29 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 13

     Kami tiba di puncak Genting Highlands dalam pukul 12 tengahari, sedikit lewat dari rancangan asal sebab hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami. Keluar dari kereta aku dah mula menggigil-gigil. Adam membawa beg baju kami dan kemudian kami terus masuk ke lobi hotel. Di kaunter, kami bertanya tentang tempahan atas nama kak Adlina kepada kerani bertugas.
     " Ni, Adam dan Maysarah kan?" soal seseorang yang berdiri bersebelahan dengan staff yang bernama Helen. Adam memandangku kemudian cuma mengangguk. Dia terus mencapai kunci yang tersusun di rak belakangnya dan keluar melalui pintu tepi. Dia menghampiri kami, dan tersenyum.
     " Saya Karmila, pengurus bahagian pelancongan di sini, kawan kepada Adlina Tan Sri Ghazali. Dia telah memaklumkan saya pagi tadi, sebab tu saya tunggu kedatangan kamu berdua," katanya dengan ramah. Kami tersenyum.
     " Oh, cik Karmila. Kakak saya dah buat booking ke?" soal Adam.
     " Tak. Ini hadiah dari dia," kata Karmila lalu menyerahkan kunci bilik kepada Adam. Adam menerima lalu mengangguk.
     " Kalau Adam atau Maysarah perlukan apa-apa bantuan, boleh terus hubungi nombor saya ni," kata Karmila lalu menghulurkan kad namanya kepada Adam. Kami mengucapkan terima kasih lalu terus menuju ke arah lif. Aku mengerling pada kad kunci yang berada di tangan Adam. Wah, tingkat 19! Apesal family mertua aku ni suka sangat angka 19? Dah la main office kami pun tingkat 19! Aku mengomel di dalam hati. Seketika kemudian, kami sampai di tingkat 19, dan terus menuju ke bilik yang telah ditetapkan.
     Sebaik saja aku melangkah masuk, aku tergamam. Memang tabik spring lah kat Karmila dan staff dia semua, sempat decorate lagi bilik kami. Penuh dengan kelopak bunga ros, dari ruang tamu hingga ke bilik air. Rasa nak masuk pijak karpet pun tak gamak. Hahaha. Harum sangat. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arah katil, hiasannya cukup memukau pandangan.
     " Kenapa diam saja?" soal Adam yang baru menutup pintu. Aku menoleh memandangnya pelik. Apa kena laki aku ni? Tak kan aku nak melompat-lompat macam budak-budak kot?
     " Habis, tak kan abang nak saya naik melompat atas katil? Nak suruh saya testing keempukkan katil ni ke?" soalku lalu duduk di atas katil. Adam yang baru meletakkan beg baju, terus ketawa.
     " Tak payahlah, sayang oii! Sekali awak melompat, habis tercabut spring yang ada," usiknya sambil berbaring atas katil. Geram dengan jawapannya, aku memukul lengannya yang cuba-cuba untuk menarik tanganku.
     " Menyampah!" kataku lalu bangun untuk membersihkan diri. Terasa tidak selesa walaupun cuaca sejuk berkabus. Aku mencapai beg baju. Mengambil tuala dan baju baru.
     " Awak nak mandi? Kat luar tu dah berkabus, yang! Tak sejuk ke?" soalnya hairan. Aku mendongak.
     " Memanglah, tapi kan ada air panas. Lagi pulak badan melekit. Saya mandi dulu, abang tidurlah. Tentu penat drive dari rumah kan?" aku berkata lalu terus menuju ke bilik air. Adam yang keletihan terus memejamkan matanya.
     Aduh! Dalam bilik air ni, air je panas. Keluar karang, sejuk beku balik. Nak bungkus badan dengan selimut tebal je rasanya. Aku mencapai tuala dan baju untuk pakai. Alamak, mana baju dan seluar  panjang aku ni? Lah, yang aku ambik baju dan seluar dia buat apa? Aduh! Aku dah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Nak keluar ke tak nak? Nanti dia nampak pulak aku berkemban ni!
     Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik air, dan menjengukkan kepalaku. Kelihatan Adam sedang nyenyak tidur. Dengan berhati-hati aku keluar menuju ke arah beg baju yang terletak di atas kerusi meja solek. Aku meletakkan bajunya di atas sofa, dan mencari bajuku. Kehangatan dalam bilik air tadi beransur pergi, digantikan dengan kedinginan bilik. Aku menyusun semua alatan mekap di atas meja solek sebelum berpakaian. Sambil meleraikan rambut yang basah dengan jari, aku membuka laman facebook di handphone iPhone4s, pemberian hantaran perkahwinan dari suamiku. Ha, jangan tak tahu! Aku sekarang dah ada handphone baru tau! Ingat laki aku sorang ke yang boleh guna iPhone4s? Hehe. Ralit membalas komen-komen Nadia dan beberapa orang kawan, aku lupa yang aku masih berkemban.
     Terasa seperti ada suara orang ketawa seorang diri membuatkan Adam membuka mata. 'Tengah sedap tidur nilah dia nak kihkihkih pulak!' hatinya merungut. Dia berpaling mencari suara itu dan akhirnya terpandang ke arah isterinya yang sedang ketawa di depan meja solek sambil bermain iPhone4s. Dia memandang susuk tubuh isterinya yang masih dalam kemban, dengan mata yang tak berkelip. Satu pandangan yang mengocak naluri lelakinya. Kulit putih gebu kemerahan dengan rambut yang masih basah menggoncang imannya. Tuala separas peha, terasa ingin dilucutkan. Adam menelan liur. Nafasnya tidak menentu. Tangannya menggigil, terasa peluh dingin sudah mula menampakkan diri. Indahnya ciptaan Ilahi yang selalu berlindung di sebalik baju lengan panjang dan baju kurung. Tanpa sedar dia bangun menghampiri isterinya. Semakin lama kian merapati dan akhirnya berada di belakang isterinya. Bau haruman dari rambut yang masih basah itu meruntun naluri. Perlahan-lahan tangannya memegang kedua belah bahu isterinya dengan kejap.
     Aku tergamam, terus tindakanku mati. IPhone4s yang ku pegang, melurut jatuh ke atas meja solek. Pandanganku beralih ke arah cermin. Terkedu, tatkala mataku memandang Adam dari arah cermin yang sudah merapati dan menyentuh bahuku. Alamak! Aku berkemban! Tanganku pantas memegang erat simpulan tuala di dada. Jantung seakan-akan nak melompat keluar apabila Adam sudah memusingkan aku ke arahnya. Aku menunduk. Adam mengucup ubun-ubunku, dan kucupan semakin meliar ke serata wajahku. Aku kegelisahan apabila tangannya mencuba untuk meleraikan simpulan tuala yang aku pegang. Saat bibirnya bertemu bibirku, aku menolak badannya perlahan. Dia memandang dengan pandangan yang redup. Huh! Hampir tergoda aku jadinya!
     " Abang, bawak mengucap! Saya masih dalam 'cuti' ni," kataku mengingatkannya. Lantas apabila pelukan kami terlerai, dengan pantas aku mencapai baju dan terus ke bilik air. Sebaik saja aku tutup pintu bilik air, aku terduduk atas lantai. Jantungku berdegup kencang. Menggigil-gigil badanku. Dia dah nampak separuh dari badan aku tadi! Malunya! hati aku menjerit malu.
     Adam terduduk atas katil sambil meraup mukanya dengan tapak tangan. 'Astaghfirullah, hampir terbabas kau, Adam oii! May uzurlah! Nasib baik dia sedar, kalau ikut nafsu, silap-silap aku 'langgar'  lampu merah tadi! Aduh, hati! Sabar,' Adam memujuk hatinya. Pandangannya beralih ke arah bilik air apabila aku keluar dengan berpakaian lengkap. Aku terus menuju ke meja solek dan mengambil iPhone4s aku terus ke ruang tamu dan menonton tv. Mataku di skrin tv tapi fikiranku melayang jauh.
     Adam menghampiriku. Aku diam. Debaran kencang yang melanda tadi pun belum surut lagi.
     " May, jom pergi makan," ajaknya. Aku menoleh. Mukanya merah padam. Aku ni lagilah, tak tahu nak describe muka aku macam mana dah! Agaknya dah macam palet warna kot?
     " Abang mandilah dulu. Saya tunggu," kataku.
     " Sejuk!" jawabnya.
     " Dalam tu ada air panas. Lagi pulak, redakan sikit suhu badan tu," aku memerlinya. Dia menjegil matanya lalu tersengih. Akhirnya dia berpaling menuju ke arah katil untuk menukar pakaian. Aku kembali menatap tv yang aku sendiri tak tahu rancangan apa sedang ditayangkan. 15 minit kemudian dia keluar dari bilik air. Aku terdengar dia menyelongkar beg sambil merungut.
     " May, mana baju abang?" jeritnya. Aku menoleh.
     " Atas sofa tu, nampak tak?" soalku. Diam. Ish, tak jumpalah tu! Aku bangun lalu menuju semula ke arah bilik. Tergamam aku apabila melihat dia sedang bertuala namun seluar sudah dipakainya. Terasa diri diperhatikan, Adam menoleh. Pantas saja aku berpaling untuk beredar namun dia lebih pantas memanggilku. Aku berdiri tegak di muka pintu. Dia menghampiriku lalu mencium kepalaku yang sudah dibaluti tudung.
     " Jom, abang dah siap," katanya. Aku mengerling. Fuh! Nasib baik dia dah siap berbaju. Dia mencapai handphone dan dompet, terus menuju ke pintu depan. Aku mengambil kunci bilik. Sebaik pintu ditutup, kami beriringan menuju ke arah lif. Sementara menanti lif tiba, dia memandangku sambil tersengih. Aku hairan.
     " Kira fair and square lah tadi, kan?" soalnya. Aku mengangkat kening. Tak faham. Dia ketawa.
     " Tak faham?" soalnya. Aku menggeleng.
     " Ape pulak yang fair-fair ni?" soalku. Pintu lif terbuka dan kami masuk untuk menuju ke lobi.
     " Fair and square lah. Abang tengok May separuh, May pun tengok abang separuh. Adil, kan?" katanya lalu tergelak. Aku yang teringat kejadian tadi, mula terasa bahangnya muka. Merah padam.
     " Abang ni...," kataku sambil memandang ke bawah. Dia gelak lalu menghampiriku. Spontan dia memeluk bahuku lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku.
     " Nak malu kenapa? May sah buat abang, kan? Lagi pulak, May baru tengok separuh aje," katanya sambil ketawa. Aku terkedu mendengar kata-katanya yang nakal terus aku mencubit perutnya, geram. Sudahnya aku sendiri tersengih, malu.
                    **************************************************************************************************
     Kami berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel, sambil menghirup udara segar. Adam selalu nak paut tanganku namun aku sering mengelak. Terkesan peristiwa tadi kot.
     " Yang, meh la nak pegang tangan tu," rajuknya. Aku ketawa.
     " Tak nak! Abang nakal!" kataku. Adam tersengih. Aku memperlahankan langkah dan akhirnya kami kembali beriringan.
     " Abang, apa cerita kes plaza Nilai yang kita audit tu?" soalku. Adam menjeling.
     " Hello, Mrs. Adam Usyair! Kita tengah bercuti plus honeymoon mood ni! Janganlah tanya pasal kerja saat-saat macam ni. Tak best!" kata Adam. Aku tergelak. Baru aku faham serba sedikit pasal sikap Adam. Dia nampak garang cuma di luar, namun di dalam seorang yang manja. Tapi bagi aku itu mengada-ngada namanya. Lagi, dia tak suka bercakap soal kerja sewaktu luar pejabat. Good! Bukan senang nak tengok singa ni jadi kucing parsi! Asyik nak meleseh je! Hahaha.
     " Alah, nak tahu je," jawabku memuncungkan mulut.
     " Hah, muncung, muncung! Abang kiss mulut tu nanti!" katanya membuatkan aku menjegilkan mata. Dia ketawa. 
     " Gatal!" jawabku.
     " Nak tahu apa keputusan kes tu, tunggu balik ofis seminggu lagi, okey? Sekarang ni abang nak manja-manja dengan May je," katanya sambil memeluk bahuku. Aku menjeling. Kan? Kejap je dah jadi kucing parsi. Hurm.
     " Abang, boleh saya tanya sesuatu?" soalku. Dia menoleh.
     " Apa dia?" soalnya.
     " Apa terjadi masa abang pergi jumpa Yanti?" soalku. Dia mengeluh.
     " Mulanya dia mengamuk, bergaduh besar dengan abang. Abang dah letih bergaduh dengan dia dari zaman bercinta sampai putus tunang. Lepas abang keraskan hati tak nak layan rajuknya, dia merayu pulak. Dipeluknya kaki abang suruh jangan tinggalkannya. Abang nak balik dia peluk belakang abang. Takut jiran sekeliling tahu, cepat-cepat abang tinggalkan dia dan terus balik. Lama jugaklah abang dalam sesi nak melepaskan diri dari dia tu. Abang sampai rumah dekat pukul 3 pagi, tapi masa abang balik abang tengok May dah lena tidur. Abang tak sampai hati nak ganggu so abang tidur atas sofa," terangnya panjang lebar. Aku terdiam. Dia peluk laki aku? Hish! Ni yang buat aku jadi tamak perhatian dan kasih sayang Adam! Aku mengetap bibir.
     " Abang tak takut dia datang serang saya ke?" dugaku.
     " Berani ke dia? Isteri abang ni besar, rasanya sekali May tolak mau dia yang tergolek-golek atas lantai!" perli Adam lalu ketawa. Hampeh! Aku pulak disindirnya.
     " I'm serious, okey, Mr. Hubby," aku berkata geram. Dia tersengih, kemudian kembali serius.
     " Kalau dia berani buat semua tu, abang akan ambik tindakan ke atasnya kerana mengganggu hak peribadi dan kehidupan kita," jawabnya. Aku mengeluh. Itu kalau aku di pejabat atau di rumah mertua. Kalau aku di tempat lain, jauh dari pandangan Adam ni, macam manalah agaknya?
     " Kenapa mengeluh?" soalnya.
     " Takde apa-apa. Saya penatlah, jom balik bilik," kataku lalu berpaling tanpa menunggunya. Dia pelik lantas menghampiriku.
     " Penat? Aik? Berjalan sekejap je dah penat?" soalnya, tersengih.
     " Sakit badan," jawabku. Sebenarnya bukan badan yang sakit, tapi hati yang sakit. Silap akulah ni, gatal mulut sangat nak bertanya. Kan? Penyudahnya aku yang sakit hati! Padan muka.
     " Okey, okey! Jom balik, rehat. Nanti malam kita pusing-pusing lagi," katanya. Aku mendiamkan diri sehinggalah kami tiba di bilik.
               ****************************************************************************************************
     Malam yang dingin. Tak jadi nak keluar berjalan-jalan sebab aku sakit perut. PMS! Ditambah pula dengan sakit hati sebab cerita petang tadi, bukan saja perut aku sakit, malah migrain aku kembali menyerang keamanan kepala aku. Adam sedang melayan saluran bola di ruang tamu, manakala aku berbaring atas katil. Baru saja aku ingin melelapkan mata, terdengar ada isyarat mesej masuk ke handphone suamiku. Aku mengerling melihat Adam di luar yang tidak mendengarnya, lalu aku mencapai handphonenya di atas meja lampu. Sebaik saja mesej dibuka, hatiku kembali sakit.

          Yanti :  B... I rindukan U! I tak boleh terima yang U dah kahwin dengan si gemuk tu! 
                          Please, darling, come back to me! I tak boleh hidup tanpa U. Kenangan ketika 
                         bersama U terlalu banyak untuk I lupakan. Please, B.. I need U in my life!!

     Bergetar badan aku menahan marah, dan dengan pantas aku bangun, menuju ke arahnya yang tengah syok dok menjerit score gol! Terkejut dia saat melihat aku berdiri di sebelahnya dengan muka yang merah padam dan mata yang berair.
     " Sayang? Kenapa ni?" soalnya lalu cuba untuk bangun Belum sempat dia berdiri, aku pantas mencampakkan handphone ke atas ribanya, lalu aku berlari masuk ke bilik. Adam terkejut dengan tindakan refleks aku terus mencapai handphonenya. Tergamam saat dia membaca mesej dari Yanti yang sengaja aku tak padam. Sebelum itu aku dah forward mesej Yanti ke handphone aku sebagai bukti. Segera dia bangun menuju ke bilik namun pintu sudah aku kunci. Berkali-kali dia mengetuk pintu dan memanggil namaku namun aku diamkan saja.
     " Sayang, jangan percaya mesej dia ni! Please, I beg you, open the door, sayang," pujuknya sambil mengetuk pintu. Adam mundar-mandir depan bilik dengan hati yang cuak!
     Dalam bilik, aku menangis sepuas-puasnya. Walaupun aku belum mencintai dia sepenuhnya namun aku tetap isterinya. Sedikit sebanyak mesej sebegitu membuatkan hati wanitaku terguris dalam. Rayuan Adam dari luar bilik tidak aku hiraukan. Akhirnya aku terlelap dengan basahan air mata yang berbekas di pipi.
     Di luar bilik, Adam terduduk melutut di atas karpet, dengan muka merah padam. Rambutnya kusut-masai dan mukanya kelihatan tegang. Hatinya panas menyumpah seranah tindakan bodoh Yanti. Tanpa sedar, dia terlena sambil duduk di hadapan pintu bilik.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

28 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 12

     Malam tiba, ditemani dengan hujan renyai-renyai. Aku berdiri di jendela, merenung ke luar. Selepas makan malam, aku terus berlalu ke dalam bilik, dengan alasan aku pening kepala. Mujur juga keluarga mertuaku memahami, cuma pandangan mata suamiku saja yang sukar aku tafsirkan. Pertemuan dengan Yanti siang tadi masih mengganggu fikiran aku. Aku mengetap bibir. Gelisah.
     " Jauh termenung?" teguran Adam membuatkan aku terkejut. Hilang segala bayangan yang mengganggu tadi. Aku menoleh. Kelihatan dia sedang berdiri di belakangku, sambil bersandar pada almari pakaian. Aku tersenyum, tawar. Dia berjalan menghampiriku.
     " Umi cakap kau sakit kepala. Kalau sakit kepala kenapa tak tidur je?" soalnya lalu duduk di kerusi rehat. Aku berpaling kembali menatap hujan. Membisu.
     " Puan Maysarah Adam, aku bertanya. Kenapa dengan kau ni?" soal Adam kali kedua.
     " Bila masa pulak nama saya jadi Maysarah Adam ni?" jawabku tanpa perasaan. Adam ketawa. Lucu ke soalan aku tu? Sengal betul encik suami ni.
     " Kau kan dah jadi Mrs. Adam Usyair. Tak kan tak faham kot?" soalnya. Itu aku pun tahulah! Saja je. Aku memegang besi jendela. Betul-betul bimbang dengan kata-kata Yanti itu. Eh, aku nak susah hati kenapa pulak? Erk! Aku dah jatuh hati dengan suami aku ke ni? Oh, tidak! It's never happen!
     " Debab!" panggilnya. Aku menjeling. Tengok tu!
     " Apa?" jawabku dengan selamba.
     " Kau ni kenapa?" soalnya lagi. 'Kenapa apa? Pasal ex-fiance kaulah! Tak menyakitkan hati aku tak boleh gamaknya korang berdua ni! Tak senang hidup kot!' hati aku membentak.
     " Takde apa-apalah!" balasku. Eh, lain pulak yang keluar? Haha. Tak sehati betul!
     " Dah tu, kalau takde apa-apa, kenapa kau membisu je ni?" soalnya. Eh, aku punya sukalah nak bisu ke, nak potpet-potpet ke, nak menjerit ke. Yang kau sibuk apehal?
     " Takde mood!" aku menjawab. Adam mengangkat keningnya. 'Takde mood? Apehal pulak ni?' hatinya bertanya. Dia bangun lalu menghampiriku. Tersentak aku apabila terasa tangannya melingkari pinggangku. Meremang bulu romaku sampai aku rasa habis bulu kening tegak berdiri. Makin tak keruan aku saat dia meletakkan dagunya di bahu kananku. Pelukan semakin erat. Aku cuak.
     " Kau pening kepala pasal Yanti?" soalnya. Aku terkejut. Mana dia tahu ni? Aku diam.
     " Aku nampak dia jumpa kau petang tadi," sambungnya lagi. Hurm, patutlah pun!
     " Bukanlah!" aku menafikan. Dia mencium rambutku, kemudian dagunya betul-betul berada di atas kepalaku.
     " Aku tau apa yang kau fikirkan, May! Kau abaikan saja si minah perasan tu!" kata Adam sambil tangannya bermain di lenganku.
     " Dia yang perasan ke, saya yang perasan?" soalku.
     " Okey jugak kalau kau fikir macam tu," jawab Adam sambil tersengih. Aku pantas meleraikan pelukannya lalu beredar ke katil. Adam tercengang dengan tindakan spontanku. Dia melihat muka aku yang sudah kelat. Perlahan-lahan dia menghampiriku lalu duduk di atas katil. Aku bermain-main jari yang masih merah dengan inai. Adam berdehem, ingin berkata sesuatu padaku, namun tidak terluah. Aku yang terlebih dahulu membuka mulut.
     " Saya memang perasan pada awak, kan?" soalku sambil memandang mukanya. Dia terus mengerutkan dahi.
     " Awak?" soalnya. Aku tersedar.
     " Abang," aku membetulkan perkataan itu. Dia menghela nafas.
     " Kenapa pulak kau cakap macam tu?" soalnya.
     " Yelah, berkahwin dengan abang," jawabku. Dia merenung cincin di jari manisku.
     " Sekurang-kurangnya, kau berkahwin dengan aku, kan?" soalnya seraya menarik tangan kananku lalu memutar-mutar cincin nikah. Aku tergamam. Dia kembali menatap mataku.
     " Kau perasan pada aku pun kau tetap isteri aku. Dia tu cuma kisah lalu aku. Kenapa kau nak peningkan kepala memikirkan benda yang dah lepas?" soalnya namun kali ini suaranya dikendurkan dan kelihatan lebih romantis. Bos aku romantis? Hahaha. Aku rasa nak gelak sampai tergolek bawah katil je. Pantas aku berpaling ke arah lain lalu mengulum senyum. Namun sekejap saja dan aku kembali membuat muka normal.
     " Masalah yang dah lepas tu saya tak ambik peduli, yang saya peduli sekarang ni adalah masalah yang akan datang," aku menjawab perlahan. Buat apa nak bertekak dengan dia sedangkan dia sudah perlahankan rentak sengetnya itu. Dia bersandar pada kepala katil.
     " Masalah yang akan datang? Apadia? Tak nak share dengan suami kau ke?" katanya lalu tersengih. Aku menjeling.
     " Kenapa abang panggil saya 'debab, kau'?" soalku menukar topik. Dia tercengang.
     " Ini ke masalahnya tu?" soalnya kembali. Aku tergelak.
     " Taklah! Jawab dulu," aku berkata padanya. Dia menggaru-garu kepalanya.
     " Eh, suka hati akulah nak panggil kau apa pun! Kau isteri aku," jawabnya dengan selamba dan takde perasaan. Hampeh! Aku menjeling.
     " Suka hati abanglah! Saya nak tidur!" kataku lalu menarik selimut dan terus berbaring. Aku selubung sehingga ke kepala.
     " Maysarah," panggilnya sambil menarik selimut. Aku cepat-cepat berpaling sebelah kiri.
     " Kau nak cakap apa tadi?" soalnya sambil meleraikan ikatan sanggulku. Aku pejam mata.
     " Takde apa-apa," jawabku. Tak puas hati dengan jawapan aku agaknya, dia merapatiku dan mencengkam lenganku. Sakit sangat!
     " Baik kau cakap cepat! Kalau tak aku buat 'apa-apa' pada kau!" ugutnya. Mataku terus terbuka luas. Buat 'apa-apa'? Oh,no! Janganlah masa ni! hatiku gentar.
     " Saya kata takde apa-apalah. Dah, nak tidur!" kataku sambil menolak tangannya yang berada di lenganku. Tau la lengan aku ni chubby, tak payahlah cengkam kuat-kuat! Adam tidak puas hati lantas terus membuka bajunya. 'Nak mencabar kesabaran abang yer? Tunggu kejap lagi! Sampai melompat terjun katil abang buat sayang,' hatinya ketawa kuat.
     " Kau nak bagitahu ke tak? Aku tunggu masa nak tutup lampu je ni," kata Adam dengan nada suara yang seram. Aku pantas menarik selimut lalu berpaling melihatnya.
     " Abang!" aku terjerit kecil lalu kembali menarik selimut menutup muka. Terasa muka aku merah padam apabila melihat tubuh sasa Adam yang tidak berbaju. Dia merapati aku lalu aku terkedu saat terasa tangannya meraba bahagian belakang badan aku. 'Ya Allah, nak luruh jantung aku ni!' aku semakin kerisauan. Oleh kerana tidak dapat menahan kegelian dan juga kebimbangan, pantas aku bangun dan terjun dari katil. Aku terduduk di bawah sambil menutup muka dengan kedua belah tanganku. Terdengar Adam ketawa terbahak-bahak. Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat dia punya bagus dok ketawa sambil meniarap dan memandang aku. Terasa hangat ditubir mata. Sampai hati dia buat aku hilang semangat.
     " Sampai hati abang," kataku dengan nada yang bergetar. Dia berhenti ketawa lalu dia bangun menuju ke arahku. Tak sempat melarikan pandangan, air mataku menitis di depannya. Tergamam Adam seketika. 'Aduh! Gurau macam ni pun nangis? Macam mana nak gurau yang extravaganza nanti?' soal hatinya. Dia duduk bersila di hadapanku.
     " I'm so sorry, sayang! Aku bergurau je," katanya sambil jarinya mengesat air mataku. Aku menepis tangannya. Aku sakit kepalalah, encik suami! Kau ni tak habis-habis buat lawak bodoh! Dah tahu aku tak ready, yang gatal sangat tu kenapa? hati aku menjerit. Adam terdiam.
     " Saya pening kepala, tahu tak? Dengan perangai abang, dengan Yanti..." lalu aku terus terdiam. Adam memegang kedua belah pipiku lalu dia memaksa aku memandang wajahnya.
     " Apa yang Yanti cakap dengan kau?" soalnya serius. Aku menolak tangannya, dan cuba untuk bangun namun gagal apabila dia menahanku. Mataku merah.
     " Bagitahu aku, apa yang Yanti cakap dengan kau? Kenapa sampai menangis ni?" soal Adam dengan suara yang tinggi. Aku geram lantas aku menolak tubuhnya menjauhi aku.
     " Dia kata, dia akan pastikan yang aku tak akan bahagia dengan kau. Dia akan merampas kau dari aku dan kalau dia tak dapat memiliki kau kembali, aku yang akan terima akibatnya! Puas hati kau? Sakit hati aku ni, tahu tak?" soalku lalu bangun dan terus masuk ke bilik air.  Adam terkedu lalu meraup rambutnya ke belakang.
     Dalam bilik air, aku menangis sepuas-puasnya. Hati aku sakit dengan kedua-dua insan yang membuatkan hidup aku kucar-kacir. Adam dan Yanti! Kenapalah aku wujud dalam cerita dongeng korang ni, hah? hatiku membentak! Adam bersiap-siap lalu terus keluar tanpa menunggu isterinya keluar dari bilik air. Setengah jam melepaskan perasaan dalam bilik air, aku mencuci muka lalu lap dengan tuala kecil. Setelah memastikan yang muka aku tiada bekas air mata, aku keluar.
     Sebaik aku menjengah kepala, kelibat Adam tak kelihatan. Malah baju tidur yang dipakai tadi terletak elok di birai katil. Sah! Dia keluar! Aku kecewa lalu terus menuju ke katil, menarik selimut lalu terus tidur. Sakit di hati beransur hilang, sakit kepala kembali menyerang. Aduh, migrain..migrain! Aku pejam mata rapat-rapat. Maafkan aku Adam sebab berkurang ajar dengan kau tadi. Maafkan aku!
                 *********************************************************************************************
     Aku terjaga apabila terdengar bunyi orang batuk. Aku mengerling jam radio, pukul 6.15 pagi. Aku berpaling dan melihat Adam tidur atas kerusi rehat. Baju yang dipakainya masa keluar tadi, dicampakkan atas lantai. Aku bangun lalu menuju ke arahnya untuk kejutkannya.
     " Abang," panggilku perlahan sambil menggoyangkan badannya. Dia masih kaku. Aku kuatkan goyangan badannya sambil memanggil namanya sekali lagi. Lima minit kemudian, dia membuka matanya lalu memandangku dengan tajam.
     " Nak apa?" soalnya tegas.
     " Bangun, tidur atas katil. Saya nak mandi dulu, kejap lagi saya kejut abang. Kita solat subuh sama-sama," aku berkata dengan perlahan agar dia tidak naik angin kerana perkara malam tadi. Adam bangun lalu terus menuju ke bilik air. Lah! Aku nak mandi dulu ni. Sambil menanti dia habis mandi, aku membuka lampu dan mencapai bajunya yang tercampak atas lantai, terus masuk bakul baju kotor di sebelah pintu bilik air. Aku duduk di katil dengan tuala mandi tersangkut di bahu.
     Setengah jam kemudian, Adam keluar. Mukanya kelihatan bersih dan segar dari tadi. Dia mencapai baju yang aku sediakan atas katil, dan giliran aku pula untuk membersihkan diri. Baru saja pagi ni aku nak berbuat baik dekat encik suami, ada pulak halangan. Usai mandi dan berpakaian dalam bilik air, azan subuh baru kedengaran. Aku menghampirinya yang sedang membuka laptop untuk menyemak emel di meja kerjanya, lalu berdehem. Dia menoleh.
     " Dah siap?" soalnya lembut, tidak sekasar tadi. Aku menggeleng. Dia mengerutkan dahi.
     " Kenapa?" soalnya lagi. Aku teragak-agak untuk menjawab. Melihatkan aku siap berbaju dan kepala berbungkus tuala, dia mengangguk.
     " Takpe, saya faham! Saya solat dulu," katanya lalu menuju ke arah sejadah yang sudah dihampar. Dia sudah bertukar panggilan untuk aku. Terasa lebih baik dari kebiasaannya. Sayang pulak pagi ni tak dapat berjemaah dengan suami. Aku berlalu ke katil lalu duduk dan melihatnya bersolat. Usai solat, dia menghampiri aku lalu mencium ubun-ubunku. Terasa amat syahdu suasana pada pagi ni. Lalu dia duduk bertentangan denganku.
     " Saya minta maaf sebab semalam terkurang ajar dengan abang," kataku sambil mencapai tangan kanannya lalu aku menciumnya. Terasa dia mengusap kepalaku. Aku kembali duduk tegak. Dia tersenyum.
     " Abang pun sama. Semalam abang minta maaf sebab mengusik May sampai menangis. Abang tak berniat pun. Abang tahu May belum bersedia. Jangan risau, abang tak akan paksa May," katanya. Aku tersenyum.
     " Lepas tu abang ke mana?" soalku. Dia menghela nafas.
     " Keluar. Jumpa Yanti," jawabnya tenang. Aku terdiam. Dia mencuit hidungku.
     " Jangan risau, abang jumpa untuk selesaikan semuanya. Abang tak nak dia menaruh sebarang harapan pada abang lagi. Abang dah ada May, dan abang tak nak dia ganggu May langsung!" kata Adam. Huh! Pompuan macam itu, kome rasa dia faham ke arahan orang macam Adam ni? Pakai tak makan saman la! Aku cuma tersenyum tawar. Aduhai, hati! Janganlah terjatuh cinta pada bos ni!
     " Tapi semalam rugilah, tak dapat!" usiknya lalu tersengih-sengih. Aku yang mulanya tidak faham akhirnya mencubit manja perutnya.
     " Gatal!" jawabku sambil menjeling tajam. Aku meleraikan tuala di kepala lalu menyikat rambut. Dia memerhati dengan sengihan.
     " Normal la lelaki kalau gatal dengan isteri sendiri, Puan May oii! Patutlah semalam angin satu badan, rupanya hari ini...," dia tidak menghabiskan ayatnya namun terus ketawa. Aku menjeling lalu menampar pehanya.
     " Cuba dalam satu hari tak usik saya, boleh tak, encik suami?" soalku seraya bangun menuju ke balkoni. Dia ketawa.
     " Mana boleh? Itukan pengikat kasih sayang," katanya. Hah! Banyaklah kau punya ikat! Aku yang dah terikat hati dengan kau seumur hidup ni, apa kes pulak? Kes naya tau!
     " Malas saya nak layan abang! Saya nak turun tolong mak siapkan sarapan," kataku lalu mencapai tudung kepala. Dia menarik tanganku lalu disuruh aku duduk di katil. Aku mengikut langkahnya.
     " May, jom kita pergi honeymoon, nak tak?" soalnya. Mukaku memerah. Dia tersengih.
     " Tak naklah! Duduk rumah, jangan membazir duit," kataku dalam malu-malu. Bos ajak pergi honeymoon ni! Walah! Haha.
     " Alah, kat rumah takde privacy. Kalau May turun makan nanti pun, umi dengan abi akan usulkan benda yang sama. Jadi lebih baik abang cakap dulu," katanya. Aku menarik tangan yang berada dalam genggamannya.
     " Yang itu nanti kita bincang kemudian, ye? Jom turun dulu. Nanti orang ingat kita belum bangun tidur lagi," kataku lalu bangun. Dia bangun lalu memeluk pinggangku dan kami beredar menuju ke pintu.
     " Pinggang May ni ada cutting tapi tak balance dengan bumper pulak!" katanya lalu ketawa berdekah-dekah. Aku menolak tangannya lalu cepat-cepat keluar.
     " Jangan peluk-peluk kalau tak balance! Malas nak layan abang!" kataku lalu turun tangga tergesa-gesa dan apabila aku menoleh ke belakang, kelihatan dia turun mengejarku. Pantas aku berlari-lari anak menuju ke dapur.
     Sangkakan kami yang awal, rupanya semua dah menanti di meja makan. Semua mata memandang kami yang berdiri di pintu dapur, dengan senyuman. Alamak! Terlewat! Malunya! Ini semua pasal Adamlah! Sibuk ajak main cuit-cuit pulak! Aku tersengih manakala Adam selamba masuk sambil memeluk bahuku. Muka memang takde perasaan punya lelaki!
     " Assalamualaikum, pengantin berdua. Lena tidur semalam?" soal Puan Sri Sabrina. Aku cuma tersengih lalu mengambil tempat duduk di sebelah adik iparku, Alya. Dia tersenyum. Adam duduk di sebelahku.
     " Lena sangat, umi! Hampir terbabas subuh," jawab Adam. Aku terkejut pantas menjeling ke arahnya. Semua mengulum senyum. Hampeh punya jawapan! Memalukan betul!
     " Muka kak May merah padam," tukas Afrina yang duduk bertentangan denganku. Semua mata memandangku. Aku tersenyum kelat sedangkan Adam ketawa seronok. Seronok sangat dapat kenakan isterinya nilah!
     " Adam Usyair...," Tan Sri Ghazali menegur. Terdiam dia sambil menghirup teh panas. Aku mengunyah perlahan bihun goreng namun terasa sukar untuk menelan. Semua Adam punya pasal!
     " Adam tak habis-habis nak kenakan orang. Kesian menantu umi. Jangan ambik hati dengan dia, May. Dia memang macam ni," kata Puan Sri Sabrina padaku. Aku cuma angguk dan tersenyum. Huh! Anak umi ni memang tak makan saman! hatiku mengumam.
     " Cuti panjang lagi kan? Pergilah honeymoon. Akak dengan abang Syed sponsor kamu," kata kakak iparku, Adlina. Dia dan suaminya tersenyum. Adam tersengih lalu memandang mukaku dengan keningnya diangkat-angkat, menyatakan bahawa, 'kan abang dah kata tadi!' Aku tersenyum kelat.
     " Adam okey je. May ni tak tahulah pulak!" katanya. Aku menjeling.
     " Macam mana, May?" soal Adlina. Aku tersentak apabila Adam mencuit bahuku.
     " May ikut Adam je," kataku. Kelihatan Adam sudah tersengih lebar menandakan bahawa dia telah menang. Ceh! Macam ini rupanya perangai singa ni di rumah! Manja, plus mengada-ngada!
     " Okey, nanti akak booking tiket dulu, dah siap akak bagitahu kamu berdua. Destinasi, rahsia!" kata Adlina lalu dia tersengih. Aku dan Adam saling berpandangan. Rahsia?
     " Makan, makan! Nanti kita boleh sambung bersembang sebelum pengantin berdua keluar berjalan-jalan," kata umi lalu kami semua kembali menyambung makan. 
     Dalam keasyikan menikmati sarapan pagi yang sedap, tangan Adam menjalar ke peha aku lalu dia mengusap-usap pehaku. Aku terkedu lalu memandangnya dengan pandangan tajam. Tau apa yang dia buat? Dia kenyit mata kat aku! Takkan nak tampar muka dia depan family dia kan? Aku menjegilkan mata padanya dan dia cuma buat tak tahu. Tangannya masih mengusap-usap pehaku, menjadikan bulu romaku semakin menegak. Usapan itu menular ke bahagian pinggang dan spontan aku duduk menegak! Adam mengulum senyuman gatal sedangkan aku semakin gelisah. Aku nak makan bihun sedaplah, wei! Oh, sungguh kurang sopan ini encik suami! 
     Dan akhirnya usapan itu terhenti apabila mata Puan Sri Sabrina menjegil ke arah Adam Usyair. 'Oh, no! Umi nampak! Mati aku!' hati Adam cuak dan malu. Aku tersenyum kelat ke arah ibu mertuaku. 'Habislah kau Adam! Padan muka!' hatiku ketawa.
     'Gatalnya anak aku ni!' hati Puan Sri Sabrina mengumam apabila matanya terpandang menantunya tidak selesa duduknya. Apabila diperhatikan, rupa-rupanya anak kesayangannya sudah mula mengusik si isteri. Matanya memandang ahli keluarga yang lain, dan mujur mereka tidak perasan. ' Tak menyempat tunggu habis makan!' dia menjegil matanya ke arah Adam dan Adam cuma tersengih. Maysarah sudah tersipu-sipu. ' Dah jadi suami orang pun, perangai tak berubah! Siap kau lepas makan ni, umi tazkirahkan!' hatinya mengumam geram. Kasihan menantu aku!

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

27 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 11

     Malamnya selepas tolong saudara-mara mengemas rumah, aku duduk berbual dengan mereka semua di ruang dapur. Suasana tidak seriuh petang tadi namun cukup gamat apabila adik beradik emak dan abah turut serta. Kemudian terdengar gelak ketawa abah dan angah dari arah luar dapur.
     " Kenapa abah tu, mak?" soalku sambil mengintai-intai. Emak tergelak.
     " Apa lagi, mendera suami kamu cuci kawahlah!" sampuk makteh. Aku tergelak, kuat. Pantas saja tangan Nadia mencubit peha aku yang gebu ini. Cewah!
     " Ni, si pengantin perempuan, kome tak nak panggil cuci periuk besar tu ke?" jerit makngah dari pintu dapur. Muka aku terus gelabah, lantas menggeleng. Tak nak..penat! Kemudian angah menjengah.
     " Meh turun! Kesian laki kamu kena buli sorang-sorang," perli angah. Aku menjeling namun tidak juga bangun. Benci betul! Tu lah, masa along dengan abang long kena sental periuk belanga kawah, kemain lagi aku ketawa tergolek-golek dengan ateh kat atas rumah. Bila tiba giliran aku, macam mana nak elak ni?? Nak menangis rasanya apabila isteri angah, kak ngah datang menarik tanganku, dan si Nadia bersemangat menolak aku dari belakang. Cis! Dia membelot aku rupanya! Dengan berat hati aku keluar menuju ke ruang masak di luar.
     Alahai..kesian suami aku. Muka dah berceloreng arang. Kah kah kah! Aku ketawa lepas. Abah menjeling dan angah menyerahkan berus dawai dan sabut kepada aku.
     " Apa gelak-gelak? Tu, yang besar sedia menanti kamu," tunjuk angah kepada aku, 2 biji periuk besar yang sudah direndam air. Huh, tak aci betul! Si Adam diberi sebiji periuk saja. Aku berjalan menuju ke periuk besar, lalu duduk atas tunggul kayu mati. Tangan aku terus mencapai sebiji periuk lalu mula menyental bahagian dalam sedikit demi sedikit.
     " Kamu basuh berdua, abah masuk dulu. Jangan main air lama-lama, nanti kecut!" perli abah lalu dia dan angah masuk ke dalam rumah. Aku hanya memandang melalui ekor mata dan dari dapur aku terdengar riuh mereka bercerita. Kemudian pandangan aku berpaling memandang Adam, yang bertungkus-lumus membersihkan periuk gulai itu. Dia memandang aku lalu tersenyum.
     " Kenapa?" soalku seakan tak puas hati. Perli akulah tu!
     " Seronok ada teman mencuci kawah besar ni," katanya. Aku menyambung kerjaku.
     " Huh! Seronok mende? Kalau satu dua takpelah, ini empat biji. Ini mau sebaldi peluh keluar!" bebelku. Dia tergelak.
     " Okeylah tu! Dapat mengecilkan bumper kau yang lebar tu. Haha!" Amboi! Sukanya dia kalau dapat gelakkan aku! Aku menyental periuk dengan geram.
     " Amacam? Best kena sental periuk belanga ni?" perli aku. Dia senyum.
     " Best jugak! Dapat keluarkan peluh!" jawabnya lalu ketawa. Eeii, dia ni kan, tak habis-habis nak menyakat aku! Benci!
     " Yelah, suasana menyental periuk belanga ni mana nak ada kat bandar. Kat bandar tu semuanya pakai katering saja. Pengantin cuci tangan je nak makan. Kat kampung je yang masih guna gotong-royong. Anak orang kaya macam awak ni tak tahulah boleh sesuaikan diri dengan suasana kampung macam ni," jawabku panjang lebar. Mataku menjeling ke arahnya yang terus mencuci periuk tanpa sebarang keluh.
     " Aku memang anak orang kaya, tapi yang kaya tu bapak aku!" jawabnya.
     " Memanglah! Tapi awak tetap anak orang kaya!" aku membalas. Dia berhenti membasuh lalu menoleh memandangku. Aku pura-pura tidak nampak.
     " Apa masalahnya ni, debab? Aku tak nampak kat mana salahnya kalau aku anak orang kaya. Atau kau menyesal aku jadi suami kau?" soalnya merendahkan suara. Seperti selalu juga, bunga-bunga pertengkaran mulai bercambah. Aku memandangnya. Terasa hatiku sakit.
     " Siapa yang mula punca semua ni?" soalku, menahan getar marah. Dia diam, dan terus menyental periuk. Sepatah perkataan tidak kedengaran.
     " Saya tanya ni, Adam Usyair! Siapa yang mulakan semua ni?" soalku. Dalam dada, aku menahan getaran yang amat hebat. Marah, sakit hati dan sedih bersatu. Melihatkan dia hanya mendiamkan diri, aku mencampakkan berus ke dalam periuk yang aku basuh, lalu aku terus bangun. Dia tercengang, lalu menoleh.
     " Saya tak pernah bermimpi untuk jadi isteri awak, Adam! Tapi dari dulu awak selalu buat saya sakit hati dengan semua tindak-tanduk awak tu! Awak tahu tak, berapa kali saya tolak lamaran awak sebab saya tak pernah ada perasaan cinta, apatah lagi sayang pada awak! Yang ada cumalah benci! Awak faham tak? Benci!" aku menghamburkan segala amarah yang terpendam dalam hati, dan tanpa sedar air mataku mengalir. Ini aku tak tahulah kali ke berapa aku menangis kerana dia. Baru dia ingin membuka mulut, terasa bahuku disentuh seseorang. Aku pantas berpaling ke arah lain bagi mengelakkan orang itu tahu yang aku menangis.
     " Pergilah naik, berehat. Biar angah sambung mencuci periuk kamu," pujuk angah. Tanpa menunggu lama, aku membasuh tangan lalu terus berlalu masuk ke rumah, terus ke bilik.
     Adam melihat angah lalu sambung menyental periuk. Angah duduk di sebelahnya, dan terus menyambung kerja adiknya sebentar tadi. Terdiam tatkala mendengar luahan adiknya.
     " Angah tak nak tahu apa masalah kamu berdua. Angan lebih kenal adik angah sebagai adik, dan kamu lebih kenal dia sebagai staff kamu. Apa jua masalahnya, ada penyelesaian. Apa yang May cakap tadi tu, kamu kena kaji balik. Memang susah angah nak tengok dia marah orang, tapi kali ini angah rasa kamu dengan dia kena bawak berbincang. Siapa pun yang mula punca masalah, akui je. May marah sekejap, nanti dia sejuklah! Tapi pendamnya tu lamalah sikit. Kamu kena banyakkan bersabar," ujar Mazzuan dengan panjang lebar. Adam terdiam sambil berfikir. 'Hah, gaduh lagi dengan adik dia! Kan aku dah kena tazkirah! Padan muka aku!' hatinya mengomel.
     " Memang saya kerap buat dia sakit hati, tapi sekadar di luar jelah, angah! Tak pernah berlanjutan pun. Tak sangka dia marah sebab ini. Satu hal pulak, saya meminang dia tanpa pengetahuan dia langsung," kata Adam. Mazzuan mengeluh.
     " Kamu sebagai suami, kena banyak membentuk dia. Jangan terlalu kerap buat macam tu, silap haribulan dia naik hantu, kamu jugak yang susah. Apa yang terjadi tadi jangan sampai ke pengetahuan abah dengan mak. Tak baiklah, baru sehari jadi suami isteri, korang bergaduh besar sebab hal yang remeh-temeh," Mazzuan menasihati.
     " Saya akan cuba memperbaiki hubungan kami, angah. Saya akan jaga hati dia, saya akan bimbing dia, saya akan sabar dengan setiap perangai dia. Sebab saya terlalu cintakan dia, angah," kata Adam dengan jujur. Mazzuan tersenyum lalu menolak bahu Adam dengan bahunya.
     " Macam tulah nak jadi lelaki! Kena beralah dengan perempuan, ambil hatinya dan sabar dengannya. Tengok nanti bagaimana dia cair sebab kesabaran kamu. Jangan buat dia menangis lagi, okey? Adik angah tu manja-manja nakal! Dah, habiskan yang itu je, yang lain esok pagi angah kerahkan Lan dengan Zaid basuh," kata Mazzuan lalu mereka ketawa.
     " Thanks, angah, kerana memberi nasihat pada saya," tukas Adam, sambil memandang abang iparnya. Mazzuan tersengih. Mereka menghabiskan basuhan.
     Aku sudah tersedu sedan sambil meniarap. Aku tak tahu kenapa aku marah sangat dekat dia sedangkan dia sudah menjadi suami aku. Sakit hati makin terasa bila kenangkan yang kami bertunang tanpa pengetahuanku, sedangkan dia tahu aku sering kali menolak lamaran dia. Nak kata tak faham bahasa, belajar sampai ke London! Aku tak tahulah pulak kalau course yang dia ambik tu guna bahasa German selain Inggeris! Asyik mengata dia senget, kali ni aku rasa aku pulak yang jadi senget!
     Aku mengiring ke kiri lalu mengesat air mata. Kedua-dua tanganku letak bawah pipi, dan memejamkan mata. Kepala aku terasa sakit lepas banyak menangis. Semalam menangis, hari ni menangis, bilalah dia ni nak buat aku ketawa pulak! Aku hampir terlelap apabila terdengar pintu bilik dibuka dan Adam masuk. Aku memejamkan mata, dan berpura-pura tidur. Terasa dia berbaring di sebelahku, namun aku kakukan diri. Aku menanti apa yang bakal berlaku.
     " May, aku minta maaf," katanya perlahan. Mataku terbuka luas. Dia ni minta maaf? Huh, terasa macam mimpi pulak! Aku diam tidak bergerak. Terasa katil bergoyang, bila dia turut mengiring di belakangku.
     " May, bukan niat aku nak buat kau sakit hati. Aku sayangkan kau, aku cintakan kau. Apa yang aku katakan selama ni cuma berniat nak mengusik. Tapi kau jangan marah abah sebab nikahkan kau dengan aku. Ini semua sebab kemahuan aku, May. Aku sangat-sangat mencintai dirimu, dan aku terasa amat bahagia bila kau jadi isteriku. Maafkan aku andai kata ada kesilapan dari aku selama ini," katanya sambil jarinya bermain rambutku.
     Aku terkedu. Dia cintakan aku? Biar betul dia ni? Masa bila semua ini terjadi? Baru saja Adam beralih, aku berdehem kecil.
     " Kenapa awak selalu menyakitkan hati saya?" soalku. Dia menoleh ke arahku yang masih berada di posisi asal.
     " Sebab.. aku nak kau bercakap dengan aku. Aku suka bila dengar mulut kau potpet- potpet bila dengan aku," jawabnya. Aku diam.
     " Tapi kali ni aku rasa lain sangat sebab, lepas kita nikah, kau lebih banyak mendiamkan diri. Lepas tu, kau selalu mengelak dari bertembung dengan aku. Kenapa, May?" soalnya sayu. Aku pejam mata. Maafkan aku, wahai suami! Aku masih belum dapat terima yang kau adalah suamiku.
     " Saya minta maaf, bukan sengaja nak buat macam tu, tapi saya betul-betul tak selesa sebab sebelum ni kita cuma pekerja dan majikan," kataku. Dia berpaling.
     " May, sekarang ni kita cuba baiki dulu yang mana boleh, okey? Aku janji aku takkan buat kau sakit hati lagi, tapi kalau terjadi jugak, itu cuma gurauan," katanya. Aku diam.
     " May, tak baik kau tidur membelakangi aku," usiknya. Tengok! Baru tadi berjanji! Aku berpaling dengan perlahan. Dia mengiring sambil menongkat kepala dan memandang aku. Apa pandang-pandang? Aku jegilkan mata padanya.
     " Kita start from zero dulu, okey? Jangan memaksa saya untuk terima cinta awak dalam masa terdekat," ujarku.
     " Okey, aku janji. Dahlah, jom tidur. Aku mengantuk sangat ni," ajaknya sambil mencuit hidungku. Terasa bahang mukaku apabila spontan dia buat begitu. Aku terlentang. Baru beberapa minit, terdengar dengkuran halus dari Adam Usyair. Dalam gelap, aku tersenyum.
                     ******************************************************************************************
     Usai solat subuh berjemaah, aku keluar untuk menolong mak menyiapkan sarapan pagi. Kelihatan Nadia dan ateh sudah bangun. Sebaik nampak kelibat aku, Nadia dan ateh terus tersengih-sengih. Aku menjegilkan mata dan mereka berdua ketawa mengekek-ekek. Emak terus menoleh.
     " Ape keheynye tu, ateh?" soal emak. Ateh menekup mulutnya.
     " Gatal!" aku menjawab. Emak berpaling.
     " Adam dah bangun, achik?" soal emak. Aku cuma mengangguk. Aku hampiri Nadia dan ateh yang sedang menggoreng nasi. Hari ini giliran kenduri di rumah mertua aku. Kami akan bertolak dalam pukul 10 pagi. Aku duduk di sebelah Nadia.
     " Mandi basah rambut tak?" soalnya dengan muka gatal. Aku menampar bahunya.
     " Oh, patutlah kau dengan ateh tengok aku ketawa mengekek-ekek! Rupanya itu yang korang fikirkan! Eii, otak kuning betul!" jawabku.
     " Alah, nak mengusik je pun," kata ateh. Aku menjeling.
     " Takde makna nak share-share dengan korang ni! Berdosa je," jawabku sambil menyusun pinggan. Baru saja kami berbual, mataku terpandang pada susuk tubuh Adam yang berdiri di  pintu dapur. Lantas tangannya menggamit aku.
     " Amboi, bos! Tak sempat si May nak makan, bos dah panggil. Tak boleh berenggang langsung," usik Nadia apabila aku bangun menghampiri suamiku. Adam cuma tersenyum kelat manakala aku sudah menjeling tajam. Dia memeluk bahuku.
     " Nak apa?" soalku. Dia mengajak aku masuk ke dalam bilik.
     " Kau kemas baju dulu, nanti lepas makan kita keluar awal sikit. Umi pesan suruh kita balik awal nanti takdelah tetamu semua nampak kau," katanya. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.
     " Tak boleh konvoi?" soalku.
     " Biar diorang je konvoi, kita keluar dulu," katanya sambil mengemas beg bajunya. Aku mencapai beg bajuku dan memasukkan beberapa pasang baju. Debaran di hati semakin kian terasa. Nak bermalam di rumah mertua pulak? Adeh, mana bisa ini!
     " May..," terdengar emak memanggil. Adam membuka pintu. Wajah emak kelihatan dan dia tersenyum.
     " May tak panggil kamu makan ke, Adam?" soal emak. Adam tersenyum.
     " Dah. Ini saya suruh dia kemas kain baju dulu, takut nanti tak sempat. Hurm, mak, nanti kami berdua keluar awal dulu. Mak dengan yang lain konvoi kemudian ye," kata Adam pada emak dengan lemah lembut. 'Huh! Dengan aku cakap macam nak ajak bergaduh! Dengan emak, macam nak mengorat je! Aku bilang abah kang!' hatiku membebel sambil menjeling.
     " Hah? Ye ke? Kalau macam tu, takpelah! Mari makan dulu, takut nanti sementara nak tunggu bersanding tengahari, korang lapar. Jom! May, cepat ajak suami kamu makan," kata emak lalu beredar keluar. Sebaik emak hilang dari pandangan kami, Adam menoleh dengan muka serius. Aku tergamam.
     " Dah habis membebel?" soalnya. Erk! Dia tahu? Aku mengawal riak muka yang gelabah. Selesai mengemas baju, aku cepat-cepat menuju ke pintu.
     " Jom makan dulu," kataku lalu terus keluar. Adam tersengih.
                          ********************************************************************
     Kami tiba di banglo mewah Tan Sri Ghazali, Villa Teratak Cinta, pada pukul 11 pagi. Sebaik saja keluar dari BMW milik Adam, aku melihat sekeliling. Sebenarnya aku pernah datang ke rumah Adam, adalah dalam 2-3 kali, itu pun sebab hari raya. Kalau tak, jangan haraplah aku nak bertandang ke rumah singa ni. Huh, singa ni dah jadi laki aku pun!
     " Assalamualaikum, umi," jerit Adam dari luar. Puan Sri Sabrina yang sedang sibuk mengarahkan pihak katering menyusun tempat, menoleh. Ha, kan dah kata! Katering! Haha.
     " Waalaikumsalam, pengantin baru," jawabnya sambil tergesa-gesa menghampiri kami berdua. Aku bersalaman dengan ibu mertuaku lalu mencium pipinya.
     " Awal sampai?" soal umi. Aku mengerutkan kening, lalu pandanganku beralih pada Adam. Dia memandang ke arah abinya yang sedang memantau pihak yang menyiapkan pelamin. Puan Sri Sabrina yang mengetahui itu adalah idea anaknya cepat-cepat mencelah.
     " Pergi naik cepat, nanti orang sampai, dah tak surprise lagi," kata umi. Aku akur lalu terus membawa beg bajuku masuk ke dalam istana mewah itu.
     " Nab, tunjukkan bilik May," kata Puan Sri Sabrina kepada Mak Nab yang sedang menyusun pinggan mangkuk. Mak Nab menghampiriku. Sebaik saja aku bersalaman dengan Mak Nab, Adam menghampiri kami.
     " Takpelah, mak! Biar Adam bawak dia ke bilik," kata Adam. Aku pelik. Mak?
     " Nanti bersiap terus ye, Adam, May," kata Mak Nab lalu beredar ke dapur. Aku terus membuntuti Adam naik ke tingkat atas. Sampai saja di bilik Adam, aku terkesima. Bilik pengantin warna biru lembut. Cantiknya!
     " Masuklah! Yang kau tercegat kat pintu tu, buat apa?" kata Adam sebaik saja baring atas katil empuk miliknya. Aku meletakkan beg di lantai lalu terus duduk di kerusi rehat di sudut bilik. Adam membuka suis air-cond dan seketika kemudian bilik terasa dingin. Aku terdiam. Bilik aku cuma ada kipas siling, dah tentu dia kepanasan dan mengharapkan bilik yang sejuk begini. Dalam melayan perasaan, aku mulai mengantuk.
     " Jangan fikir aku rimas berada di rumah kau pulak. Aku nak kita rehat dulu dan sejukkan badan sebelum bersiap," katanya sambil memejamkan mata. Mataku yang tadinya terpejam, kini terbuka luas. Sah! Dia memang ada kuasa psikik!
     " Saya tak kata apa-apa punlah!" aku menafikan. Dia mengumam dalam tidur. Aku ralit melihat biliknya yang besar sehinggalah mataku kembali memandang dia di atas katil. Dan aku tergamam apabila tersedar yang dia rupanya sedang memerhatikan aku. Aku menunduk.
     " May, sini?" panggilnya sambil menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Ah, sudah! Aku tak suka betullah bila dia panggil macam tu! Perlahan-lahan aku bangun menuju ke arah katil, lalu duduk di sebelahnya.
     " Apa?" soalku.
     " Aku nak cerita sikit, Mak Nab tu aku panggil mak sebab dia mak asuhan aku masa kecil dulu. Kami semua panggil dia mak. Aku harap kau pun panggil dia mak," katanya. Oh, itu yang dia nak cerita kat aku. Okey, takde masalah, bos! Lagi? Aku menanti.
     " Kau buat je bilik dan rumah aku ni macam rumah sendiri," katanya. Mungkin dia tahu aku tak selesa sebab rumah dia besar.
     " Mana sama, rumah saya takde besar macam ni haa," aku menjawab.
     " Buat je bagi selesa," katanya. Aku diam, berfikir.
     " Lepas ni kita akan duduk sini ke, bos?" soalku.
     " Tak, kita duduk kat rumah aku kat Putrajaya. Aku beli rumah kat sana," katanya. Huh, selamat tak duduk dengan mertua. Silap-silap, bila bergaduh tahu habis satu rumah.
     " May, aku rasa sejuk je tengahari ni. Mata ni pun kuyu je. Nak tidur," katanya sambil menguap. Aku mencebik.
     " Tidurlah! Apesal bos ajak saya pulak?" soalku. Kemudian dia ketawa. Aku pelik.
     " Pandai pun menjawab. Ingatkan nak diam kaku macam masa kat rumah kau," katanya membuatkan aku tersipu-sipu.
     " Tapi, apa kau panggil aku tadi?" soalnya. Aku tergamam apabila matanya memandang ke arahku.
     " Bos!" jawabku. Dia bingkas bangun.
     " Kalau kau tak nak panggil aku abang, aku cium kau!" ugutnya dengan muka serius. Aku menutup mulut lalu cepat-cepat aku turun dari katil. Dia turut turun dari katil lalu mengejar aku dan menangkap lengan aku. Suami aku ni badan sasa, kalau lawan dengan badan debab aku ni memanglah aku menang. Tapi kudrat dia, aku bukan lawannya. Tersentak aku apabila dia menarik aku ke dadanya, lalu memeluk aku erat. Aku cuba menolak namun gagal.
     " Lepaslah, bos! Nak bersiap-siap ni!" aku meronta-ronta dengan mata terpejam.
     " Aku kata apa tadi?" soalnya dengan wajahnya semakin mendekati wajahku. Bila hampir saja hidung kami bertemu, aku membuka mata luas-luas.
     " Abang!" akhirnya keluar perkataan keramat itu. Sungguh, dengan satu perkataan saja, Adam berhenti lalu melepaskan aku. Dia ketawa.
     " Haa, boleh pun panggil abang. Ye, sayang. Nak apa?" dia bertanya dengan nada yang amat mengada-ngada. Aku menolak badannya lalu berlalu ke bilik air.
     " Menyampah!" aku menjawab sebelum menutup pintu bilik air. Dari dalam, aku terdengar dia ketawa berdekah-dekah. Eei..benci,benci!
                    *******************************************************************
     Hari sudah menginjak petang. Ramai kawan-kawan Tan Sri dan Puan Sri yang hadir dan ada jugak setengah yang dah pulang.Terasa penat semalam belum hilang, hari ni bertambah lagi. Nadia tak henti-henti mengipas dirinya sebaik kami duduk di kerusi makan. Aku menoleh melihat Adam sedang bergelak ketawa dengan Muiz dan Lutfi. Sukalah tu mengumpat aku!
     " May, dia macam mana? Masih jadi singa?" soal Nadia. Aku menoleh. Gaun berwarna putih yang aku pakai terasa berat kerana terlalu labuh dan tebal.
     " Aah! Singa senget!" jawabku. Nadia ketawa.
     " Aku nak ambil air. Kau nak tak?" soal Nadia lalu bangun. Aku angguk. Nadia berlalu menuju ke khemah katering. Tanpa sedar, seseorang duduk di hadapanku. Aku terkejut.
     " Tak sangka pulak kau yang jadi pilihannya!" sindir wanita itu. Yanti! Aku terdiam.
     " Aku tak tahulah ubat apa yang telah kau bagi pada Adam, tapi aku akan pastikan yang kau tak kan bahagia! Aku akan rampas Adam dari kau! Kalau aku tak dapat dia, kau yang akan terima akibatnya!" ugut Yanti. Dia bangun dan cepat-cepat pergi apabila Nadia kembali menghampiri aku. Aku menyambut gelas minuman namun fikiranku melayang, memikirkan kata-kata Yanti sebentar tadi.
     " May?" panggil Nadia. Aku diam lalu memandang ke arah hilangnya kelibat Yanti. Nadia memandangku hairan. Hatiku diburu gelisah. Ya Allah, jauhkanlah Adam dari niat jahat dia! Hatiku berdoa. Walaupun aku marahkan Adam, dia masih tetap suamiku!
     Tanpa sedar, pertemuan tanpa dirancang kami itu telah disaksikan oleh Adam, Muiz dan Lutfi. Adam mengetap bibir manakala Muiz dan Lutfi berpandangan sesama sendiri.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

25 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 10

     Akhirnya setelah seminggu lebih berlalu, maka hari yang dinantikan telah tiba. Malam ini aku akan menjadi isteri orang. Aku mengemas cadar katil, memberikan sentuhan terakhir. Warna pilihan aku, hijau pucuk pisang. Kata mak, nasib baik warna dinding bilik putih, kalau hijau jugak mak kata dia nak panggil aku 'toyol'! Adakah patut? Huhu. Kemudian aku berpaling melihat baju akad nikahku, warna putih susu. Malam ni, selepas Isya' nanti aku akan dinikahkan. Huh, seram pulak aku tengok baju akad nikah ni! Dah lah putih, tergantung kat almari. Ralit aku berkhayal, tak sedar adikku masuk ke dalam bilik.
     " Hai, achik! Lama tenung baju tu?" soal Munirah. Aku tersentak lalu menoleh. Dia yang sedang mengemas dulang hantaran, tersengih. Aku berpaling lalu duduk atas lantai.
     " Ateh, achik rasa berdebar-debarlah!" luahku. Dalam kami 6 beradik, aku rapat dengan Munirah, memandangkan kami lahir hanya selang setahun. Along dah kahwin, angah pun ada keluarga sendiri, jadi aku dengan Munirah rapat berbanding mereka. Dia memandang aku lalu mengangkat kedua-dua keningnya.
     " Alahai. Memanglah setiap pengantin baru ada perasaan tu. Apalah achik ni," omelnya. Emak menjengah masuk, lalu kepalanya digeleng-geleng. Kami berdua tersengih.
     " Pukul berapa nak mandi?" soalnya. Aku melihat jam di dinding. Sudah hampir maghrib. Aku memandang emak.
     " Mak, orang takutlah!" kataku. Meletus ketawa ateh. Bertuah punya adik! Emak masuk lalu menutup pintu, dan merapati aku.
     " Pergi mandi. Mak dah siapkan air mandian letak bunga ros," kata emak memujukku. Aku memeluknya dengan rasa sayu. Time cenggini baru terasa nak bermanja dengan dia. Haha. Emak membelai rambutku. Sepuluh minit bermanja, akhirnya aku bangun menuju ke bilik air.
     Selesai mandi, aku terasa segar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik kerana suasana dalam rumah terlalu ramai orang. Terkejut aku saat aku masuk ke dalam bilik, along dengan ateh sedang berbual di atas katil, manakala si Nadia sedang mengemas baju akad nikahku.
     " Bila kau sampai?" soalku. Dia menoleh.
     " Adalah dalam sepuluh minit. Kau nak bersiap-siap dah ke?" soalnya. Aku angguk.
     " Kalau macam tu, aku pun nak bersiap. Aku nak mandi dulu," kata Nadia lalu terus keluar menuju ke bilik air. Aku memandang along dengan ateh, dan mereka memandang ke arah lain. Dengan pantas aku menyarung kain batik untuk solat maghrib dulu.
     Usai aku solat maghrib, dengan berkemban, aku duduk menyertai mereka berbual. Sambil berbual, tangan ateh ligat menyanggul rambutku yang panjang hingga paras belakang. Along pulak mengemas baju akad nikahku. Kami berbual sementara menanti waktu Isya'.
     " Kau nak solat Isya' dulu ke, nak pergi dulu?" soal Nadia sebaik saja dia masuk. Kami bertiga menoleh ke arahnya yang sudah siap berpakaian. Pakai baju dalam bilik airlah tu!
     " Entah!" jawabku ringkas. Along memandangku.
     " Along rasa baik kau pergi terus, achik. Lepas nikah, balik boleh solat bersama," kata along memberikan pendapat. Gulp! Bersama? Aku sengih. Nadia menampar lenganku.
     " Boleh tak jangan buat muka sengal? Along dah suruh tu, pergi jelah! Siap cepat!" kata Nadia separuh marah. Aku menjeling lalu berpakaian. Siap berpakaian, along mekapkan aku. Hampir setengah jam muka aku disolek, angah masuk. Huh, nasib baik dah berbaju. Kalau masih berkemban alamatnya free show lah bagi angah.
     " Dah siap belum tuan puteri bertiga? Angah tunggu kat bawah ni. Cepat sikit, nanti tok kadi pulak yang tunggu kamu," kata angahku, Mazzuan, lalu dia menghilangkan diri. Aku terus berdiri lalu memperkemas baju. Setelah siap, kami semua keluar menuju ke kereta. Terasa lain macam je bila sanak saudara dan jiran tetangga memandang aku macam banduan yang baru keluar penjara pulak. Haha. Kami menuju ke kereta Persona angah, dan kereta perlahan -lahan menuju ke masjid berdekatan rumah.
     Sebaik saja sampai, jantung aku semakin berdegup kencang. Kami masuk ke dalam masjid dan terus ke bahagian perempuan di mana kami duduk di sebalik tirai. Suasana yang sepi tadi, kedengaran semakin riuh. Jantung aku dah melompat-lompat. Setengah jam kemudian, terdengar suara-suara mengatakan pengantin lelaki dah sampai. Aku menggenggam tangan Nadia seerat-eratnya.
     " Nad, jantung aku nak luruh ni," aku berbisik. Dia menjegil matanya.
     " Kau jangan nak pengsan kat sini, May! Aku golek badan kau sampai depan tok kadi, baru kau tau!" ugut Nadia. Aku tersengih. Terdengar suara abah berbual dengan bakal suami aku, dan juga tok kadi. Kemudian, senyap. Tiba-tiba, tok kadi masuk menuju ke arah aku, dengan abah dan angah. Aku menunduk.
     " Maysarah, saya nak tanya awak ni. Adakah awak bersetuju dengan ikhlas hati menerima dia sebagai suami kamu?" soal Haji Imran. Aku mengangguk perlahan, walaupun di hati aku tak berapa nak yakin.
     " Achik!" abah memanggil, membuatkan aku memandangnya. Dan aku mengukir senyum lalu mengangguk yakin depan Haji Imran.
     " Alhamdulillah. Sila sain kat sini," katanya sambil menyerahkan borang nikah kepadaku. Aku sain tanpa sempat membaca nama pengantin lelaki kerana terlindung dari pandanganku sedikit. Selesai sain, Haji Imran, abah dan angah keluar, kembali ke tempat duduk mereka. Sedang kami menanti tutur bicara Haji Imran, mata aku tertacap pada kad jemputan aku yang Nadia sedang pegang sambil berkipas. Niat di hati aku cukup kuat untuk menyuruh aku mengambil kad jemputan itu dari tangan Nadia namun tanganku tidak bergerak.
     " Adam Usyair bin Ghazali, aku nikahkan dikau dengan anakku, Maysarah binti Abdul Aziz, berwalikan aku dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai!" saat aku terdengar ayat yang dilafazkan oleh abah, jantung aku seakan berhenti berdegup. Mataku tertacap pada kad jemputan di tangan Nadia, dan dengan pantas aku menyambar kad jemputan itu. Mataku rasa macam nak terjojol keluar, bila melihat nama pengantin lelaki. Adam Usyair!
     " Aku terima nikahnya, Maysarah binti Abdul Aziz dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai!" dengan sekali nafas, Adam menyempurnakan akad nikahnya sebentar tadi.
     " Sah!!" jawab kedua-dua orang saksi.
     " Alhamdulillah," terdengar abah menjawab lalu mereka membaca doa. Aku yang masih di dalam rasa tidak percaya, menatap sekali lagi kad kahwin tersebut. Sah! Bukan mimpi! Nama pengantin lelaki adalah Adam Usyair Ghazali! Bos?! Oh, no! Mimpi ngeri betul!
     Terasa lenganku dicuit Nadia, dan aku menoleh lemah. Dia tersenyum dan menjuihkan mulutnya ke depan. Aku berpaling dan kelihatan dia sedang berjalan ke arahku. Ya Allah! Maknanya, Nadia terlebih dulu tahu dari aku! Adam datang dengan senyuman menawan lalu menghampiri aku. Dia duduk melutut. Ibunya, Puan Sri Sabrina duduk di sebelahku.
     " Assalamualaikum, May!" sapanya.
     " Waalaikumsalam," aku menjawab lemah. Dia menarik tangan kananku, lalu cincin berlian disarung ke jari manisku. Baru aku teringat, cincin tunang yang aku rasa macam pernah tengok rupanya memang cincin pilihanku sendiri. Malunya sebab tak perasan! Emak! Terasa ingin meraung namun yang kedengaran cumalah hatiku yang menjerit. Kemudian dia menarik daguku lalu mengucup dahiku. Bau haruman yang selalu dia pakai, begitu mengasyikkan. Tak semena-mena, air mataku tumpah. 'Sampai hati bos buat saya macam ni,' hatiku menangis. Aku mengesat air mata perlahan namun mengukir senyuman bila ibu mertuaku mencium pipiku di kiri dan kanan.
     Aku melihat Adam bangun lalu menuju ke arah angah dan bersalaman. Abah menghampiri aku dan duduk di hadapanku. Aku menangis hiba saat aku memeluk abah.
     " Syhh..apa ni, May dah jadi isteri orang pun masih nak menangis kat abah," usikan abah menjadikan aku menangis lagi kuat. Nadia mengusap-usap belakang aku. Pandangan Adam dan angah beralih memandangku yang semakin hiba.
     " Sampai hati abah berpakat dengan dia," kataku tesedu-sedan. Abah merenggangkan badan lalu mengesat air mataku, dan dia ketawa.
     " Abah berpakat untuk perkara yang baik. Abah nak tengok kamu bahagia, dan abah yakin dia boleh bahagiakan kamu," kata abah lalu tersenyum. Aku mengesat air mataku lalu mencium tangan abah. Semua bangun untuk beredar meninggalkan masjid. Abah sudah keluar menuju ke kereta angah. Aku mencubit pinggang Nadia lalu dia menyeringai.
     " Dah lama tahu?" soalku.
     " Aku tahu masa kau bagi kad kahwinlah!" jawabnya sambil mengusap pinggangnya.
     " Bohong! Kau tau awal lagi kan?" aku bertanya lagi. Baru saja Nadia ingin menjawab, suamiku menghampiri kami. Suami? Ayark! Rasa macam nak gantung diri sendiri je! Huhu. 
     " Nad tahu seminggu lepas. Abang yang suruh dia rahsiakan. Jangan marah dia," jawab Adam. Abang? Aku memandangnya dengan pandangan tajam. Dia terdiam. Aku pantas berjalan keluar menuju ke kereta. Alah, kereta angah penuh! Terasa diri dihampiri, aku cuma berdiri kaku.
     " Jom naik kereta dengan abang," ajaknya. Aku menoleh dan memandangnya dengan sinis. Entah kenapa aku terasa sakit hati bila dia buat macam ni pada aku. Namun apabila dia pandang mata aku dengan pandangan yang selalu dia buat, aku mengalih pandanganku ke arah lain. Mesti aku kalah! Huh!
     " May, aku balik dengan Puan Sri. Kau naiklah dengan suami kau," kata Nadia sambil tersengih-sengih menuju ke Alphard ibu mertuaku. Aku menjegil ke arahnya dan dia menjelir lidah pada aku. Hampeh! Aku masih lagi membatu.
     " Nak tidur dalam masjid ke?" perlinya. Dengan geram aku berjalan ke arah kereta BMW miliknya sambil menghentak-hentak kaki. Terdengar dia ketawa.
     Dalam kereta, aku cuma memandang luar. Aku tahu dia memandangku namun aku tetap tidak mahu memandangnya. Dahlah kat ofis asyik menghadap muka dia, lepas ni seumur hidup nak kena pandang muka dia. Semak jelah, encik suami oii!
     " Abang mintak maaf sebab buat May marah," dia memulakan bicara. Aku mendengus.
     " Boleh tak jangan berabang-abang dengan saya? Rimaslah!" aku menjawab dengan kasar. Alamatnya lepas ni satu bangunan GSA Holdings tahu aku isteri singa ni!
     " Okey, okey! Let's be like usual. Nak saya panggil aku-kau ke?" soalnya tanpa nada. Serius pulak bunyinya. Aku diam, sambil memejam mata. Hati sakit bukan kepalang. Dia meneruskan pemanduan dan akhirnya kami tiba di perkarangan rumah. Sebaik saja keluar dari kereta, aku terus menghilangkan diri ke dalam bilik.
     Di dalam bilik, aku sudah tidak betah. Mundar-mandir je, nak duduk tak kena, berdiri tak kena, nak baring lagilah tak kena. Aku memandang jam di dinding, hampir pukul 10.30 malam. Baru saja aku nak duduk atas katil, pintu bilik dibuka. Aku memandang dengan perasaan berdebar. Jantung terasa macam nak putus! Muka Nadia menjengah! Hampeh! Dia ketawa lalu masuk dan menutup pintu. Aku duduk dengan masam mencuka.
     " Rilex lah, babe! Tak baik kau marahkan dia," kaa Nadia. Aku menjeling.
     " Patutlah sejak dari hari bertunang lagi makin sakan menyakat aku! Rupanya selama ni dia dok chatting dan mesej dengan tunang dia tu, aku rupanya! Huh, malam ni rasa macam mimpi ngeri betul!" aku mengumam. Nadia ketawa.
     " Ada terasa menyesal ke?" soalnya. Aku diam. Nak kata menyesal, tak baiklah pulak! Yang nakal nauzubillah tu cuma dia, mak ayah dan adik beradiknya semua orang baik-baik. Jadi apa perasaan yang bermain dalam hati aku ni?
     " Jangan menyesal atau merungut, May! Ini semua dah ditentukan Allah. Kau tu tulang rusuknya, sebab itu dia nekad untuk menikah dengan kau walaupun kau reject dia dulu. Ingat lagi tak?" soal Nadia. Aku diam, menunduk. Terasa hiba, dan ada jugak rasa berdosa sebab aku marahkan dia dalam kereta tadi.
     " Aku tak tau apa perasaan aku sekarang ni, Nad. Sayang? Menyampah tu adalah!" kataku lalu Nadia ketawa.
     " Slowly pupuk perasaan tu, okey? Kau jugak kata nak bercinta lepas kahwin, dan dah termakbul pun! So, tunggu apa lagi? Semaikan perlahan-lahan," kata Nadia memberikan kata- kata perangsang. Dia memeluk bahuku lalu dia beredar keluar.
     " Jangan tidur lewat. Esok pengantin mata macam burung hantu," perlinya lalu dia keluar. Mukaku terasa panas. Baru saja aku nak mengemas katil, pintu terbuka lagi. Aku malas nak menoleh untuk melihat siapa yang masuk.
     " Apa lagi, Nad? Kau ni ganggu betullah! Esoklah jumpa. Aku nak tidur dah ni!" aku terus membebel, dan kedengaran pintu ditutup.
     " Cepatnya nak tidur?" soalan yang keluar dari yang empunya suara membuatkan aku terus berdiri tegak. Allah! Macam manalah aku boleh lupa kewujudan dia ni? Aku menoleh perlahan-lahan dan melihat dia sedang meletakkan beg bajunya ke atas meja bacaanku. Aku menelan liur. Kemudian dia menoleh, memandangku. Aku tergamam apabila dia tersenyum nakal padaku. 'Ya Allah...kuatkanlah semangat dan iman aku. Ini silap-silap kalau tak kuat iman, aku yang terkam dia, ya Allah!' hati aku membebel. Dia berjalan menghampiri aku dan terus duduk atas katil, sedangkan aku masih statik berdiri di situ.
     " Berapa lama kau nak berdiri? Sampai esok pagi?" soalnya. Oh, tidak! Bos aku dah kembali! Aku memandangnya lalu beredar dari katil. Seram sejuk nak tidur sekali. Aku duduk di atas lantai sambil menyusun dulang hantaran untuk esok. Terdengar dia berdehem.
     " May," panggilnya. Aku memandang.
     " Mari duduk sebelah aku," pelawanya. Aku terasa muka aku pucat!
     " Tan nak!" laju sangat mulut aku menjawab. Dia mengangkat kening. Aku tunduk.
     " Tak baik ingkar cakap suami tau. Kalau kau tak nak datang sini, aku yang akan turun duduk sebelah kau. Macam mana?" soalnya sambil mulai bangun. Aku tercengang dalam bengang. Akhirnya aku bangun lalu duduk di sebelahnya, namun jarak dan ruang agak jauh.
     " Kenapa jauh? Takut?" soalnya. Aku menjeling.
     " Tak naklah duduk dekat dengan bos!" opps! Aku menutup mulut. Dia menjegil.
     " Kalau kau tak nak rapat ke sini, aku yang akan rapat dekat kau," ugutnya. Oh, mak! Kenapalah dia ni nak sangat jadi suami aku! Takkan kat rumah pun dia nak jadi singa kot? Aku mula berpeluh dingin. Tak sukalah keadaan macam ni! hatiku menjerit! Aku tetap diam membatu. Dia dengan perlahan menghampiri aku, semakin dekat, semakin rapat, dan akhirnya bahu kami bersentuhan. 'Ya Allah, aku tak pernah duduk serapat ini dengan dia!' hatiku cuak!
     " Tak panas bertudung dalam bilik?" soalnya sambil bermain dengan hujung tudungku. Aku baru sedar yang dia belum menukar baju melayunya sedangkan aku sudah berkain batik dan berbaju t-shirt. Aku menolak perlahan tangannya.
     " Tudung saya, suka hati sayalah!" jawabku namun tidak sekasar tadi. Dia tersenyum.
     " Dengan suami, buat apa nak malu?" soalnya. Aku diam menggigit bibir. Dia ni kan! 
     " Biarlah!" jawabku lagi. Tetapi sudah terasa tangannya memegang pin di bawah dagu aku. Alamak! Hati aku berdegup kencang.
     " Ada tak orang bagitahu kau, yang kau punyai bulu mata yang lentik dan bibir yang comel? Ada tak orang puji kau?" soalnya lalu aku memandang ke arah wajahnya. Mencari kebenaran kata-kata Nadia, benar bagai dikata. Dia mempunyai sepasang mata bundar yang cantik. Mata kami bertatapan.
     " Aku suka bila tengok bulu mata kau, bila kau kelip-kelip mata dekat aku, bila kau jegilkan mata dekat aku," katanya dengan romantis. Tanpa sedar tudung kepala aku tertanggal. Dia membuka pin tudung aku dan menarik tudungku lalu meletakkan atas katil. Aku terdiam. Hati aku rasa macam nak menangis. Huhu. Perlahan-lahan tangannya meleraikan ikatan sanggul yang ateh buat tadi, dan akhirnya rambutku terlerai sepenuhnya. Aku perasan yang dia memandangku tanpa berkelip.
     " Kau memiliki rambut yang cantik," ujarnya dengan perlahan. Aku rimas bila dia lihat cara dia memandang aku begitu, lalu aku berdehem. Dia tersentak, lalu tersenyum. Aku cuba untuk mengikat semula rambutku, tapi tangannya menghalang. Aku melihat dia menggeleng. Dan akhirnya aku membiarkan rambutku lepas. Panaslah! Aku cuba bangun namun tanganku ditarik, membuatkan aku terduduk kembali.
     " Nak ke mana? Tak selesa duduk dengan aku?" soalnya. Aku diam.
     " Sedari tadi kau diam saja. Selalunya bila kau berdepan dengan aku, kau kuat menjawab jugak! Kali ni kenapa diam pulak, Puan Maysarah?" soalnya. Aku menjeling.
     " Selalu tu sebab kita bukan....." ayatku terhenti. Dia ketawa.
     " Bukan suami-isteri? Macam tu maksud kau?" soalnya. Aku menarik perlahan tanganku dari pegangan tangannya, kerana aku benar-benar tidak selesa. Dia cuma memandang aku yang bangun dan menuju ke arah sebelah kanan katil.
     " Tidurlah! Esok nak bersanding, tak pasal-pasal mata kita berdua macam burung hantu," kataku lalu berbaring jauh darinya. Dia ketawa.
     " Kenapa tidur jauh? Takut aku akan apa-apakan kau ke?" soalnya lalu baring betul-betul di belakangku. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Terasa jari-jarinya bermain di mata aku. Ya Allah, terasa betul-betul jantung aku nak luruh! Jangan dia buat yang bukan-bukan, sudah! Aku menggenggam tanganku di bawah bantal, berdoa banyak-banyak dalam hati. Dia merapatkan badannya dan terasa hembusan nafasnya di telingaku.
     " Assalamualaikum, sayang," sapanya. Mata aku terbuka luas. Oh, tidak! Not now!
     "  Waalaikumsalam," aku menjawab perlahan. Dia berbisik di telingaku.
     " Izinkan aku?" soalnya. Aku sudah tak keruan. Hati bagai nak pecah. Aku meramas cadar di bawah bantal.
     " Saya izinkan," aku menjawab perlahan. Nak tak nak aku kena redha dan terima yang dia kini dah menjadi suami aku. Aku memejamkan mata bila dia mendekati. Berdebar-debar.
     " Izinkan aku tidur atas katil empuk kau ni, boleh tak? Yang kau takut sangat tu kenapa?" soalnya lalu ketawa dan berpaling ke sebelah kiri. Mata aku terbuka. Hampeh punya suami! Opps! Maafkan saya ye, encik suami! Terkutuk! Haha. Dia tidur membelakangi aku, dan aku terus menoleh. Eei...geramnya aku rasa! Tadi dahlah buat aku hilang separuh semangat! Ini boleh pulak dia sedap-sedap tidur peluk bantal aku? Hati aku menjerit. Ikutkan hati ni nak aje aku cekik-cekik anak lelaki Tan Sri Ghazali ni! Tapi kang tak pasal-pasal aku yang jadi janda berhias! Huih, mintak selisih malaikat 44!
     " Apa lagi yang kau bebel tu, debab? Tidurlah!" katanya dalam mata terpejam! Aku agak terkejut! Dia dengar ke? Eeii, Nad! Laki aku ada kuasa psikik! Tolong! Aku menarik selimut lalu terus selubung sampai ke kepala. Tak habis-habis nak menyakitkan hati!
                                   *****************************************
     " Orang panaslah pakai baju songket ni, along!" aku merungut. Along cubit pipiku.
     " Pengantin ni banyak cakap betul!" kata along selaku jurumekap aku. Kehadiran sanak saudara dalam bilik aku menambahkan bahang walaupun kipas siling sudah berputar angka 5.
     " Tenyeh je mulut dia tu dengan lipstik, along," kata ateh.
     " Huh, tak kan nak diamnye dia tu! Kena suruh Adam jugak yang diamkan dia," kata Nadia. Merah padam muka aku.
     " Agaknya malam tadi dah kena sekali sebab tu siang ni membebel je," dengan selamba along terus mengenakan aku. Aku menjeling. Muka aku terasa panas.
     " Memang pun! Kena hentam! Si Adam tu bukan boleh tengok muka dia ni, along," jawab Nadia sambil tersengih-sengih. Along dengan ateh ketawa.
     " Along tahu dah," jawab along pulak. Eei, dorang ni tak habis-habis berpakat kenakan aku. Aku mendiamkan diri apabila along mula menyolek wajahku.
     " Dalam berumahtangga ni kena tolak ansur, tak boleh pentingkan perasaan sebelah pihak saja. Kalau dia panas, kau kena sejukkan. Bukan kau tuang minyak petrol!" along menasihati aku. Aku terdiam. Ape pulak? Bukan aku yang cari pasal pun! Hish! Tak puas hati betul!
     " Tak baik marahkan dia sebab rahsiakan semua ni. Dia buat semua ni bersebab. Ada jugak kebaikan walaupun kau marah dengan dia. Mintak maaf pada dia akan menyejukkan hatinya. Jangan dibiar perasaan marah tu lama-lama, nanti tak aman rumahtangga," sambung along lagi. Aku diam sambil berfikir.
     Malam tadi bukan aku menolak dia, masalahnya aku sendiri belum bersedia. Dia pun tak usik aku, takkan aku nak usik dia pulak? Nanti dia fikir isteri dia yang debab ni dah tak sabar- sabar sangat! Tak pasal-pasal aku kena perli dengan dia seumur hidup! Lepas tu pagi tadi selepas subuh, dia terus balik ke hotel tempat keluarganya menginap. Terasa bersalah pulak sebab lepas berjemaah tadi, aku tak sempat mintak maaf. Awak, maafkan saya!
     Ralit melayan perasaan, terdengar bunyi paluan kompang. Ya Allah, terasa lamanya aku berkhayal. Perlahan-lahan aku bangun, dan Nadia membetulkan baju pengantinku. Kami berjalan keluar untuk menyambutnya. Sebaik saja aku keluar di muka pintu, aku tergamam. Ya Allah, kacak jugak suami aku! Bangganya aku ada suami hensem macam ni! Haha! Aku menyambutnya lalu kami beriringan masuk menuju ke pelamin. Aku memegang tangannya, dan terasa dia membalas pegangan tanganku dengan erat. Dalam perjalanan, aku menoleh lalu memandangnya dan dia turut memandangku. Aku merapatkan badan dan cuba untuk bercakap dengannya.
     " Awak, saya minta maaf pasal semalam," kataku dengan ikhlas hati. Aku melihat dia tersenyum dan matanya dikerdipkan, menyatakan bahawa 'saya maafkan awak!'. 
     Saat kami disandingkan, seluruh kakitangan GSA Holdings yang hadir, terkesima dan ada di antara mereka yang tidak percaya apabila melihat aku di samping Adam Usyair, dan kini sudah bergelar Mrs. Adam Usyair! Nadia sakan mengipas aku dengan dia sekali. Hahaha..panas jugak dia ye!
     Saat mata kami berpandangan, aku nampak dia mengenyitkan matanya padaku. Terasa panas mukaku dan sekejap saja terdengar suara orang mengusik-usik. Malunya aku dibuat macam tu depan orang ramai. Dan akhirnya aku menghadiahkan senyuman paling menawan untuknya yang kini bergelar suamiku.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

23 Jun 2012

SriKaNDi CiNtAkU - part 9

     Pejam celik-pejam celik, tinggal lagi 2 minggu untuk aku enjoy sebagai orang bujang. Pada Nadia dan Aziah sudah aku khabarkan pada mereka sebaik saja aku masuk pejabat selepas minggu aku bertunang. Merajuk jugak si Nadia tapi apabila aku menerangkan kejadian sebenar, mujur dia memahami.
      Aku masih lagi menatap fail audit Nilai, mengemaskini segala data yang hampir siap (selepas Angie menghantar semua data seminggu selepas aku audit di plazanya), sebelum aku menghantar laporan kepada bos senget aku tu. Beberapa kali aku memicit dahi. Sebenarnya dalam kepala aku ni, bukan pening sebab fikir nak audit plaza lain, tetapi tengah memikirkan tentang persiapan perkahwinan yang hampir siap sepenuhnya. Kad jemputan, semua mak dah hantar, tinggal yang dekat-dekat saja yang belum dipanggil. Baju dah ditempah, set pelamin dan segala mak nenek semua dah siap. Yang tinggal hanyalah pengapit. Hurm...pengapit? Hoh! Aku mendongak, memandang Nadia yang sedang ralit menunduk.
     " Psstt! Nad!" aku panggil separuh berbisik. Nadia memanggung kepalanya, sambil mengangkat kening.
     " Apa?" soalnya.
     " Tolong aku, boleh?" soalku.
     " Tolong apa?" soalnya lagi.
     " Terlupalah, babe! Aku belum ada pengapit lagi! Kau jadi pengapit aku, boleh tak?" soalku. Dia terus menjegilkan matanya.
     " Gilalah kau ni! Aku mana kahwin lagi! Tak naklah!" tolaknya.
     " Please...," rayuku sambil membuat muka tak bersalah. Nadia merenungku dengan pandangan yang tajam.
     " Ada payment tak?" soalnya bergurau. Aku tergelak. Dah tahu, Nadia bersetuju untuk menjadi pegapit aku.
     " Ada. Kau kena temankan aku sampai di rumah mak mertua aku! Haha!" kataku mengenakannya. Lalu dia mencebik.
     " Eh, kau dah apply cuti ke belum lagi?" soalnya. Alamak! Cuti belum apply lagilah! Aku menepuk dahi, memikirkan kealpaanku. Nadia menggeleng. Pantas saja aku mengeluarkan borang cuti dari laciku, dan terus mengisinya. Selesai saja aku mengisi, aku bangun dan terus menuju ke bilik Adam, untuk dia meluluskan cuti aku itu. Selepas aku mengetuk pintu, aku terus masuk. Kelihatan Adam sedang bersandar pada sofa sambil memejamkan mata. 'Hai, awal lagilah bos, kalau nak membuta pun!' hatiku membebel. Perlahan aku menghampiri mejanya, dan meletakkan borang cuti tersebut.
     " Bos..," aku memanggilnya perlahan.
     " Hmm..," dia menjawab namun matanya masih terpejam rapat.
     " Saya lupa nak bagitahu bos, saya nak ambik cuti untuk 2 minggu. Saya nak mintak bos luluskan," aku berkata dengan berhati-hati. Kelihatan dia membuka matanya lalu merenungku tajam.
     " Cuti 2 minggu? Kau nak ke mana? Nak buat apa cuti lama-lama?" soalnya dengan nada yang serius. Aku teragak-agak untuk menjawab. Patut ke aku bagitahu dia ni? Macam tak perlu je!
     " Dahlah tu, sekarang baru nak apply! Apahal ni, debab?" soalnya dengan tegas. Erk! Aku mati kutu. Mood dia tak elok rupanya hari ni.
     " Saya nak kahwin!" jawabku dengan nada yang tegas. Dia bangun lalu duduk di kerusinya semula. Sambil dia membelek borang cutiku, dia memandangku, tersenyum sinis.
     " Aku tak tahu pun yang kau nak kahwin dalam masa terdekat ni! Mana kad jemputan?" soalnya. Aku menggaru-garu kepala. Actually, aku sendiri pun tak belek kad jemputan tu. Hehe! Mak aku kata, semua kad jemputan tu pihak lelaki yang baik hati nak cetak untuk pihak aku. Jadi aku tak tengok langsung kad tu lah! Tak mengujakan pun, dah sah-sah nama pengantin perempuan tu, aku kan? Pengantin lelaki? Esok-esok kat masjid nanti boleh tau! Hahaha!
     " Tak bawaklah, bos!" aku menjawab selamba. Mata dia terbeliak.
     " Tak bawak? Dah tu, macam mana aku nak approve cuti kau ni kalau takde bukti?" soalnya. 'Ek eleh! Sain jelah! Banyak cengkadak pulak orang tua ni!' aku mengecilkan mata bila memandangnya.
     " Hah! Menjawab, menjawab!" tegurnya keras. Gulp! Aku menelan liur. Aku ada bercakap ke tadi? Rasanya takde, tapi macam mana dia tau pulak? Huh! Scary!
     " Kalau bos tak nak sain, 2 minggu saya unpaid leave! Tak kisahlah potong gaji pun, asalkan majlis nikah saya tak tergendala gara-gara saya tak dapat cuti!" aku menjawab. Dia menjeling dan terus mencapai pen di poket bajunya. Hah! Tahu pun nak sain. Ingat nak terus membebel kat aku pasal terlupa nak bawak kad kahwin je. Sebaik dia sain, dia menghulurkan borang cuti padaku, untuk aku memberi kepada pihak HR. Aku mencapainya dan terus berpaling untuk keluar.
     " Debab!" langkahku terhenti di muka pintu. Aku menoleh.
     " Ada apa, bos?" soalku. Dia bersandar.
     " Kau tak nak jemput aku ke?" soalnya. Aku mengeluh.
     " Ini dah bagi sain borang cuti, nak jemput sekalilah, bos! Datanglah 21 September nanti ye? Saya jemput bos seisi keluarga," kataku. Dia tersenyum.
     " 21 haribulan? Tak dapatlah nampaknya," jawabnya. Aku mengerutkan kening.
     " Kenapa pulak, tak dapat?" soalku.
     " Sebab hari tu jugak aku menikah!" jawabnya serius. Mak ai! Biar betul bos aku neh! Kenapa nak sama tarikh nikah dengan aku? Tak sukalah camni! Nanti bila nak sambut anniversary je mesti dia pun sambut sama! Leceh betul! Macam takde tarikh lain je nak pilih hari tu.
     " Hurm, tak boleh nak buat apalah, bos! Saya tak boleh attend wedding boss, you also cannot attend my wedding. Nak buat macam manalah, kan?" soalku. Dia mengangguk lalu tersenyum. Huh! Muka gatal!
     " Takpelah, debab! Aku doakan kau bahagia!" katanya.
     " Saya pun doakan bos jugak. Okey, nak turun ke HR, nanti lambat bagi borang, potong gaji pulak," kataku lalu berpaling untuk keluar. Baru saja kaki nak melangkah, namaku dipanggil lagi. Hish, dia ni kan! Aku menoleh dengan muka mencuka.
     " Siapa nama bakal suami kau?" soalnya. Aku mengecilkan mata.
     " Buat apa bos nak tahu?" soalku.
     " Eh? Aku kan bos kau!" jawabnya. Aku tergelak.
     " Bos cuma bos, bukan orang penting bagi saya. So, perihal peribadi saya tak payahlah bos tanya!" kataku lalu berlalu keluar. Sambil berjalan menuju ke bahagian HR, aku tersengih. Sebenarnya, aku pun tak tanya mak nama penuh bakal suamiku, yang aku tahu mak cakap nama dia Syahir. Jangan si Syahir AF8 tu, sudahlah! Menangis semua gadis-gadis satu Malaysia nanti! Haha, perasanlah kau, May!
     Adam tersenyum sumbing. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya. 'Nampak sangat kau tak belek kad jemputan kahwin tu, May!' dia mengomel perlahan. Sambil tergelak, dia menyambung kerjanya.
                                     ***************************************
     Aku mengemas meja, dan bersiap-siap untuk pulang. Jam menunjukkan pukul 7.30 petang. Sengaja aku nak balik awal hari ni, memandangkan kepala aku letih sangat memikirkan pasal kerja dan juga hari bersejarah aku yang akan berlangsung nanti. Nadia pulang awal kerana pagi tadi dia dihantar oleh Amir, tunangnya. Sesekali mataku mengerling ke arah bilik Adam. Aku tak nampak kelibat dia sejak aku masuk ke biliknya dalam 11 pagi tadi. Aku berhenti mengemas lalu aku menuju ke biliknya. Perlahan-lahan aku membuka pintu, dan menjengah. Aku terlihat dia sedang berbaring atas sofa sambil sebelah tangannya diletakkan atas dahinya.
     Dengan perlahan aku menapak masuk ke dalam, dan menghampirinya. Aku lihat dia tidur dengan pulas dan aku tak sampai hati untuk mengejutkan dia. Aku berpaling semua lalu keluar menuju ke pantry. Sepuluh minit kemudian, aku masuk kembali dengan segelas air suam dan dua biji panadol. Aku meletakkan di atas meja kopi sebelahnya dan aku terus duduk di sofa sebelah. Dengan berhati-hati aku mengejutkannya.
     " Bos, bangun!" kejutku. Kelihatan dia bergerak dan menurunkan tangan kanannya. Terpinga-pinga dia melihat aku yang bagus punya dok tercongok menunggu dia.
     " Debab! Kau buat apa kat sini?" soalnya, separuh terkejut. 'Adeh! Kenapa dengan suara aku ni?' soal hatinya sambil berdehem-dehem beberapa kali. Aku tercengang! Ya Allah, suara dia! Kenapa tetiba pulak bertukar ni?
     " Erk, tadi bos buat konsert lepas saya keluar pergi HR ke?" perliku. Dia tersengih-sengih walaupun muka nampak pucat. Sah! Singa ni demam. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk tegak. Aku mencapai air suam dengan panadol tadi lalu aku hulurkan kepadanya. Kelihatan dia tercengang.
     " Apa ni?" soalnya keras. Aku tersentak.
     " Apa ni? Ini clorox segelas dengan dua biji ubat gegat! Nak bagi bos mati cepat! Apa punya soalan tu, hah? Dah sah-sah la ini air suam dengan panadol!" aku mula menyindir dengan nada yang tinggi. Dia tergelak, sambil mencapai gelas dan ubat itu.
     " Sayang jugak kau kat aku, yer debab?" soalnya lalu menelan panadol. Aku mencebik.
     " Takde makna saya nak sayangkan bos! Saya sayang bakal suami saya lagi bagus!" kataku lalu bangun. Dia meletakkan gelas di atas meja kopi.
     " Dah tu, bagi panadol kat aku buat apa?" soalnya. Aku yang baru hendak keluar, kembali duduk.
     " Saya tak naklah jadi saksi buta bos mati kejung dalam bilik ni," jawabku selamba. Dia membeliakkan matanya.
     " Amboi, mulut! Takde insurans langsung ke?" soalnya.
     " Sebab dah banyak insurans lah saya cakap macam ni! Bos ni, suka tanya soalan yang tak masuk dek akal! Saya ni laser-laser jugak tapi bukanlah kejam mana sangat pun! Yang bos ni, fikir apa sampai demam- demam ni?" soalku. Dia tersengih.
     " Mana ada demam?" dalihnya.
     " Hah? Tak demam?  Tu, suara dah macam Papa Rock, Ramli Sarip, apahal pulak?" soalku.
     " Hehehe," dia gelak. Masya-Allah, dia boleh gelak pulak. Ape pesen lah bos aku ni.
     " Malas nak layan bos. Saya nak balik dah!" kataku lalu bangun. Belum sempat aku berdiri, dia menarik lenganku dan aku terduduk kembali. Ish, bos ni! Main tarik-tarik tunang orang pulak!
     " Pening kepala sangat tadi," jawabnya, lalu dia kembali bersandar.
     " Pening kenapa pulak?" soalku.
     " Tak cukup tidur," jawabnya perlahan.
     " Hai, sibuk bercinta sampai tak cukup tidur?" soalku sinis. Dia menjeling.
     " Sibuk tolong umi aku buat persiapan!" katanya tegas. Aku tersengih. Ingatkan tak cukup tidur macam aku ni, sibuk bermesej sampai larut malam. Haha.
     " Oh! Dah, kemas barang, balik, rehat! Jangan gatal-gatal nak sambung kerja sampai 9-10 malam. Balik tidur awal. Kang tak pasal-pasal hari akad nikah bos tu, kena buat kat dalam wad hospital! Pecah rekod! Lagi pun kat luar tu dah takde siapa, tinggal saya dengan bos je. Saya pun nak balik dah ni," kataku lalu bangun. Dia turut bangun serentak.
     " Ye ke? Kalau macam tu, kita beriringan sajalah! Kau tunggu aku dekat lif," katanya lalu aku terus keluar. Nak jugak balik dengan aku! Huh!
     Kami perlahan beriringan ke parkir kereta, memandangkan Adam tak kuat untuk berjalan laju. Sampai saja di BMW miliknya, dia terus masuk.Aku sempat berpesan.
     " Bos, kalau tidur tu, lain kali jangan letak tangan atas dahi. Tak baik! Tertutup kalimah Allah dan kalimah Muhammad tu," kataku. Dia senyum lalu angguk.
     " Terima kasih atas ingatan. Hati-hati balik tu," katanya lalu terus memecut kereta. Huh! Kata demam plus pening kepala, tapi drive macam orang nak pergi drift je gayanya. Sakit apa macam tu? Akal panjang sangat! Aku menuju ke keretaku lalu terus memandu pulang.
                                            *************************************
     " Nad, aku tak tahu pun tarikh kahwin si senget tu sama dengan tarikh aku!" kataku sebaik saja keluar dari bilik, selepas solat Isyak. Nadia yang sedang menyiapkan satu dulang hantaran untukku, menoleh.
     " Lah, ye ke? Aku pun tak tahu, weh!" katanya. Aku duduk di atas sofa.
     " Tadi masa aku check dia dalam bilik, dia tengah tidur. Sakit kepala, katanya," kataku.
     " Pening fikir persiapan kot?" soal Nadia. 
     " Agaknya," jawabku acuh tak acuh.
     " Dia ada jugak fikir pasal persiapan. Kau? Mana ada! Semua harapkan mak kesayangan kau buat!" Nadia membebel. Aku tersengih.
     " Ate, aku pun tolong jugak!" jawabku.
     " Haah! Tolonglah sangat! Tolong membebel! Ini macam manalah gayanya kalau dah kahwin nanti? Tak kan nak harapkan mak kau lagi?" soalnya.
     " Eh, apehal pulak? Dah kahwin, sendirian berhadlah!" jawabku lalu kami ketawa. Seketika kemudian, kami menyepi. Mataku memerhatikan kecekapan tangan Nadia menyiapkan barang hantaran.
     " May," panggil Nadia. Aku memandangnya.
     " Apa?" soalku.
     " Macam tak percaya je yang kau nak kahwin, kan?" soalnya. Aku angguk.
     " Yelah! Rasa aku, yang bertunang awal, kau! Tapi aku yang dulu kahwin," kataku.
     " Inilah namanya jodoh, cik kak! Lepas ni, tak seronoklah aku sebab kau dah pindah rumah," katanya. Aku termenung. Yelah! Kena pindah! Huh, seram pulak nak duduk dengan suami! Hik hik. Aku ketawa.
     " Oih! Apasal kau gelak tiba-tiba ni?" soalnya. Aku memandangnya.
     " Aku rasa seram pulak nak tinggal serumah dengan suami aku. Haha," lalu aku ketawa. Nadia turut ketawa sambil menekan perutnya.
     " Takpe, tiap-tiap malam ada orang temankan kau! Lepas tu pergi kerja mesti mengantuk je, sebab malam pun ada buat over time!" lalu ketawanya lepas. Aku rasa merah padam muka aku.
     " Kau ni, Nad! Jahatlah! Kenakan aku!" aku berkata perlahan. Dia ketawa lalu menoleh.
     " You're blush! Rilex babe! Takde apa yang nak dimalukan. Lepas kahwin nanti, kau bagilah tips malam pertama kat aku pulak! Kahkahkah," dan Nadia terus ketawa. Aku pantas mencapai bantal kecil lalu memukul belakangnya. Dia masih ketawa walaupun sudah perlahan. Aku menjeling.
     " Kemain gatal kau, yer? Sepatutnya kau yang kahwin dulu, boleh bagi aku tips!" aku menyindir, dan Nadia terus ketawa.
     " Tips aku, rahsia suami isteri!" jawabnya dalam ketawa yang masih bersisa.
     " Banyaklah kau punya rahsia! Aku belasah kang!" jawabku. Kami ketawa.
     " Kau tak excited ke, babe?" soalnya. Aku menjeling tajam ke arahnya yang asyik tersengih-sengih.
     " Tapi kan, Nad, seriously, memang aku seram giler! Dah lah tak kenal dia, tahu-tahu nak jadi laki aku! Masalah betul nanti!" aku bersuara. Nadia menoleh memandangku.
     " Babe, rileks! Tak payah terburu-buru kalau belum bersedia. Aku yakin, dia pun berperasaan macam kau jugak!" jawab Nadia memberikan pendapat.
     " Tulah, kan? Biar serasi dulu," kataku.
     " Lepas serasi tu nanti, aku takut kau yang terkam dia, bukan dia yang terkam kau! Haha," Nadia terus- terusan menyakat aku. Hampeh punya kawan! Aku mencubit lengannya lalu aku bangun.
     " Layanlah otak senget kau tu sorang-sorang! Aku nak tidur! Duduk dengan kau, habis panas muka aku!" kataku lalu masuk ke dalam bilik.
     " Have a sweet dream, dear! Haha," kedengaran Nadia masih lagi terus ketawa. Eii, malunya kena sakat macam tu! Takde sivik langsung! 18SG okey, Nad? Aku mencapai bantal peluk, lalu aku memeluknya sambil dalam hati membaca doa tidur. Semoga mimpi malam ini takde yang menyeramkan.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim