kembali tanganku.
     " Nampak Adam tak?" soalku.
     " Bawah khemah, jumpa bakal biras," kata along lalu dia keluar. Baru saja aku hendak bangun, kelibat Adam kelihatan dan masuk menuju ke arahku dengan segelas minuman. Aku tersenyum.
     " Terkenang?" soalnya lalu duduk di sebelahku. Hurm, along punya mulutlah ni! Aku tersengih.
     " Taklah! Lenguh pinggang," kataku cuba untuk mengalih Diyana dari pangkuanku. Pantas Adam menarik Diyana agar tidur di sebelahnya. Aku terus melunjur kaki.
     " Dah jumpa bakal pengantin?" soalku.
     " Dah. Kawan abang masa belajar kat universiti dulu," jawapannya membuatkan aku tercengang.
     " Hah? Biar betul? Dah tu, si ateh?" soalku terperanjat.
     " Dorang kenal lama, lepas kawan abang tu keluar rekrut. Takde kena-mengena dengan abanglah!" jawabnya. Aku menjeling.
     " Sukalah tu, ada biras kawan baik!" perliku. Dia tersengih. Belum sempat aku membuka mulut menambah soalan lagi, terdengar suara angah melaung dari luar rumah.
     " Maysarah, Adam, ni pihak lelaki dah nak balik!" jeritnya. Aku bangun dibantu oleh encik suami dan kami berdua menuju ke luar rumah. Selepas aku berkenalan dengan kawan dan keluarganya, mereka pun beredar pulang. Sambil masuk ke dalam rumah, aku mencubit pinggang ateh. Tersengih-sengih gatal dia.
     " Dia takde pengalaman macam ni, sebab tu jealous!" perli angah. Aku mencebik lalu mereka semua ketawa, dan yang paling kuat ketawa adalah, Adam Usyair, suamiku sendiri. Aku menjeling tajam ke arahnya. Sukalah tu, dapat kenakan aku! Dengan laju aku berjalan tanpa mempedulikan mereka semua. Yang penting kini, aku adalah Mrs. Adam Usyair.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim