15 Oktober 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 34

5 tahun kemudian...  

     " Ayah!" satu jeritan suara memecah kesunyian sebaik saja pintu dibuka. Adam Usyair menjeling sekilas. Perlahan-lahan si kecil itu masuk dan terus melompat atas sofa. Adam bersandar lalu bersilang tangan.
     " Berapa kali ayah pesan, kalau datang ke ofis ayah kena buat apa?" soal Adam serius. Si kecik yang tadinya melompat-lompat, terus terduduk dan menunduk.
     " Kena ketuk pintu dan bagi salam," jawabnya petah.
     " Then, have you knock my door before you come in or not?" soal Adam lagi. Si kecil memandangnya dengan mata berkaca. Dia tahu dia salah.
     " No, I didn't," jawabnya, sedikit sebak. Adam tersengih. Perlahan dia bangun dan menghampiri si kecil itu, lalu duduk di sebelahnya. Seketika kemudian Adam memeluk sambil menggeletek dia sehingga mengekek-ngekek dia ketawa.
     " Ayah, Ameer penat!" jeritnya dalam tawa yang masih bersisa. Adam berhenti mengusik anaknya lalu memeluk erat.
     " Datang dengan siapa ni?" soalnya sambil membetulkan rambut anaknya yang kusut akibat 'permainan' mereka sebentar tadi. Si kecil itu,Ameer Mirza, menoleh memandang ayahnya sambil membuat mulut kembung. Adam menjungkit kening.
     " Dengan mama," jawabnya lalu kembali menghadap ke arah pintu. Adam mengerutkan kening.
     " Mana mama dengan adik?" soal Adam.
     " Makan, dekat pantry," jawabnya. Baru saja Adam ingin bertanya soalan lagi, pintu biliknya diketuk lalu terbuka dari luar. Kelihatan wajah comel si gadis menerpa masuk. Dia terus menghampiri ayahnya dan memeluk dengan penuh kasih sayang.
     " Amani pergi makan dengan mama ye? Mana mama?" soal Adam. Anak gadisnya, Marissa Amani, menolak abangnya untuk duduk di ribaan ayahnya.
     " Tepilah abang ni. Mama kat luar, cakap-cakap dengan kawan-kawan dia," jawabnya petah. Ameer menarik rambut ekor kuda adiknya kerana geram ditolak sebentar tadi.
     " Ameer..," suara Adam keras kedengaran. Ameer membuat mata juling lalu Adam tergelak.
     " Huh! Sebiji perangai ibu dulu," jawab Adam. Ameer dengan Amani ketawa.
     " Ayah, cepatlah kemas. Dah nak balik ni," marah Ameer. Adam bangun lalu bersenam membetulkan urat belikatnya.
     " Awal lagilah," ujar Adam selamba lalu duduk kembali di kerusinya. Amani sudah menjegilkan matanya.
     " Dah lewat! Ingat tak mama pesan, jangan balik lewat. Nanti semuanya lewat. Makan lewat, mandi lewat, tidur lewat...." belum sempat Amani menyambung 'hujahnya', Adam menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Kebetulan pintu terbuka dari luar dan ternganga mulut Yanti melihat keadaan Adam seperti anak-anak kecil yang kena leter.
     " Ya Rabbi! You ni kenapa?" soal Yanti kepada Adam. Tersengih Adam.
     " Ni ha, anak kesayangan you. Membebel dekat I, macam you dengan ibu dia je," jawab Adam sambil bangun dan menutup suis laptop. Yanti tergelak.
     " Habis tu? Dah tak reti sangat nak berkemas-kemas balik awal sampai anak-anak paksa I datang sini jemput you balik," jawab Yanti sambil mengemas meja Adam. Ameer dan Amani masing-masing sudah berlari keluar.
     " 5 tahun kehidupan I banyak berubah, Yan. Kalau dulu masa bujang, masa mula kawin, selalu balik lewat. Selepas I ada anak-anak, no more 9 pm at office," kata Adam lalu ketawa. Yanti menjeling.
     " Tahu pun! Tu mujur dorang ajak I ke sini, kalau terus dorang terjah ofis abi, alamatnya satu bangunan kena tutup awal," perli Yanti. Adam ketawa lalu mencapai beg bimbit dan kot, kemudian beriringan keluar dengan Yanti.
     " Hurm, you tengok. Staf you yang lain pun reti nak balik awal. You je, dah masuk pukul 7 pun tak reti nak balik," ujar Yanti sebaik saja mereka keluar menuju ke kawasan tengah ofis. Adam menjeling sambil mengunci pintu pejabatnya.
     " Ameer, Amani, jom!" laung Yanti kepada dua orang anak kecil yang ralit bermain kertas di meja Maysarah. Perlahan mereka menghampiri cube Maysarah untuk melihat apa yang dibuat oleh mereka di situ.
     " Amboi, tak nak balik ke?" soal Adam. Ameer tersengih sambil memegang bingkai gambar Maysarah dengan ayahnya.
     " Put there back, and now let's go home dear," kata Adam lalu menarik tangan Amani untuk mengikut Yanti. Ameer Mirza mencium gambar Maysarah lalu diletakkan semula ke atas meja itu, lalu mereka berempat beriringan keluar menuju ke lobi.
**********************************************************************************
     Sampai saja di rumah, kedua kanak-kanak itu berlari-larian masuk ke dalam rumah. Riuh sekali walaupun ada dua orang saja kanak-kanak dalam rumah mereka. Adam mencapai kotnya lalu menutup pintu, manakala Yanti terus menuju ke arah keretanya dan mula menghidupkan enjin. Pantas Adam menoleh.
     " Eh, you nak ke mana pulak?" soal Adam. Yanti tersenyum.
     " Baliklah! Tak kan nak tidur sini kot?" soal Yanti lalu ketawa. Adam pantas mematikan enjin kereta Yanti lalu menarik kunci dari slotnya.
     " Dah malam ni, jangan nak merepek," jawab Adam tegas. Belum sempat Yanti menjawab, kelihatan kelibat seseorang sedang berjalan keluar menuju ke muka pintu.
     " Nape tu?" soalnya.
     " Yanti nak balik dah," jawab Adam. Kedua kanak-kanak itu muncul mencelah dari sisi ibu mereka.
     " Dah malam Yan, kau jangan nak merepek. Tidur sini je. Lagi pun esok cuti," jawabnya. Adam memandang Yanti sekilas dan Yanti memandang kembali ke arah pintu.
     " Sorry lah, May. Esok aku nak bawa mama ke hospital la," jawabnya. Aku mengerutkan kening. Hurm, tak kan nak paksa kan? Aku mengangguk lalu Yanti bercakap sebentar dengan Adam sebelum menghidupkan keretanya dan memecut pergi. Aku menyambut tangan Adam dengan ciuman kasih dan kami beriringan masuk ke dalam rumah.
     Haa, mesti korang ingat aku dah takde selepas melahirkan Ameer Mirza dan Marissa Amani kan? Kalau diikutkan, memang aku dah takde pun sekarang ni. Aku tak akan dapat menyaksikan anak-anak aku membesar. Jikalau bukan kerana pengorbanan seorang madu, aku tak akan bergelar ibu bagi anak-anak aku dan bakal anak aku.
     Yanti mendermakan darahnya kepadaku setelah aku hampir 45% kehilangan darah. Ini terjadi selepas kes aku hampir dirogol dan terjatuh terhentak ke lantai. Pelakunya sudah ditangkap dan sudah dipenjarakan dengan hukuman yang setimpal, 10 sebatan. Menurut Doktor Arifah, darah simpanan untuk kumpulan darahku amat terhad dan tidak mencukupi. Maka Yanti dengan rela hati menderma darahnya setelah dia tahu kumpulan darahku dan darahnya adalah sama. Aku bersyukur kerana keikhlasan Yanti membantu, aku masih bernafas sehingga hari ini. Cuma yang aku terkilan, aku tidak dapat menyelamatkan rumahtangga dia dengan suamiku.
     Sebulan selepas aku melahirkan, Yanti memohon penceraian dari Adam. Aku tahu Adam merasa berat hati untuk melepaskan Yanti setelah Yanti berkorban untuk diriku tetapi kata Yanti dia tak mahu meruntuhkan kebahagiaan yang tercipta antara aku dan Adam. Aku juga menghalang tetapi Yanti tekad dengan keputusannya. Maka Yanti dan Adam berpisah dengan cara baik, dan sekaligus menjadi mama segera kepada anak-anak aku.
     Keputusan terburu-buru Yanti dan Adam untuk bercerai membuatkan ayahnya, Dato' Hassan mengamuk seharian di rumah Tan Sri Ghazali, ayah mertuaku. Dengan rasa bersalah Yanti menceritakan semua kejadian dari mula sehingga dia ditangkap khalwat bersama Adam. Dato' Hassan terduduk terus diserang sakit jantung. Mujur nyawa orang tua tu masih panjang, dan sekarang dia sudah boleh menerima keadaan sebenar.
     Mak dengan abah pun semakin bahagia mereka berdua tu. Selepas perkahwinan Munirah 3 tahun sudah, dan Mazlan pun sudah mendirikan rumahtangga beberapa bulan lepas, giliran Muzzaid pula selepas ini. Itu pun kata mak sesudah dia selesai rekrut tentera udara. Adik bongsu aku yang dulu manja-manja macam anak sotong tu, bakal jadi pegawai tentera udara. Tak sangka pulak aku. Haha. Mazlan sekarang bertugas sebagai guru di Ipoh. Isterinya juga seorang guru, dan berasal dari Melaka. Along dengan angah masing-masing menambah seorang anak setiap dari mereka.
     Haa, hujung tahun ni mak dengan abah akan menunaikan haji dengan umi dan abi. Abi sponsor semuanya, kata Adam. Syukur, murah rezeki mak abah, umi dan abi.
     " Sayang?" aku tersentak apabila Adam mencuit hidungku. Aku tersengih.
     " Mengelamun apa?" soalnya. Aku menggeleng lalu tergelak. Adoi, jauh betul aku mengelamun kan? Adam mengerutkan dahi lalu menggaru kepala.
     " Kenapa dengan ibu ni? Senyum sorang-sorang?" soalan Adam membuatkan kedua-dua orang anakku yang sedang menonton tv, menoleh. Aku tergelak.
     " Eeii, ibu ni! Scary betul lah!" kata Amani dengan suara yang kuat.
     " Mana ada ibu scary? Ayah tu je tak pernah tengok ibu ketawa," jawabku. Adam mencubit pipiku, apabila melihat kedua mereka kembali menonton tv.
     " Ingat siapa?" soalnya. Aku bersandar pada lengannya. Dia menarikku rapat ke sisinya lalu membiarkan aku memeluk pinggangnya.
     " Teringatkan mak. Dah tak lama je lagi mak dengan abah nak pergi ke tanah suci," jawabku perlahan. Adam tersengih.
     " Eleh, nak tipu tapi tak pandai!" perlinya. Kami ketawa.
     " Eei, tengoklah adik. Ibu dengan ayah ketawa pulak. Takut betul. Abang nak masuk tidurlah. Selamat malam ibu, ayah," kata Ameer Mirza lalu bangun mendekati kami. Satu ciuman diberikan kepada kami dan juga kepadanya. Kemudian Marissa Amani pun turut bangun memelukku dan memberikan ciuman selamat malam.
     " Aik? Awal lagi rasanya. Dah nak masuk tidur, abang, adik?" perli Adam sebaik anak-anak menapak anak tangga. Kelihatan Ameer menjenguk dari balkoni atas. Aku menampar manja lengannya, lalu tersengih. Itulah kerja Adam Usyair. Menyakat anak-anak. Perangai dari bujang smpai anak nak masuk 3 orang dah, tak berubah-ubah. Dulu aku yang selalu kena sakat, sekarang dia kenakan anak-anak dia pulak.
     " Tak laratlah nak tengok tv. Mengantuk!" jawab Ameer manakala dari bilik Amani sudah kedengaran pintu ditutup. Kemudian pintu bilik Ameer tertutup rapat. Tinggallah kami berdua mengadap tv yang menayangkan cerita kartun dari channel pilihan budak-budak ni tadi.
     " Sayang ingat siapa tadi?" soal Adam. Aku bangun menutup suis tv. Dia turut bangun dan kami beriringan naik menuju ke kamar beradu.
     " Takde sape-sapelah. Abang ni, suka syak bukan-bukan," kataku sebaik memasuki bilik. Adam menutup pintu dan menutup lampu. Aku bersandar perlahan pada hujung katil. Dia terus naik dan rebah di sebelahku.
     " Abang panggil sayang tiga kali tau. Takde respon," katanya. Aku ketawa.
     " Sayang teringatkan masa mula-mula abang mengorat dululah. Mula-mula abang memang menyakitkan hati sebab selalu cari pasal, sebab tu lah kena reject. Tak lama lepas tu pertunangan rahsia. Abang ni memang suka bagi kejutan kan?" soalku lalu memandang wajahnya dalam kelam malam. Kedengaran dia ketawa.
     " Eleh!Yang dia tu apa kurangnya. Kaki menjawab, lepas tu debik guna buku audit. Sakit tau sampai sekarang boleh rasa," jawab Adam sambil mengusap-usap perutku yang semakin sarat dengan lembut. Aku menepis.
     " Gelilah!" jawabku spontan.
     " Perangai tak berubah-ubah. Anak nak masuk 3 dah, dok geli macam tu jugak!" perli Adam lagi. Aku mencubit perutnya yang tak berbaju dan pantas dia menarik aku ke dalam pelukannya.
     " Abang pun sama, kaki menyakat!" jawabku. Kami sama-sama ketawa. Kemudian suasana sepi dan kembali romantis seperti selalu. Adam menatap mataku sehingga aku merasa wajahku hangat. Ya, dulu masa bujang, masa baru kahwin, aku tak berani nak lawan pandang mata encik suami. Sekarang pun masih malu-malu. Aku tak tahu kenapa selalu aku kalah bila cuba melawan pandangan matanya. Adam mendekati wajahku dan dahiku dikucup, lama. Kemudian mataku, kiri dan kanan. Kemudian hidungku, lalu aku tergelak. Rasa geli bercampur malu membuatkan aku berpaling dan meledakkan ketawa. Adam tersengih.
     " Kenapa gelak pulak?" soalnya dengan suara yang romantis. Aku kembali menatap wajahnya.
     " Abang romantis pelik sangat," jawabku.
     " Pelik ke? Macam biasa je sebelum ni kan?" dia tersengih nakal. Pantas aku mencubit perutnya lagi. Nakal pulak Adam Usyair malam ni. Jari-jemariku bermain-main di dada bidangnya namun terhenti apabila dia memegang tanganku. Aku menatap wajahnya.
     " Maysarah, abang terlalu mencintai dirimu sehingga ke akhir hayat abang. Terima kasih kerana sudi menjadi suri hati dalam hidup abang, menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak abang, Ameer Mirza, Marissa Amani dan yang lain-lain, menjadi menantu umi dan abi yang terbaik. Terima kasih kerana terima abang walaupun abang banyak buat kejutan untuk sayang," ucapnya lalu dicium jari-jemariku. Lain-lain?? Amboi, nak anak sampai satu team bola sepak ke suami aku ni? hati tergelak. Mataku berkaca. Ala Adam ni...
     " Sayang yang patut berterima kasih pada abang kerana sudi menjadi suami sayang, menerima sayang seadanya walaupun sayang debab. Terima kasih kerana menjaga sayang dengan baik selama sayang di bawah tanggungjawab abang, jaga anak-anak sayang selama sayang sakit, jaga keluarga sayang. Sayang amat menghargai dan terlalu mencintai abang sorang sehingga akhir nyawa sayang. Terima kasih abang, menerima sayang menjadi isteri abang," aku berkata-kata dengan esakan lalu mencium pipinya kiri dan kanan. Kemudian aku memeluknya erat, seakan tak mahu dia jauh dariku. Dia mengeratkan pelukan kemudian aku terdengar dia berkata dalam tawanya.
     " Tak dapat dah nak peluk sayang rapat-rapat. Perut sayang dah ke depan," selorohnya.
     " Abang!" aku terus menangis bila dia kembali menyakatku. Pantas dia memelukku lalu meledakkan ketawanya. Sungguh, aku bahagia sekarang bersama insan yang telah Allah jodohkan untukku. Aku bersyukur, Ya Allah. Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ke firdausi. Amin..

***************************************TAMAT*************************************

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

SriKaNDi CiNtAkU - part 33

     Hampir rebah Adam sebaik saja melihat sekujur tubuh isterinya terbaring lesu dengan penuh kesan darah. Menitik air mata lelakinya. Pantas dia memangku Maysarah dan tangannya menggigil mendail nombor telefon ayahnya. Petugas hotel tergamam tatkala melihat keadaan tetamu mereka.
     " Dik, please call ambulance now. Please," rayu Adam kepada petugas lelaki itu. Terburu-buru dia berlari meninggalkan Adam dan terus ke tingkat bawah. Kemudian dia kembali menatap wajah isterinya. Kelihatan bekas air mata membasahi pipinya.
     " Assalamualaikum, abi. Abi terus pergi hospital, Adam nak bawa May ke sana. Nop, she's not fine. She dropped down, and bleeding," jawab Adam lalu menangis terisak-isak.
     " Ya, abi. Adam dah suruh pihak hotel call ambulance. I'm scared, abi. Ya Allah...," rintih Adam sambil memangku Maysarah. Sejurus mematikan talian, dia membuka baju sejuknya untuk menutup sebahagian tubuh yang terdedah. Setengah jam kemudian, petugas hotel itu kembali dengan dua orang pembantu hospital. Pantas mereka mengangkat tubuh Maysarah, dan Adam terus menyambar beberapa helai baju, beg tangan serta telefon milik isterinya.
     " I will come back to pick up my wife things, later. Thanks,dik," kata Adam kepada budak itu, Hakim, dan terus mengejar pembantu hospital itu menuruni lif. Hakim cuma mengangguk lantas terus mengunci pintu bilik yang didiami Maysarah.
     Sebaik saja tiba di hospital besar, Maysarah terus dibawa ke wad kecemasan. Adam terduduk lemah apabila ternampak kelibat ayah dan ibunya yang sedang menanti. Puan Sri Sabrina menerpa ke arah Adam.
     " Apa yang terjadi, Adam?" soal ibunya dengan cemas. Adam duduk dan menangis. Perlahan ibunya mengusap belakangnya.
     " She's bleeding. Bajunya habis koyak, and I think she might be raped, umi," jawab Adam tersekat-sekat. Puan Sri Sabrina mengurut dada. Tan Sri Ghazali mendekati mereka.
     " Astaghfirullah... macam mana sistem pengawasan hotel tu? Tak ketat sangat! Kunci pintu pun orang asing boleh masuk!" Tan Sri Ghazali menepuk bahu isterinya yang sudah naik angin. Beberapa ketika doktor keluar dari bilik pembedahan. Pantas Adam bangun.
     " Assalamualaikum. Saya Doktor Jamilah. Encik suaminya?" soal doktor itu. Adam mengangguk.
     " Maafkan saya, encik...," dia menunggu Adam bersuara.
     " Adam," jawab Adam.
     " Oh, Adam. Maafkan saya encik Adam. Keadaan isteri encik sangat kritikal. Saya rasa eloklah encik bawak dia ke hospital pakar. Keadaan bayi pun kurang memuaskan. Sebelum ni ada tak dia dirujuk di mana-mana specialist?" soal Doktor Jamilah. Adam pantas mengangguk.
     " Ada. Hospital Putrajaya. Boleh ambulan hospital ni tolong hantarkan dia?" soal Adam.
     " Boleh, encik. Yang itu biar saya uruskan. Saya akan berikan satu surat rujukan untuk pihak sana. Mari ikut saya," kata Doktor Jamilah lalu berlalu. Adam menoleh memandang ibu dan ayahnya.
     " Abi, barang-barang May kat hotel," rayunya. Tan Sri Ghazali menepuk bahunya.
     " Dah. Pergi temankan May tu. Kereta kamu biar abi bawak balik. Umi naik dengan Razif pergi sana. Abi singgah hotel ambil barang May dulu," ayahnya memberi cadangan.
     " Jaga diri, jaga May baik-baik. Nanti umi sampai," Puan Sri Sabrina memeluk erat anaknya, sebelum Adam bersalam dengan mereka dan menuju ke bilik doktor. Tan Sri Ghazali dan Puan Sri Sabrina beredar ke parkir kereta.
************************************************************************************************************************************************
     " Doktor," panggil Adam. Doktor Jamilah mendongak. 
     " Ye, encik Adam. Sila duduk. Jururawat sedang siapkan pesakit dan sekejap lagi boleh bertolak. Ini surat rujukan. Tapi, maaf jika apa yang saya nak bagitahu ni, buat awak marah," katanya lagi. Adam membelek surat itu sambil memandang ke arah wajah doktor muda itu.
     " Apa saja doktor," katanya tak bermaya.
     " Actually, saya rasa pesakit bergelut dengan seseorang sebelum dia terjatuh. Dari ciri-ciri koyakan pada bajunya, saya pasti, dia hampir dirogol," kata Doktor Jamilah. Adam memejam matanya rapat. Tangannya menggenggam penumbuk.
     " Tapi orang tu tak sempat nak rogol Maysarah, mungkin dia panik melihat darah atau Maysarah pengsan. Dari pemerhatian saya, bayi ada sedikit komplikasi, dan saya minta pakar yang lebih arif untuk membuat keputusan," kata doktor Jamilah. Dia bangun lalu menuju ke pintu apabila seorang jururawat datang. Kemudian dia berpaling semula ke arah Adam.
     " Adam, ambulan dan bersedia untuk bertolak. Saya doakan semoga semuanya selamat," kata doktor Jamilah. Adam bangun lalu tersenyum tawar, dan mengikut jururawat tersebut. Sebaik saja masuk ke dalam ambulan, hatinya kembali sayu. Wayar botol darah dan air bersilang masuk ke dalam tubuh isterinya, begitu juga tangki oksigen. Wajah Maysarah terlalu pucat. Sambil menggenggam tangan Maysarah, Adam menangis. Dan akhirnya siren ambulan memecah keheningan dinihari menuju ke Putrajaya.
******************************************************************************************************************************************************
     Pantas Adam berdiri sebaik saja terlihat kelibat adik iparnya, Munirah datang dengan ibu dan ayah mertuanya. Uminya serta mak mertuanya berpelukan kemudian menangis terisak-isak. Umi, memang ratu air mata, bisik hatinya. Munirah menghampiri Adam.
     " Doktor cakap apa, abang?" soalnya.
     " Doktor belum keluar lagi. Tapi kat PD tadi doktor sana cakap baby ada komplikasi," terang Adam dengan suara yang serak. Dia melihat abi dengan abah duduk di hujung penjuru dan berbual sesama mereka. Munirah merenung abang iparnya dari atas hingga ke bawah.
     " Kenapa jadi sampai macam ni, abang?" soal Munirah perlahan. Adam terpinga lalu memandang wajah Munirah.
     " Jadi apa?" soalnya kurang jelas. Munirah menarik nafas, dan menggelengkan kepalanya. Dari jauh kelihatan doktor bertugas sudah keluar dari dewan pembedahan. Pantas mereka semua bangun menerpa ke arah Adam.
     " Encik suaminya?" soal doktor itu.
     " Ya, saya," Adam bersuara.
     " Keadaan bayi dan Puan Maysarah sangat kritikal. Akibat jatuh tadi, degupan jantung bayi tak normal. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kedua-duanya. Kami meminta agar encik Adam sekeluarga banyak-banyakkan berdoa. Kita tawakkal kepada Allah," katanya, lalu meminta izin untuk berlalu kembali ke dewan bedah. Pantas Munirah mengejar doktor itu dan kelihatan mereka berbincang sesuatu. Adam kembali duduk dengan perasaan lelah yang amat.
     " Abi nak ke PD esok. Pasal kes ni, abi dah minta polis sana siasat. InshaaAllah esok mungkin kita dapat tangkap pelakunya," kata Tan Sri Ghazali kepada Adam. Adam cuma mengangguk kemudian memejamkan matanya, penat.
     Adam kembali terjaga apabila terdengar suara beberapa orang sedang berbual tetapi keadaan seakan kecoh. Walaupun dalam hospital namun terasa bahang pergaduhan. Dia membuka mata dan terlihat Yanti disoal siasat oleh uminya. Terkebil-kebil Yanti memandangnya meminta pertolongan. Perlahan dia bangkit lalu menuju ke arah mereka. Tercengang uminya tatkala melihat anaknya menghampiri. Adam duduk sebelah Munirah.
     " Kamu tahu tak, kerana kamulah May sekarang berada di dalam dewan tu?" soal Puan Sri Sabrina. Adam mengeluh.
     "Umi, dah lah tu. Benda dah jadi," Adam mula bersuara apabila melihat Yanti cuma berdiam diri. Uminya menjegil mata kepadanya.
     " Kalau tak kerana kamu berdua buat hal, May takkan jadi macam ni," suara umi kedengaran tegas namun matanya dikerling sekilas kepada Yanti. Tertunduk Yanti, terdiam begitu saja.
     " Sabarlah, makcik. Saya yakin achik takde apa-apa. Dia kuat," Munirah bersuara. Puan Sri Sabrina mengeluh kemudian terdengar dia beristighfar perlahan. Adam meraup mukanya lalu bingkas bangun, sambil memaut lengan Yanti. Tercengang Yanti memandang suaminya.
     " Ke mana?" soal Yanti perlahan. Semua mata memandang.
     " Keluar," jawab Adam sepatah lalu menarik tangan Yanti. Yanti bangun menurut lalu mereka beredar. Ahli keluarga yang lain cuma menghantar pemergian mereka melalui ekor mata saja.
     Setibanya mereka berdua di luar, Adam mengeluh sambil memandang wajah Yanti yang sayu. Semakin cantik pulak minah ni bertudung, kata hatinya. Yanti merasa pelik lalu berdehem, dan sekaligus mematikan lamunan Adam.
     " I mintak maaf pasal umi," kata Adam ringkas. Yanti tersenyum.
     " Bukan salah umi you pun. Betul, semua salah punca dari I," jawab Yanti perlahan. Adam tersentak.
     " Sudahlah Yan. Benda dah jadi. Baik buruk you pun you dah jadi isteri I," jawab Adam. Yanti tergelak.
     " Tapi I tetap bukan menantu kesayangan umi you kan?" soal Yanti dengan selamba. Adam cuma menjeling.
     " Macam ni lah, Adam. Since this thing happen, I rasa baik kita berpisah cara baik. Sebelum papa I dapat hidu cerita sebenar," kata Yanti sambil memandang ke arah jalan raya. Adam tersentak.
     " Tak nak lah! Biar nanti I bagitau perkara sebenar. Kalau I ceraikan you nanti papa you bunuh I," kata Adam. Yanti tergelak namun tidak memandang Adam.
     " Papa I tak berani sentuh anak Tan Sri Ghazali lah, Adam. Dia nampak garang tapi hatinya baik, " jawab Yanti. Adam hanya diam sambil bersandar.
     " Betul cakap umi you, Adam. Kalau tak kerana I hadir dalam hidup you berdua, May tak kan jadi macam ni," keluh Yanti sambil bersandar. Adam menoleh.
     " Kalau you tak hadir pun, kalau Allah dah takdirkan May jadi macam ni, tetap terjadi jugak. Kun fayakun, Yan," kata Adam. Yanti menoleh memandang Adam. Adam terperanjat melihat mata Yanti berkaca.
     " Eh, kenapa you menangis, Yan?" soal Adam sedikit kalut. Yanti tergelak kemudian mengesat tubir matanya.
     " Anak tu bukan anak you," kata-kata yang terkeluar dari bibir Yanti membuatkant Adam terus menoleh menghadap Yanti.
     " I know. But why me?" soal Adam. Yanti menggelengkan kepalanya. Baginya biarlah hanya dia yang tahu kenapa dia berbuat begitu. Adam mengeluh kasar. Jawapan masih belum jelas. Masing-masing mendiamkan diri, yang kedengaran cumalah helaan nafas masing-masing. Baru saja Adam ingin melelapkan mata, telefonnya berdering. Kelam kabut dia menjawab.
     " Hello, waalaikumsalam. Ye, umi. Apa?! Okey, Adam naik sekarang," jawabnya lalu tergesa-gesa dia bangun. Yanti bingkas berdiri.
     " Kenapa, Adam?" soal Yanti.
     " Doktor cari I," kata Adam.
     " Boleh I ikut?" soal Yanti. Adam tersenyum lalu mengangguk. Lalu mereka berdua berlari-lari anak menuju ke arah lif.
     Sebaik saja mereka tiba di hadapan bilik perbedahan, hati Adam berdebar-debar. Panik seketika dia melihat semua menangis terutamanya umi dan mak. May! Pantas dia menghampiri Munirah.
     " Kenapa, Mun?" soalnya. Munirah mengesat air mata.
     " Achik....," kata-katanya terhenti. Kemudian dia berpaling ke arah lain dan terisak-isak. Adam berdebar-debar. Pantas dia mencari doktor yang bertugas. Terperanjat Doktor Arifah ketika diserbu oleh Adam.
     " Doktor, macam mana dengan isteri saya? Anak saya?" soal Adam bertalu-talu. Doktor Arifah yang pelik memandang ke arah ahli keluarga Adam sekilas. Semuanya mengunci mulut. Doktor Arifah menepuk bahu Adam lalu mengajak Adam ke biliknya. Yanti mengikut langkah Adam.
     " Duduk dulu, encik Adam, cik Yanti," pelawa Doktor Arifah lalu dia mengambil tempat duduknya. Dia memandang ke arah dua orang insan di hadapannya.
     " Macam mana kondisi pesakit, doktor?" soal Yanti.
     " Keadaan bayi-bayi amat lemah sewaktu puan Maysarah sedar. Dia berusaha untuk melahirkan secara normal walaupun dia tahu risikonya. Kami terpaksa vakum babies kerana masuk kali ketiga push, puan Maysarah lemah terus tak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah," tutur Doktor Arifah perlahan-lahan. Adam tersandar lalu menekup mukanya. Babies? Hati Yanti berdebar.
     " Ya Allah, sayang," sayu kedengaran suara Adam terisak-isak. Yanti mengesat air matanya.
     " Anak dia macam mana?" soal Yanti. Adam memandang wajah doktor Arifah. Mukanya merah padam. Doktor Arifah tersenyum.
     " Anak-anak dia kuat, macam ibunya. Tahniah, encik Adam. Awak dapat sepasang anak, lelaki dan perempuan," kata doktor Arifah.
     " Syukur Ya Allah, syukur! May macam mana pulak? Dia selamat ke doktor?" soal Adam selepas menjerit kegembiraan. Doktor Arifah kembali terdiam.
     " Dia kehilangan banyak darah dan, keadaan diatidak begitu baik. Dia menunggu awak di bilik pembedahan," kata doktor. Pantas Adam bangun dan menuju ke arah bilik pembedahan. Yanti membiarkan Adam melihat Maysarah sementara dia berbincang sesuatu dengan doktor.
***********************************************************************************************************************************************


Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

04 Julai 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 32

     Aku menyemak semua maklumat audit yang Zatul emel kepada aku. Sengaja hari ni aku mengambil cuti. Malas nak mengadap suasana dalam pejabat. Tambah-tambah lagi, nak bertentang mata dengan encik husband. Aku bersandar seketika, sambil mengusap perut. Sudah hampir masuk 9 bulan usia kandunganku. Kejap-kejap baby menendang dinding perut. Alahai anak ibu, jangan ganas sangat ye, hatiku berkata-kata. Aku kembali menghadap laptop. Terpandang ke arah lampu Yahoo Messenger! yang berkelip-kelip. Pantas aku menekan. Mesej dari Nadia.

Nad.Mafia : Wei...mak buyung.. kau buat ape hah sampai ambik cuti ni?
May.Aziz   : Aku saja nak rehat. Kau ni tak boleh tengok aku senang ek?

     Mengekek-ekek aku ketawa.

Nad.Mafia : Helo..! Bukan aku yang tak boleh tengok kau senang, ok? Tu haa..
                  cik abang kesayangan kau..sibuk tanya pasal kau!
May.Aziz   : Huk aloh! Suruh ajelah dia call aku ke, mesej aku ke.. Yang dia nak
                  kacau kau buat keja tu apesal?
Nad.Mafia : Eh, mana aku tau? Laki kau kan? Erk! Alamak..dia dah keriau! Aku 
                  chow dulu. Tata.

     Terus Nadia sign out. Aku tersengih. Memang Nadia betul-betul tak suka cara Adam bekerja, semua nak disoalnya. Tapi nak buat macam mana...dia kan BOS! Aku kembali menatap fail di sebelah dan menyambung kemaskini data. Hanya beberapa ketika saja aku menaip, tetapi minda aku menerawang. Aku kembali termenung, mengenangkan nasib diri yang bermadu. Aku relakan, walaupun tanpa pengetahuanku.
     Aku bersandar, kemudian aku berbaring atas sofa. Aku sendiri pun tak percaya yang aku ni bermadu. Malangnya, keluarga madu aku tidak mengetahui semuanya. Hai, aku tak dapat bayangkanlah, kalau Dato' Hassan dapat tau yang anak perempuannya jadi bini nombor 2 anak Tan Sri, mau mengamuk satu Malaysia. Haha.
     Haih, aku mengeluh kasar. Ke situ pulak kepala otak aku berfikir. Tak boleh jadi nih! Aku duduk di rumah pun buat aku hiba je. Pantas aku bangun dan naik menuju ke bilik. Selesai memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg Akademi Fantasia tu, aku bawak turun ke bawah. Habis kemas semua dokumen dan masukkan ke dalam beg baju, aku terus memakai tudung, dan membawa beg keluar.
***********************************************************************************************************************************************
     " Ini kunci bilik puan ye, dan lif arah sana. Perlukan bantuan orang kami untuk menghantar beg puan ke bilik?" soal petugas di kaunter. Aku yang sedang menutup beg tangan, memandang sekilas sambil mengambil kunci.
     " Non-it! Saya baru je terkeluar dari Akademi Fantasia Bulan Madu ni, beg boleh heret je," jawabku dengan gurauan. Petugas itu - Milia, tergelak lalu mengangguk. Aku mengucapkan terima kasih lalu mengheret beg bajuku menuju ke arah lif. Sebaik pintu lif dibuka, aku terus menekan punat ke tingkat 9.
     Aku merebahkan badan di atas katil sebaik saja masuk ke dalam bilik. Amannya rasa. Bercuti. Wah! Jauh betul berjalan kali ni. Entah apa yang merasuk fikiranku pagi tadi, dan sekarang, aku berada di Port Dickson. Mujur kuat lagi untuk memandu. Aku menghidupkan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas kepada Nadia, memberitahu aku mengambil cuti tanpa gaji selama 5 hari. Selepas menghantar mesej, aku terus menutup talian telefon. Aku betul-betul perlukan cuti ini tanpa sebarang gangguan.
     Aku bangun, menuju ke balkoni. Pemandangan laut dan angin laut, membuatkan aku betul-betul tenang. Aku memeluk tubuh dan seketika aku menunduk. Abang, maafkan sayang kerana keluar dari rumah tanpa izin abang. Tapi sayang perlu tenangkan fikiran. Sayang harap abang boleh hidup gembira dengan Yanti, hatiku berbisik. Enggan melayan perasaan, aku masuk semula dan menuju ke bilik air.
     Selesai solat zohor, aku menghidupkan kembali telefon bimbit. Nah! Bertubi-tubi 'peluru berpandu' membedil aku. Haha. Aku menanti sehingga habis isyarat mesej masuk. 5 minit kemudian, senyap. Aku membuka peti mesej. Haha, ambik kau! 16 panggilan tak berjawab dari Nad, 8 dari Azie, dan.... 45 dari abang? Banyaknya! Tak letih ke mendail nombor aku? Haha. Kemudian aku membelek mesej. Ada 18 semuanya, limanya dari Nad, yang sibuk bertanyakan aku di mana, dan bakinya dari Adam. Tergerak hati untuk membuka mesej yang paling latest.
     my love :  sayang, ada kat mana ni? kenapa ambik cuti sampai 5 hari? kenapa off hp? pls answer me dear. I need u..

     Aku mengeluh. Mesej itu aku padam kemudian aku menutup talian telefon. Aku mengeluarkan laptop kemudian beberapa fail yang aku bawa tadi. Aku menyambung menyiapkan kerja sebelum keluar berjalan-jalan. Cuti tu cuti jugak, tapi kerja tak boleh cuti. Kena siapkan sebelum dateline.
     4 jam berkurung dalam bilik, akhirnya aku berjaya menyiapkan semua semakan audit dalam dokumen laptop. Terus aku emelkan kepada Zatul, Nadia dan suamiku. Kemudian aku menutup suis laptop dan menyimpan semula dalam beg. Aku memandang jam di telefon, sudah hampir melepasi pukul 5.15 petang. Aku bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar.
     Aku mencapai tas tangan dan kunci bilik, lalu terus menuju keluar. Sebaik pintu lif dibuka, aku terus menuju ke kaunter reception dan meninggalkan kunci bilik. Kemudian aku terus menuju ke pintu besar dan mula mengikut langkah kaki menuju ke tepi pantai. Sambil berjalan-jalan, aku memandang jauh ke tengah lautan. Air sungguh tenang. Kedengaran riuh rendah kanak-kanak bermandi-manda. Fikiranku jauh melayang sehingga aku tidak sedar seorang kanak-kanak perempuan telah aku langgar secara tak sengaja. Menangis budak tu jatuh terduduk. Nasiblah atas pasir, kalau atas tar jalan, mau berdarah lutut dan tapak tangan. Pantas aku merendahkan badan dan cuba mengangkat dia bangun. Terisak-isak budak comel tu.
     " Sakit ke sayang? Maafkan auntie ye? Auntie tak sengaja," aku memujuknya. Mujurlah dia tak meraung macam anak along. Aku sapu-sapu pasir yang melekat pada belakang seluarnya, dan tapak tangannya. Kemudian aku menyapu wajahnya yang dibasahi air mata, dan melurut rambutnya. Dia mengesat matanya sambil terkebil-kebil memandangku. Kemudian aku memandang sekeliling, mencari-cari dimanakah ibunya.
     " Mana mama sayang?" soalku. Dia menoleh ke arah kanan dan menunjukkan kelibat orang di bawah pohon ru. Aku berdiri lalu memimpin dia menuju ke sana. Sampai saja di sana, ibunya terkejut melihat aku memimpin tangan anaknya, pantas menerpa ke arah kami.
     " Intan kenapa, sayang?" peluknya sambil mendukung anaknya dan sebaik saja mata kami bertentangan, aku tergamam. Afni! Betapa keciknya dunia ku rasa. Aku tersenyum kelat.
     " Eh, May?" soalnya terkejut. Aku memerhati sekeliling, bimbang kelibat Ruzlan. Dia berdehem.
     " Jangan risau. Dia tak ada. Hanya kami anak beranak," jawabnya lalu menjemput aku duduk. Aku keberatan dan ingin segera beredar, namun wajahnya seakan mengharap. Aku duduk berjauhan sedikit dari Afni dan Intan.
     " Mana Iman?" soalku. Mulut muncung Afni menunjuk ke arah laut. Oh, patutlah Intan berlari ke arah sana, rupanya abangnya menanti. Tapi, siapakah lelaki bersama mereka tu? Takkanlah.....
     " Adik saya, Aidil," jawab Afni tanpa dipinta, bagaikan mengerti persoalan yang menerjah kepalaku. Aku tersenyum, malu dengan spekulasi yang dibuat sendiri.
     " Mana suami?" soalnya sambil matanya meliar memandang sekeliling. Aku menghela nafas.
     " Saya bersendirian," jawabku. Dia memandangku, pelik. Aku tersenyum.
     " Ma, Intan nak gi at abang ngan uda," kata Intan sambil berdiri di sebelah ibunya. Afni tersenyum lalu mengangguk. Pantas Intan berlari menuju ke arah laut.
     " Jangan berlari!" jerit Afni membuatkan aku terkejut. Kemudian dia memandangku lalu tersenyum.
     " Kenapa ni, May? Saya tengok awak macam ada masalah je?" soalnya. Aku tersenyum lalu cuma menggeleng kepala. Dia menghulurkan segelas minuman padaku.
     " Afni tak kerja ke? Hari biasa macam ni pun datang berkelah?" soalku. Afni tergelak.
     " Saya dah lama berhenti kerja sejak melahirkan Intan. Lagi pulak, anak-anak saya tak berapa suka duduk dengan pengasuh. Macam-macam perangai dibuatnya," terangnya.
     " Aidil?" soalku lagi.
     " Dia tunggu keputusan SPM," jawabnya lagi. Aku mengangguk.
     " May tak kerja?" soalnya. Aku tersengih.
     " Saya ambil cuti tanpa gaji, saja nak tenangkan fikiran. Tu yang datang sini," jawabku. Dia mengerutkan dahinya.
     " May ada masalah ke? Abang ganggu May lagi ke?" soalnya berkisah kepada Ruzlan. Aku ketawa.
     " Taklah. Dia dah lama tak hubungi saya, selalu dia hubungi suami saya. Tapi semuanya pasal kerja saja," jawabku. Afni mengangguk.
     " Afni dengan dia macam mana? Dah berbaik-baik?" soalku. Dia tersengih.
     " Kitorang dah 2 kali pegi sesi kaunseling kat pejabat agama. Yang terbaru dalam 2 minggu lepas," jawabnya tenang. Hatiku berdebar-debar. Sesi kaunseling?
     " Er, teruk ke?" soalku lagi. Memang, aku naif kalo bab rumahtangga bermasalah ni. Dia ketawa.
     " Tak teruk sebenarnya. Saya cuba minta dia buat perkara senang, tak nak rumit-rumit. Tapi dia yang buat benda tu rumit, tu yang terpaksa naik pejabat agama," jawabnya tanpa rasa bersalah. Aku menggaru siku. Pelik sikit dengan kata-kata Afni. Dia menepuk pehaku lembut.
     " Saya tuntut cerai," jawabnya ringkas. Jantungku seakan berhenti berdenyut. Ya Allah, janganlah mereka bercerai kerana aku!
     " Kenapa?" soalku lagi. Dia mengeluh sambil mencapai sepiring bihun goreng dan dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya sambil menanti jawapan.
     " Saya rasa saya dah tak boleh teruskan hidup bersama dia. Dia masih dibayangi kisah silam. Saya ada anak-anak yang memerlukan saya untuk membimbing masa depan mereka, tapi saya tak pasti adakah mereka masih perlukan ayahnya," jawabnya.
     " Tak kesiankan anak-anak?" soalku, agar dia merubah fikiran.
     " Anak-anak lebih gembira tanpa dia disisi," jawabnya sambil memandang ke arah laut, di mana Iman & Intan sedang seronok bermain air laut bersama bapa saudara mereka, dan aku memandang sekilas. Benar. Kanak-kanak itu ketawa riang, seolah cuba untuk menutupi duka yang mereka hadapi. Aku kembali memandang Afni.
     " Kenapa dia tak nak lepaskan?" soalku lagi.
     " Katanya dia sayangkan saya dengan anak-anak," jawabnya.
     " Dah fikir habis-habis ke, Afni?" soalku lagi. Dia memandangku lalu tersenyum dan mengangguk.
     " Batalkan hasrat awak tu, Afni. Awak masih bertuah kerana dia hanya ada awak, dan awak tak perlu berkongsi kasih, sayang dan cinta dengan orang lain, walaupun dia masih dibayangi kisah silam," pujukku. Afni memandangku pelik. Aku menarik nafas panjang, menahan getaran di dada.
     " Saya bermadu, Afni," tak semena-mena air mataku tumpah. Afni menekup mulutnya lalu memeluk bahuku. Kedengaran dia sudah tersedu-sedan.
     " Kenapa, May? Orang sebaik awak, kenapa diuji sebegini? Kenapa suami awak tak hargai awak?" soalnya agak sebak. Aku mengusap perlahan lengannya.
     " Mungkin Allah sayangkan saya, Allah uji begini. Awak tak seharusnya minta cerai dari dia, kerana dia tak buat apa-apa pun pada awak dan anak-anak," jelasku. Dia menangis.
     " Tapi saya dah tak boleh sayangkan dia," terisak-isak Afni jadinya. Allahu Rabbi, dua masalah sedang melanda di sini, ketika ini. Aku menepuk bahunya mesra.
     " Ingat kembali saat-saat gembira awak bersama dia, Afni. Jangan biarkan awak menjadi seperti saya, punyai segalanya tetapi berkongsi kasih," jawabku. Afni memandangku dengan mata merah.
     " Patutlah awak datang ke sini sorang diri," katanya sambil mengesat air matanya. Aku juga begitu.
     " Batalkan hasrat awak, Afni. Sayangilah dia seperti mana dia menyayangi awak. Cuma, jangan beritahu dia apa-apa pasal saya. Saya mohon sangat," aku memegang kedua belah tangannya, memohon agar dia mengerti. Dia mengangguk lalu tersenyum.
     " Inshaa-Allah, akan saya simpan rahsia awak ni. Saya akan cuba pulihkan kembali hubungan kami," katanya dengan harapan yang membara. Aku tersenyum.
     " Dah lama saya kat sini, rasanya eloklah saya balik dulu. Hampir senja dah," kataku lalu cuba untuk bangun tetapi Afni menarik tanganku.
     " Jom, ke rumah saya?" pelawanya. Aku menggeleng.
     " Afni baliklah dulu, berbincang dengan Lan. Saya doakan semoga semuanya selamat," jawabku.
     " May duduk di mana?" soalnya. Aku menunjukkan hotel yang berdiri teguh di sebelah kirinya.
     " Saya balik dulu, apa-apa hal Afni mesej saya," kataku lalu menyerahkan sekeping kad nama. Dia menerima lalu mengangguk. Selepas bersalaman, aku membawa diri menuju ke hotel. Hatiku walang. Baru saja nak mendamaikan hati, tapi hati terluka lagi.
***************************************************************************************************************************************************
     Sudah 3 hari aku disini. Terasa lapang hati, kerana aku mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri. Sejak kes itu, aku selalu rasa tertekan. Bercuti di sini membuatkan aku mengenali diriku, dan Allah. Selesai solat Isya', aku menonton tv. Rancangan CSI saluran Astro AXN 701 yang selalu menjadi kegemaranku tidak mampu menarik perhatian. Aku masih lagi terbayang-bayang kata-kata Afni petang beberapa hari lepas. Dia tuntut cerai dari Ruzlan kerana Ruzlan masih ingatkan aku. Tidak ke Lan tahu, mengenang dan memuja isteri orang tu satu dosa besar? Astaghfirullah, aku meraup muka. Malas nak menonton tv, aku menutup suis dan bangun menuju ke balkoni. Aku membawa segelas air dan duduk di kerusi. Ralit memandang ke arah laut yang cantik disinari cahaya bulan, aku terdengar orang memberi salam. Aku memerhati sekeliling arah balkoni semua bilik, dan ternampak kelibat seseorang dari balkoni atas sebelah kiriku.
     " Sorang je?" soalnya. Aku cuma angguk. Mujur aku memakai baju sejuk tebal, kalau tak memang seksi la dengan baju mengandung ni. Lelaki ni takde bini ke dok ushar-ushar bini orang?
     " Suami ada di dalam. Kenapa?" soalku. Dia mendekati tabir balkoni.
     " Dari petang awak sampai sehingga sekarang, saya tak nampak pun?" soalnya sambil tersengih. Allahuakbar! He's stalker me? Pantas aku mencapai gelas dan bangun.
     " Saya masuk dulu. Suami dah panggil," pantas aku meloloskan diri masuk dan terus mengunci pintu balkoni. Aku menarik tirai langsir agar dia tak dapat melihat suasana dalam kamar tidurku. Aku mematikan semua lampu dan terus masuk ke dalam selimut. Aku mencapai telefon dan menghidupkan suis. Sudah 3 hari aku mematikan talian. Kali ni berlambak-lambak mesej masuk. Aku tak sempat nak baca semua tu, cuma aku menghantar pesanan ringkas pada Adam untuk memberitahu di mana lokasi aku berada sekiranya terjadi apa-apa pada diriku. Sebaik menghantar, aku terus silentkan telefon. Malas nak menjawab segala persoalan. Aku menarik gebar sampai ke paras dada dan cuba melelapkan mata.
     Aku terjaga apabila terasa sesuatu bergesel pada betisku. Aku mendiamkan diri dan mataku pejam rapat. Kali ni terasa lagi. Ya, aku tak bermimpi. Perlahan aku rasa kain bajuku tersingkap dari bawah, kemudian semakin tinggi. Terasa ada tangan kasar sedang meraba seluruh pehaku dan hampir menuju ke arah yang tak sepatutnya. Aku bingkas bangun dan menolak gebar, terus berdiri dan membuka lampu. Astaghfirullah, macam mana mamat tadi boleh masuk ke bilikku? Dari mana dia masuk?
     " Siapa awak? Macam mana awak masuk? Baik awak keluar, kalau tak saya menjerit!" aku sudah mula kecut perut. Mamat tadi sedang bersantai sambil membuka bajunya.
     " Seksi sangat tengok awak dalam keadaan sekarang. Mana hubby? Tak nampak pun? I'm expect that you are wait for me, right baby?" katanya. Baby? Eyarks!!! Muntah hijau aku dibuatnya!
     " Keluar!" Aku jerit lagi. Dia bangun dengan muka yang merah padam.
     " Kau tak menjerit boleh tak? Aku tak sukalah kau menjerit!" jerkahnya lalu menarik aku ke dalam dakapannya, dan cuba memelukku. Aku sekuat mungkin menolaknya lalu dia menjatuhkan aku atas katil. Baju tidurku ditariknya dan terkoyak di bahagian bahu. Dia menjadi semakin ganas. Aku menendang perutnya lalu bangun untuk menuju ke pintu.
     " Tolong..!!" aku menjerit dari arah dalam. Belum sempat aku membuka tombol pintu, dia menarikku dan aku terjatuh terduduk. Sakitnya perutku ketika ini. Aku memegang perutku, dan dia menolak aku sehingga terlentang. Dia naik duduk di atas pehaku sambil membuka tali pinggang seluarnya. Aku tak akan mengalah. Sekuat daya aku menolak tubuhnya dan dia terlentang ke belakang. Aku cuba bangun untuk berlari keluar namun dia lebih pantas. Dia menarik sebelah kakiku dan akhirnya aku jatuh meniarap. Saat itu aku rasa seolah nyawaku sudah hampir tercabut. Ya Allah, selamatkanlah anakku! Hatiku tak putus-putus berdoa. Ketika ini, aku hanya inginkan Adam di sisiku. Dia membalikkan badanku.
     " Kau ingat, suami kau nak datang ke, hah? Rugi tak menikmati perempuan mengandung yang gebu macam kau!" katanya sambil terus mencarik-carik bajuku. Aku terasa cecair panas di celah kangkang dan aku lihat wajahnya panik! Dia terus bangun menuju ke pintu dan berlari keluar. Aku meraba kainku dan aku lihat darah merah sudah membasahi. Aku cemas, dahiku berpeluh. Perutku sakit.
     " Tolong...," namun suaraku lemah. Aku merangkak dengan perlahan, dan mencapai telefon di meja lampu. Pantas aku mendail nombor Adam, walaupun perutku terasa semakin sakit.
     " Helo, sayang. Kenapa ni sayang? Helo?" Adam menjawab dengan cemas.
     " Abang, tolong...," sebaik saja berkata-kata, aku mengerang keras. Adam menjerit memanggil namaku namun aku sudah tidak berupaya untuk berkata-kata lagi. Perlahan aku terbaring, dan telefon di tangan terlepas dari genggaman. Suasana gelap gelita.
**********************************************************************************************************************************************
     Adam pantas membaca mesej yang diterima dalam pukul 9.00 malam tadi. Dia sedang makan dengan klien dari Singapura dan tidak sempat untuk membuka mesej.
      my wify : abang, sayang skang ni ada kat Bayu Beach, PD, tingkat 9 room 905. In case if anythg happen to me. Love you till the end!

     Adam meraup mukanya lalu pantas berpakaian. Dia mencapai kunci kereta lalu turun ke ruang tamu. Kelihatan ayahnya masih belum tidur bersama dengan ibunya.
     " Eh, dah lewat-lewat nak ke mana ni? Kelam kabut je?" soal Puan Sri Sabrina. Adam berhenti di muka pintu.
     " Adam nak ke PD dulu umi, abi," jawabnya ringkas.
     " Apahal ke sana pulak?" soal ayahnya dengan pelik.
     " May dalam bahaya," jawabnya terus keluar. Panik seketika kedua orang tuanya, lalu Tan Sri Ghazali bangun mengejar ke pintu.
     " Pergi dulu, nanti abi ikut belakang. Umi, cepat bersiap," katanya. Adam angguk lalu menghidupkan enjin kereta dan memecut pergi. Puan Sri Sabrina kalut menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Sebaik selesai semua, dia dan suaminya menuju ke arah kereta. Pantas pemandu peribadi mereka menghidupkan enjin dan akhirnya mereka berlalu mengikut kereta Adam Usyair.
     Dalam kereta, Adam tak henti-henti berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku pada Maysarah dan anak mereka. Dia cuma mahu cepat sampai di Port Dickson dan menemani isterinya. Dalam debaran, air mata lelakinya tumpah.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

08 Mac 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 31

     Nadia memandangku dengan wajah serius. Aku menoleh pada Zatul dan Aziah, mereka pun sama seperti Nadia. Aku tersengih seperti kerang busuk.
     " Kau ni betul ke tak?" soal Nadia lagi. Mereka mengambil peluang untuk bercakap denganku sewaktu semua staff keluar makan tengahari. Aku mengerutkan kening.
     " Apa pulak?" soalku.
     " Terima Yanti sebagai madu? Oh,no! Kau dah hilang akal ke?" soal Nadia lagi. Aku tergelak. Sejujurnya, hatiku memang sukar untuk terima kenyataan tapi benda dah pun terjadi, tak dapat nak ditarik balik.
     " Kalau aku la...," Aziah cuma meleretkan ayatnya. Aku menjeling.
     " Korang ni, janganlah nak buat fikiran aku berbelah bagi. Memang aku tamakkan cinta Adam tapi bila dah jadi macam ni, aku tak sampai hati pulak," jawabku.
     " Eh, May. Kau lupa ke yang minah senget tu serang kau dua minggu lepas? Siap cuba untuk duduk atas perut kau yang memboyot tu. Kau lupa ke?" soal Nadia lagi. Terbeliak biji mata Aziah dan Zatul.
     " What? Gila ke?" soal mereka serentak. Nadia menjeling.
     " Kalau aku gila, aku tak cakaplah benda ni," jawabnya. Aku tersenyum.
     " Nad, dia keguguran," kataku. Nadia terdiam.
     " So?" soal Nadia dengan suara yang dikendurkan.
     " Adam nak ceraikan dia sebaik habis pantang," kataku lagi.
     " Hah, baguslah!" ujar Nadia gembira. Aku tergelak.
     " Tapi aku tak bagi. Yang dah berlaku tak akan dapat kita ubah, jadi biarlah dia kekal sebagai madu aku," jawabku. Nadia mendengus.
     " Aku tak taulah kawan aku ni terkena penyakit apa. Boleh pulak nak terima orang yang dah pukul dia sebagai madu?" soal Nadia kurang percaya.
     " Aku bukan kejam sangat, Nad, Azie, Zatul. Kita letakkan diri kita di tempat Yanti. Apa perasaan korang bila korang dah kehilangan anak, kemudian suami korang nak ceraikan korang pulak? Sakit tak?" soalku. Mereka semua terdiam.
     " Confirm ke tu anak Adam?" soal Zatul.
     " Yang tu aku tak nak tahu. Kalau betul diorang ada buat perkara macam tu, biarlah tu antara diorang dengan Allah. Aku tak mahu runtuhkan masjid atau bersubahat dalam melakukan maksiat," jawabku. Aziah mengerutkan kening.
     " Kau redha dengan ujian Allah ni, May?" soalnya. Giliran aku pulak terdiam. Redhakah aku? Sudahnya aku termenung menatap skrin laptop.
     " Redha kena ikhlas dalam hati, May. Bukan redha di mulut," kata Nadia lalu dia bangun menuju ke arah pantry. Aku termenung memerhati langkahnya. Ralit memandang fail di depan mata, aku tak sedar Nadia menghampiri aku.
     " May," panggilnya perlahan. Aku mendongak lalu ikut dia memandang ke arah pintu besar. Tercengang aku dibuatnya. Kelihatan Yanti menapak masuk dengan berbaju kurung dan bertudung, menuju ke arahku. Di tangannya ada bekalan makanan, dan dia meletakkan di atas mejaku. Mereka bertiga sudah bergerak ke arah pintu besar untuk keluar.
     " Assalamualaikum," sapanya. Aku tersenyum.
     " Waalaikumsalam. Dari mana ni?" soalku. Sebolehnya aku cuba berbaik dan membuang perasaan benci terhadap Yanti.
     " Dari umah. Ni, mama aku kirimkan untuk kau," katanya lalu menolak bekas makanan itu ke depanku. Aku tersenyum.
     " Terima kasih. Kenapa susah-susah datang hantar? Kirim jelah dekat abang," jawabku. Yanti tersenyum kelat.
     " Err, abang makan dekat umah aku," jawabnya perlahan. Aku tersenyum lalu menghela nafas.
     " Ye ke? Cakap kat mama, terima kasih banyak-banyak. Ingat lagi dia pada aku ye?" soalku perlahan untuk menyembunyikan rasa sakit dalam dada. Yanti tersenyum.
     " Mama selalu bercakap pasal kau. Hari ni dia masak lebih sikit, dia suruh aku hantarkan. Mulanya memang abang nak bawak balik tapi aku yang tak bagi. Aku tak nak mama dengan papa aku syak yang kau kerja satu ofis dengan dia, dan juga kau madu aku. Kau bukan tak kenal perangai papa aku kan? Sebab tulah aku yang bawa ke mari," katanya ceria. Hai, seronok benar Yanti hari ni. Aku tersenyum. Serba sedikit aku sudah mengenali diri Darwina Haryanti. Seorang yang cepat mesra, manja walaupun cengey.
     " Cantik kau bertudung. Alhamdulillah," kataku memujinya. Mukanya kelihatan merah padam.
     " Aku nak cuba berubah, May. Abang tengok semalam pun dia dah boleh senyum kat aku. Aku nak belajar cara-cara berpakaian seperti muslimah dari kau," katanya. Aku tergelak.
     " Kau ni, aku pun bukan muslimah sangatlah. Tengok, sekarang perut dah nampak, jadi dah tak ayu lagi," gurauku. Kami tergelak. Seketika kemudian, aku bangun untuk menuju ke pantry. Yanti turut mengekoriku.
     " Meh, makan sekali," pelawaku. Dia menuang air dalam gelas.
     " Takpelah. Aku dah makan tadi, kenyang lagi ni," katanya. Aku membuka bekas makanan. Wah! Sedapnya. Ikan patin masak lemak cili api dengan sambal udang. Aku membahagikan nasi ke dalam dua pinggan.
     " Temankan aku?" soalku sambil menolak pinggan ke arahnya. Dia tersengih.
     " Kau ni," ujarnya lalu kami ketawa. Kami terus makan berdua sambil berbual.
     " Sedapnya mama kau masak," pujiku.
     " Nenek aku datang dari kampung semalam, dia bawakkan ikan patin. Aku yang minta mama masakkan sebab, ni lauk kegemaran Adam," jawabnya perlahan. Aku tersenyum.
     " Ye? Beruntung aku dapat makan," kataku walhal dalam hati sedikit terusik. Adam tak cakap pun dia suka ikan patin. Dia tersenyum.
     " May, kenapa kau tak bagi Adam ceraikan aku?" soalnya. Aku terdiam. Nasi dalam pinggan ku kuis-kuis dengan hujung jari. Seketika aku memandangnya.
     " Entah! Hati aku cakap, jangan biarkan Adam ceraikan kau. Lagi pulak, korang dulu pernah bertunang jadi tak salah meneruskan apa yang dah terputus," jawabku. Giliran dia termenung.
     " Kau ikhlas terima aku, May?" soalnya lagi. Aku angguk, pantas. Dia menangis.
     " Terima kasih," ucapnya perlahan. Adeh, rosak mood nak makan lauk sedap nih!
     " Darwina, janganlah sedih. Kita berdua sama-sama wanita milik Adam. Mana nak tahu esok lusa kalau kau dah ada anak, boleh berkawan dengan anak aku ni," kataku sambil mengusap perutku. Yanti tergelak dalam sedu-sedan.
     " Aku tak nak anak laki aku nanti perangai macam ayah dia," ujarnya. Kami ketawa.
     " Tak baik kau cakap abang macam tu," balasku tergelak. Yanti mencapai tanganku.
     " Kalaulah aku boleh melahirkan zuriat Adam," katanya sayu. Aku kematian kata-kata. Pelik. Kenapa sudah dua kali dia berkata macam tu? Adakah dia memang sudah tak boleh mengandung atau...? Kata-kata itu cuma tergantung dalam mindaku.
     " Hei, no worries okey? One day you will have a baby too," pujukku. Dia mengesat air mata.
     " Nanti aku boleh jaga anak kau, bila kau pergi dating dengan abang. Tak pun, kau jaga anak aku, buat macam anak kau, selama-lamanya..kan?" soalku lalu dia membesarkan matanya. Aku terdiam. Eh, apa aku cakap ni?
     " May, kau cakap apa ni?" soalnya dengan agak marah. Aku tersengih.
     " Aku cakap jelah, dah kau susah hati sangat," jawabku. Dia menggenggam erat tanganku.
     " Aku tak nak cakap macam tu lagi. Aku nak kau jadi kawan dan sahabat aku sampai ke akhir hayat kita," katanya. Aku angguk sambil tersenyum.
     " Dah, habiskan makan. Nanti staff abang balik tengok kau kat sini, lagi teruk kau kena tempias," kataku. Dia angguk lalu menghabiskan makanan.
**************************************************************************************************************************************************
     " Mama, tadi Wina jumpa May," kata Yanti sebaik saja dia duduk di sisi ibunya yang sedang menjahit butang baju. Datin Noor menoleh lalu tersenyum.
     " Wina bagi lauk tu ye?" soalnya. Yanti angguk.
     " Suka benar Wina tengok dia makan, ma. Berselera. Dia ucap terima kasih pada mama sebab berikan dia bekal," katanya. Datin Noor tercengang.
     " Eh, kenapa Wina tak cakap Wina yang masak?" soalnya hairan. Yanti tersengih.
     " Tak naklah, ma! Biar dia tak tahu Wina yang masak lauk tu. Tapi kan ma, Wina rasa pelik, kenapa dia kata dekat Wina, dia suruh Wina jaga anaknya buat macam anak sendiri selama-lamanya?" soal Yanti. Datin Noor berhenti menjahit.
     " Dia saja cakap kot?" duga Datin Noor. Yanti mengerutkan kening.
     " Tapi hati Wina rasa tak sedap lepas dia cakap macam tu," katanya. Datin Noor menepuk bahunya.
     " Perasaan Wina je kot. Dah, jangan difikirkan sangat," pujuk ibunya. Yanti kembali tersenyum. Baru saja dia ingin naik ke biliknya, kedengaran bunyi kereta di luar rumah. Pantas dia membuka pintu, dan dia tercengang. Adam keluar dari kereta dan menuju ke arahnya. Dia menyambut huluran salam dari Adam dan menciumnya.
     " Sape, Wina?" soal Datin Noor. Yanti menoleh.
     " Abang," jawabnya sepatah. Adam masuk lalu bersalaman dengan ibu mertuanya.
     " Ha, pegi mandi. Nanti mama siapkan makan malam," kata Datin Noor bersedia untuk bangun.
     " Tak payah, ma. Saya dah kenyang, tadi makan dengan klien. Saya nak berehat dulu," jawab Adam pantas, lalu dia menapak ke bilik mereka. Datin Noor mengangguk. Di tangga, Adam berselisih dengan Dato' Hassan.
     " Papa," kata Adam lalu bersalam dengan orang tua itu.
     " Hmm, ingatkan tak tahu jalan nak balik rumah ni lagi," sindir Dato' Hassan. Yanti menampar lengan ayahnya.
     " Papa ni kan? Adam dah balik ni, okey la tu," Yanti marah manja sedangkan wajah Adam sudah kelat.
     " Hmm, pegilah berehat," kata Dato' Hassan lalu dia turun ke tingkat bawah. Adam memandang Yanti sekilas lalu dia terus naik ke atas. Yanti mengekorinya.
     Setibanya mereka dalam bilik, Adam terus terbaring atas katil. Yanti membuka almari dan mencapai tuala lalu diletakkan atas katil, bersebelahan suaminya.
     " You dari ofis ke?" soal Yanti. Adam menoleh memandangnya.
     " Tak," jawabnya sepatah. Yanti duduk di hujung kaki Adam.
     " Dari mana?" soalnya lagi. Adam bingkas duduk.
     " Dari umah akulah. Kenapa kau tanya? Kau tak suka aku balik ke mari?" soal Adam hampir meninggikan suara. Yanti pantas menjeling ke arah pintu untuk menyedarkan Adam. Hati Yanti terusik. Macam manalah May boleh bertahan duduk sebilik dengan Adam ni? Yanti hampir jugak menjawab dengan kasar namun apabila dia teringat nasihat Maysarah, cepat-cepat dia beristighfar. Dia harus membeli hati Adam, bukan menyakiti.
     " I cuma tanya you je, you janganlah marah. Nanti papa dengar," jawab Yanti perlahan. Adam meraup rambutnya.
     " I dah balik ke sana tadi. Si May yang suruh I datang ke sini. Dia tak nak mama dan papa you syak kalau I jarang sangat balik ke sini. Sepatutnya waktu-waktu macam ni, I nak lebihkan masa bersama dengan dia. Tapi dia pulak suruh I balik ke sini temankan you," kata Adam lalu mencapai tuala dan melilit badannya. Hati Yanti terusik. Adam balik bukan dengan kemahuannya sendiri.
     " Kalau macam tu, you baliklah temankan dia. I tak apa-apa," jawab Yanti. Adam membeliakkan matanya.
     " Eh, you all ingat I ni bola ke? Suka-suka hati tendang I ke sana, ke sini? Memanglah you tak apa-apa, tapi mama dan papa you tak syak ke nanti bila tiba-tiba je I nak balik umah parents I?" Adam mula naik angin. Yanti pantas bangun menarik tangan Adam lalu Adam menurut pergerakan Yanti.
     " Mandi dulu, bagi sejuk," kata Yanti lalu menolak Adam masuk ke bilik air. Sebaik saja pintu ditutup, pantas Yanti keluar menuju ke bilik kakaknya untuk menelefon Maysarah.
************************************************************************************************************************************************
     Aku sedang melipat baju atas katil, terhenti apabila telefonku berbunyi. Dahiku berkerut bila terpandang nama yang muncul di skrin. Yanti. Aku terus menjawab.
     " Assalamualaikum, May," suara Yanti memberi salam.
     " Waalaikumsalam. Ha, kenapa Yanti?" soalku.
     " May, kenapa kau suruh abang balik sini?" soalnya. Aku pelik. Hai, laki balik pun tak suka? Kalau aku tau tadi, aku ikat kaki tangan Adam kat katil. Haha.
     " La, itu je ke?" soalku tergelak. Kedengaran Yanti mengumam.
     " Kenapa? Papa kau marah?" soalku lagi.
     " Takdelah. Cuma Adam kena sindir sebab baru hari ni nampak muka," jawabnya. Aku tergelak lagi.
     " Tu maknanya lepas ni suami kita tak boleh berat sebelah. Dua-dua umah dia kena balik," kataku.
     " Tapi, kalau dia balik berselang hari, lagi masalah. Papa akan mula menaruh syak," kata Yanti seakan bimbang. Aku tersenyum, tapi dia bukan nampak pun.
     " Yang tu kau jangan susah hati. Aku boleh jumpa abang waktu siang dekat ofis, waktu malam abang kena balik sana," jawabku.
     " Takkan waktu malam tak payah balik umah kau? Nanti mak mertua kau marahkan aku pulak," ujar Yanti.
     " Pasal umi dengan abi kau jangan risau, aku boleh uruskan. Kau nak kena marah dengan umi ke, dengan papa kau? Jangan lupa yang papa kau tak tahu kau bermadu, sedangkan abi tahu," kataku mengingatkan. Yanti mengeluh.
     " Kenapalah rumit sangat masalah ni, May?" soalnya.
     " Eh, jangan nak mengeluh. Baik buat macam biasa je. Dah, pergi layan abang tu. Aku dah nak tidur, penat sangat," pujukku padanya. Dalam nada tak puas hati, Yanti akhirnya mematikan talian. Aku tergelak lalu kembali menyambung melipat baju. Tok!tok! Pintu bilikku diketuk. Apabila dibuka dari luar, wajah kak Adlina menjengah masuk dengan anak perempuannya, Suri.
     " Hai, makngah," kata kak Adlina mewakilkan anaknya. Aku tergelak. Mereka berdua duduk di sebelahku. Kak Adlina membiarkan anaknya merayau depanku sambil bermain beberapa helai baju Adam.
     " Dari mana, kak?" soalku.
     " Dari airport, hantar abang Syed kamu," jawabnya.
     " Dia ke mana?" soalku lagi sambil mengacah-acah Suri.
     " Brunei. Dua pupunya kemalangan," katanya.
     " Kak tak ikut?" soalku lagi.
     " Dah lewat malam nak bawak Suri naik fligt, May," jawabnya sambil matanya memandang sekeliling bilik. " Mana Adam?" sambungnya.
     " Oh, dia balik umah Yanti," jawabku. Kak Adlina mendengus marah.
     " Kenapa kamu biarkan?" soalnya. Aku tersenyum.
     " Saya yang suruh," jawabku. Dia terkejut.
     " Kenapa pulak?" soalnya.
     " Eh, dia pun isteri Adam kan? Jadi tak salah kalau Adam balik umah dia," kataku lagi.
     " Hmm, isteri lah sangat!" jawab kak Adlina lalu ingin mengambil anaknya.
     " Eh, biarlah kak. Saya nak bermain dengan Suri kejap," aku menahan.
     " Takpe ke? Tak ganggu kamu?" soalnya lagi.
     " Takdelah. Nanti saya turun hantar ke bilik kak," jawabku. Kak Adlina menghampiri puterinya, Sharifah Suri Asyikin.
     " Suri duduk baik-baik ye dengan makngah, jangan nakal-nakal tau. Nanti nak tidur, suruh makngah hantar Suri balik kat umi ye," kata kak Adlina lalu mencium anaknya. Terkekeh-kekeh Suri bila ibunya menggeletek perutnya. Aku tergelak.
     " Nanti dah mengantuk, hantar bilik akak ye," katanya lalu beredar keluar. Aku kembali mendukung Suri.
     " Yeay! Jom makngah bacakan Suri night story. Pakngah takde jadi dia tak boleh kacau," kataku lalu mencapai buku cerita kanak-kanak yang ada di meja kerja Adam. Melonjak seronok Suri bila aku tunjukkan dia buku cerita tersebut.
**************************************************************************************************************************************************
     Sebaik saja Yanti melangkah masuk ke dalam bilik, dia tergamam. Adam yang baru keluar bilik air, turut terperanjat. Pantas Yanti menoleh ke arah lain, dan menutup pintu. Segan melihat Adam yang hanya bertuala saja.
     " Kenapa tak pakai baju dalam bilik air?" soalnya. Adam tergelak.
     " You yang tolak I masuk bilik air tadi, you tak ingat ke?" perli Adam. Yanti menelan liur. Perlahan berjalan menuju ke sofa dan membuka siaran tv.
     " Kenapa tak nak pandang I? Malu?" sindir Adam sambil memakai baju. Muka Yanti merah padam namun dia tak menjawab.
     " I tak tahu pulak yang you segan tengok I macam ni! I ingat you suka," sindir Adam lagi. Yanti mengetap bibir.
     " Jangan sindir I boleh tak?" soal Yanti.
     " Eh, mana ada I sindir you. Bukan ke you suka tengok laki macam ni? Lagi pulak you dah biasa kan? No wonder lah I boleh keluar macam ni je," jawab Adam selamba. Muka Yanti terasa berbahang. Dia akui, kesilapan lalunya menjadikan dirinya sebagai bahan gurauan dari Adam.
     " Itu dululah," jawabnya perlahan.
     " Bagi I, you dulu dengan sekarang, sama je," jawab Adam lalu naik atas katil. Yanti pantas menoleh.
     " I cuba untuk berubah, Adam! Sekurang-kurangnya bagi I peluang tu! I nak jadi macam May!" suara Yanti bergetar. Adam memandangnya lalu ketawa.
     " You buatlah apa saja untuk berubah, Yan! Tapi you tetap takkan sama seperti May," jawapan Adam membuatkan air mata Yanti mengalir. Pantas disekanya, dan dia berpaling menghadap tv.
     " I dah nak tidur. Esok I nak balik umah I. Pandai-pandai you lah nak explain pada papa you tu," kata Adam lalu menutup selimut ke seluruh tubuhnya. Yanti menoleh dan hanya melihat Adam berselubung. Hatinya walang. Dia tahu, dia tak mungkin mendapat tempat di hati Adam Usyair lagi.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

06 Mac 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 30

     Aku tersenyum saat Puan Sri Sabrina masuk ke bilikku ditemani ayah mertuaku, Tan Sri Ghazali. Dia menolak umi atas kerusi roda dan menghampiriku. Aku bersalaman dengannya lalu dia duduk di sebelahku. Abi pulak mengambil tempat di kerusi panjang dan membaca akhbar.
     " May apa khabar? Macam mana rasa sekarang?" soal umi dengan lemah lembut.
     " Baik, umi. Umi pulak macam mana dengan demam? Dah baik?" soalku.
     " Dah, dekat 3 botol air masuk, dah sihat sikit. Mungkin petang ni umi keluar," katanya. Tangannya membelai perutku.
     " Bil kamu abi dah masukkan dalam akaun umi," kata abi mencelah. Aku terdiam. Bil Yanti sekali ke?
     " Termasuk bil dia," jawapan abi membuatkan aku memandangnya sekilas. Umi berdehem.
     " Tak sangka nak jadi macam ni," kata umi. Aku menepuk perlahan tangannya, lalu tersenyum.
     " Sepatutnya May melawat umi, tapi ni terbalik pulak. Umi melawat May," lalu aku ketawa. Umi turut ketawa namun diam kembali.
     " Kamu tahu tak Yanti keguguran?" soal umi. Mataku terbuntang.
     " Sebab jatuh semalam ke?" soalku.
     " Yang tu abi cakap dengan Adam, kalau Yanti nak ambil tindakan untuk saman Sharifah, abi boleh ambil tindakan serupa atas alasan menyerang dan memukul menantu abi," terang abi yang membahasakan Nadia sebagai Sharifah.
     " Abang?" soalku.
     " Adam Usyair? Dia setuju je kalau abi saman Yanti. Tapi abi pun bukanlah kejam sangat, nanti apa pulak kata Dato' Hassan. Anak dia keguguran dan abi menyaman dia pulak," jawab abi lalu tergelak. Aku tergelak sama. Umi menjeling.
     " Sepatutnya macam tu kan?" soal umi. Aku mengusap belakang tangan umi.
     " Umi, biarlah. Lagi pun Yanti tengah bersedih sebab kehilangan anak," aku memujuk umi.
     " Berkali-kali Adam bagitau umi, yang anak Yanti tu bukan anak dia. Katanya senakal-nakal Adam Usyair, dia tak akan menyentuh mana-mana perempuan yang bukan isterinya. Mulanya umi susah nak percaya. Yelah, kan? Dah orang tu mengaku dah mengandung sebelum nikah dulu, sebab tu umi paksa dia menikahi Yanti," terang umi. Aku cuma diam mendengar cerita mereka.
     " Tapi bila Alya kata, suruh umi fikirkan balik, umi tawakkal saja pada Allah. Umi tak boleh percaya cerita sebelah pihak, tapi umi percaya anak umi tak akan buat perkara macam tu," jawab umi. Aku tersenyum kelat. Anak umi? Umi percaya. Suami saya? Susah saya nak percaya,umi, hati aku menangis.
     " Adam Usyair anak abi, abi tahu tahap kenakalan dia macam mana. May jangan risau, Yanti tu memang seorang yang penuh dengan agenda," jawab abi di sebalik surat khabar yang dibacanya.
     " Kenapa malam yang saya sampai dari kampung tu, umi tak cerita yang abang sudah menikah?" soalku.
     " Adam yang tak bagi. Dia tak nak May lari dari dia lagi. Ingat tak malam tu kak Lina marah sangat dekat dia? Sebab tu la, dia tak nak kami berterus-terang pada May. Tapi tak sangka pulak Yanti sanggup cari Adam kat rumah kamu," keluh umi. Aku tersenyum. Bagi aku berita tu dah tak penting. Hatiku kosong. Kosong saat Yanti mengaku yang dia juga isteri Adam, madu aku.
     " Mana abang?" soalku. Lepas dia keluar pagi tadi, sampai sekarang dia belum datang.
     " Dia balik mandi, tukar baju. Singgah ofis dulu sebelum datang ke mari," jawab abi. Aku diam. Setelah lama berbual, umi dan abi meminta diri untuk pulang ke bilik mereka. Aku bersendirian lagi. Sambil membelek-belek telefonku, tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Doktor Zuhaila menjengah.
     " Apa khabar, puan?" soalnya. Aku tersenyum.
     " Baik je.Tak payah puan-puan dengan saya. Panggil je May," jawabku.
     " Rasa baby bergerak tak hari ni?" soalnya lalu mula memeriksa kandunganku.
     " Pagi tadi terasa, sekarang kurang sikit," jawabku.
     " Baby awak takde masalah, May. Dia kuat, macam ibunya. Cuma semalam masa awak terjatuh, lebam cuma di bahagian pinggul awak saja. Kandungan awak baik-baik saja," beritahunya.
     " Ye ke? Alhamdulillah. Risau jugak saya, doktor," kataku. Dia menepuk bahuku mesra.
     " Err, bila saya boleh balik, doktor?" soalku pula. Dia diam memeriksa carta di meja sebelahku.
     " Kalau ikutkan ni, esok boleh keluar," katanya. Aku tersenyum lega.
     " Kalau macam tu, saya keluar dulu. Sekejap lagi masa makan tengahari, makan banyak-banyak bagi baby cepat sihat," katanya lalu menuju ke arah pintu.
     " Err, doktor..," aku memanggilnya. Dia menoleh.
     " Ye?" soalnya. Aku berfikir sejenak.
     " Macam mana pesakit yang jatuh dengan saya semalam tu?" soalku. Aku nak pastikan berita yang aku dapat dari umi adalah benar.
     " Oh, puan Darwina Haryanti ke? Feel sorry to her. She lost her baby," katanya perlahan. Aku mengumam perlahan.
     " Kesian dia," jawabku.
     " Ya, kesian. Pagi tadi menjerit histeria selepas suaminya bertemu dengannya. Bila staff saya tanya, katanya suaminya akan menceraikannya selepas dirinya habis pantang," kata-kata doktor Zuhaila membuatkan dadaku berdebar kencang.
     " Cerai?" soalku terperanjat. Doktor Zuhaila hairan, lantas kembali menutup pintu.
     " Kenapa, May? Awak kenal puan Darwina ke?" soalnya. Pantas aku menggeleng.
     " Tak, tak! Saya terserempak dengan dia semalam sewaktu terjatuh," bohongku. Dia tersenyum lantas meminta diri untuk keluar. Aku memicit-micit dahi, pening. Adam nak menceraikan Yanti? Tapi kenapa? Aku pantas bangun dan turun dari katil.
*****************************************************************************************************************************************************
     Aku berdiri kaku depan pintu bilik Melati. Perlahan aku mengetuk pintu, kemudian membukanya. Aku menjenguk kepala dan terpandang wajah Yanti yang terperanjat melihat kedatanganku. Nampaknya bukan aku saja tetamunya pagi ni. Aku menapak masuk selepas memberi salam. Aku menghampiri katil Yanti dan bersalaman dengan tetamunya.
     " Mama, kakak dan adik I," terangnya tanpa ku pinta. Ibu Yanti bersalaman denganku sambil melemparkan senyuman.
     " Kawan Wina ke?" soal ibunya. Ya Allah, jauh beza betul perangai ibu dan anak ni. Lemah lembut perwatakan ibunya berbanding Yanti. Aku menoleh pada Yanti yang menjeling padaku.
     " Ye, datin. Semalam kami berjumpa di bawah," jawabku, sedikit berbohong. Hai, dalam sehari dua ni aku makin banyak pulak berbohong. Kelihatan Yanti terkejut dengan jawapanku.
     " Adik I ni clumsy sikit. Entah sapalah yang dirempuhnya sampai miscarriage camni," jawab kakak Yanti sambil menjeling adiknya.
     " Darwisya, apa cakap adik macam tu?" soal emaknya dengan perlahan. Allah, kalau ni lah mak aku, hari-hari aku nak sembang dengan dia. Tapi pelik, kenapa anak perempuan Datin ni garang-garang belaka? Tu belum dengar suara dari adik dia lagi.
     " Hmm, kak Wina, ma. Kat rumah pun dia boleh rempuh Ita," jawab adiknya perlahan. Haa, yang ni memang ikut perangai ibunya. Aku tersenyum.
     " Maaflah, ye cik..." kata-kata ibunya terhenti. Aku tersengih.
     " May," jawabku sepatah.
     " Maaflah, ye cik May. Anak-anak saya ni semuanya suka menjawab," katanya. Haha, aku gelak dalam hati. Boleh nampak, makcik!
     " Eh, duduklah. Kesian awak tu sarat," pelawa kakaknya. Aku duduk bersebelahan ibunya.
     " Berapa bulan dah ni?" soal ibunya.
     " Nak masuk 8 bulan, datin," jawabku mesra. Dia menepuk pehaku.
     " Tak payah datin-datin. Panggil makcik je," jawab ibunya. Ya ampun...baiknya hati ibu Yanti. Baru aku nak jawab, pintu dibuka. Kelihatan seorang lelaki berpewatakan garang, masuk. Ha, ni agaknya Dato' Hassan kot.
     " Siapa ni?" soalnya dengan suara keras, namun wajahnya tidak serius. Dia menghampiri kami.
     " Kawan Wina, bang," jawab ibunya. Aku senyum pada Dato' Hassan. Mujur, dia membalas senyumanku. Matanya beralih pada anaknya, Yanti.
     " Mana suami kau?" soalnya agak garang. Yanti menjeling, takde langsung reti takut. Huh, kalau aku dapat ayah macam ni, mau aku menangis hari-hari bila kena soal. Haha.
     " Entah! Balik agaknya," jawab Yanti acuh tak acuh.
     " Huh! Buat anak pandai, dah jadi macam ni, dia tinggal kau pulak! Apa punya suami tu hah?" soal Dato' Hassan dengan garang. Yanti memandangku takut-takut, bimbang aku terasa kerana ayahnya mengata pasal suami aku juga.
     " Dia kerjalah, papa. Takkan nak tunggu Wina 24 jam kat sini kot?" soal Yanti dengan keras. Huh, sebijik perangai ayahnya. Dato' Hassan menjeling.
     " Wina, abang, jaga perangai. Kita ada tetamu ni," ibunya mengingatkan. Perlahan Dato' Hassan berdehem.
     " Takpe, saya minta diri dulu. Tak manis rasanya duduk sekali bila keluarga makcik nak melawat Yan..er, Wina," jawabku. Ibunya menepuk tanganku.
     " Duduk jelah. Jangan ambil hati dengan pakcik kamu tu. Dia memang garang, tapi hatinya baik. Mana suami May?" soalnya. Aku diam, sekilas memandang Yanti yang sedang memandangku.
     " Err, dia outstation, makcik. Dah 2-3 hari," bohongku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku ni.
     " Ai, masuk hospital dia tak jenguk ke?" soal ibunya hairan. Kakak dan adik Yanti menanti jawapanku.
     " Dia yang hantar saya ke sini, makcik. Lepas tu terus outstation," jawabku lagi. Aku lihat Yanti memandangku tanpa kerdip.
     " Oh, makcik ingatkan suami kamu tak jenguk kamu. Erm, semalam May nampak ke siapa yang bergaduh dengan Wina sampai jadi macam ni?" soalan ibunya membuatkan aku sesak nafas. Huh, ambik ubat! Gatal nak melawat madu kau sangat kan, May? Jawab! Yanti gelisah.
     " Oh, saya tak perasanlah, makcik. Lepas berbual kat bawah, saya terus berlalu. Tapi dengar kecoh sebelum doktor saya bagitau yang dia dah jadi macam ni," jawabku lalu memandang wajah Yanti sambil aku tersenyum. Aku lihat mata Yanti berair.
     " Makcik tak kisah kalau dia tak nak jumpa kami, sekurang-kurangnya minta maaf pada Wina," jawab ibunya perlahan. Allah, aku la orang tu. Tapi bukan aku yang cari pasal. Ni pun dah kira baik aku menipu. Sekilas aku nampak Yanti mengesat air matanya. Sayu hatiku melihat begitu.
     " Takpelah, makcik. Benda dah berlaku. In shaa Allah, mungkin ada rezeki lagi lepas ni," kataku memberi semangat pada Yanti. Terkesima Yanti kemudian dia menangis terisak-isak. Panik seketika ahli keluarganya.
     " Kenapa, Wina? Kenapa menangis?" pujuk ibunya lembut. Namun bibirnya terus membisu dan hanya menangis. Aku bangun lalu menghampiri Yanti. Aku duduk di birai katil dan menepuk bahunya.
     " Takpe, Yanti. In shaa Allah, mungkin ada rezeki lagi lepas ni," pujukku lagi. Esakan dia semakin kuat. Aku panik! Alamak, ni mesti hal yang doktor Zuhaila cakap kat aku pagi tadi.
     " Kalaulah I ada peluang tu, May," jawabnya terisak-isak. Aku menggenggam tangannya dengan kuat, memberi kekuatan. Sedaya-upaya kami tidak mahu ahli keluarganya menghidu apa terjadi antara kami bertiga. Ibunya tersenyum.
     " Tengok! May pun bagi semangat kat Wina, takkan Wina tak nak bagi semangat untuk diri Wina sendiri?" soal ibunya perlahan. Semakin kuat Yanti menangis dalam pelukan ibunya. Belum sempat aku menjawab kata-kata ibunya, pintu dibuka dari luar. Kami semua berpandangan. Adam terkejut.
     " Hah, kamu dari mana?" soal Dato' Hassan pada Adam. Perlahan-lahan dia menghampiri Dato' Hassan lalu bersalaman dengannya, namun matanya tak lepas dari memandangku.
     " Ofis, papa. Selesaikan meeting dulu," jawabnya. Dia hampir membuka mulut untuk menegurku namun aku cepat-cepat memberi isyarat mata agar jangan menegurku. Mujur dia faham.
     " May, ni suami Wina. Adam, ni kawan Wina," ibunya memperkenalkan. Kami cuma berbalas senyum. Hati Adam bergetar hebat saat melihat Maysarah cuma tersenyum tanpa ucapan 'hai' padanya. Apabila Adam menghampiri katil Yanti dan mengambil alih tempat ibu mertuanya, aku menarik nafas panjang, menahan getar dalam dada.
     " Memandangkan suami Wina dah sampai, saya minta diri dulu, makcik," kataku lalu bersalaman dengan ibunya. Ibunya menahanku.
     " Cepatnya. Duduklah lama sikit," pujuk ibunya. Duduk lama? Bagaimana aku nak duduk lama di situ dan cuma menyaksikan kemesraan mereka, sedangkan aku hipokrit, berpura-pura seolah-olah aku tak mengenali Adam?
     " Takpelah makcik. Saya nak balik bilik packing barang, nak keluar petang ni," aku pantas menjawab. Ibunya memelukku erat dan mencium pipiku. Air mataku bergenang dan ku tahan sehabis daya agar aku tidak menangis di depan Adam dan Yanti.
     " Makcik ucapkan terima kasih sebab sudi melawat Wina. Makcik doakan kamu selamat bersalin dan dapat anak yang comel macam kamu," ucap ibunya membuatkan air mataku tumpah akhirnya. Pantas aku mengesat dan tersenyum pada ibunya.
     " Terima kasih, makcik, kerana mendoakan saya. Saya minta diri dulu, makcik, pakcik, Yanti," kataku lalu membuka pintu. Sekilas aku memandang dua insan yang berada di atas katil, dan aku terlihat bibir Yanti mengucapkan 'terima kasih' padaku. Sepanjang perjalanan menuju kembali ke bilik, air mataku tak henti-henti mengalir. Ya Allah, kuatkanlah semangatku, hatiku berdoa.
****************************************************************************************************************************************************
     Aku melayan perasaan apabila Adam menghampiriku. Dia memegang tanganku namun perlahan aku menarik tanganku. Dia terkejut.
     " Kenapa abang nak ceraikan Yanti?" soalku. Adam kematian kata-kata.
     " Ibu mertua abang baik sangat," kataku lagi.
     " Isteri abang lagi baik. Kenapa abang nak tunggu untuk dia?" soal Adam. Aku mengeluh.
     " Jangan ceraikan Yanti, bang. Kesiankanlah dia," aku memujuk, agar Adam menukar fikiran.
     " Tapi ada ke dia kesiankan isteri abang ni?" soalnya pula. Aku tahu apa yang dah dia lakukan, tapi aku bukanlah kejam sangat. Kalau aku balas balik apa yang dia buat, maknanya aku pun meletakkan taraf aku sama seperti dia juga.
     " Abang mampu untuk beristeri dua, jadi tak salah jika dia terus kekal sebagai isteri abang," kataku lemah. Adam mengumam.
     " Memang abang mampu! Tapi abang tak mampu nak bahagikan kasih sayang dan cinta abang untuk dua wanita," katanya tegas. Aku menunduk.
     " Sekurang-kurangnya biarlah dia ada anak dengan abang," kataku.
     " Sayang! Sayang ni kenapa? Abang cuma nak anak dengan sayang! Abang tak cintakan Yanti! Sayang faham abang tak?" soal Adam hampir meninggikan suara. Kali ni aku pasrah! Aku dah tak kisah kena herdik dengan dia, berbanding wajah hiba Yanti yang aku lihat tadi.
     " Sayang faham. Tapi dia pun isteri abang," aku menyedarkannya. Dia bangun lalu meramas rambutnya kasar.
     " Astaghfirullahal'azim! Maysarah! Dia isteri saya cuma pada nama! Saya tak cintakan dia, cinta saya pada dia tak sekuat cinta saya pada awak! Can't you feel how much I loved you?" soalnya agak marah. Aku menunduk dan akhirnya menangis. Betul! Kali ni memang aku pasrah! Dia menghampiri aku, lalu tanganku digenggam.
     " Tolonglah faham hati dan perasaan abang ni, May! Abang cuma cintakan May," katanya lalu dia menangis di ribaanku. Terkedu aku saat aku mengangkat kepala, kelihatan Yanti kaku di muka pintu.
     " Yanti," aku memanggil. Adam bangun, menoleh. Dia hampir keluar namun apabila aku merayu, dia menutup pintu dan menghampiri kami.
     " I malu pada you, May. I nak minta maaf atas apa yang berlaku, dari mula sehingga sekarang. Maafkan I, Adam," ucap Yanti dengan suara yang serak. Aku senyum.
     " Takpe, Yanti. Semua ni sudah takdir. I tak akan benarkan Adam ceraikan you," kataku. Tergamam Yanti, manakala Adam tercengang.
     " Sayang.." Adam menyebut namaku, lemah. Aku mengerdipkan mata dan air mataku tumpah lagi. Yanti memelukku erat.
     " You terlalu baik pada I, sedangkan I kejam pada you! I tamak dalam merebut cinta Adam. Tapi you still  terima I  sebagai madu youYou terlalu mulia bagi I, May!" ujar Yanti tersekat-sekat. Aku menepuk-nepuk bahunya agar dia berhenti menangis.
     " Sudah tertulis di Luh Mahfuz yang hidup I ditakdirkan bermadu dengan you, Yan. I redha kalau ini yang Allah tetapkan," habis kata-kata itu, aku menangis sayu. Adam terduduk di atas kerusi manakala Yanti terisak-isak dalam pelukanku. Redhakah aku dalam bermadu?

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

SriKaNDi CiNtAkU - part 29

     Aku termenung sendirian di atas katil. Sudah hampir seminggu aku mengelak dari pergi ke ofis. Baru aku teringat yang esoknya aku ada temujanji dengan doktor. Temujanji lagi! Tok!Tok! Pintu bilikku diketuk. Aku menoleh memandang ke arah pintu. Wajah Nadia menjengah masuk dengan sengihan lebar.
     " Hai, mommy to be! Buat apa ni?" soalnya lalu duduk di depanku.
     " Buat apa? Apa yang kau nampak?" soalku kembali. Dia tersengih.
     " Tak boring ke? Dok terperap dalam rumah?" soalnya lagi. Aku menggeleng.
     " Bos tanya kau," katanya. Aku berpura-pura tak mendengar. Pantas Nadia menyiku pehaku.
     " Dah tu?" aku menyoal tanpa perasaan.
     " Tan Sri, bukan GM," katanya. Allah, ayah mertuaku.
     " Kenapa? Pasal cuti aku ke, atau aku bakal kena 'angkat kaki'?" soalku. Nadia tergelak.
     " Pasal cuti kau tu bapak mertua kau cakap kau boleh bercuti selama mana kau nak, gaji tetap jalan. Senior GM, kakak ipar kau pulak meluluskan cuti kau," kata Nadia sambil menekankan perkataan 'bapak mertua' dan 'kakak ipar' pada aku.
     " Dah tu?" soalku lagi.
     " Dia cuma tanya aku, kau ada kat mana sekarang," kata Nadia. Aku memandang wajah Nadia dengan perasaan berdebar-debar.
     " Kau cakap tak?" soalku terburu-buru.
     " Opss, kalau dengan laki kau memang aku tak cakaplah! Tapi ni bapak mertua kau. Aku tak sampai hati pulak tengok orang tua tu mengharap jawapan positif dari aku. Bermeeting jugak la aku 2 jam tadi dalam bilik dia," katanya. Aku mengeluh.
     " Aku ni kan Nad, kalau boleh tak nak sesiapa pun tahu kat mana aku berada. Aku tak nak ada kaitan dengan keluarga Tan Sri lagi," aku mengeluh perlahan.
     " Oih! Kau gila ke apa? Tu, dalam perut kau tu pewaris dorang. Jangan bercakap tanpa gunakan akal, boleh tak?" soal Nadia sambil bibirnya dimuncungkan ke arah perutku. Aku tersenyum tawar.
     " Yanti datang ofis hari ni, cari Adam," sambungnya. Aku menghela nafas.
     " Kau cerita kat aku buat apa?" soalku tak suka.
     " Dengar je, iklan ni. Laki kau takde. Membawa diri," katanya. Aku mencebik.
     " Hai, berbini dua pun bawak diri ke? Lain la aku kot, tengah memboyot camni dia madukan," sindir aku dengan kuat. Nadia ketawa.
     " Haha. Tu lah kau! Tak nak ambik tahu sangat keluarga suami kau! Tan Sri hantar dia ke luar negara, jauh dari Yanti buat sementara waktu, sebab prestasi kerja Encik Adam Usyair merudum gila! So, dari dia buat company jatuh tergolek, baik bapak dia hantar dia pegi bercuti," terang Nadia panjang lebar. Aku menjeling.
     " Macam penting sangat bagitau aku!" marahku. Nadia ketawa lalu mendekatiku.
     " Maysarah sayang, macam mana pun dia tetap ayah kepada anak kau. Benci macam mana pun dia suami kau. Relaks okey? Jangan stress sangat, kesian baby," katanya sambil mengusap-usap bahuku. Aku terdiam seketika.
     " Puan Sri tak berapa sihat," kata Nadia selamba. Pantas aku menoleh.
     " Teruk ke?" soalku.
     " Admit hospital," jawabnya.
     " Yang ni kau lambat bagitau aku pulak! Kau tau mana?" marahku. Nadia tersengih.
     " Baru tadi. Tan Sri tergesa-gesa pulang, nak ke hospital katanya," jawab Nadia. Aku merengus lalu turun dari katil. Nadia tersenyum. Dia lebih memahami Maysarah. Marah macam mana pun May tetap cuba untuk meluangkan masa melawat.
     " Lain kali bagitau lah cerita ni dulu," bebelku. Nadia tergelak.
     " Okey, sekarang dah bagitau. KPJ Healthcare," kata Nadia. Aku bersiap sambil tak henti-henti membebel pada Nadia. Dengan perlahan dia bangun menuju ke arah pintu.
     " Hah! Lari!" sergahku. Akhirnya Nadia ketawa sambil keluar. Selesai bersiap, aku mencapai beg tangan dan kunci kereta, untuk keluar. Nadia sedang menonton tv, manakala Zatul belum pulang.
     " Zatul mana?" soalku sambil menutup pintu bilikku.
     " Turn dia untuk back up keja kau. Nak pergi dah? Nak aku temankan tak?" soal Nadia.
     " Boleh jugak. Jom?" ajakku. Pantas Nadia bangun memakai tudung, lalu menutup semua suis. Kami keluar menaiki keretaku menuju ke KPJ Putrajaya.
**************************************************************************************************************************************************
     Aku menanti Nadia yang sedang mencari pakir. Tiba-tiba terasa bahuku ditepuk. Pantas aku menoleh. Terkedu.
     " You buat apa kat sini?" soalnya. Aku cuma mendiamkan diri. Bahuku ditolak kasar. Hai, sabar May! Kalau dia cari pasal jugak, kau ketuk kepala dia dengan beg tangan kau! hatiku menjerit.
     " I tanya you ni. You buat apa kat sini?" soalnya lagi sekali. Aku mengabaikan dia sambil mata meliar mencari kelibat Nadia. Cepatlah Nad, hatiku gusar.
     " Mana suami aku?" soalnya lagi. Allah, kejap I, kejap aku. Sewel betul minah ni.
     " Aku tanya kau ni! Pekak ke, hah?" jeritnya. Aku menoleh lalu memandang wajahnya dengan selamba.
     " Aku tanya, mana suami aku? Bukan suruh kau pandang aku!" jeritnya.
     " Ada kau nampak suami kau kat sini ke?" sengaja aku menekankan perkataan 'suami kau' pada dia. Dia merengus. Huh, dah macam kerbau betina je. Malam-malam cari pasal dekat hospital private pulak tu.
     " Kau sorokkan dia ke, hah?" soalnya. Aku menggeleng kepala sambil berpaling mencari Nadia. Tiba-tiba aku tak dapat mengimbangi badan apabila dia menolak aku dari belakang, dan aku jatuh terduduk. Ya Allah, sakitnya tulang pinggulku.
     " Aku nak Adam! Kalau aku tak dapat, kau pun tak kan dapat! Dalam perut aku ni, anak dia!" jerit Yanti dan dia hampir menerkam ke arahku. Keadaan yang semakin sarat membuatkan aku tak berupaya untuk melawan dia yang sudah pun memukulku dengan beg tangannya.
     " Aku tak tahulah!" jeritku melawan. Namun dia seperti hilang akal mengamuk padaku.
     " Ya Allah! May!" saat aku terdengar jeritan Nadia, aku sudah terbaring lalu aku menangis. Sakitnya perutku Ya Allah! Kesian anak ibu. Pantas Nadia menolak kuat tubuh Yanti yang berada di atasku, lalu dia jatuh terduduk.
     " Ouch! Sakitnya!" jerit Yanti lalu memegang perutnya spontan. Nadia bergegas masuk memanggil petugas hospital lalu mereka keluar membawaku di atas troli. Begitu juga dengan Yanti, disorong masuk dengan kerusi roda. Air mataku merembes keluar dengan laju. Sakit aku rasa pada pinggulku dan perutku. Aku tak dapat rasa anakku bergerak lagi. Ya Allah, selamatkanlah anakku.
     " Sabar, May! Bawak mengucap banyak-banyak," kata Nadia sambil menggenggam erat tanganku.
     " Ya Allah, sakitnya perut aku, Nad. Anak aku, Nad. Anak aku," dalam hiba aku menutur pada Nadia.
     " Aku tau, May! Kuat demi anak kau..bertahan May, bertahan! Aku yakin kau boleh!" kata Nadia. Dari arah lain kedengaran Yanti mengerang kesakitan, namun aku tak ambil peduli. Anak aku lebih penting.
     " Ya Allah, abang," aku mengeluh perlahan lalu aku ditolak masuk ke wad kecemasan. Nadia tergamam. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi seseorang.
*******************************************************************************************************************************************************
     Suasana dingin memaksaku membuka mata. Aku lihat Nadia nyenyak tidur di kerusi panjang. Mata ku alihkan ke perut. Alhamdulillah, masih dalam keadaan yang sama. Kalau kempis tadi mau jugak aku meraung. Belum sempat aku menegur Nadia, pintu dibuka perlahan. Wajah mak dan abah menjengah. Terburu-buru mak masuk namun sempat ditahan abah, bila abah ternampak Nadia sedang tidur. Mak menghampiriku, lalu memelukku dan menangis. Aku menyalami tangan abah. Hai, ni mesti kerja Nadia.
     " Macam mana boleh jadi macam ni?" soal mak separuh berbisik, bimbang Nadia terjaga. Aku mengulum senyum.
     " Jangan mak bimbang, orang tak apa-apa," jawabku.
     " Adam mana?" soal abah. Aku terkelu mencari jawapan.
     " Tak apa-apa sampai jatuh, nasib baik memang dekat hospital," marah mak manja. Alala Puan Jamilah ni.
     " Abang takde, abah. Outstation!" jawabku. Sedang kami berbual, Nadia terjaga. pantas dia bangun dan tersengih-sengih. Kemudian dia berjalan menghampiri kami dan menyalami emak.
     " Maaflah makcik buat kamu terjaga," kata emak.
     " Eh, takpelah makcik. Saya pun memang nak balik dah ni," kata Nadia.
     " Kau kan tak kerja esok, Nad. Nak balik pun dah lewat sangat ni," jawabku lemah. Nadia tersenyum.
     " Yelah, Nadia. Dah pukul 1 pagi. Duduk jelah di sini dulu," kata abah.
     " Takpelah, pakcik. Esok saya ada hal, kena keluar awal," katanya. Aku menjeling.
     " Lewat dah, Nad. Kau nak drive balik ni, boleh ke?" soalku. Abah menggeleng kepala. Nadia cuma tersengih.
     " Boleh. Kau jangan risau. Esok aku kena cari barang untuk majlis bulan depan ni. Kalau aku balik pagi esok takut marah pulak Amir," katanya. Oh, ya. Baru aku teringat. Bulan depan Nadia akan menikah. Selepas bersalaman dengan kami, Nadia beredar.
     " Siapa perempuan yang tolak kamu tu, achik?" soal mak. Abah mengambil giliran duduk di atas kerusi panjang.
     " Mak dengan abah datang sini dengan siapa?" aku menukar topik.
     " Angah hantar tadi, lepas tu dia balik," jawab mak.
     " Angahnye mana?" soalku pula.
     " Baliklah! Dia tengah duty masa kami sampai dekat rumah dia," jawab abah.
     " Abah drive dari kampung?" soalku terkejut. Abah tersenyum.
     " Askar pencen macam abah ni kamu ingat tak boleh memandu malam-malam ke?" soalnya. Aku tersengih.
     " Bukan macam tu. Kan bahaya tu," jawabku.
     " Allah, bukan jauh sangat. Kami lagi risau dengar cerita yang kamu masuk hospital," kata abah. Aku tersenyum. Mak mengusap perutku.
     " Doktor kata apa?" soal mak. Aku menepuk dahi. Alamak, lupa nak tanya Nadia. Akhirnya aku tersengih.
     " Lupa nak tanya Nad la mak," jawabku. Mak cuma menggelengkan kepala sambil matanya dijegilkan padaku. Aku mengangkat dua jari menandakan isyarat peace!
     " Siapa yang tolak kamu ni?" soal mak sekali lagi. Aku cuma menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
     " Entahlah, mak! Orang tak perasan. Masa tu orang tengah tunggu Nadia kat bawah, tiba-tiba kena rempuh. Orang pun tak sedar siapa," bohongku. Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana membohongi mak. Kedengaran mak cuma mengeluh.
     " Dia ada kecemasan kot," kata abah. Aku pantas mengangguk. Mak menjeling.
     " Ate, kalau kecemasan sekali pun, tak kanlah tak nampak anak saya yang berdiri terpacak tu?" soal mak. Abah tersengih. Dah faham sangat peel mak, suka buat pertikaian.
     " Udahlah, mak! Tengah-tengah malam jangan bising, nanti doktor marah. Karang mak dengan abah nak balik umah orang ke?" soalku.
     " Mak nak balik rumah ateh. Dia habis on-call pukul 2 pagi nanti," kata mak. Kesian mak abah, berkejaran hanya kerana aku.
     " Mak tahu kan kenapa orang datang sini?" soalku. Abah berdehem.
     " Udah tahu. Sebelum mak ke sini, mak pergi melawat besan mak dulu. Dah semakin baik. Tapi deme pulak terkejut dengar kamu masuk ke sini," jawab mak.
     " Tan Sri nak melawat tadi, tapi abah tak bagi. Abah kata tunggu esok pagi jelah," jawab abah pulak. Aku mengeluh. Baru terasa sengal di pinggang setelah ubat bius semakin berkurangan.
     " Mak nak tidur ke?" soalku. Mak tersenyum, menggeleng. Telefon abah berdering lalu abah keluar menjawab. Sepuluh minit kemudian, dia masuk semula.
     " Ateh dah sampai, kejap lagi dia naik," kata abah. Kami menunggu seketika, dan kemudian wajah Munirah muncul dalam bilikku. Dia merapatiku lalu memelukku.
     " Camne boleh jadi macam ni, achik?" soalnya risau. Aku tersenyum.
     " Dah, tak payah bimbang sangat. Bawak mak abah balik umah kamu dulu. Kesian mak, dah mengantuk tu," kataku. Mak tersenyum walaupun mata mak dah semakin sepet. Selepas bersalaman, mereka akhirnya beredar. Aku kembali termenung atas katil. Suasana dingin membuatkan aku kembali mengantuk dan akhirnya aku terlelap.
     Aku tersedar apabila terdengar azan subuh sayup-sayup dari luar hospital. Aku membuka mata dan memandang luar hospital. Gelap. Hanya disimbahi cahaya lampu jalan. Kemudian aku menoleh untuk memandang ke arah pintu. Terperanjat apabila melihat sekujur tubuh sedang berbaring atas kerusi panjang. Siapa pulak ni? Apabila aku menarik selimut hingga ke paras dada, baru aku perasan yang baju panas miliknya berada di atas perutku. Aku sentuh lalu ku bawa ke depan mata. Saat hidungku terbau wangian CK Eternity, lega hatiku. Baju panas itu milik suamiku, Adam Usyair.
     " Abang," aku panggil sekali. Dia masih membatu.
     " Abang!" aku kuatkan panggilan. Dan kali ini dia terbangun. Pantas dia berjalan menuju ke arahku. Dahiku dikucupnya, lalu dia duduk di birai katil. Aku cuma memandangnya.
     " Dah sihat? Kenapa tak call abang?" soalnya. Aku diam.
     " Kalau abi tak bagitau, abang pun tak tahu. Siapa yang buat ni?" soalnya seakan marah-marah. Aku memeluk bajunya erat, seolah melepaskan rindu yang lama terpendam. Dia mengulum senyum.
     " Sejuk ke, rindukan abang?" soalnya nakal. Aku menjeling.
     " Abang ke mana?" soalku.
     " Abang kena buang daerah," selorohnya. Aku mendengus.
     " Main-main pulak!" marahku.
     " Abang ada oustation kat Genting, ni baru sampai. Tu yang tidur kejap," jawabnya sambil tangannya membelai perutku. Aku hanya membiarkan saja.
     " Kata Nad, abang bawak diri, abi hantar abang pergi jauh," kataku. Adam ketawa.
     " Kena hantarlah tu. Hantar bekerja. Merangkumi bawak diri," jawabnya, tergelak.
     " Huh, nak bawak diri bagai! Bukan abang yang dimadukan," sindirku. Dia tersenyum.
     " Abang bawak diri sebab isteri abang yang paling abang cinta, tinggalkan abang," jawabnya lalu mencuit hidungku. Aku tergamam. Isteri! Adam ada dua isteri sekarang ni!
     " Yanti?" soalku. Dia mengeluh.
     " Isteri pada nama je, yang," jawabnya lemah. Lalu dia beralih duduk di kerusi sebelahku.
     " Tapi anak tu?" soalku apabila teringat jeritan Yanti malam tadi. Adam memandangku dengan riak pelik.
     " Macam mana sayang tau?" soalnya. Erk, alamak! Kantoi! Aku pura-pura tidak dengar, hanya bermain jarinya yang berada atas perutku.
     " Jawab, Maysarah!" tegasnya. Aku diam jugak. Huh, kalau cakap, memang tempah penyakitlah kan?
     " Haus," aku menjawab perlahan, tanpa memandang wajahnya. Sebetulnya aku ingin menukar topik. Adam duduk bersilang tangan.
     " Macam mana sayang tahu pasal anak tu?" soalnya sekali lagi. Kali ni wajahnya serius. Ah, sudah! Aku tak boleh elak sebab dah terbaring atas katil.
     " Sayang haus," aku bersuara dengan manja, dan seakan-akan mahu menangis. Dia mengeluh lalu mencapai gelas air di sebelahnya, dan disuakan padaku. Aku menyisip perlahan kemudian kembali kepada kedudukan asal.
     " Now, you tell me please," katanya. Aku menelan liur.
     " Dia yang cakap," aku menjawab takut-takut.
     " Jumpa di mana?" soalnya lagi.
     " Bawah," jawabku sepatah.
     " Dia datang ke sini?" soalnya garang. Huh, dah lama tak tengok suami aku jadi singa.
     " Dia yang tolak..." belum sempat aku menghabiskan ayat, Adam bingkas bangun, berkira-kira untuk keluar. "....tapi dia tak sengaja," jawabku pantas. Namun kelibat Adam sudah hilang di balik pintu. Aku mengeluh perlahan.
*************************************************************************************************************************************************
     Terbuntang mata Yanti saat melihat Adam masuk ke biliknya. Bibirnya menguntum senyum namun senyumannya mati apabila melihat wajah kelat Adam. Adam menutup pintu lalu berjalan menghampirinya.
     " Sayang...," panggil Yanti. Adam mendengus.
     " What sayang? You yang tolak May kan?" soal Adam dengan suara yang bergetar.
     " I tak sengaja, you. I cuma tolak perlahan je," jawab Yanti untuk menutup gugup di hati, walhal memang dia sengaja menolak Maysarah agar anak yang dikandungnya mati. Malangnya dia yang ditimpa masalah.
     " Hey! You dengar sini baik-baik! Yang you tolak tu wife I, okey? Wife I!" hampir menjerit suara Adam namun dia cepat tersedar. Dada Yanti berombak, lantas mencampakkan bantal ke arah Adam.
     " I pun wife you, Adam! How could you treat me like this?" soal Yanti kemudian menangis terisak-isak. Adam menjeling, meluat.
     " I had a miscarriage, Adam," kata Yanti perlahan setelah lama mendiamkan diri. Adam tersentak lalu spontan duduknya tegak.
     " What? When?" soal Adam terkejut.
     " Malam tadi, staff you tolak I," jawab Yanti sambil mengesat air matanya. Adam meraup mukanya. Ini pasti Nadia yang cuba menyelamatkan May semalam, hatinya berkata.
     " Look, Yan! Since the child was gone, I think better we divorced," kata Adam dengan tenang. Terbeliak mata Yanti.
     " No, no! You can't do this to me, Adam! I sayangkan you dari dulu dan I tak kisah kalau jadi second wife you. But please don't leave me," Yanti sudah mula meraung. Adam cuma duduk bersilang tangan dan memandang ke arah Yanti yang menangis hiba.
     " Kalau betul you sayangkan I, you tak akan tergamak perangkap I supaya berkahwin dengan you, dan memfitnah yang tu anak I," kata Adam. Yanti memandang Adam dengan mata yang merah.
     " I buat semua tu sebab I sayangkan you!" jawabnya hampir menjerit. Adam mengeluh. Dia sudah muak dengan perangai Yanti. Perbincangan antara mereka tidak pernah tidak ada jerit pekik, macam hilang nada kalau Yanti tidak menjerit. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka dulu.
     " Yanti, kalau betul you sayangkan I, lepaskan I, lupakan I! I sudah berkahwin dan bakal ada anak. I tak dapat terima you lagi dalam hidup I. Apa yang you buat pada May terlalu berat untuk I maafkan you. I kahwin dengan you pun sebab you announce pada semua orang yang you kandung anak I. I nak jaga air muka keluarga kita, sebab tu I nikahi you, tanpa pengetahuan wife I. Tapi tu tak bermakna you dapat memiliki I untuk selamanya. And now..." kata-kata Adam terhenti seketika, dan dia menarik nafas, lalu menyambung semula, "...since your baby was gone, I rasa tanggungjawab I pada you dah habis. Baik kita bercerai lepas you habis pantang," kata Adam lalu berdiri. Yanti menangis dan terus menangis, sambil memukul-mukul bantal yang Adam letakkan di atas ribanya. Adam berjalan menghampiri pintu lalu menoleh seketika pada Yanti.
     " Sayang I pada you dah lama padam," habis kata-kata itu, Adam melangkah keluar. Kedengaran Yanti menjerit histeria seorang diri dalam bilik dan beberapa orang jururawat menerpa masuk. Adam terus melangkah menuju ke bilik Maysarah, dengan perasaan penuh cinta.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim