28 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 5

     Deringan telefon siapalah yang memekak pagi-pagi buta ni? Nak tidur lama sikit pun tak senang. Eh, telefon aku lah! Haha. Dengan malas aku mencapai telefon bimbit yang berada di tepi telingaku. Dari mata aku sepet, terus terbuka luas apabila memandang nama pemanggil di skrin telefonku. Mak? Adeh, kantoi! Aku berdehem sebelum menjawab.
     " Assalamualaikum, mak!" kataku. Kedengaran mak aku a.k.a Puan Jamilah, membebel.
     " Waalaikumsalam! Astaghfirullahal'azim, Maysarah! Matahari dah meninggi macam ni pun kamu belum bangun? Nak jadi apa ni hah?" soalan mak beserta speaker yang kuat terus membuatkan aku menjarakkan telefon dari telinga. Pedih!
     " Orang dah bangun la, mak! Saja sedap guling-guling ni!" kataku dengan malas.
     " Subuh tak?" soalan mak membuatkan aku menepuk dahi. Alamak!
     " Err....hehehe," aku gelak saja. Kedengaran mak mengucap panjang.
     " Ni macam mana esok kalau kamu dah berlaki, beranak-pinak? Masih nak bangun tengahari? Pakai tak makan la anak dengan laki kamu!" Oh, tidak! Mak dah start membebel.
     " Mak, mak! Apa ni? Jangan laa buka soal laki la anak la..orang dah bangun lama dah!" aku masih tidak mahu mendengar ceramah panjang mak. Ini mesti ada hal yang tepon aku nih!
     " Pukul 12.30 tengahari kamu kata awal? Dah la subuh lebur, kamu buat apa semalam? Semakin menjadi-jadi pulak perangai kamu lepas tak duduk dengan along ni," bebelnya lagi. Mataku terus memandang jam di dinding. Baru pukul 12.35 tengaharilah, mak!
     " Semalam balik keja lambatlah, mak! Keja banyak!" jawabku mengendurkan suara. Dengan mak ni bukan boleh jawab tinggi-tinggi suara, kejap lagi toucing terus bah satu kampung tu. Siapa nak tolong pujuk? Abah jugak! Haha.
     " Dah tu kalau keja banyak tak payah bangun solat?" soalnya. Adeh, mak ni! Ada je point nak kenakan aku.
     " Yelah, mak! Orang salah. Ni ada apa mak tepon orang?" soalku.
     " Eh, budak ni? Mak telefon kamu pun tak boleh?" soalnya. Aku gelak.
     " Yelah, boleh. Terima kasih sebab kejutkan orang. Okeylah, mak! Orang nak mandi ni," kataku untuk mengelak dari mendengar dia membebel lagi.
     " Hurm...yelah! Jangan dibuat perangai bangun lewat lagi! Rezeki tak masuk, jodoh lambat sampai! Assalamualaikum," kata mak.
     " Waalaikumsalam, mak!" lalu aku mematikan talian. Sambil menggaru-garu kepala yang gatal, aku bangun lalu mengemas katil. Selesai mengemas katil, aku berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan nota dilekatkan di pintu peti sejuk. Nadia keluar dengan bakal tunangnya, Amir untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan. Aku terus menuju ke ampaian lalu mencapai kain tuala, dan terus menuju ke bilik air.
     Selesai mandi, aku bersiap-siap untuk keluar. Keluar time tengahari? Biar betul aku ni! Haha. Pantas tangan aku mencapai telefon lalu menelefon Aziah, dan aku akan pick up dia di rumahnya.
                                   *******************************************************
     Aziah tersengih-sengih sambil melambai-lambai ke arahku. Melawa sakan aih makcik ni! Sebaik saja dia masuk ke dalam kereta, aku terus memandu menuju ke Kuala Lumpur.
     " Apa mimpi kau ni ajak aku keluar pulak?" soal Aziah. Aku tersengih.
     " Nad keluar dengan Amir, aku boringlah!" kataku.
     " Dah tu, kau nak ke mana ni?" soalnya. Aku mengetap bibir.
     " Lepak kat Sogo, nak? Aku nak cari perfume la," kataku. Terbeliak mata Aziah.
     " Woi, makcik! Gaji hari Isninlah! Banyak benau duit kau ni!" kata Aziah. Haha, kan dah keluar loghat Melaka dia. Hehe. Aku sengih.
     " Alah, tak boleh beli, kita survey! Lagi pun duit balance bulan lepas ada sikit lagi!" kataku  lalu terus memasuki NKVE. Aziah mencebik.
     " Takpelah, gaji kau lagi banyak dari aku!" katanya. Aku tergelak.
     " Kalau kau nak, aku boleh pinjamkan duit aku dulu, bayar kemudian," kataku menawarkan 'duit pinjam'. Berseri-seri mata Aziah. Mengada-ngada!
     " Eh, May! Aku lupa nak tanya, apa jadi kat kau semalam?" soalnya. Aku tergelak.
     " Jadi apa? Aku balik lambat sebab pergi jumpa client lah! Kenapa?" soalku.
     " Temberanglah kau! Kecoh satu ofis kata kau hilang! Adam call Nad cari kau," katanya. Aku tersengih. Padan muka kau, bos! Lain kali bawak aku jumpa minah senget tu lagi!
     " Takde apalah! Kau jangan percaya si Adam tu! Macam kau tak kenal dia tu perangai macam mana! Menyakitkan hati!" kataku. Keretaku meluncur laju di atas lebuhraya.
     " Kau orang bergaduh lagi ke semalam?" soalnya. Aku cuma mengangkat bahu. Akhirnya Aziah diam setelah melihat aku tidak berminat untuk bercakap soal semalam. Kami akhirnya memasuki kawasan Jalan Ipoh menuju ke pusat bandar. Selesai mencari parkir yang sesuai, kami bergerak masuk ke dalam Sogo.
     Aku menarik tangan Aziah menuju ke kedai perfume. Aziah turut berminat dengan perfume yang aku sedang cuba, namun apabila aku hendak membuat pilihan untuk membeli, mataku tertacap pada susuk tubuh yang sedang berjalan masuk dengan kawannya. Siapa lagi kalau bukan Adam dan Muiz. Pantas aku menarik tangan Aziah menyembunyikan diri. Aziah yang tidak tahu apa-apa, kelihatan terpinga-pinga. Dia turut memandang ke arah yang aku sedang pandang tanpa kelip, dan menyedari dirinya diperhatikan, dia turut menoleh. Aku tergamam! Hajat untuk membeli perfume terus terbatal apabila melihat dia berjalan menghampiri kami di sebalik kaunter perfume Chanel. Aku menggenggam tangan Aziah.
     " Hai, debab! Kau buat apa kat sini?" soalnya sambil tersengih. Aku menjeling.
     " Hai, bos! Buat apa? Nak beli basikal kat sini tapi tu lah, tak tahu nak pilih yang mana satu. Bos buat apa kat sini? Nak beli basikal jugak ke?" soalanku berbaur sindiran. Dia cuma sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kedengaran Aziah ketawa sambil menutup mulutnya. Seketika kemudian, Muiz menghampiri kami.
     " Lepas ni kau orang nak ke mana?" soal Muiz. Belum pun sempat Aziah menjawab, aku terlebih dahulu membuka mulut.
     " Balik! Letih berjalan," kataku. Adam mengangkat kening sambil memandang ke arah kami. 'Aku tak nampak beg shopping pun?' hatinya menyoal. Aku menjeling. Tak payah nak jeling-jeling akulah, Adam! Aku memang nak beli barang tadi tapi nampak kau terus hilang mood! Pantas aku menarik tangan Aziah untuk beredar dari situ. Menyesakkan nafasku!
     " Apehal tu, Adam?" soal Muiz yang kehairanan. Adam cuma mengangkat bahu lalu berjalan di sekitar kawasan minyak wangi. Aku menoleh untuk memastikan mereka sudah pergi, dan apabila kelibat mereka tidak kelihatan, aku menarik tangan Aziah untuk berpatah semula ke kaunter perfume tadi. Aziah merengus apabila dirinya diheret olehku.
     " Janganlah marah, Azie! Aku nak beli ini..." kataku sambil mengangkat botol Chanel No. 5 kepadanya. Dia tersengih.
     " Aku nak jugak tapi...tak cukup duitlah, May," katanya sambil membuat muka seposen. Aku senyum.
     " Kejap lagi, kita cari perfume untuk kau, okey? Cik, bungkus ni," kataku lalu mengeluarkan beg duit. Aziah cuma memerhati.
     " Kenapa kau lari dari Adam, May?" soalnya. Aku mencapai bungkusan itu lalu membayar harganya. Selepas mendapat baki, Aziah mengheret aku ke kaunter perfume Calvin Klein pulak.
     " Aku tak suka tengok dia lama-lamalah, Azie! Tak pasal-pasal hati aku sakit," kataku sambil memerhati Aziah memilih perfume kesukaannya, Eternity. Selesai membayar, kami menuju ke food court.
     " Ini mesti ada apa-apa yang dia buat kat kau,kan?" soalnya. Aku cuma mengangkat bahu tanda malas nak menjawab soalan dia. Kami duduk di satu sudut dan memesan minuman.
     " Yang hairan tu, mana aku pergi mesti bertembung dengan dia!" kataku. Aziah menjungkit keningnya. Aku menjungkitkan kening kembali. Aziah mengeluarkan perfume lalu ditunjukkan kepadaku.
     " Thanks for buy for me, May! Gaji nanti aku bayar balik!" kata Aziah.
     " No hal lah, babe! Macamlah kau tak biasa dengan aku. Bukan tak jumpa dekat ofis kan?" kataku. Kami diam seketika apabila pelayan sampai. Sebaik saja pelayan pergi, mata aku bagai nak tersembul melihat Adam dan Muiz sedang menuju ke arah kami.
     " Habislah aku...." kataku. Aziah pantas menoleh, dan dia tersengih.
     " Aku rasakan, May, kau dengan Adam macam ada jodohlah!" perli Aziah. Aku pantas menyepak kakinya lalu dia mengaduh kecil. Mereka kian menghampiri, dan aku semakin tidak keruan. Panas punggung.
     " Boleh join?" soal Adam dan tanpa dipelawa mereka duduk bertentangan dengan kami berdua. Memang muka tak malu betul!
     " Kata tadi nak balik. Tak jadi ek?" soal Muiz.
     " Tak. Saya nak beli barang tadi," jawab Aziah mewakilkan aku. Aku terus menyisip minuman tanpa mempedulikan mereka.
     " Azie, boleh teman saya kejap? Saya nak beli hadiah untuk adik perempuan saya tapi saya tak tahu nak pilih," kata Muiz kepada Aziah. Aziah mengangguk lalu mereka bangun. Mata aku sudah terbeliak memandangkan mereka meninggalkan aku berdua dengan mamat senget ni! Aku terus minum tanpa mempedulikan dia.
     " Maysarah, aku nak mintak maaf pasal semalam," katanya untuk kali kedua. Maaf lagi! Rimas aku.
     " Takde apalah, bos! Saya yang patut mintak maaf sebab tinggalkan bos macam tu je. Tak menjadi lakonan saya nampaknya," gurauku. Dia tergelak.
     " Anyway, thanks! Dia percayalah jugak!" kata Adam lalu mencapai minuman aku. Hah?! Aku melopong! Weh! Air akulah tu! Dengan perasaan selamba, Adam menyisip minuman aku. Terus aku takde mood nak habiskan air. Ceh! Macam tak boleh nak order air sendiri! Selesai minum, (sehingga habis sebenarnya), dia menolak gelas ke arahku. Hampeh! Aku mengumam dalam hati. Tapi malas nak berpanjangan, jadi aku hanya membiarkan.
     " Siapa dia tu, bos?" soalku. Adam mengangkat kening.
     " Siapa, siapa?" soalnya.
     " Yanti," kataku berterus-terang.
     " Ouh, dia! Bekas tunang aku. Kenapa? Kau cemburu?" soalnya sambil tersengih. Aku cuma menjeling. Nak cemburukan kau, apehal pulak? Buang masa aku je!
     " May, aku nak kau jadi isteri aku. Kau sudi tak?" soalnya. Aku terkebil-kebil memandang wajahnya yang tidak berperasaan tu. Gila!
     " Bos ni! Yanti tu sikit punya lawa, bos tak nak! Saya yang tak serupa orang ni yang bos nak! Pelik betul!" kataku dengan suara yang kuat. Dia tercengang.
     " Habis, kalau kau tak serupa orang, kau serupa apa? Monyet?" soalnya. Aku mengetap bibir, geram.
     " Aku tanya kau ni, kau sudi tak? Kalau kau sudi aku akan hantar rombongan meminang ke kampung kau!" katanya tegas. Bos gila! Apa ni main paksa-paksa pulak?? Darah aku mendidih. Aku bingkas bangun.
     " Kau jangan nak cari pasal, Adam! Aku tak nak ada kaitan dengan kau walau sikit pun!" kataku lalu berlalu ke parkir kereta. Semua barang-barang Aziah aku bawa bersama dan dengan pantasnya aku menghantar pesanan ringkas pada Aziah. Terasa diri dikejar, aku menoleh. Adam Usyair! Aku mempercepatkan langkah dan sebaik saja tiba di keretaku, terasa lenganku dicengkam dari arah belakang.
     " Aku serius ni, Maysarah! Aku nak memperisterikan kau!" katanya. Aku berusaha untuk melepaskan lengan aku dari cengkamannya yang semakin kuat. Terasa sakit! Tubuhnya semakin menghimpit aku. Walaupun aku ni debab, tetapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan tubuh sasa milik lelaki ini.
     " Aku pun serius! Tak nak!" jawabku lantang. Makin kuat dia mencengkam. Mataku sudah bergenang air mata. Terkejut dengan perubahan wajahku, pantas dia melepaskan. Aku menolak tubuhnya yang semakin dekat lalu pantas membuka pintu kereta. Sebaik masuk aku kunci dari dalam dan aku menangis sepuas-puasnya.
     Adam yang melihat dari luar, panik!
                                     ***********************************************
     Balik saja dari shopping, aku terus menguncikan diri dalam bilik. Nadia yang sedang makan tercengang melihat aku dengan muka merah padam. Terkocoh-kocoh dia mengetuk pintu bilikku, namun aku tetap pekakkan telinga. Aku menekup telinga dengan bantal. Hampeh punya bos! Suka sangat ambik kesempatan kat aku! Aku benci kau, Adam! Aku benci kau sangat-sangat! Aku terus menangis.
     " May, kau kenapa? Bukalah pintu ni! Kau keluar dengan siapa yang buat kau jadi macam ni?" soal Nadia bertubi-tubi. Ya Allah, Nadia! Tolonglah diam sekejap! Hati aku menjerit. Tanpa mandi dan menukar pakaian, akhirnya aku terlelap.
                                 ******************************************************
     Aku terjaga sebaik saja terdengar bunyi mesej masuk. Terasa berat kepala aku, akibat terlalu banyak menangis. Hidungku tersumbat, mataku terasa panas. Sah! Aku demam! Ni semua bos punya pasal! Aku mencapai telefon bimbitku lalu melihat jam. Hampir pukul 6.45 pagi. Lamanya aku tidur, rasa semalam aku balik pun pukul dekat 9 malam. Aku buka mesej, dari Adam. Aku terus padam tanpa membaca pesanannya. Malas aku nak layan dia dalam keadaan macam ni. Aku gagahkan diri untuk bangun dan menuju ke bilik air. Selesai mencuci muka dan mengambil air sembahyang, aku menunaikan solat subuh.
     Usai solat subuh, aku kembali baring dan berselimut. Aku tolak semua plastik membeli-belah ke hujung katil, dan aku kembali menyambung tidurku.
     Di luar, Nadia mundar-mandir di depan pintu bilik Maysarah, sambil tangannya tidak berhenti-henti mendail nombor telefon aku. But sorrylah, Nad! Aku offkan handphone untuk hari ni. No incoming call! Nadia panik apabila melihat telefonnya kehabisan bateri. Maysarah! Nadia terasa ingin mengamuk! Pantas dia mencari kunci spare dalam laci di bawah meja tv dan hampa kerana tidak menjumpainya. Dia duduk di atas sofa sambil berfikir cara mencari jalan untuk masuk ke dalam bilik Maysarah. Tanpa sedar, masa pun berlalu.
     Pukul 8.30 pagi. Nadia terpandang kunci kereta aku atas meja, dan di situ ada kunci bilik. Pantas dia mencapai lalu membuka pintu bilikku. Sebaik pintu dibuka, dia terus menerpa ke arah aku yang sedang berbungkus. Baru saja dia berniat untuk menyergahku, dia terkaku. Tangannya diletakkan di dahiku dan mukanya pucat.
     " May..." panggilnya perlahan. Aku kalau dah demam macam ni, orang panggil macam mana pun aku malas nak buka mata. Tidur lagi sedap. Pantas dia ke bilik air lalu mengambil tuala yang dibasahkan lalu meletakkan ke atas dahi aku. Selesai membetulkan selimutku, dia keluar lalu menutup pintu.
     "May demam rupanya, patutlah semalam tak keluar makan. Tapi, apa punca dia demam ni? Semalam tak hujan pun? Pelik!" Nadia mengomel sendirian lalu menuju ke dapur. Dia mula memasak bubur nasi untuk Maysarah. Bertuahnya ada kawan macam kau, Nad! Sambil mengacau bubur, Nadia berfikir. Seketika kemudian, matanya terbeliak. Adam Usyair!

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

25 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 4

     Anak- anak saudara aku tercengang melihat aku terpacak di depan pintu rumah mereka. Dah lah dengan muka sembab sebab menangis tadi. Si kakak membuka pintu lalu aku terus menapak masuk.
     " Mana mama?" soalku. Belum sempat dia menjawab, terdengar suara along melaung dari arah dapur.
     " Siapa tu, Nisha?" soalnya.
     " Achik, mama!" jawabnya. Kemudian muka along menjengah dari dapur, kehairanan.
     " Oih? Angin takde, ribut takde, tak reti nak telefon dulu?" soalnya lalu menghampiri aku yang sedang baring atas sofanya. Pantas tangannya ku salami. Dia duduk di depanku.
     " Ni apahal pulak?" soalnya. Ish, along ni! Macam tahu-tahu je kenapa aku datang.
     " Orang bencilah kerja kat sana!" rungutku. Along mengangkat kening.
     " Aik? Apasal pulak?" soalnya.
     " Bos orang tu! Hari-hari dah cukup menyakitkan. Hari ni bertambah-tambah sakit pulak hati orang kat dia!" rungutku. Lalu aku bercerita dari A sampai Z tentang kisah di The Curve sebentar tadi. Melopong along dibuatnya.
     " Orang tahulah orang ni gemuk, tapi tak payahlah announce satu restoran tu!" kataku sambil mengesat hidung yang mula berair.
     " Dah tu ni karang ni kau nak balik dengan apa?" soalnya. Aku memerhatikannya dengan muka seposen. Hurm, kedengaran dia mengeluh. Matanya melirik ke arah jam dinding, kemudian dia berpaling semula ke arahku.
     " Tunggu kejap, along nak mandi. Kejap lagi abang long balik, kami hantar kau ke rumah," katanya lalu bangun. Aku menarik tangannya. Dia menoleh.
     " Hantar orang ke ofis. Kereta orang kat sana," kataku. Dia menjeling, lalu terus beredar ke bilik air. Aku terus mengelamun.
                           ***************************************************
     Aku sampai di ofis agak lewat, hampir 7.35 petang. Mata aku menghantar pemergian along dengan keluarganya dengan ekor mata. Aduh, May! Janganlah menyusahkan along lagi lepas ni. Kejam betul aku ni. Huhu. Aku menapak menuju ke arah lif, dan pakcik jaga itu tersenyum ke arahku.
     " Pakcik, tingkat 19 masih ada orang?" soalku kepada pakcik Moin.
     " Pakcik rasa unit Pemantauan tingkat 17 saja belum balik. Kenapa cik May?" soalnya kepadaku semula.
     " Saya tertinggal dokumen tadi. Nak kena ambik bawak balik. Nanti tak siap MD marah pulak. Minta diri dulu, pakcik!" jawabku lalu masuk ke dalam lif. Aku terus menekan butang tingkat 19.
     Sebaik saja sampai, aku terhendap-hendap dalam ofis. Gelap. Yang masih tinggal cuma lampu di meja Zain. Rajin betul mamat ni overtime. Aku terus menuju ke arah mejaku untuk mengambil semua fail yang masih berbaki semakannya. Aku duduk sekejap mengambil nafas dan sekilas aku terpandang ke arah bilik bos. Gelap.
     " Zain, bos dah balik ke?" soalku. Zain mengurut dada. Aku menunjukkan tanda peace kepadanya.
     " Kau ni, May! Dah lah aku dok sorang-sorang, cuak jugak! Lain kali bagi salam masa masuk tu, okey! Bos? Entah. Aku tak perasan pulak. Kau ke mana ni? Si Nad macam nak gila mencari kau!" soalnya. Aku sengih.
     " Aku jumpa klien senget tadi," ulasku tanpa perasaan. Zain tergelak.
     " Eloklah! Kau pun sama sengetnya dengan klien tu! Dah tu ke mana kau pergi? Klien senget tu kidnap kau ek?" soalnya sambil tangannya laju menaip di keyboard. Aku tergelak.
     " Pandai kau yer! Mana tahu ni? Baru menuntut ilmu dengan bos ek?" soalku balik. Dia turut tergelak. Aku membuka fail yang aku sempat semak separuh tadi, untuk aku semak bagi habis. Nanti takdelah aku serabut bila balik rumah.
     " Zain, kenapa kau balik lambat hari ni?" soalku sambil membelek data dalam fail.
     " Nak kena check bagi habis dulu fail plaza Seri Kembangan ni. Minggu depan nak kena turun padang bawak budak tingkat 15 semua," kata Zain. Aku melihat kalendar. Oh,ya! Minggu depan dah masuk bulan depan. Adeh! Tak siap semak lagi ni! Fail Ampang dengan Cheras ni pun tak habis belek. Jenuh aku!
     " Zain, fail audit plaza Sg. Besi ada tak?" soalku.
     " Yang tu bos ambik lepas tu dia bagi Imran. So aku rasa sekarang ni Imran tengah sakit kepala check fail audit tu," jawabnya. Yes! Lega aku rasa fail tu lepas ke tangan Imran. Biar dia yang semak, sebab aku ni dapat fail besar lagi banyak.
     " May, aku balik dulu," ucap Zain namun aku kurang memberi perhatian jadi aku tak tahu yang hanya aku tinggal berseorangan dalam ofis tu. Aku terus menyemak dengan kusyuk dan apabila terasa lenguh, aku melihat jam di tangan. Ya Allah, dah pukul 9.15 malam.
     " Zain, kau tak nak balik lagi ke?" soalku. Namun senyap tiada balasan. Aku hairan. Tidur ke mamat ni? Pantas aku mendongak dari meja aku. Meja Zain gelap. Gulp! Tinggal aku?? Bila masa si Zain ni balik? Hampeh! Cepat-cepat aku mengemas meja dan semua fail aku satukan untuk aku bawa pulang. Baru saja aku mematikan komputer, terdengar seperti ada bunyi dari bilik Adam. Bulu romaku berdiri, mukaku pucat. Dalam kepala otak aku ni jangan ditanyalah, macam-macam gambaran yang sedang terlayar.
     Kukk! Hoh! Bunyi lagi! Adeh..bunyi apa tu? Aku ni dah lah penakut tahap gaban! Ni semua punca Adam lah! Kalau tak, takde pasal aku nak balik ofis semata-mata nak check semua fail yang terbengkalai! Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bilik Adam, dan membuka pintu dengan perlahan. Mak ai! Sejuknya bilik mamat ni! Tak tutup air-cond ke? Dah kaya sangatlah tu! Aku menapak masuk, dan terdengar bunyi itu lagi. Kali ini datangnya dari bawah meja.
     Ya Allah, apakah benda tu? Bilik ni gelap lah sangat! Nak masuk dalam-dalam pun aku tak berani. Baru je aku nak melangkah setapak lagi, bunyi kerusi berkeriuk. Aku terus keras macam patung, sambil memejamkan mata.
     " May! Apa awak buat kat sini?" sergahan suara itu menyebabkan aku keluar tanpa sempat menoleh. Pantas aku mencapai beg tangan dan berlari menuju ke pintu besar. Laju tangan aku menekan lif (time macam ni patutnya turun tangga tapi aku takut terjumpa 'hantu' lain pulak kat tangga tu). Sebaik pintu lif dibuka, aku terus masuk. Belum sempat pintu ditutup, tangan itu menahan. Aku dah rasa nak menangis! Aku merapatkan diri ke dinding lif dan memejamkan mata rapat-rapat. Terasa seperti ada seseorang masuk ke dalam lif dan berada bersama-sama aku. Aku rasa orang tu menghampiri aku sebaik saja pintu lif ditutup.
     " Debab!" Allahuakbar! Luruh dah jantung anak mak ni, mak oii! Aku buka mata, dan melihat Adam berdiri di hadapanku dengan memegang beberapa fail audit aku tadi. Eh, macam mana dia ni kat sini? Tadi bukan ke Zain kata...? Ah, abaikan. Aku memandangnya dengan muka yang pucat. Tangannya menghulurkan fail aku itu. Aku menyambutnya dengan perasaan gementar. Dia ni boleh buat aku cepat gol!
     " Aku nak mintak maaf kat kau bagi pihak Yanti atas kelancangan dia tadi!" katanya perlahan. Aku memandang pintu lif. Baru saja aku nak menjawab, lif jem lagi! Ish! Unit si Muiz ni memang lah! Nak aje aku isukan dalam meeting hari Isnin nanti!
     " Buat apa bos nak mintak maaf? Bukan bos buat salah! Dia nak mintak maaf suruh dia datang jumpa sendiri dengan saya!" aku menjawab. Eh! Bukan itu yang nak terkeluar! Mulut ni kan! Tak seiring dengan hati betul! Aku lihat Adam terdiam.
     " Takpe, nanti aku suruh dia datang jumpa kau," jawabnya. Hah?
     " Tak payahlah! Saya tak bersedia nak jumpa dia lagi! Simpan jelah maaf dia tu tunggu raya tahun depan," habis saja kata-kataku, pintu lif terbuka. Pantas aku berjalan menuju ke arah parkir keretaku. Belum sempat aku membuka kereta, dia menahan. Bos, jangan nak buat sexual harassment kat sini! Aku jerit kang!
     " May, tunggu dulu!" pintanya. Aku menjegilkan mata pada tangan dia yang memegang lengan aku. Huh! Nasib baik aku pakai baju kurung. Kau bukan muhrim akulah nak pegang- pegang ni, mangkuk! Hati aku membentak.
     " Ops, sorry!" lalu dia melepaskan tangannya. Aku berpaling menghadapnya sambil memeluk fail di dada.
     " Apahal? Kalau tak penting, saya nak balik! Penat sangat jadi pelakon tak bergaji, lepas tu dihina pulak!" sindirku. Dia menunduk.
     " May, apa yang saya kata pada dia siang tadi tu, saya serius. Saya nak bertunang dengan awak!" ucapnya dengan riak yang serius. Aku melopong. Uhh!! Wake up, May! Dia ni cuma nak main-main saja. Aku menggelengkan kepala lalu membuka pintu kereta. Sebelum aku masuk aku menoleh.
     " Bos, tak payahlah nak pujuk hati saya dengan cara macam tu! Dah lali sangat kena perli sampai hati pun dah takde rasa nak menjadi tunang bos, apa lagi isteri. Maaflah, saya nak balik. Penat sangat!" kataku lalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu aku memecut meninggalkannya terpinga-pinga.
     Dalam kereta, aku tersengih. Alahai, baru suruh berlakon dah nak syok! Ini dia propose pulak! Adeh, macam cerita sinetron Indonesia pulak aku rasa hari ni! Hahaha. Ini kalau cerita kat Nadia mesti dia terkejut beruk makyeh! Aku tersengih-sengih sambil terus memandu pulang.
     Adam meraup mukanya lalu beristighfar. Adeh, betul ke apa yang aku cakap tadi? Aku mengaku yang aku melamar dia? Huh! Hati, biar betul! Perlahan-lahan dia menapak menuju ke arah keretanya. Balik ni kena solat taubat banyak-banyak! Hatinya mengomel.
                                     *****************************************************
     " Kau ni kan...," kata-kata Nadia terhenti apabila aku tersengih.
     " Sorry lah, babe! Aku kena kidnap dengan klien tadi!" bohongku. Nadia menarik muka kelat.
     " Kau jangan bohong aku, boleh tak? Adam call cari kau, dia kata kau hilang, what's going on, babe? Kau berdua main acilut ke?" soal Nadia. Aku terkesima. Adam call ofis cari aku kata aku hilang? Senget laa otak mamat tu! Dia tak nak pulak cerita kenapa aku hilang! Mangkuk!
     " Takde apalah! Aku masuk dulu, nak rehat!" kataku lalu berlalu ke bilik.
     " Mengelak lah tu!" jerit Nadia. Aku cuma memekakkan telinga. Sambil berbaring di atas katil, aku teringat semula kata-kata Adam petang tadi, 'Yanti...inilah bakal tunang saya!' Pergh! Kalau betul-betul aku pun TAK NAK! Haha. Siapalah nak jadi isteri kau, singa? Hari-hari aku boleh hilang suara sebab bergaduh dengan kau. Silap-silap kau penyek je kena henyak dengan bontot aku ni. Mengekek-ngekek aku ketawa apabila fikiran sudah jauh menerawang.
     Astaghfirullah, jauhnya aku mengelamun. Yang merepek-repek pulak tuh? Aku bingkas bangun untuk mandi dan bersolat. Baru aku terasa sakitnya kepala aku setelah seharian aku 'marathon' dengan teksi menuju ke rumah along di Rawang. Haha.
                                             ***********************************************
     " Ya Allah, andai kata dia telah ditakdirkan untuk aku, maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Andai kata dia bukan jodohku, maka jauhkanlah hatiku dari hatinya agar hatinya tidak terluka. Amin," doa Adam usai solat Isyak. Baru dia hendak melipat sejadah, terdengar ibunya memanggil.
     " Adam, mari turun makan. Umi dah panaskan lauk," kata Puan Sri Sabrina. Adam bangun lalu membuka pintu biliknya. Ibunya tersenyum. Aduh, umi! Chubby pulak Adam tengok umi ni, tapi tetap jugak Adam sayang! Macam manalah Adam nak tawan hati dia ye, umi? Hatinya menyoal.
     " Kenapa senyum-senyum ni? Ada apa-apa nak kongsi dengan umi?" soal ibunya. Adam tersedar, lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sambil memeluk bahu ibunya, mereka turun beriringan.
     " Adam laparlah, umi! Umi masak apa hari ni?" soalnya menutup perkara yang bermain di hatinya sebentar tadi. Sampai saja di dapur, Puan Sri Sabrina membuka tudung saji. Bulat mata Adam melihat menu yang terhidang. Ada asam pedas ikan pari, kerabu cekur campur taugeh dan sayur kangkung goreng belacan.
     " Wah! Semua makanan kegemaran Adam! Terima kasih, umi!" kata Adam lalu mencium pipi ibunya. Puan Sri Sabrina yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan, ketawa. Adam duduk lalu mencapai pinggan dari ibunya.
     " Sedapnya umi masak. Kalau hari-hari macam ni, gemuklah Adam!" kata Adam sambil mengambil lauk.
     " Eh, belum makan dah tahu sedap? Dasyat anak umi ni!" kata Puan Sri Sabrina lalu duduk di hadapan anaknya. Adam yang sedang makan, tersenyum.
     " Umi masak apa semua sedap bagi Adam," katanya. Ibunya tersenyum.
     " Berselera umi tengok Adam makan. Bidadari mana satu yang buat hati anak bujang umi kembang setaman ni?" ibunya serkap jarang. Tercekik Adam. Cepat-cepat ibunya menepuk belakangnya, dan menghulurkan air.
     " Cuba makan tu pelan-pelan. Tengok, sebut bidadari je, tersedak! Betullah tu," usik ibunya lagi. Adam menjeling sambil meratah ikan pari.
     " Takde maknanya, umi. Anak umi ni orang gelarkan singa! Mana ada orang nak dekat dengan singa?" kata Adam. Puan Sri Sabrina ketawa.
     " Umi rasa anak umi ni singa jantan yang comel kot? Alah, macam dalam cerita Lion King tu! Manja lagi," usik ibunya. Pergh! Umi samakan aku dengan singa cerita zaman kanak-kanak aku pulak! Tak patut betul! Hatinya mengomel.
     " Umi jangan nak serkap jarang yer? Adam masih single and available tau!" katanya lalu menghabiskan makanan di dalam pinggan. Ibunya tersenyum.
     " Siapa jua bidadari yang berjaya buat hati anak umi ni kembang setaman, umi akan hadiahkan dia sesuatu yang istimewa," pancing ibunya. Adam ketawa.
     " Umilah bidadari tu," usik Adam.
     " Okey, kalau macam tu esok umi nak beli kereta Myvi special edition warna merah untuk umilah!" jawab ibunya. Melopong mulut Adam, dan ibunya ketawa.
     " Cepat sudahkan makan tu. Mak nak kemas. Umi masuk tidur dulu ya. Selamat malam, Adam Usyair. Assalamualaikum," kata ibunya lalu bergerak menuju ke tingkat atas.
     " Waalaikumsalam, umi! Mak, kemas ini ye? Adam dah kenyang!" kata Adam pada Mak Nab, ibu asuhannya yang sedang mencuci pinggan. Mak Nab cuma angguk lalu tersenyum.
                                                *******************************************
     Aku tak boleh tidur pulak! Terasa macam kejam sangatlah jawapan aku kat singa tu dalam lif tadi! Ish, tak boleh jadi ni! Kang aku pulak berdosa sebab tak nak maafkan orang. Lantak dialah nak panggil aku apa pun. Agaknya dia cemburu kot badan dia sekeping macam plywood tak ada spare macam aku ni! Haha, perasanlah kau, May! Takpe, hari Isnin ni aku bagitau dia lain, cuma aku harap janganlah dia ulang apa yang dia cakap tadi! Silap-silap aku demam sebulan. Tak pasal-pasal aku tak boleh turun padang buat audit dengan team favorite aku tu!
     Tapi rasa macam kelakar pulak tadi! Macam mana aku boleh tertinggal dalam ofis seorang diri? Dah tu boleh tak sedar pulak yang singa tu ada. Haha, kan dah kena sergah! Nasib baik kepala aku tak terhantuk pintu kayu tu, kalau tak mau biol aku kat situ kejap! Next time aku tak nak lah ikut dia jumpa pompuan senget tu lagi! Glamer habis aku satu The Curve tu nanti! Dah lah senget, biadapnya, nauzubillah! Tak reti hormat orang! Itu kalau si Adam nak buat bini, sesuai sangat! Biar sama-sama laser baru berakal sikit si singa tu! Hihi. Silap-silap lancar peluru berpandu dalam rumahtangga. Haha.
     Nasib kaulah, Adam Usyair oii, nak dapat girlfriend macam tu! Jangan bertembung depan aku lagi, sudah! Silap haribulan, kerana mulut awek kau tu, aku WWF dua-dua sekali! Tak boleh pakai punya bos! Menyakitkan hati je. Dalam dok bebel kat Adam, akhirnya aku terlena. Semoga mimpi yang indah-indah, Maysarah!

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

SriKaNDi CiNtAkU - part 3

     " Rileks la, beb! Kau ni macam tak faham je si debab kesayangan kau tu," usik Muiz. Mata Adam menjeling tajam.
     " Kau orang tahu tak? Nescafe tadi punyalah manis melecaih! Kalau aku minum lagi 3 mug macam tu, confirm aku akan kena diabetes!" jawab Adam. Muiz dan Lutfi saling mengangkat kening dan tersenyum sumbing. Adam menjeling lalu dia mencapai briefcase di bawah meja dan terus bangun.
     " Layan kau orang ni pun sama je perangai macam debab! Jomlah!" kata Adam sambil menutup suis lampu. Ruang pejabat itu kembali sunyi sepi.
                                        ****************************************************
     Mengekek-ngekek Nadia ketawa apabila aku selesai bercerita. Tuala di rambut aku tanggalkan dan aku kesat hujung rambut yang masih basah.
     " Patutlah dia mengamuk sakan dengan kau! Banyak gila tu!" kata Nadia.
     " Biarkan dia rasa! Mengarah orang sangat! Kerja yang takde kaitan pun dia suruh aku buat! Esok, kalau dia buat lagi macam tu, aku letak 6 sudu besar garam pulak! Biar dia kena darah tinggi, padan muka! Baru puas hati aku!" aku membebel. Nadia sudah menggelengkan kepalanya. Tangannya mencapai mug yang berisi air milo panas lalu menghirupnya.
     " Kau orang berdua ni, selalu sangat bertelagah. Aku takut esok salah seorang tak tahan menanggung rindu je!" perli Nadia. Aku mencebik. Adam Usyair? Eeuuww!
     " Please lah, Nad! Hari-hari boleh perang dunia tau!" jawabku. Nadia ketawa.
     " Tapi yang aku hairan tu, kau sanggup minum air bekas dia pulak!" kata Nadia. Aku cuma menjeling.
     " Huh! Kalau dah sampai biji mata nak terkeluar sebab jegilkan aku, baik aku minum! Aku tak nak jadi penyebab anak lelaki tunggal Tan Sri buta sebab biji mata terkeluar!" jawabku sambil mengeluarkan semua fail yang aku bawa balik tadi. Nadia ketawa.
     " Mesti lawak kan, biji mata dia besar? Mentang-mentanglah mata dia cantik, dia guna aset tu je untuk pikat kau. Hahaha!" Nadia menyambung ketawanya. Aku tersengih.
     " Lawa ke mata dia, Nad? Aku sendiri pun tak pernah belek, inikan pulak kau! Bila masa kau jadi doktor mata ni?" perliku sambil mata menyemak semua data. Nadia menampar peha aku. Aku mengaduh sambil mengusap-usap bekas tamparan itu. Perit!
     " Aku taulah peha aku gebu lagi menawan. Janganlah main tampar-tampar," perliku lagi.
     " Betul, May! Tak percaya? Nanti bila dia jegil mata kat kau lagi, kau belek mata dia tu. Aku nampak mata dia cantik waktu meeting siang tadi. Haha," jawab Nadia. Cis! Gedik punya budak! Orang suruh meeting isukan hal penting! Dia boleh pulak belek biji mata singa tu! Kalau aku, takde masa lah nak belek! Silap-silap kena sergah sebab mengelamun!
     " Oih! Kau ni meeting sebab nak tengok mata dia je ke? Hampeh! Aku nak belek mata dia pun takde masa lah, babe! Ni, kerja yang belambak ni aku belek lagi bagus!" jawabku. Nadia tersengih. Kami sama-sama menyemak semua data untuk sesi audit bulan depan. Silap semak, aku pulak kena hadap muka singa tu 24 jam. Belum pun selesai kerja menyemak yang masih ada, Nadia bangun lalu menuju ke dapur, membasuh mug nya.
     " May, aku masuk tidur dulu ye? Mengantuk sangat! Tak tahan pedih mata aku nak semak semua data kau tu. Selamat malam!" katanya lalu menghilangkan diri ke dalam biliknya. Aku memandang sambil mencebik.
     " Mengantuklah sangat! Malas nak semak data lah tu! Mentang-mentanglah area audit dia kecik, yang area aku tak nak pulak dia belek! Hampeh punya Nad!" aku merugut.
     " May, I heard that!" jerit Nadia dari biliknya. Aku ketawa besar. Dengar pulak minah tu. Ingatkan dah 'ghaib' sampai ke mana. Adeh! Aku tersengih sendiri. Lalu aku menyambung semula kerja aku yang tertangguh sebentar tadi. Sehinggalah aku tidak sedar bila aku terlelap di atas sofa.
                                            ************************************************
     "Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu yang tidak terhingga kepadaku, pada hari yang mulia, penghulu segala hari aku panjatkan doa kepada-Mu agar mempermudahkan segala urusan kerjaku, dan sejukkanlah hatiku dan hati orang-orang yang berada di sekelilingku terutama bos aku yang garang macam singa. Semoga Engkau merahmati hidup kami semua. Amin," aku meraup muka sebelum keluar dari kereta. Sedikit hairan menjentik hati, kenapalah aku doakan si singa tu pulak? Ah, lantaklah!  Sambil memperbetulkan baju kurung dan tudung, aku berjalan terus ke bangunan GSA Holdings. 
     Yes!!Today is Friday! Tak sabar aku nak berhujung minggu kat rumah along. Hati aku menjerit keriangan dan tanpa sedar aku tersengih seorang diri. Awal sikit aku datang hari ini, bukan apa, aku tak nak tersangkut dalam lif lagi macam semalam. Kena pulak ada mamat tu, memang spoil la mood aku untuk satu hari. Aku menekan butang lif, dan pintu pun terbuka. Aku terus masuk dan menekan tingkat 19. Baru saja pintu hendak tutup, tiba-tiba ada tangan seseorang menahannya dari tertutup. Apabila terbuka, masuk seorang insan yang menahan dari luar tadi. Aku terkedu!
     " Assalamualaikum, debab! Morning! Awal kau hari ni? Takut tersangkut lagi macam semalam ke?" soalnya. Ish! Dia ni kan! Lagi aku nak elak dari berjumpa, lagi kerap pulak bertembung. Aku senyum, dan salamnya aku jawab dalam hati.
     " Hurm, kau tak payahlah nak goda aku dengan senyuman kau tu! Tak manis mana pun. Nescafe semalam lagi manis dari senyuman kau!" katanya selamba badak menyebabkan senyuman aku mati. Hampeh punya singa! Aku memandang ke arah pintu lif. Apasal lif ni lambat sangat nak sampai, hah? Duduk lama-lama dengan dia ni kang mood aku habis lari. Hati aku menjerit geram.
     Sebaik saja pintu lif terbuka, aku melangkah keluar, namun aku sempat berhenti di pintu besar department aku dan menoleh ke arahnya. Dia tercengang sebab aku berhenti secara tiba-tiba.
     " Encik Adam Usyair! Pagi-pagi ni saya ikhlas sedekahkan senyuman untuk encik Adam, bukan ada niat nak menggoda encik Adam pun. Kalau encik Adam terasa macam tu, saya minta maaf. Next time, no more smiling for you!" habis saja aku berkata, aku terus masuk. Adam kelihatan agak terpempan.
     Aku menghempaskan beg tangan dan fail yang aku kelek di atas meja. Benci betul ada bos yang selalu menjahanamkan mood orang. 'Rileks, May! Tarik nafas! Istighfar!' hati aku memujuk. Aku duduk dan beristighfar di dalam hati. Astaghfirullah, pagi Jumaat hati jadi panas pulak! Aku menyimpan beg tangan aku dalam laci, dan aku mengemas meja aku yang sedikit bersepah. Kemudian, dua tiga orang staff mulai masuk. Aku cuma tersenyum ke arah mereka yang menyapa aku. Hanis dan Zain sedondon, hijau pucuk pisang. Aku tersenyum. Sambil menanti kedatangan Aziah dan Nadia, aku membuka facebook dulu. Uih, inilah namanya salah guna harta syarikat! Haha.
     Aku semak semua pemberitahuan dan ada lima orang meminta kebenaran untuk berkawan dengan aku. Aku klik di ikon itu dan keluar muka orang-orang tersebut. Aik? Macam mana dia ni tau aku ada facebook? Mata aku meliar ke arah biliknya. Baik jangan approve kalau tak sure dia akan tau yang aku ni rajin online! Aku klik pada namanya, Adam Usyair Ghazali. Pergh! Gambar profail macam ambil kat dalam ofis je! Haha. Suka pulak aku ketawakan mamat ni! By the way, smart! Nice pulak kemeja dia! Hurm...mata dia....
     " Debab!" laungan keramat itu membuatkan aku terus klik log out tanpa sempat aku nak belek matanya. Semua mata tertumpu pada aku. Eh, bila masa Nadia sampai? Hehe. Aku mendongak sikit bagi dia nampak kepala aku dari cubic yang cun tu.
     " Ada apa?" soalku selamba. Dia mencekak pinggangnya. Aku bangun. Ish, dia ni kan? Tak boleh ke dalam satu hari biarkan aku aman sikit? Aku berjalan ke arahnya. Sampai saja di depannya, aku berdiri tegak.
     " Ada apa, bos?" soalku.
     " Mana air saya? Kan semalam awak dah janji nak buat air untuk saya !" katanya tegas. Aku mengerutkan kening. Dia ni serius betul! Aku berpaling untuk menuju ke pantry namun langkah aku terhenti bila dia menyambung, "...jangan nak letak garam pulak! Bukan boleh percaya awak ni! Gula letak je satu sudu besar! Kalau tak bagitahu kang awak letak enam sudu," katanya lalu masuk semula ke pejabatnya. Aku berjalan melintasi meja Nadia dan dia cuma tersengih. Aku menjeling tajam.
     Selesai aku membuat air, aku membawa mug air kepadanya. Ketika aku masuk ke dalam pejabatnya, aku terdengar dia bercakap di talian. Perbincangan yang agak serius, dan aku pun mulalah nak jadi penyibuk. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah mejanya.
     " Sorry lah, Yanti! Saya dah tak boleh terima apa jua alasan awak lagi!" katanya tegas. Yanti? Huh! Siapalah awek malang tu. Aku melihat dia memicit pangkal hidungnya. Dahinya berkerut. Ini mesti kes si Yanti tu tengah pujuk rayu dia. Haha. Aku meletakkan mug lalu mula berpaling untuk keluar.
     " Saya tetap tak boleh terima awak! Awak sendiri mengaku sayangkan dia jadi saya rela lepaskan awak. Saya tak nak bergaduh hanya sebab awak! Takde faedah! Saya sendiri dah ada pilihan hati, dan kami akan bertunang tak lama lagi!" Good, boss! Jangan gaduh sebab perempuan yang tak reti menghargai. Yahoo! Selamat aku dari gangguan singa ni nanti. Aku cepat-cepat keluar dari biliknya.
     Perempuan bernama Yanti tu mesti tengah gila 'talak' nak kembali pada Adam. Haha. Tu lah, dulu masa orang tu sayangkan kau, kau gatal cari jantan lain! Kan, dah kena! Si Adam tu dah nak bertunang pun! Bukan kau je selamat, aku ni lagi lah selamat walafiat! Eh, bila pulak yang dia orang menikah sampai si Yanti nak gila 'talak'? Ah, lantaklah! Bukan masalah aku pun! Hehe. Aku tersengih-sengih sambil mencapai fail.
     " Woih! Sengal ek? Sengih sorang-sorang?" sergah Aziah. Aku terkejut lalu aku gelak. Nadia dan Aziah berpandangan sesama sendiri.
     " Adalah!" aku menjawab sambil menyambung kerjaku semula. Soal Yanti dan Adam, aku lupakan seketika.
                                          *******************************************************
     Aku bercadang nak keluar shopping kejap dengan Aziah dan Nadia sementara masa rehat dua jam, dan bos pun dah pergi solat Jumaat. Baru saja aku nak keluar, Adam keluar dari biliknya dan menuju ke arahku. Terpinga-pinga aku seketika, Aziah dan Nadia lagi lah!
     " May, saya nak awak ikut saya keluar sekejap lagi, pukul 2.45 petang, selesai saya habis solat Jumaat. Awak tunggu saya di ofis," katanya serius lalu berlalu keluar. Aku tercengang. Oih, apehal plak bos aku ni? Doa aku dimakbulkan ke? Hihi.
     " Oit! Kau ada cari pasal dengan dia lagi ke?" soal Nadia. Aku mengangkat bahu.
     " Takdelah! Rasanya pagi tadi aku hantar air lepas tu aku blah lah! Lagi pun dia tengah bergayut, tak kan aku nak tunggu macam patung," jawabku. Aziah menggaru kepalanya sehingga habis senget tudungnya.
     " Dah tu macam mana ni? Jadi ke nak shopping ni?" soal Aziah sambil memegang beg tangannya. Aku memandang jam tangan. Sudah hampir pukul 1 petang. Aku memandang Nadia.
     " Aku tak surelah, babe! Sekarang dah pukul 1. Pukul 2.45 petang aku dah nak kena keluar. Ini nampak gaya, memang aku kena tunggu dalam ofislah!" aku menjawab. Nadia dan Aziah mencapai beg tangan lalu mereka sudah ingin beredar.
     " Nak tapau?" soal Aziah. Aku menggelengkan kepala. Sebaik saja mereka beredar, aku menuju ke pantry. Hanis sedang makan bersendirian, tersenyum melihat aku.
     " Eh, kak? Tak keluar?" soalnya. Aku membancuh milo panas.
     " Tak jadi. Kak Azie dengan Nad je keluar,"aku menjawab, lalu aku membawa minuman aku ke meja. Sambil minum, aku kembali melayari facebook. Asyik melayan facebook, aku tak sedar si singa tu dah masuk ofis awal. Pukul 2.30 petang. Sebaik saja aku mendongak kelihatan dia sudah berdiri di meja Aziah. Erk! Cepat-cepat aku menutup talian facebook milikku.
     " Dah siap? Jom!" katanya lalu beredar ke pintu utama. Tergesa-gesa aku mencapai beg tangan lalu berlari-lari anak mengejar Adam. Dia ni, suka sangat suruh aku berlari. Nasib baik dia tunggu dalam lif. Aku cepat-cepat memboloskan diri ke dalam lif.
     Dalam lif, kami berdua dia tanpa sepatah kata. Ikut hati aku tu, nak aje aku bertanya ke mana dia nak bawak aku. Tapi memandangkan mukanya dan macam cekodok basi, baik aku diamkan saja. Lif sampai dan aku mengikut dia menuju ke parkir keretanya. Wah, first time aku naik BMW ni. Untunglah aku, malanglah si Yanti! Haha. Aku terus masuk ke tempat duduk penumpang apabila dia sudah menghidupkan enjin keretanya, dan keretanya memecut menuju ke destinasi yang aku tak tahu.
                                                ********************************************
     Erk! Kenapa dia bawak aku sampai ke The Curve? Nak jumpa client yang kaya tapi kerek campur cerewet ke? Macam lah client tu tak reti nak datang sendiri ke Alamanda, lagi dekat dengan ofis aku. Tak payah nak buang minyak segala. Masuk ke dalam The Curve ni buat mata aku terjojol je. Tapi disebabkan ikut kaki bos, aku pun melangkah la ikut dia. Haha.
     " Kejap lagi aku bawak kau bershopping! Sekarang ni kau ikut aku dulu! Ada hal penting!" katanya tegas dan aku pun menurut walaupun mata aku dah menjeling kedai di kiri dan kanan. Aku merapatinya.
     " Tapi bos tak cakap pun kerja apa?" soalku pelik.
     " Kejap lagi kau tahu! Tapi aku minta untuk kali ni, kau tolonglah aku!" dia menjawab perlahan. Aku semakin pelik. Akhirnya kami masuk ke dalam restoran Pizza Hut. Bos, lapar! Hati aku merayu sebab dah bau kesedapan pizza. Kami menuju ke arah seorang perempuan yang sedang menanti kedatangan seseorang. Sebaik saja kami sampai, mukanya kelihatan pelik. Aku lagilah pelik! Siapa pulak yang bos ajak dating tapi bawak aku sebagai peneman? Aku duduk di hadapan perempuan itu dan Adam duduk di sebelah aku. Laa, duduklah kat sebelah dia tu! Bos ni kan!
     " Awak bawak siapa ni, Adam?" soalnya seakan tidak puas hati. Aku memandangnya pelik. Hari Jumaat ni tak reti pakai baju kain labuh ke? Nak jugak pakai baju yang tak cukup kain, nak buat free show kat Adam dan kaum-kaum adam yang lain.
     " Yanti... inilah bakal tunang saya!" kata-kata Adam tu aku rasa bagaikan batu besar telah menghempap kepala aku. Ya Allah! Pengsankanlah aku dari mendengar si singa ni merepek yang bukan-bukan! Aku terkedu. Oh, inilah Yanti. Dan aku?? Bakal tunang kepada singa jantan ni?? Biar betul! Tanpa sedar kakinya menguis kakiku. Ish, main kuis-kuis kaki pulak dah! Aku cuma tersenyum kelat campur tawar ke arah perempuan yang bernama Yanti itu. Dia memandang aku dengan cebikan.
     " You're be kidding me! Tak kan perempuan gemuk macam ni yang you nak jadikan isteri?" soalnya dengan suara yang kuat. Aku tergamam lalu menunduk, malu. Aku rasa air mataku bertakung. Weh, pompuan! Kut iye pun, perlahanlah sikit volume kau tu! Ini nak bagi aku malu satu restoran ke? Hatiku mengutuk. Muka Yanti merah padam, begitu juga Adam.
     " You listen here,Yanti! Dia gemuk tak apa sebab dia tahu menjaga kesopanan, tapi you? Pakai baju tak cukup kain!" Adam berkata tegas namun perlahan. Yanti menepuk meja.
     " So what? You sendiri tak pernah marah kalau I pakai macam ni, kan? Sekarang you nak cari alasan sebab perempuan gemuk ni! Dah lah gemuk, bontot besar pulak tu!" kata Yanti dengan kuat sehingga aku rasakan pelayan yang sedang lalu pun boleh dengar. Aku tak boleh tahan dihina sebegitu lagi. Tanpa bersuara sepatah, aku bangun lalu berjalan keluar dari restoran itu dengan cepat. Kalau Adam mengusik aku, aku boleh sabar lagi! Tapi ini...
     " May!" terdengar suara Adam memanggil namaku, namun aku abaikan. Air mata yang aku tahan dari tadi, kini tumpah. Aku berlari keluar dan mencari-cari teksi untuk pulang. Tak guna punya bos! Bawak aku sebagai peneman untuk dipermainkan! Air mataku semakin mencurah-curah bila teringat kata-kata awek Adam yang senget tu! Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia yang macam model tu? Hibanya hati aku. Aku menahan teksi lalu terus pergi ke rumah along. Sorry bos! Kau punya pasal aku balik awal!
     Adam mengecilkan matanya ke arah Yanti. Perempuan ni, memang tak pernah nak berubah! Macam ni aku nak jadikan kau bini aku? Lancang tak kena gaya!
     " Apa hak you nak hina dia macam tu, hah?!" soal Adam. Yanti mendengus.
     " Oh, jadi betullah you sayangkan dia?" soalnya.
     " Memang I sayangkan dia! I nak kahwin dengan dia! You ni nak I jadikan wife? Selisih malaikat 44, Yan! Mati hidup balik pun I tak akan terima you! Hiduplah you dengan cara hidup yang you pilih tu! Bye!" lalu Adam bangun dan bingkas berlari mengejar Maysarah yang sudah dirasakan semakin jauh berlari.
     " Adam Usyair!" jerit Yanti dari tempatnya. Semua mata memerhati ke arahnya. Yanti mendengus lalu dia mencapai tas tangan dan beredar keluar.
                                 ********************************************************
     " Betul ni, Nad?" soal Adam dalam telefon.
     " Betul, bos! Dia tak balik pun lagi! Kenapa bos?" soal Nadia. Aziah menjungkit kening.
     " Takde apa-apa. Tadi ada salah faham sikit!" katanya. Nadia mengeluh. Dah agak dah!
     " Macam ni lah, bos! Kalau dia balik ofis, saya suruh dia call bos je, okey?" pujuk Nadia sambil matanya menjeling Aziah.
     " Okeylah, kalau macam tu. Thanks, Nad!" kata Adam lalu mematikan talian. Dia cuma mengeluh lalu bersandar pada keretanya. May, mana awak pergi ni? Hatinya diburu rasa bersalah. Dia menekan punat kereta lalu masuk dan memecut keretanya untuk pulang ke Putrajaya. Memang masalah akan timbul kalau jumpa minah senget ni, hatinya membebel. Dia terus memandu dengan laju.
     Nadia meletakkan telefon. Aziah mencuit lengannya.
     " Kenapa, Nad?" soal Aziah.
     " Entah! Adam telefon kata May hilang, lepas ada salah faham sikit tadi," jawab Nadia. Aziah membuat muka pelik.
     " Alah, dah agak dah! Mesti perang lagilah tu," jawab Aziah lalu menyambung semula kerjanya. Nadia menuju ke meja Maysarah lalu mengemas sikit meja yang bersepah. Aduhai! Ke mana kau pergi ni, May? Hatinya diburu resah. Dia menghantar pesanan ringkas ke telefon Maysarah.
     Aku mengesat air mata lalu memandang telefon di tangan. Mesej dari Nadia, tapi aku abaikan. Tu dah sah-sah lah mamat tak keruan tu mencari aku! Lantaklah! Aku memejamkan mata kembali sementara untuk sampai ke rumah along. Hati aku semakin terluka.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

24 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 2

     Tergesa-gesa aku menutup pintu kereta dan berlari-lari anak menuju ke arah lif. Mujur sebaik saja aku sampai, pintu lif baru terbuka. Beberapa orang masuk dan aku yang terakhir menyempitkan diri. Tingkat demi tingkat lif berhenti untuk orang lain turun ke bahagian masing- masing dan akhirnya tinggal aku sahaja. Mak aii, kenapalah aku kena kerja tingkat paling atas? Dengan bos yang mangkuk pulak tu! Dalam hati aku mengomel mengutuk si Adam, aku terbau perfume yang aku kenal. Meremang bulu roma aku, pantas aku merapatkan beg tangan ke arah dadaku. Seramnya, dalam lif pun dia tahu aku mengumpat dia ke?
     " Bergegar habis satu badan kau berlari tadi, debab!" Gulp! Aku tidak berseorangan dalam lif. Dari panggilan nama aku tu, aku tahu dia ada di belakang aku. Sikit pun aku tak menoleh. Ceh! Macam mana aku tak perasan mamat ni tadi? Patutlah bau perfume macam kenal! Aku terus berdiri tegak di depannya. Kedengaran Adam ketawa.
     " Kalau berlari macam tu hari-hari datang kerja, mesti bumper kau boleh kecik, kan debab?" aku cuma menggenggam jari-jemariku, menahan sabar dengan setiap ayat yang keluar dari mulut mamat ni. Rileks, May! Kalau dia tak henti menyakat kau jugak, kau hempuk dia dengan beg tangan kau nih! Tak makan saman punya bos!
     Dalam hati bagus dok menyumpah seranah Adam, secara tiba-tiba lif berhenti. Jam! Allah, lif oii! Time macam ni lah kau nak 'mematikan' diri pulak! Aku rasa sesak nafas, dan nak tak nak terpaksalah jugak aku berpaling memandangnya, sebelum aku perlahan-lahan merapati dinding. Kelihatan Adam tenang saja, siap boleh main game lagi kat iPhone dia tu. Tau la handphone canggih, tak payah la nak tunjuk kat aku! Yang lif ni pun buat main pulak! Aku belek-belek jam tangan, menutup gelisah sebenarnya.
     " Kau takut ke, debab?" soalnya bersahaja. Ish, dia ni kan!
     " Bos, nama saya Maysarah Abd. Aziz. Bukan debab!" aku mula nak naik angin. Dia tergelak tapi masih bermain game.
     " Suka hati akulah nak panggil kau apa pun! Kau takut lewat ke? Takpe, habis kuat pun company potong gaji kau je," katanya lagi. Selamba badak punya budak si Adam Usyair Tan Sri Ghazali nih! Berpeluh-peluh tangan aku walaupun lif masih 'hidup' seperti biasa. Tang mana yang jem tu aku tak berapa pasti! Aku mengeluh mengurangkan sesak nafas. Bukan sebab apa, aku ada pengalaman tersangkut dalam lif yang gelap gelita, kalau nak dibandingkan dengan sekarang ni, cerah lagi la yang ni. Adam memandangku.
     " Takut ke?" soalnya sinis. Aku diam.
     " Tak kan la badan besar macam kau ni, takut kot?" sindirnya lagi. Hati aku ni kalau pergi jumpa doktor pakar, mesti dia orang hairan tengok hati aku hangus! Eeii, sakitnya hati achik ni, mak! Aku cuma beristighfar panjang.
     " Jangan takutlah! Lif ni tepat pukul 8.45 pagi, setiap hari memang akan stuck for a while, untuk kemaskini data kamera CCTV. Agaknya kau tak tahu sebab hari-hari kau masuk awal kan? Kenapa hari ni lambat pulak?" soalnya sambil memandang iPhone nya yang bajet cun tu! Ceh! Company bapak kau ni banyak songeh betullah! Aku menarik muka kelat.
     " Saya tanya awak ni, Maysarah Abd. Aziz!" katanya tegas. Aku terkedu.
     " Saya pergi hantar Nadia kat klinik dulu," jawabku.
     " Oh, Nadia half day! Lupa pulak!" katanya dan dia memandangku seketika lalu mendail nombor di handphonenya.
     " Hello, Muiz! Apasal lambat sangat unit kau servis data lif ni? Aku stuck dalam nilah! Kejap lagi nak meeting, mengamuk pulak department lain tunggu aku!" katanya tegas dan kadang-kala dia mengangguk. Seketika kemudian lif pun berjalan seperti biasa. Leganya aku rasa! Akhirnya sampai di tingkat 19. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku keluar cepat-cepat.
     " May! Buatkan saya air, dan hantar ke bilik saya sekarang!" laung Adam sambil berlalu ke biliknya. Aku yang dengar sayup-sayup, menghempaskan beg tangan atas meja. Panas!
     " Azie, mana kak Miah?" soalku kepada Aziah yang sedang membuat kerjanya. Aziah menoleh.
     " Kak Miah baru turun. Yang kau lambat hari ni, kenapa? Mana Nad?" soalnya kembali.
     " Hish! Singa tu! Aku hantar Nad ke klinik dulu. Leceh betullah!" kataku sambil berlalu ke pantry.
     " Oih! Yang kau cari kak Miah tu apahal?" soal Aziah lagi.
     " Singa tu lah! Tak pernah-pernah aku buat air untuk dia, hari ni dia mintak! Mana aku tau dia suka minum air apa! Menyusahkan betul!" bebelku. Aziah ketawa.
     " Kena lagi kau hari ni, ya? Selalu aku tengok kak Miah buat air nescafe o panas. Kau buat air tu tapi manis agak-agak jelah!" kata Aziah lalu menyambung semula kerjanya. Aku masuk ke dalam pantry dan mencapai mug. Hurm, nescafe o panas manis-manis buah ye? Hehe..aku sudah tergelak jahat dalam hati. Siaplah kau, Adam! Bos tak bos, ini hari aku akan balas dendam! Huahahaha...
                                                  ***********************************************
     Aku memejamkan mata sambil memicit-micit kepala. Pening sangat rasanya. Pelawaan Aziah dan Nadia untuk membelikan makanan buat aku pun aku tolak. Bukan apa, dah pening macam ni, kang makan pun membazir jugak, kalau semuanya terkeluar balik. Nak tidur kejap rasanya ni.
     " Oit, debab!" laung mamat tu dari muka pintu biliknya. Adeh! Apa lagi ni, mamat? Aku takde mood la nak layan karenah kau! Aku membuka mata sedikit lalu pejam kembali.
     " Nak apa, bos?" soalku perlahan.
     " Oit! Kalau nak tidur tu, balik rumahlah! Ini pejabat!" laungnya kuat. Nasiblah dalam ofis ni tinggal aku dengan seorang staff bahagian audit, Hanis. Tersengih-sengih Hanis tatkala mendengar laungan dari bos. Kiranya semua dalam department aku ni tahu dengan Adam memang pantang bersua muka.
     " Malas aku nak layan kau! Jeritlah kau sorang-sorang," aku mengomel perlahan. Tanpa sedar dia menghampiri aku lalu menepuk meja dengan kuat. Aku terkejut lalu terbangun dengan tiba-tiba. Kemudian dia duduk di mejaku. Serius.
     " Kenapa nak tidur kat sini?" soalnya. Aduhai, bos! Tolonglah bagi aku rehat kejap dalam sejam ni! Sakit kepala aku dengan kerja yang bertimbun, dicampur dengan peel kau pulak! Aku memegang kepalaku sambil menongkat siku atas meja.
     " Kan waktu rehat ni, bos! Saya nak tidurlah kejap! Tak kan tak boleh?" soalku perlahan. Adam terdiam. 'Ye tak ye jugak!' hatinya mengiyakan. Sekali dehem, dia bangun menuju ke pantry. Aku kembali bersandar.
     " Kak, Hanis nak pergi surau dulu. Akak okey tak ni?" soal Hanis. Aku membuka mata. Gangguan lagi! Hish!
     " Akak nak rehat jap je. Takpelah, Hanis pergi dulu, nanti akak menyusul dengan Nadia dan Aziah," kataku lalu memejamkan mata kembali. Hanis menepuk bahuku lembut lalu dia beredar.
     Terasa seperti ada kelibat seseorang sedang berdiri di sebelahku, memaksa aku membuka mata. Kelihatan Adam berdiri dengan mug di tangan kiri dan panadol di tangan kanan. Aku cuma mengangkat kening.
     " Bangun, makan panadol ni!" katanya tegas. Aku mencebik. Dia meletakkan mug dan panadol atas mejaku.
     " Saya belum lunch apa-apa lagilah, bos!" jawabku. Dia menjegilkan matanya.
     " Panadol tu tak mudarat! Makan, bagi hilang sakit kepala! Kang tak pasal-pasal saya masuk penjara sebab cubaan untuk pecahkan kepala anak dara orang," katanya lalu terus beredar. Aku terkesima, namun senyuman terukir di bibirku.
     " Bila masa lah bos nak pecahkan kepala saya ni," aku mengomel.
     " Lepas rehat! Belambak lagi fail audit nak kena semak!" jawabnya dari arah meja Hanis. Terkedu aku, ingat dia tak dengar. Hahaha. Adeh, kerja oh kerja! Bilalah nak habis ni! Nak tak nak, aku menelan panadol yang diberikan.
                                            *******************************************
     Aku mengurut leher yang terasa lenguh. Kemudian aku mendongak ke arah staff aku yang lain. Masih tinggal beberapa orang saja lagi. Mataku beralih ke arah jam dinding. Mak!! Dah hampir pukul 6.15 petang. Ini kalau berumahtangga, menangis anak aku sebab mummy lambat pick up! Haha.
     " Zain, mana fail audit plaza Sungai Besi?" laungku. Lelaki yang bernama Zain itu menoleh ke arahku.
     " Tadi lepas lunch, bos mintak la, weh!" katanya lalu menyambung semula kerjanya. Adeh, si Adam ni! Tak habis-habis nak masuk campur kerja aku! Karang mesti nak panggil nama aku lagi! Setengah jam berlalu, tinggal aku, Nadia dan Aziah seperti selalu yang akan balik lambat. Pintu besar terbuka, kelihatan Muiz dari unit CCTV dan Lutfi dari unit Pemantauan berjalan menuju ke arah pejabat Adam Usyair. Aku memberi isyarat kepada Aziah dan Nadia.
     " Macam takde muka lain je nak masuk bilik bos!" omel Nadia sambil menyemak data.
     " Alah, kau ni! Dia orang kan kawan baik bos sejak dari London!" perli Aziah. Aku cuma mencebik. Meluat!
     " May, kau jangan jadi macam semalam! Debik dia dengan buku audit tu! Tebal nak mampus!" Nadia memberikan amaran. Aku sengih.
     " Kalau dia tak sakitkan hati aku, takdenye aku nak debik dia guna buku ni," sambil aku mengangkat buku yang aku guna untuk memukul dia semalam. Aziah dengan Nadia ketawa. Buku kajian tentang audit tu boleh pulak aku capai nak pukul dia. Haha.
     " Debab!!" jerit Adam dari dalam biliknya. Yang aku pelik tu, mamat berdua tu masuk tak reti ke nak tutup pintu bagi rapat? Aku memandang muka Aziah dan Nadia dengan pandangan yang 'tolong lah doakan aku agar tak ikat mamat tu kat kerusi dan selotep mulut dia yang laser tu'! Perlahan-lahan aku berjalan ke arah bilik Adam.
     " May! Jangan mengamuk!" bisik Nadia. Aku menjeling. Sebaik saja muka aku menjengah bilik besar bos aku, aku terkedu. Mukanya kelat dan mencuka. Alamak, bala apa lagi ni...
     " Awak nak bagi saya kena kencing manis ke, hah?" soalnya dengan suara yang kuat. Erk! Air minum pagi tadi, petang ni baru nak minum? Tak basi ke? Haha..
     " Apa yang awak tercegat lagi tu? Masuk sini, rasa air yang awak buat ni!" jerkahnya. Terkejut aku, jantung aku dah dup dap dup dap. Perlahan aku masuk menghampiri mejanya. Mukanya kelihatan merah padam. Kedua-dua kawannya terdiam saja. Dia menyuakan mug nescafe yang aku bancuh pagi tadi. Teragak-agak aku hendak menyambutnya. Namun apabila melihat biji matanya yang hampir terkeluar menjegil kepadaku, pantas aku menyambut mug itu. Aik? Kata manis melecaih tapi air dah suku! Ini yang aku pelik! Aku memandangnya dengan rasa geram.
     " Hah! Minumlah! Habiskan!!" jerkahnya. Nak minum dari bekas dia? Eeuuww! Tak nak!! Dia menepuk meja, kuat. Terangkat bahu aku. Nak tak nak, aku minum sampai habis. Eyarks! Manisnya!! Mukaku berkerut. Dia mengangkat kening sambil berpeluk tubuh.
     " Amacam? Sedap?" perlinya. Ya Allah, kalau aku ni ada kencing manis, memang naik paras gula dalam darah ni. Aku tersenyum kelat.
     " Sorry la, bos! Saya tak tahu sukatan gula yang biasa kak Miah buat untuk bos," jawab ku jujur. Adam mengeluh.
     " Next time, you belajar buat air tu dengan kak Miah, then buat hari-hari untuk saya! Faham tak?" soal Adam. Aku mendengus. Banyak lagi kerja lain la, mamat!
     " Tak nak lah! Bukan kerja saya!" aku melawan. Dia meletakkan kedua-dua tangannya atas meja, dan mukanya memandang aku.
     " Ini satu arahan dari saya!" katanya tegas. Aku meletakkan mug semula.
     " Malas! Bukan bos bayar gaji extra untuk bancuh air!" aku tetap berkeras. Dia menjegilkan matanya.
     " Debab! Ini arahan dari aku! Kau jangan nak membantah, kalau tak hari-hari kau kena balik lambat, sama time dengan aku! Pilihan di tangan kau!" katanya lalu duduk semula. Aku mencapai mug itu lalu keluar. Tetapi sampai di muka pintu, aku menoleh.
     " Baik! Esok saya letak garam pulak! Bagi bos cepat kena high blood preasure! Sikit- sikit nak mengamuk! Otak senget!" kataku lalu cepat-cepat beredar. Merah padam mukanya apabila Lutfi dan Muiz ketawa.
     " Maysarah!!!!" jeritnya namun aku sudah sampai ke pantry. Siap basuh mug aku terus ke meja aku, kemaskan semua fail yang belum siap disemak untuk dibawa pulang lalu mengambil beg tanganku. Cepat-cepat aku berlari menuju ke arah lif, di mana Aziah dan Nadia sudah awal menunggu dari saat mereka mendengar aku kena jerkah.
     Sebaik saja pintu lif terbuka, aku masuk dan kelihatan Adam keluar dari biliknya untuk mengejar aku. Dengan lagak gaya seperti ratu cantik dunia, aku melambai-lambai kepadanya sehinggalah pintu lif tertutup rapat. Kemudian, aku memandang Aziah dan Nadia, dan kami semua tergelak kuat.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

23 Mei 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 1

     Menyerigai muka Adam menahan sakit akibat belakang badannya dipukul olehku dengan menggunakan buku tebal. Mengekek-ngekek Lutfi dan Muiz menahan ketawa melihat muka Adam yang berkerut-kerut, manakala Aziah dan Nadia pucat lesi wajah mereka.
     " Sakitlah, pompuan!" jerit Adam. Aku mengangkat buku itu sekali lagi namun ditahan oleh Nadia. Aku ditarik ke belakang sedikit, manakala Adam berpaling menghadap kami.
     " Memanglah aku ni pompuan, jantan! Kalau kau tak nak sakit, mulut tu jaga sikit!" aku menaikkan suara melawan suaranya. Adam kembali menegakkan badannya, kemudian menghampiri kami bertiga. Badannya yang sasa membuatkan aku asyik memandang caranya berjalan, kemudian... 'astaghfirullah..anak teruna orang tu May oii!' hatiku menjerit. Aku pantas menunduk apabila Adam berdiri di hadapanku, dan bau harumannya bakal menggoyah perasaan aku di saat ini.
     " Makcik! Siapa yang patut jaga mulut sekarang ni,hah? Aku ke, kau?" soal Adam dengan nada suaranya dikeraskan. Aku cuba untuk melawan pandangan matanya tetapi sekejap ajelah, lepas tu aku pandang ke arah lain. ' Hai, hati! Kuatkanlah iman,' hati aku berdetik.
     " Kaulah! Sesedap rasa ayam KFC je kau panggil aku makcik, debab! Kau ingat kau tu hensem sangat ke?" aku menyoal dia kembali. Tapi kau memang hensem pun.. hihihi.
     " Apa? Tak betul? Kau kan memang debab! Dah la debab, bumper kau tu kalau masuk kereta confirm la sendat-sendat!" lalu kata-kata itu disambut dengan gelak tawa oleh dua lagi monyet di belakangnya. Aku terkedu. Main bumper-bumper plak mamat ni! Biadap betul! Belum sempat aku menjawab, Nadia menarik tangan aku untuk beredar dari situ. Aziah turut membuntuti aku. Dari jauh kedengaran suara Adam melaung namaku.
     " May! Selamat mengecikkan bumper kau tu!" Hampeh!! Aziah dan Nadia berpandangan sesama mereka, dan aku tetap melangkah menuju ke keretaku.
                                      *****************************************************
     " Eeiii...bengangnya aku!!" aku menjerit apabila sampai saja di rumah. Masuk ke bilik lalu menghempaskan diri ke atas katil dan meniarap. Sepuluh minit kemudian, air mataku mengalir. Aku tersedu-sedu. Ketukan dari luar bilik aku abaikan. Kedengaran suara Nadia merayu memanggilku.
     " May, dah la. Abaikan je si Adam tu. Kau macamlah tak kenal si samseng kampung dusun tu kot?" kata-kata Nadia mengundang tawa di bibirku. Aku bangun lalu membuka pintu. Wajah Nadia berkerut memandangku. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan turut berbaring di sebelahku.
     " Nad, aku bukan sedihlah! Aku bengang dia sebut-sebut bumper aku pulak! Nasib baik yang ada cuma dua 'monyet' tu je! Geram aku sebab tak sempat nak balas," omelku. Nadia memeluk bahuku.
     " Babe, tak payah la sebab mamat tu kau nak bengang-bengang bagai! Lantak dialah nak panggil kau apa! Jangan esok dia angaukan si debab ni, sudah!" balas Nadia. Aku membuat muka, mencebik. Nadia bingkas bangun.
     " Dah! Pergi mandi! Pastu kita makan kat luar! Aku nak masak pun takde mood tengok muka kau macam ni," kata Nadia sambil bangun.
     " Nad, chicken chop Bluebayou, please??" aku membuat permintaan, sambil mengerdipkan - ngerdipkan mata kepadanya. Nadia cuma menjeling sambil menunjukkan penumbuknya. Eleh, kalau nak dibandingkan dengan penumbuk aku ni, besar lagi penumbuk aku.
     " Mandi cepat!" jerit Nadia. Aku bergegas bangun sambil mencium pipinya. Yes,yes! Akhirnya Nadia nak belanja jugak! Haha (gelak jahat). Aku terus menuju ke bilik air.
                                        ************************************************
     Aku makan dengan perlahan, sambil mata memandang ke arah Nadia yang makan dengan cepat. Lapar sangat la tu! Pelahapnya dia ni! Kalau mak mertua lalu, dah sah-sah kena kutil. Tak bersopan langsung. Baru saja aku nak membuka mulut untuk menegurnya, mataku memandang ke arah yang membuatkan aku tak senang duduk.
     " Alamak, Nad! Dia lagi! " kataku kepada Nadia separuh berbisik. Nadia berhenti menyuap lantas dia memandangku.
     " Dia? Siapa?" soalnya berbisik juga. Mukanya cuak. Aku mencebik.
     " Yang kau berbisik ni, apehal? Tu hah! Si samseng kampung dusun dengan kawannya. Kau jangan toleh pulak," aku memberitahu. Tetapi oleh kerana si Nadia ni memang degil nauzubillah, maka dia pun menoleh jugak! Pantas dia berpaling semula.
     " Erk! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?" soalnya pada aku yang sedang menyambung makan.
     " Entah, mana aku tahu! Dia tak nampak aku pun dah cukup baik! Kang tak pasal-pasal satu restoran ni dengar dia laung nama glamer aku," jawabku. Nadia geram aku menjawab macam tu lalu kaki aku disepaknya. Ceh!
     " Oii, debab! Cukup ke sepinggan chicken chop tu? Kalau tak cukup, aku nak tolong order lagi," tegur Adam dengan suaranya yang kuat, disebelahku. Tercekik aku yang sedang enak mengunyah ayam, manakala mata-mata yang tak berkaitan pun sibuklah nak memandang. Lahabau punya jantan! Tergelak-gelak si Muiz lalu mereka duduk di meja sebelah kami. Adeh, kenapalah duduk dekat sini pulak! Aku mula panas punggung, berkira-kira untuk pulang sebaik saja Nadia menghabiskan makanannya.
     " Oit, cik abang! Tak boleh ke bersopan sikit kalau nak menegur pun? Orang tengah makan habis semua tercekik!" Nadia mula membuka mulut. Tersengih-sengih Adam. Eei, kalau ikut hati aku ni kan, dah lama rambut pacaknya tu aku siram dengan sos black-pepper yang ada dalam pinggan aku ni.
     " Rileks la, debab! Kalau kau tercekik nanti aku order air banyak-banyak. Kalau kau pengsan aku tak larat laa nak angkat sebab bumper kau besar," kemudian dia lambakkan gelakknya dengan Muiz. Aku mengetap gigi. Pantas aku bangun menuju ke kaunter lalu membayar harga makanan. Aku kembali dan menarik tangan Nadia untuk beredar dari situ. Terkocoh-kocoh Nadia mengikuti langkahku. ' Aku belum habis makan lagi weh!' hati Nadia membentak. Tapi aku, sudah hilang selera!
                                            ***********************************************
     Melangkah masuk ke dalam rumah, muka Nadia kelat. Lapar lagi la tu! Aku terus menuju ke bilik, untuk tidur. Nadia menarik tangan aku.
     " May, jangan la macam ni. Abaikan je si malaun tu," kata Nadia.
     " Aku mengantuk la, Nad! Dan aku kenyang sampai esok," jawabku. Nadia tarik tangan aku. Dia bawak aku ke sofa.
     " Kau pun nak ikut kata-kata Adam tu? Membesarkan bontot kau tu?" soal Nadia. Aku tergelak lalu menarik tangan aku.
     " Takde maknalah, Nad! Aku betul-betul mengantuk! Letih sangat kepala otak ni, kena fikir hari-hari nak mengadap speaker rosak tu. Entah apalah yang dia sakit hati sangat dengan bumper aku ni! Okeylah, jumpa esok di dapur. Tata," aku melambai lalu berjalan menuju ke bilik tidur. Panggilan dari Nadia aku abaikan.
     Sebaik saja aku merebahkan badan ke atas katil, aku menarik selimut Kitty aku. Aku peluk erat-erat sambil memejamkan mata, cuba untuk melupakan kata-kata Adam yang amat menyakitkan hati. Dalam cuba untuk melupakan tu, aku teringat along aku, Maizurah. Lama aku tak call dia sejak aku duduk rumah sewa dengan Nadia. Pantas aku mencapai telefonku lalu aku mendail nombor along. Tidak berjawab. Aku melihat jam, patutlah! Dah hampir pukul 11.30 malam. Mestilah along tidur, esok dia nak bangun awal menguruskan suami dan anak-anaknya.
     Aku terlentang sambil memandang siling. Adam, apa sebab kau jeles sangat dengan aku ni, hah? Nak kata aku keja bagus dari kau, aku ni eksekutif cabuk je. Kau tu pulak pengurus syarikat bapak kau. Lainlah kalau aku ni macam Nurlaila, pengurus cawangan luar. Tak logik langsung kau ni, asyik nak sakitkan hati aku je. Dalam hati mengomel dan mengumpat Adam, aku terlena.
                                          *********************************************
     " Uhuk-uhuk! Uwekk!" Adam tersedak lalu batuk sampai nak termuntah ketika dia sedang minum air. Muiz menggelengkan kepalanya.
     " Gelojoh la kau ni, bro! Pelan-pelan la!" kata Muiz sambil menepuk-nepuk belakang Adam. Adam mencapai tisu lalu mengesat mulutnya.
     " Hurm, ni sah-sah si May mengutuk kau!" kata Muiz. Adam terdiam lalu menyambung minum semula.
     " Pandailah kau!" elak Adam.
     " Dalam hati ada taman tapi tak nak ngaku, esok bunga disambar orang jangan kau nak nangis kat aku," perli Muiz.
     " Takde maknalah!" jawab Adam. Hatinya ketawa. Maysarah? Mustahil! Muiz hanya memandangnya.
     " Tunggu sajalah!" kata Muiz penuh makna. Adam kehairanan.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

18 Mei 2012

KiSaH hAtI - 24

     Sayu hati Puan Hawa dan Nia Aryana tatkala mereka mendengar cerita di sebalik tangisan Datin Melina sewaktu makan malam tadi. Sambil mendodoikan anaknya di atas ribanya, Nia Aryana mengeluh. Puan Hawa menoleh.
     " Kenapa mengeluh?" soal ibunya. Nia Aryana memandang ibunya.
     " Carlos tak bagitahu Nia pun yang nama Alisha Nisrina tu nama arwah adik dia. Dia bagi nama tu kat Liyana, lepas tu terus daftar. Patutlah Datin Melina hiba sangat," jawabnya. Puan Hawa menggelengkan kepalanya.
     " Tak boleh salahkan Carl jugak. Apa pun nama dah letak, terima sajalah," kata Puan Hawa.
     " Cuma tak sangka jelah, mak! Bukan Nia marahkan dia pun," kata Nia Aryana. Puan Hawa bangun untuk masuk ke biliknya.
     " Jangan kamu tanya kenapa kat dia, Nia. Biarkan dulu. Mak dah mengantuk ni, kamu pun pergilah masuk tidur," kata Puan Hawa lalu berlalu ke biliknya. Tinggallah Nia Aryana di ruang tamu dengan mata terkebil-kebil. Baru saja dia ingin bangun, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluh kembali, namun tetap menjawabnya.
     " Assalamualaikum, Nia. Sorry kalau I ganggu you tidur," Carlos membuka bicara.
     " Waalaikumsalam. Tak apa, I belum tidur lagi," jawab Nia Aryana.
     " Nia, I'm sorry kalau you marahkan I sebab nama Alisha tu," kata Carlos.
     " Tak ada sebab I nak marah you, Carl. Mama you tu nanti yang salah sangka pada I. Lagi pun bukan I tahu asal nama Alisha Nisrina tu," katanya.
     " I silap. Sepatutnya I cerita kat you pasal nama tu. No worries, I dah explain kat mama I, dan mama pun nampaknya tak kisah," kata Carlos. Nia Aryana tersenyum namun dia pasti Carlos tidak nampak senyumannya itu.
     " Okey lah, Nia. Tidurlah! Esok first day you masuk keja. Selamat malam," kata Carlos lalu dia mematikan talian.
     " Selamat malam," dan telefon bimbitnya dipandang sepi. Nia Aryana kembali menatap wajah anak kesayangannya yang sedang lena dibuai mimpi.
                                                  *********************************************
     Carlos merebahkan badannya di atas sofa sebaik saja dia tiba dari menghantar Nia Aryana dan ibunya pulang. Dia memejamkan matanya rapat-rapat, seakan-akan menyesali tindakannya itu telah membuatkan majlis makan malam mereka sedikit suram. Dia berasa amat kesal, dan cuma melepaskan sebuah keluhan.
     " Carlos Daniel.." dan matanya terus terbuka, mencari arah suara yang memanggil. Ibunya berada di sebelahnya, sedang merenungnya. Carlos membetulkan duduknya.
     " Mama belum tidur lagi?" soalnya. Datin Melina cuma tersenyum, dan Carlos membalas senyuman ibunya.
     " Itu sebabnya Carl tanya mama nama adik?" soal Datin Melina. Carlos cuma angguk.
     " Mama marah? Kalau mama marah dan tak suka, Carl minta ampun dan maaf. Tapi nama tu dah tak boleh ditukar," kata Carlos. Datin Melina mengusap lengan anak bujangnya.
     " No,dear! Mama tak marah Carl, jauh sekali nak marah Nia dan anaknya. Mama tak kisah cuma mama terkejut, nama Isha yang Carl pilih. Mama terharu sebenarnya, Carl masih ingat pada arwah adik. Nampaknya nama tu serasi dengan anaknya," kata Datin Melina. Carlos mencium tangan ibunya lalu dia merebahkan kepala ke atas ribaan ibunya. Perlahan- lahan Datin Melina mengusap-usap rambut Carlos.
     " Thanks,mama! Carl hargai sangat mama memahami Carl," kata Carlos. Datin Melina tersenyum. Dia terus mengusap dahi anaknya.
     " Carl, dah habis waktu makan lama dah ni. Mama nak tanya, kenapa suami Nia tak datang sekali? Dia sibuk ye?" soal Datin Melina. Carlos berdehem sedikit.
     " Maaf, ma. Carl bukan takde iman sampai nak gilakan isteri orang. Tapi,Nia tu sekarang dah jadi ibu tunggal. Sebab tu Carl berani bawak dia balik. Maafkan Carl sekali lagi kalau mama tak suka perempuan sebegitu," kata Carlos. Dahi Datin Melina berkerut.
     " Ibu tunggal? Cerai?" soal Datin Melina dengan riak tak puas hati.
     " Cerai mati,ma! Alisha tu anak yatim," kata Carlos. Terkedu Datin Melina seketika. Dia telah salah sangka pada Nia Aryana. Patutlah dia tidak melihat sebarang sikap lepas laku Nia Aryana sewaktu makan malam tadi. Patutlah hatinya jatuh kasih kepada anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Dia terus melengung. Carlos yang menyedarinya, pantas dia mendongak.
     " Mama? Are you okay? What happen?" soal Carlos. Tersentak Datin Melina lalu dia memandang wajah anaknya.
     " No, I'm fine! Kesian Alisha ye? Mama salah sangka tadi. Mama ingat Nia tu...." Datin Melina tidak dapat menghabiskan ayatnya, namun Carlos pantas mengangguk, tanda faham apa yang berlegar dalam fikiran ibunya.
     " It's okay,ma! Takpe. Nia pun tak marahkan mama. Hmm, okaylah. Carl nak masuk tidur dah ni. Esok ada meeting kat Putrajaya. Mama jangan tidur lewat," kata Carlos lalu dia bingkas bangun. Namun belum sempat dia melangkah, Datin Melina memanggilnya. Pantas dia menoleh.
     " Ada apa, ma?" soalnya.
     " Carl suka Nia ke?" soalan Datin Melina membuatkan hati Carlos tersentak. Dia cuma menggaru kepalanya yang tidak gatal dan terus mengangkat bahu. Datin Melina tersengih dan Carlos beredar.
     " Hmm, muka dah merah padam macam tu, nak sorok lagi. Carl,Carl! Macam-macam lah perangai anak aku yang seorang ni," kata Datin Melina sambil ketawa, lalu dia pun beredar menuju bilik tidurnya.
                                                    ***********************************************
     Dato' Zainal Abidin sedang membaca buku agama kesukaannya di bilik bacaan, sambil ditemani anak bongsunya, Adiff Zikry yang sedang menyemak data akaun. Terdengar Dato' Zainal Abidin mengeluh. Pantas dia memandang papanya.
     " Hai, pa? Mengeluh nampak? Kenapa ni?" soal Adiff Zikry. Dato' Zainal Abidin cuma tersenyum, lalu dia membuka cermin matanya.
     " Adiff takpe ke tinggal umi, balik kerja dengan papa ni?" soal Dato' Zainal Abidin. Adiff Zikry menyimpan semula folder akaun dan menutup laptopnya. Kemudian dia bangun lalu dia duduk bersebelahan dengan papanya.
     " Umi tak kisah, walid pun sama. Kan ada Ainul dan Kamil. Lagi pun bila pencen nanti walid tukar balik sini. Kenapa, pa?" soal Adiff Zikry.
     " Papa teringat kat arwah abang Ariff," kata Dato' Zainal Abidin, sedikit sebak. Adiff Zikry menunduk.
     " Adiff pun rindukan arwah, pa. Adiff tak sempat berbual dengan dia lama-lama. Tapi, ke mana kak Nia? Papa tahu ke? Adiff rindukan dia jugak. Kesian kak Nia. Apa khabar dia sekarang ni.." kata Adiff Zikry dengan sayu.
     " Papa bagitahu Adiff ni, janji Adiff jangan bagitahu mama," kata Dato' Zainal Abidin. Mata Adiff Zikry bersinar.
     " Adiff janji, pa. Apa yang papa nak bagitahu Adiff ni?" soal Adiff Zikry berminat. Dato' Zainal Abidin mendekati anaknya, lalu dibisik perlahan.
     " Kak Nia Adiff tu dah ada seorang baby. Perempuan. Comel sangat, macam muka arwah abang Ariff. Papa dah jumpa. Alhamdulillah, Nia menerima papa dengan sepenuh hati. Papa bahagia sangat dapat dukung cucu papa," kata Dato' Zainal Abidin dengan mata berkaca. Adiff Zikry tercengang. 'Maknanya, aku dah jadi paksu? Alhamdulillah, ya Allah,' hatinya megucapkan syukur.
     " Papa tahu kat mana kak Nia sekarang? Adiff nak sangat jumpa dia," kata Adiff Zikry dengan penuh harapan. Dato' Zainal Abidin mengangguk lalu dia mencapai telefon bimbitnya. Seketika kemudian, isyarat mesej masuk ke handphone Adiff Zikry. Tersenyum anaknya itu sebelum memeluk ayahnya dengan erat.
     " Adiff akan jumpa kak Nia, abang," bisik Adiff Zikry perlahan.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

17 Mei 2012

KiSaH hAtI - 23

     Pejam celik,pejam celik, dua bulan telah berlalu. Minggu depan Nia Aryana akan masuk kerja semula. Adiknya juga telah selamat bertunang dengan Doktor Liyana pada bulan lepas. Dalam berpantang pun Nia Aryana masih sudi menyiapkan beberapa barang hantaran. Sambil dia mengupas bawang, dia tersenyum.
     " Hai, kupas bawang pun boleh tersenyum?" soal Puan Hawa, sedikit pelik. Nia Aryana tersentak lalu tersengih, menutupi kealpaannya.
     " Ingat siapa?" soal Puan Hawa sambil menumis sayur.
     " Takde ingat siapalah, mak! Pandai je mak ni," omel Nia Aryana. Puan Hawa ketawa. Belum pun sempat dia menjawab, kedengaran orang memberi salam.
     " Hmm, tu mesti si Carl! Dia tu hari minggu macam ni tak boleh nak duduk kat rumah! Panas punggung!" getus Nia Aryana sebelum bangun menuju ke ruang tamu. Puan Hawa ketawa, geli hati.
     Benar bagai disangka, sebaik saja Nia Aryana membuka pintu, kelihatan Carlos tersengih sambil tangannya menghulurkan plastik makanan. Nia Aryana menyambutnya sambil terus mempelawa Carlos masuk.
     " You ni memang tak boleh duduk di rumah yer, Carl? Panas punggung agaknya!" sindir Nia Aryana sambil berlalu ke dapur. Carlos ketawa. Puan Hawa menjenguk.
     " Makcik...," Carlos menunduk saat menyapa Puan Hawa. Puan Hawa tersenyum.
     " Duduklah dulu, Carl. Nia buatkan air," kata Puan Hawa lalu menghilang.
     " Tak payah susah-susah la, Nia! I datang nak tengok Alisha je," jawab Carlos pada Nia Aryana yang berada di dapur. Seketika kemudian, Nia Aryana pun keluar menatang dulang minuman.
     " Terlambat! Air dah sedia ada cuma tuang je. Nah, minum!" perli Nia Aryana lalu duduk bertentangan dengan Carlos. Carlos tersengih.
     " Makan tengahari kat sini ye, Carl? Makcik dah siap masak!" laung Puan Hawa dari arah dapur. Tercengang Carlos.
     " Mak tak payah pelawa dia ni! Memang tiap-tiap minggu pun langkah kanan!" perli Nia Aryana membuatkan Carlos ketawa. Memang takde perasaan betul mamat ni.
     " You datang ni sebab apa? Next week I dah masuk ofis. Bukan I nak lari macam tu je," perlinya lagi. Carlos tersengih.
     " I datang nak melawat you lah!" katanya. Nia Aryana mencebik.
     " Tiap-tiap minggu? Mama you tak tanya ke mana you pergi?" soal Nia Aryana. Carlos ketawa.
     " Nia, I bukan anak dara la yang mama I nak risau!" jawabnya.
     " Manalah nak tahu,kan? Tetiba jadi anak dara kesayangan Datin Melina pulak! Dah tu you datang tak reti-reti nak ajak Rin?" soal Nia Aryana lagi.
     " No worries, dear! Sejak you bercuti ni, Rin kena kerja kuat, siapkan semua kerja you yang tertinggal tu. Sekarang Rin berada di Bukit Katil, Melaka, sampai minggu depan. So, next week kalau you masuk pun Rin takde kat ofis, until Saturday," kata Carlos. Nia Aryana tergelak.
     " You sengaja dera dia kan, Carl? I rasa dalam dua bulan ni you mesti suruh dia pergi merata-rata. Kesian kawan I tu," kata Nia Aryana sambil tergelak-gelak. Carlos turut tergelak sama.
     " Ah! Kalau dok ofis pun dia bukan ada kerja sangat! Hayun kaki masuk bilik I lepas tu sibuk nak bergosip pasal you," katanya. Nia Aryana membeliakkan matanya, besar. Carlos ketawa kuat.
     " Ohh, you all ni takde kerja la ye? Mengumpat I," katanya.
     " Bukan I yer... You tanya lah kawan baik you tu. Haha," Carlos ketawa lagi. Baru saja Nia Aryana ingin membuka mulut menjawab, Puan Hawa sudah memanggil mereka untuk makan tengahari. Sambil bangun, Nia Aryana menjeling Carlos.
     " Next week I masuk ofis, siaplah korang!" Nia Aryana memberi amaran. Carlos hanya tersengih sambil menjungkit bahu, seolah-olah menjawab, 'ada I kisah?'.
                                            *************************************************
     Baru saja Carlos membuka pintu utama, dia tercengang. Datin Melina memandangnya dengan pandangan yang pelik! Dia masuk sambil tersengih.
     " Kamu ni ke mana saja, Carl? Asal hari minggu je, hilang! Ni dah makan ke belum? Mama dah masak tu," kata Datin Melina dengan lembut. Carlos menghampiri ibunya lalu mencium pipi Datin Melina dengan penuh kasih. Kemudian dia duduk atas ambal menghadap ibunya. Datin Melina mengusap-usap rambut anaknya.
     " Ma, Carl dah kenyang. Hehe," katanya lalu tersengih. Kini giliran Datin Melina pulak yang tercengang.
     " Hah? Kamu makan apa, kat mana?" soalnya bertubi-tubi. ' Hai, semakin pelik anak aku ni! Dia keluar jumpa siapa ye?' hatinya mula menyoal.
     " Carl keluar jumpa kawan, dan dah makan dengan dia," katanya. Datin Melina menjeling, dan Carlos tersengih.
     " Girlfriend  lah tu yer? Bila nak bawak jumpa mama ni?" soal Datin Melina sambil mencuit pipi anaknya. Carlos merebahkan kepalanya atas riba mamanya. Datin Melina pelik.
     " Bukan Carl tak nak bawak dia jumpa mama tapi Carl takut mama tak suka pilihan Carl," kata Carlos perlahan. ' Aku kena jelaskan kat mama ni, takut dia reject Nia pulak!' hatinya berbisik. Datin Melina merelus-relus rambut anaknya.
     " Carl, pernah ke selama ini mama reject perempuan yang Carl bawak jumpa mama? Takde, kan? Macam mana pun mama akan menilai dia dulu,kan? So, apa yang Carl takut sangat?" soal Datin Melina lembut. Carlos mendongak memandang ibunya.
     " Okey, kalau macam tu esok malam mama masak sedap-sedap. Carl bawak dia ke sini. Janji mama atau ayah jangan soalkan apa-apa sehingga dia pulang. Boleh?" soal Carlos. Mata Datin Melina terbeliak.
     " Oit, bertuah punya budak! Mama tahu lah nak handle semua tu! Bukan kali pertama pun Carl bawak balik perempuan. Dah masuk kali kelima!" perli ibunya. Carlos ketawa. Dia terus berdiri.
     " Tapi semua tak jadi menantu mama kan? Okey, esok Carl bawak dia datang. Tapi jangan terkejut tau! Carl nak naik dulu, belum solat Zohor lagi ni. Lepas tu Carl nak call dia," kata Carlos lalu dia menapak menaiki tangga ke bilik atas. Datin Melina tersenyum lalu mencapai telefon bimbitnya. Terus Dato' Azman dihubungi.
                                            ***************************************************
     " What? You ni biar betul, Carl!" suara Nia Aryana sudah meninggi.
     " Woo...jangan laa jerit sayang oii! I belum pekak la!" jawab Carlos sambil menjarakkan telefon dari telinganya.
     " Sebab you belum pekak lah I jerit bagi you dengar soalan I!" kata Nia Aryana lagi.
     " Betul la ni! Mama jemput you datang. Biasa kami buat makan-makan setiap hujung bulan. Dia pelawa you," kata Carlos. Terdengar Nia Aryana mengeluh.
     " I je? Tak kan nak tinggal baby kot? You ni kan..." kata Nia Aryana.
     " Ya Allah...siapa pulak suruh you tinggalkan baby? Bawak ajelah! Ajak mak you sekali," kata Carlos sambil menepuk dahinya.
     " Boleh ke?" soal Nia Aryana kembali.
     " Apa pulak tak boleh? Mama I invite you, so I invite mak you," kata Carlos.
     " Hurm, nanti I bagitau mak I. Esok I pergi sendiri," kata Nia Aryana perlahan.
     " Nop! I yang invite you so I pickup you dengan mak you. Jangan gatal-gatal nak drive sendiri," kata Carlos kedengaran agak tegas. Nia Aryana mencebik. ' Nak mengarah orang je yang dia tahu! Tak habis-habis!' hati Nia Aryana membebel.
     " I dengar you kata I, Nia!" kata Carlos. Gulp! Nia Aryana tersentak. ' Hah! Dia tahu!' hatinya terkejut.
     " Sorry yer! I tak kata apa-apa pun! Baik bos! Esok kita jumpa!" kata Nia Aryana sambil menekan perkataan 'bos' itu kepada Carlos. Terdengar Carlos melambakkan tawanya. Terus Nia Aryana mematikan talian tanpa pamit salam.
     " Menyakitkan hati je mamat ni!" dia merungut sambil meletakkan telefon atas katil.
     " Mak..!" Nia Aryana melaung memanggil ibunya sambil dia berjalan menuju ke ruang tamu sambil mengendong anaknya. Kelihatan Puan Hawa sedang asyik di hadapan tv sambil menonton cerita Hindustan.
     " Ada apa, Nia?" soal Puan Hawa tanpa menoleh. Nia Aryana melabuh punggung di sebelah ibunya.
     " Esok malam Carl jemput kita datang rumahnya. Dia buat makan-makan sikit," kata-kata Nia Aryana membuatkan ibunya menoleh.
     " Nia saja ke?" soal Puan Hawa. Tercengang Nia Aryana.
     " Bukan Nia sajalah! Mak dengan Alisha pun pergi," katanya.
     " Betul ke si Carl ni?" soal ibunya. Nia Aryana cuma mengangkat bahu.
     " Tapi tadi dia dah call Nia dan esok dia datang jemput. Tu aje," kata Nia Aryana. Mata Puan Hawa kembali menatap skrin tv, dan dia mengulum senyum. ' Mak tahu sebab apa Carlos menjemput kamu, Nia,' kata-kata itu cuma terucap dalam hati.
     " Yelah! Esok suruh dia datang sebelum senja. Tak elok bawak Alisha keluar waktu remang senja tu," pesan Puan Hawa. Nia Aryana mengangguk sambil mengacah-acah anaknya. Puan Hawa cuma menjeling dari ekor matanya saja.
                                           ***************************************************
     Saat yang ditunggu telah tiba. Kalut Datin Melina anak-beranak menyiapkan hidangan maka malam. Carlos sudah keluar awal untuk menjemput tetamu istimewa itu. Nita sedang menyiapkan meja makan manakala Delia membancuh minuman. Bertuahnya Dato' Azman kerana mempunyai isteri yang pandai memasak masakan melayu yang dipelajari dari arwah ibunya. Dato' Azman cuma memerhatikan mereka dari ruang tamu.
     " Dear, Carlos ada bagitahu ke siapa teman istimewa dia tu?" soal Dato' Azman. Datin Melina yang sedang mengangkat mangkuk hidangan ke ruang makan, menoleh.
     " Non so, tesoro. Lui non mi ha detto. Perché?" soal Datin Melina. Dato' Azman cuma menggeleng.
     " Sabar, ayah! Kejap lagi kita akan tahu siapa orang yang buat abang Carl selalu tercium-cium dekat handphone tu," jawapan Delia membuatkan semuanya ketawa.
     " Nakal betul si Del ni. Nasib baik abang takde," omel Datin Melina. Setelah semuanya siap, mereka berehat di ruang tamu sambil menunggu kedatangan Carlos dan tetamu istimewanya itu.
     Setengah jam kemudian, terdengar bunyi enjin kereta Carlos memasuki halaman rumah. Semua menanti dengan penuh sabar. Sepuluh minit berlalu...
     " Assalamualaikum," Carlos memberi salam lalu membuka pintu utama. Semua berdiri dan Datin Melina menerpa ke arah pintu. Kelihatan Carlos muncul dengan seorang bayi yang cukup comel. Mulut Datin Melina sedikit ternganga, terkejut. Carlos mencium tangan ibunya dan melangkah masuk.
     " Carlos?" soal Datin Melina.
     " Oh, ini tetamu kecil, ma. Tetamu besar yang ini, Nia Aryana dan Puan Hawa," kata Carlos sambil memperkenalkan Nia Aryana dan ibunya kepada Datin Melina. Mereka bersalaman. Datin Melina memandang ke arah Nia Aryana tanpa berkelip.Nia Aryana mulai cuak. Bimbang di hatinya semakin kuat. Delia menerpa ke arah Carlos dan mencuit pipi Alisha Nisrina, manja.
     " Cutenya baby ni... Akak, boleh Del dukung?" soalan Delia mematikan lamunan Datin Melina. Nia Aryana tersenyum lalu mengangguk. Carlos meletakkan Alisha Nisrina ke atas pangkuan adiknya dengan perlahan.
     " Eh, masuklah! Teralit pulak saya," Datin Melina berbahasa. Dia berjalan beriringan dengan Puan Hawa.
     " Saya dan Nia ni menyusahkan Datin saja," kata Puan Hawa dengan lembut dan tertib. Pantas Datin Melina menoleh, dan menarik tangan Puan Hawa.
     " Ish, tak adalah! Tak payahlah berdatin-datin dengan saya, kak! Panggil saja Melina. Ini anak-anak saya, Delia, Hernita dan Natalia. Ini suami saya, Azman. Mari duduk dulu, kita berbual. Nita,bawak air," kata Datin Melina ramah sambil mengarahkan anaknya membawa minuman. Lega hati Nia Aryana melihat Datin Melina tidak seperti yang disangkakan.
     " Dah berapa bulan anak Nia ni?" soal Datin Melina.
     " Dah masuk 2 bulan, Datin," jawab Nia Aryana, sopan.
     " Tak payahlah Datin-datin, panggil je auntie. Boleh auntie dukung?" soalnya. Nia Aryana angguk. Datin Melina mengambil bayi itu dari kendongan Delia dan mencium pipinya dengan penuh kasih sayang.
     " Comelnya dia. Nama apa?" soal Datin Melina. Carlos berpandangan dengan Nia Aryana. Hatinya gusar, meski pun Nia Aryana tidak tahu sebabnya.
     " Nama dia Alisha Nisrina, auntie!"
     Prakk!!! Hati Datin Melina ibarat retak seribu sesaat dia mendengar nama yang keluar dari mulut Nia Aryana.Tergamam Datin Melina dan Dato' Azman seketika. Kemudian Datin Melina menangis sambil memeluk dan mencium Alisha Nisrina dengan erat sekali.
     Semua yang berada di situ, tergamam melihat Datin Melina menangis.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim