19 Januari 2012

KiSaH hAtI ~ 18

3 bulan berlalu...

     Pagi itu di pejabat, Carlos memerhati tingkah-laku Nia Aryana dari balik cermin gelap biliknya. Kelihatan Nia Aryana cuba menghabiskan semua kerjanya sebelum waktu rehat. Sekali-sekala Nia Aryana membetulkan rambutnya yang terjuntai, lalu diselitkan belakang telinga. Carlos kelihatan begitu asyik memerhatikan si idaman hati, dan akhirnya dia tersenyum sendiri.

     " Luahkan jelah rasa hati kau tu, Carl! Asyik mengintai je apa pun tak jadi," satu suara datang menegur sehingga terjungkit bahunya. Pantas dia menoleh, dan Azreen cuma tersengih sambil menggoyangkan kerusinya. Carlos cuma menjeling tajam.

     " Masuk tak reti ketuk pintu ke?" soalnya seakan marah. Azreen ketawa.

     " Mr. Carlos Daniel, I dah ketuk pintu macam nak rak tau tak? Secretary you cakap you ada kat dalam tu yang I redah masuk je!" perli Azreen dengan slang 'mat saleh'nya sekali. Carlos mencebik. Azreen mendekati meja Carlos lalu turut memerhati Nia Aryana dari sudut yang dilihat Carlos.

     " Kau ni kejam la Carl!" kata Azreen perlahan. Terkejut Carlos sehingga dia mendongak mencari jawapan dari riak wajah sepupunya.

     " Oik? Apesal pulak aku yang kejam nie? Kau ni, sesuka hati je ye?" kata Carlos sambil menutup tirai yang dibuka tadi. Azreen tersengih lalu bersandar kembali.

     " Carl, Nia tu dah sarat. Kenapa kau tak bagi dia cuti awal? Buatnya dia terberanak dalam ofis ni, aku tak nak jadi bidan terjun!" kata Azreen lalu mencapai fail atas meja Carlos untuk di belek. Carlos bersandar sambil mengeluh. Azreen memandang sekilas.

     " Aku dah bagi dia cuti awal la, Rin. Dia tak payah apply pun, memang aku dah bagi. Masalahnya, kawan baik kau tu tak nak cuti lagi! Habis aku nak buat apa? Aku kata jangan datang, tup-tup esok tu tercongok muka dia dalam ofis ni," kata Carlos. Azreen ketawa.

     " Tu la! Dulu masa orang tu berkabung sampai berbulan-bulan, kau sibuk suruh masuk keje. Sekarang ni kau suruh dia cuti pulak! Mana dia nak!" kata Azreen. Carlos tersengih lalu menarik tirai itu sekali lagi.

     " Aku sayang dia la, Rin! Tapi dalam keadaan dia bakal ada anak, kau rasa mama aku boleh terima ke?" soal Carlos. Azreen tergelak. Carlos menjeling.

     " Kau ni kan Carl, tanya soalan bodoh, tahu tak? Macam tak pernah bercinta je sebelum ni," perli Azreen.

     " Yelah, tapi dulu kan dengan bujang. Ini ibu tunggal, ada anak seorang. Aku sampai sekarang ni belum lagi story kat mama aku pasal gadis idaman aku tu," kata Carlos. Azreen meletakkan fail kembali lalu dia memandang wajah polos jejaka kacak di depannya.

     " Carl, kau biar betul? Dari zaman study kau tak pernah cerita pasal Nia kat mak ude?" soal Azreen. Carlos cuma sengih sambil menggelengkan kepalanya. Azreen menepuk dahinya.

     " Sorry lah, Rin! Masa dekat nak grad kan kita dapat tahu yang Nia dah bertunang dengan arwah. Masa tu aku frust jugak lah tapi aku tak nak berpanjangan so aku lepaskan dia, walau dalam hati masih lagi sayang," kata Carlos. Azreen diam. Dia sendiri pun tidak menyangka yang Nia Aryana bercinta dengan senior mereka dalam diam. Tahu-tahu sebelum hari graduation, Nia Aryana memberitahu bahawa dia sudah bertunang.

     " Kan sekarang ni dia single, kau try la pikat hati dia balik! Bincang dulu dengan mak ude. Aku yakin mak ude boleh terima dialah! No worries dear," pujuk Nia Aryana. Carlos cuma melengung. Azreen tersenyum. 'Hai, parah dah cousin aku ni,' kata hatinya.

     " Carl, boleh tak...." sergah satu suara di muka pintu membuatkan dua insan itu tergamam, dan masing-masing memandang ke arahnya. Nia Aryana terdiam.

     " Oops, sorry! Forgot to knock the door," katanya lalu ingin keluar semula.

     " Err, Nia! Please come in! Nothing serious here," laung Carlos dan Nia Aryana berpatah semula untuk masuk. Di tangannya terdapat beberapa fail. Dia menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Azreen.

     " Kau ni macam tak biasa dengan aku pulak!" perli Azreen. Nia Aryana tersengih.

     " Mana nak tahu korang ada discussion pasal Carl nak kahwin ke..," kata Nia Aryana. Carlos ketawa. Nia Aryana meletakkan fail atas meja lalu mengusap perutnya perlahan. Terasa penat.

     " Nia, I rasa esok you dah boleh start cuti," kata Carlos.

     " What? Oh,no! Lambat lagi la, Carl!" kata Nia Aryana.

     " Look, dear! Kau tu dah sarat sangat! Kalau kau bersalin kat ofis ni nanti, tak pasal-pasal aku jadi bidan," usik Azreen. Carlos ketawa.

     " Alah, kalau I cuti awal, keja I banyak la nanti! I nak siapkan dulu sebelum I cuti," kata Nia Aryana.

     " No! You are not allowed to coming tomorrow! Keja you semua tu si Rin boleh siapkan. Dia kan takde keje sangat, sampai sempat bergosip masuk bilik I," kata Carlos sambil matanya melirik ke arah Azreen yang sudah mengetap bibir. Geram. Nia Aryana menoleh ke arah Azreen.

     " Oh, you all gosip pasal I yer?" duganya. Carlos ketawa namun digeleng kepalanya. Azreen tersengih.

     " Esok kau cuti yer, darling? Kesian baby tu, nak rehat gak," kata Azreen. Nia Aryana tersenyum.

     " Hmm, tadi you nak mintak tolong apa?" soal Carlos semula. Nia Aryana mencapai fail tadi.

     " Macam ni, nanti lunch, Sales Manager syarikat Zaitech Ent. nak jumpa I. So I nak mintak you la replace tempat I. I tak larat laa nak pegi, Carl," kata Nia Aryana dengan muka sedihnya. Carlos tersengih. Dia mencapai fail itu kemudian membeleknya.

     " Oh, pasal ni. Boleh je, I suruh Azreen replace tempat you. Boleh kan, Rin?" soal Carlos sambil tersengih dan ketawa. Azreen memaniskan muka sambil kakinya memijak kaki Carlos di bawah meja. Carlos menjerit kecil lalu mereka ketawa.

     " You pandai yer, Carl? Nak kenakan Rin," kata Nia Aryana.

     " Aah, memang pandai! Nasib baik la kau sepupu aku, kalau tak aku je yang suruh kau pegi," kata Azreen lalu mencapai fail itu dari tangan Carlos. Dia membaca sekali lalu dan dia memandang Nia Aryana.

     " No wonder la kau nak aku pegi. En. Azhan rupanya," kata Azreen perlahan. Mereka berdua ketawa melihat muka Azreen yang mencuka. Azhan Hanafi, lelaki yang pernah mencurahkan isi hatinya pada Azreen satu ketika dulu. Nia Aryana menepuk mesra bahu Azreen.

     " Rileks la, Rin! Kalau aku tak macam ni, sure aku yang pegi. Kau ignore je la perasaan dia yang dulu-dulu tu, kata kat dia jumpa hanya bincang pasal keja, bukan isi hati," kata Nia Aryana memberikan cadangan. Carlos angguk dan Azreen bangun sambil membawa semua fail tu. Dia melangkah ke pintu tapi menoleh sebelum keluar.

     " Kali ni fail tebal. Kalau dia cakap soal hati lagi, kau jangan salahkan aku ye Carl? Aku nak hempuk dia dengan fail ni," kata Azreen lalu keluar. Mereka ketawa.

     " Woi, Rin! Hilang tender tu nanti!" jerit Carlos namun pintu sudah tertutup rapat. Nia Aryana ketawa lagi. Mereka ketawa kemudian suasana kembali sepi.

     " Nakal jugak you ni yer? Kenakan dia macam tu," kata Nia Aryana. Carlos tersengih.

     " I baca tadi nama person in charge, Azhan. That's why I tolak bagi Rin je attend! Lantak dorang la nak buat apa pun," kata Carlos. Mereka ketawa lagi.

     " Sebut je pasal Azhan, Rin macam alergik gile! Tak tahu lah kenapa, walhal si Azhan tu tak kurang hebatnya," kata Nia Aryana.

     " Ada kisah tu, kalau you nak tau you kena tanya dia sendiri. Hihi," kata Carlos lalu ketawa.

     " Oh, tadi you all mengata I yer?" soal Nia Aryana. Carlos tersengih.

     " Takdelah! I bincang dengan Rin sebab usul suruh you cuti awal. Tu aje," kata Carlos. Nia Aryana mengusap perlahan perutnya yang dirasakan semakin tegang.

     " Erm, kalau macam tu takpelah! Esok I start cuti, mana keje yang tak settle I bawak balik," kata Nia Aryana lalu bangun dengan perlahan. Carlos bingkas bangun lalu membantunya. Nia Aryana mengucapkan terima kasih.

     " Nop! Kerja you cuma dekat ofis. Kat umah you kena berehat jaga diri dan baby, bukan siapkan keja! Yang itu Rin boleh buat. Kalau you bawak balik semua nanti dia hayun kaki datang bilik I je," kata Carlos sambil memeluk tubuhnya. Nia Aryana ketawa.

     " You pun dah masak dengan perangai cousin you ye?" perli Nia Aryana. Carlos angguk.

     " Hai, kenapalah Rin tak nak terima cinta Azhan ye?" soal Nia Aryana perlahan. Carlos menjeling lalu dia mengulum senyum. 'Nak kenakan aku lah tu!' hati Nia Aryana menduga.

     " Macam you jugaklah!" kata Carlos. Nia Aryana mengerutkan dahinya.

     " I? Ape pulak?" soalnya.

     " Dah you tak nak terima cinta I!" kata Carlos selamba. Tersentak Nia Aryana, tersekat nafasnya. Getaran jantungnya berdetak laju. Perlahan dia menapak menuju ke pintu. Carlos tersengih, berjaya membuatkan hati wanita itu berdebar kali kedua.

     " Carl, you jangan bergurau macam tu lagi lah! Sakit jantung I," kata Nia Aryana lalu keluar dan menutup pintu. Carlos meraup rambutnya ke belakang lalu tersenyum.

     " I tak bergurau sayang. I betul-betul cintakan you. I perlukan you dalam hidup I," katanya sambil melihat telatah Nia Aryana dalam biliknya. Carlos tersenyum apabila melihat Nia Aryana memegang dadanya sambil memejam mata. Dia menggelengkan kepalanya. Nia Aryana, wanita yang tak pernah berubah. Selalu dipagut rasa berdebar. Akhirnya Carlos ketawa sendirian.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

15 Januari 2012

KiSaH hAtI ~ 17

     Carlos mematikan enjin kereta lalu dia keluar. Delia dan Natalia menerpa ke arahnya sambil tersengih-sengih lalu Carlos menjeling tajam. Datin Melina yang baru muncul di muka pintu hanya ketawa.

     " Sorry lah, Carl! Mengganggu kamu saja budak berdua tu," kata Datin Melina sambil memuncungkan mulut ke arah anak gadisnya. Carlos duduk di kerusi batu di halaman rumah. Datin Melina menghampirinya.

     " Mama nak keluar shopping jugak ke?" soal Carlos.

     " Si,cara!Mi voglio comprare qualcosa per i nonni," kata Datin Melina. Carlos menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     " Ayah?" soalnya.

     " Ayah ada hal dengan Dato' Khalid dekat KLCC," kata Datin Melina sambil beredar ke arah Delia yang sedang memegang beg tangannya.

     " Andiamo, caro! Tempo sta per scadere!" laung Datin Melina dari arah pintu rumahnya. Carlos bingkas bangun lalu menuju ke keretanya. Selepas semua masuk ke dalam kereta, perlahan keretanya meluncur menuju ke pusat bandar.

     Di dalam kereta, Natalia dan Delia masing-masing melayan perasaan manakala Datin Melina sesekali memandang ke arah anak bujangnya yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

     " Kenapa ni, Carl?" soalan Datin Melina memecah kesunyian dalam kereta itu. Delia dan Natalia saling berpandangan. Carlos memandang mereka berdua melalui cermin pandang belakang, kemudian beralih pandangan ke arah mamanya. Dia tersenyum. Datin Melina membalas senyuman anaknya kemudian dia kembali memandang wajah anaknya yang kusyuk memandu.

     " Ma.....," Carlos akhirnya bersuara. Datin Melina ketawa.

     " Ha, ada pun suara!" kata mamanya.

     " Kenapa mama pandang Carl macam tu?" soal Carlos.

     " Anak mama yang handsome ni dah ada yang punya. Tapi mama masih belum kenal siapakah gerangan gadis misteri itu," Datin Melina cuba provokasi anaknya. Carlos ketawa.

     " Ketawa pulak dia! Ke mana pagi tadi?" soal Datin Melina agak geram.

     " Carl ke rumah staff la, ma! Ni mesti pagi tadi ayah tanya, kan?" soal Carlos seolah mengetahui apa yang berlaku pagi tadi semasa ketiadaannya.

     " Fidanzata?" serkap Datin Melina. Carlos cuma ketawa namun tidak pula mengiya atau menidakkan. Delia mencebik, Natalia mencuit bahu mamanya.

     " Tak payah tanya dialah, ma! Bukan nak jawab! Sempre segreto!" omel Natalia. Dan Carlos masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. ' Namanya Nia Aryana, ma! Tapi dia ibu tunggal,' dan cuma bergema di dalam hatinya saja. Carlos terus memandu sehingga ke destinasi.

                                 ***************************************************
     Juliana memandang tidak berkelip ke arah seorang pemuda kacak yang sedang duduk di atas buaian dalam kawasan rumah Datin Hamimah. Perlahan dia masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat Datin Hamimah. Dia melihat Datin Hamimah sedang menyiapkan minuman untuk pemuda itu. Terus dia menghampiri.

     " Ma, sape yang duduk kat luar tu?" soal Juliana. Datin Hamimah tersenyum.

     " Jue dari mana ni?" soal Datin Hamimah sambil menatang minuman untuk tetamunya di luar. Juliana cuma membuntutinya.

     " Jue dari umah, ma! Sape tu? Kenapa tak suruh bibik je hantarkan air minumni?" soal Juliana seakan pelik.

     " Adik arwah, Adiff Zikry," kata Datin Hamimah lalu keluar. Juliana terpempan. Adik Ariff Haikal? Mustahil! Muka mereka seiras. Juliana terus keluar menuju ke arah dua insan yang sedang bercerita itu. Kelihatan Adiff Zikry terperanjat melihat Juliana. ' Huh, sape dia ni? Tak kan kak Anis buat plastic surgery pulak?' hatinya mengomel. Juliana mengambil tempat sebelah Datin Hamimah.

     " Oh ya, Adiff! Ni mama kenalkan, Julie," kata Datin Hamimah. Juliana senyum sehabis manis, mana nak tahu Adiff Zikry berkenan dengannya jadi dia akan ada peluang untuk menjadi menantu Datin Hamimah.

     " Adiff Zikry," kata Adiff Zikry memperkenalkan dirinya.

     " Tak pernah nampak pun sebelum ni,ma?" soal Juliana, memancing perhatian Adiff Zikry. Terkesima Adiff Zikry mendengar panggilan Juliana kepada mamanya. Namun persoalan itu dibiarkan saja kerana dia akan bertanya selepas Juliana pulang. Datin Hamimah tersenyum.

     " Adiff ni tak tinggal dengan mama, Jue! Dia tinggal dengan adik mama kat Sarawak," terang Datin Hamimah lagi. Juliana sekadar mengangguk.

     " Jadi Adiff ni kerja kat sanalah ye?" soal Juliana pula. Adiff Zikry sekadar mengangguk.

     " Kerja biasa-biasa je, Jue. Nak bercuti balik pun payah," perli Datin Hamimah. Adiff Zikry ketawa. Juliana terpesona dengan personaliti lelaki itu.

     " Alah, mama ni! Adiff keja lah, ma! Bukan makan angin. Lagi pun umi tak berapa sihat," katanya. Datin Hamimah tersengih, tahu dia dengan keadaan adiknya itu. Sekilas lalu Adiff Zikry memandang ke arah bilik arwah abangnya, dan mulutnya seakan mahu bertanya dimanakah bekas kakak iparnya, namun dia cuma mendiamkan diri saja. Dia terus menghabiskan minumannya.

     " Habis, Adiff balik cuti berapa lama?" soal Juliana.

     " Sebulan. Itu pun bukan bercuti sepenuhnya. Kena siapkan keja jugak," katanya sambil ketawa. Juliana turut ketawa. 'Good, inilah peluang aku,'hatinya mula merancang sesuatu. Adiff Zikry bangun lalu menguap. Dia keletihan kerana baru sampai pagi tadi.

     " Jet lag?" soal Juliana.

     " Yup, Julie. Sorry tak dapat nak borak lama-lama. Ma, Adiff naik dulu," katanya lalu beredar. Juliana menghantar pemergian Adiff Zikry dengan ekor matanya. Jelas jejaka itu kelihatan masih keseorangan. Dan dia menguntum senyum.

     Adiff Zikry memandang sekeliling, lalu perlahan dia membuka pintu bilik tidur itu. Terkesima dan dia melangkah masuk perlahan-lahan, pintu dirapatkan. Dia melangkah menuju ke katil peraduan, lalu duduk seketika. Adiff Zikry menarik nafas panjang lalu mengeluh, dan tanpa disedarinya, dia menitiskan air mata tatkala matanya memandang gambar arwah abangnya yang tergantung di dinding. 'Abang, Adiff terlalu rindukan abang,' hatinya berkata hiba. Dia menunduk dan air matanya kian laju mengalir.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

11 Januari 2012

KiSaH hAtI ~ 16

     Pagi itu Nia Aryana sedang bersarapan di hadapan ruang tamu sambil menonton t.v. Sedang dia melayan cerita yang sedang ditayangkan, terdengar ada orang memberi salam. Sambil bangun menuju ke pintu dia menjawab salam, dan pintu dibuka. Nia Aryana terkejut, kemudian ketawa. Carlos tersengih sambil memegang plastik makanan.

     " Sape tu Nia?" laung Puan Hawa dari arah dapur. Nia Aryana menoleh sekilas.

     " Carlos, mak! Masuklah!" pelawa Nia Aryana. Carlos melangkah masuk sambil menghulurkan plastik makanan itu kepada Nia Aryana.

     " Mimpi ape you malam tadi, Carl? Pagi-pagi dah muncul depan rumah I," usik Nia Aryana sambil tangannya menyambut plastik makanan dari tangan Carlos. Puan Hawa menjengah dari pintu dapur.

     " Ooh, Carl. Duduklah, nanti makcik buatkan air," kata Puan Hawa lalu masuk ke dapur kembali. Carlos tergelak lalu dia duduk di sofa. Nia Aryana terus menuju ke dapur, lalu menyerahkan bungkusan itu kepada ibunya. Kemudian dia kembali ke ruang tamu.

     " Hah, ape cite ni? Tersengih-sengih! You jumpa makwe ek malam tadi?" serkap Nia Aryana. Carlos cuma tergelak lalu menggelengkan kepalanya.

     " You ni kan... Emm...yelah, malam tadi I ada jumpa makwe, dalam mimpi dan juga realiti," usik Carlos. Nia Aryana membulatkan matanya.

     " Wah! Satu perubahan yang bagus! Lepas ni dapatlah I makan nasi minyak you!" perli Nia Aryana.

     " Eh, mana adil? I pun nak makan nasi minyak you jugak!" Carlos tidak mahu kalah. Nia Aryana ketawa dan akhirnya Carlos turut ketawa. Sesaat kemudian Puan Hawa keluar membawa minuman.

     " Minumlah, Carl! Kamu dah sarapan ke belum? Kalau belum makcik nak hidangkan," pelawa Puan Hawa lalu bangun, namun cepat-cepat Carlos tahan.

     " Tak payah susah-susah, makcik! Saya dah makan di rumah tadi. Air ni pun dah cukup, kuih-muih tu nanti makcik makan laa dengan Nia," tolak Carlos dengan sopan. Puan Hawa tersenyum lalu duduk bersama.

     " Dia ni malu, mak. Kenyang laa sangat. Hihihi," kata Nia Aryana lalu ketawa. Puan Hawa turut tergelak. Merah padam muka Carlos, lalu dia menjegilkan matanya pada Nia Aryana.

     " Mama kamu sihat, Carl?" soal Puan Hawa.

     " Alhamdulillah, makcik! Dia sihat, sedang melayan karenah Delia yang tak sekolah hari ni," katanya.

     " Oh, ye ke? Adik you yang duduk kat Itali tu bila nak balik?" soal Nia Aryana.

     " Hernita? Tak jadi balik, ayah I suruh dia stay kat rumah nenek I sampai konvo. Maybe end of this month I sekeluarga balik sana lah!" kata Carlos. Nia Aryana angguk.

     " Nanti Carl balik, sampaikan salam pada mama Carl ye?" kata Puan Hawa. Carlos angguk lalu tersenyum. Puan Hawa bangun menuju ke biliknya. Mereka pandang sehingga kelibat Puan Hawa hilang, dan kembali berpandangan. Nia Aryana tahu, pandangan Carlos adalah pandangan yang sukar ditafsirkan.

                          ***********************************************
     " Aik? Baru pukul 9.30 pagi dah lesap? Pegi mana?" soal Dato' Azman di meja makan. Datin Melina ketawa.

     " Abang, you tu yang bangun lewat yer! Si Carlos awal-awal pagi dah bangun, lepas makan dia kata nak keluar jumpa kawan kejap. I rasa dia jumpa girlfriend dia yang semalam kot," duga Datin Melina. Dato' Azman mengerutkan dahinya. Pelik!

     " Girl what? Bukan ke dia dah clash dengan si Khaty tu hampir dua tahun? Ke abang salah dengar ni?" soal Dato' Azman dan Datin Melina ketawa.

     " Dato' Azman Hamzah, anak teruna you tu dah jumpa girl baru. Not the same girl la," kata Datin Melina membetulkan tafsiran suaminya. Dato' Azman ketawa. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.

     " Agaknya bila laa anak teruna you tu nak kahwin yer, ma? Tahun ni usianya dah 28," kata Dato' Azman. Datin Melina duduk bersebelahan dengan suaminya.

     " Bang, anak teruna you tu walau dah masuk 28 tahun, still maintain handsome, you know? Apa yang you nak risau sangat? If he get ready, he will told us. Kita ni yang patut bersedia sebenarnya," kata Datin Melina. Dato' Azman mengerutkan dahinya.

     " Bersedia untuk apa?" soalnya seakan hairan. Datin Melina menampar lengan suaminya.

     " Abang ni kan..bersedia untuk majlis perkahwinan Carlos lah!" dia mula geram. Suaminya terus ketawa besar. Natalia dan Delia yang sedang turun tangga memandang sesama sendiri.

     " Ayah ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah ketawa besar?" soal Delia yang menghampiri Dato' Azman lalu mencium pipinya diikuti dengan Natalia, kemudian beralih pula kepada mamanya. Datin Melina tersengih.

     " Assalamualaikum. Anak ayah ni dah tak reti nak bagi salam? Lagi satu, mana pagi dah ni, dah masuk time lunch tau. Kamu tu aje yang bangun lewat," perli Dato' Azman kepada kedua anak gadisnya. Tersengih- sengih Delia dan kakaknya.

     " Nat dengar abang Carl nak kahwin. Ye ke,ma?" soal Natalia sambil mencapai pinggan bihun goreng. Delia laju menyuap makanan kerana tidak mahu menyampuk.

     " Em, macam tu lah yang Carl cakap. Tapi dia kata perempuan tu belum sedia lagi. Mama tak kisah sangat cuma mama harap biarlah kali ni dapat yang baik dari yang lepas tu," kata Datin Melina. Delia tergelak.

     " Harap-harap bukan macam kak Khaty, ye ma? Kopak abang. Haha," gelaknya. Dato' Azman turut tergelak dengan ayat Delia.

     " Aah. Asal abang pegi Itali melawat kak Nita, ada je benda yang dia suruh abang belikan. Beg tangan lah, kasutlah. Dah tu harga bukan calang-calang, convert balik mau puluh ribu tu. Nasib la abang big bos, kalau kuli macam Nat ni, confirm bankrup," tambah Natalia mengiyakan kata-kata Delia.

     " Dah,dah! Benda dah lepas. Yang dia dapat tu biarlah dia buat kenangan sebab lepas ni dah tak akan dapat lagi," kata Dato' Azman yang sikit terkilan sebenarnya dengan perangai Khaty. Semua meneruskan sarapan pagi itu dengan suasana sepi.

                                           ******************************************
      Nia Aryana ketawa besar apabila Carlos menceritakan kisah malam semalam. Carlos terus menarik muka kelat lalu tangannya pantas menampar lengan Nia Aryana. Nia Aryana berhenti ketawa namun masih bersisa.

     " Amboi you ni...dapat gelak, seronok yer?" perlinya. Nia Aryana tersengih.

     " You buat cerita lawak la, Carl. Baru je jumpa Khaty you meletup macam tu. Hai...," Nia Aryana gelak.

     " You memang, mendoakan I jumpa minah tu kan?" soalnya.

     " Carl, I sentiasa mendoakan agar you bertemu dengan yang terbaik. Tapi bukanlah I mendoakan you jumpa dengan dia. Agaknya dia tu kot, gila bayang dekat you sampai ikut you ke mana aje," kata Nia Aryana sambil ketawa. Carlos menyilang kakinya.

     " Ah, takde makna nak gila bayang kat I. I bukannya artis terkenal," katanya.

     " Iye, tapi you lah jejaka paling hensem sampai buat semua hati wanita tertawan," kata Nia Aryana. Buntang mata Carlos memandang wajah Nia Aryana lalu dia mengulum senyum. Nia Aryana pelik. 'Hah, kenapa pulak mamat ni senyum-senyum? Sudah..!' hatinya mula memikirkan sesuatu.

     " You tak tertawan dengan I ke, Nia?" soalan Carlos dengan nada yang rendah berbaur romantis membuatkan Nia Aryana terkedu. Berdiri seluruh bulu romanya, seram. Tersedar saat ketika anaknya tiba-tiba menendang dinding perutnya. 'Ah, sudah! Aku dah kata dah!' bebel hatinya. Belum sempat Nia Aryana menjawab, telefon bimbit Carlos berdering, terus mematikan lamunan kedua insan itu. Pantas Carlos menjawab panggilan itu. Seketika kemudian, dia bangun. Nia Aryana terus bangun mengejut apabila melihat Carlos bangun.

     " Sorrylah, Nia. I kena balik dulu. Sibuk si Delia dengan Nat nak ajak I shopping baju untuk majlis konvo Nita nanti," kata Carlos sambil berjalan menuju ke pintu. Nia Aryana turut menghantar temannya itu sampai ke luar rumah.

     " Hati-hati drive, Carl. Kirim salam kat adik-adik you tu," kata Nia Aryana sambil bersandar pada keretanya. Carlos tersengih.

     " You tak nak ikut jejaka hensem ni ke?" lalu dia ketawa. Nia Aryana mencebik.

     " Perasan lah you ni!" katanya. Carlos masuk ke dalam kereta lalu perlahan meninggalkan perkarangan rumah Nia Aryana. Sebelum pergi, Carlos sempat menghadiahkan Nia Aryana flying-kiss. Nia Aryana terkedu namun sempat dia menunjukkan penumbuknya ke arah Carlos. Carlos ketawa besar dalam kereta lalu memecut. Nia Aryana tergelak kecil, menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam rumah.

      Tanpa sedar, perbuatan mereka tadi diperhatikan oleh Puan Hawa dengan senyuman kecil.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim