12 Januari 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 27

     Pagi itu aku terlewat bangun, terjaga lepas tersedar pintu pagar jiran sebelah dibuka. Cepat-cepat aku bersolat subuh sebelum turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Tiba di tangga terakhir, aku berdiri kaku di sebelah bilik tamu. Senyap. Eh, laki aku ni tak keja ke? hatiku berbisik. Aku abaikan dan terus menuju ke dapur. Pantas menyiapkan sarapan ala kadar, aku naik semula ke tingkat atas untuk bersiap. Sebaik turun ke dapur semula, aku pelik kerana sarapan masih tidak terusik. Mataku mengerling jam dinding, hampir 7.45 pagi. Aku berlalu menuju ke bilik tamu dan berdiri di pintu. Aku tarik nafas panjang, sebelum menghelanya kembali.
     " Abang, dah bangun belum?" soalku sambil mengetuk pintu. Diam, tiada jawapan. Aku ketuk lagi.
     " Abang, bangun cepat, nanti lewat nak ke ofis," panggilku lagi. Pun sama, masih tiada jawapan. Aku menggigit bibir, lalu aku berpaling, menuju ke pintu besar.
     " Abang ni, kalau marahkan sayang pun tak payahlah mogok sampai macam ni. Hari ni keja tau, bukan hari minggu," kataku sambil mencapai kunci rumah. Sambil membuka pintu, mataku kembali menjeling ke arah bilik tamu, mengharapkan Adam keluar dari biliknya.
     " Sayang tunggu abang....." kata-kataku terhenti sebaik saja pintu utama dibuka. Aku tergamam, malah terasa sangat hiba. Kereta BMW Adam tiada! Maknanya, aku ditinggalkan! Dari tadi hanya aku berbicara seorang diri. Sebak bertandang dalam hati, namun aku tahan. Aku menarik nafas panjang dan melepaskan lelah. Air mata yang ku tahan, akhirnya gugur jua. Melorot aku terduduk di birai pintu sambil membiarkan air mataku terus mengalir.
     " Sampai hati abang tinggalkan sayang," kataku sayu. Macam mana nak pegi keja ni? Keta Myvi berada di rumah umi. Allah! Aku memegang perutku lalu bangun, dan menutup pintu kembali. Terasa semangat habis melayang bila melihat suami pergi tanpa menungguku. Adakah kerana dia terasa hati denganku semalam? Sepatutnya aku yang terasa hati bila dia herdik aku macam tu kan? Sape yang mengandung ni? Aku ke, dia? Dengan perasaan yang lemah, aku menapak naik ke bilik lalu bersiap untuk ke ofis.
**********************************************************************************************************************************
     Sampai di GSA Holdings, aku pelik melihat ketiadaan kereta Adam. Aku mencari dia dalam bilik namun tiada. Spontan mataku terpandang ke arah Zatul yang baru tiba dan aku memanggilnya.
     " Aik? Laki kau pun kau tak tahu mana dia pegi? Kau biar betul, May," jawab Zatul sebaik saja aku ajukan soalan padanya. Aku menjeling.
     " Semalam aku tido umah mertua aku," bohongku. Dia mengangguk.
     " Setahu aku, hari ni dia cakap dia ada meeting kat Gombak," jawabnya. Giliran aku pula menganggukkan kepala. Aku terus menyambung kerja semalam di dalam biliknya sambil menanti kehadirannya sebaik saja aku tahu jawapan dari Zatul. Kusyuk menyiapkan tugasan, aku tersedar apabila berasa lapar. Aku kerling jam tangan, hampir pukul 1 petang. Baru aku teringat, aku tidak menjamah sarapan pagi ni. Aduh, kesian, anak ibu lapar ye, aku bercakap sendirian. Aku bersandar lalu memejamkan mata, terasa sangat letih dan mengantuk. Waktu rehat itu aku hanya tidur sementara menanti waktunya habis.
     Aku tersedar apabila terasa sangat sejuk. Sebaik buka mata, aku terkedu. Aku masih bersendirian dalam bilik Adam, tiada tanda-tanda yang dia masuk ofis hari ni. Aku memandang jam tangan. Ya Allah, lamanya aku tidur, hampir pukul 4.30 petang. Aku terus interkom Nadia.
     " Nad, bos kau tak masuk ofis ek?" soalku.
     " Tak nampak pun! Kenapa? Kau okey tak ni?" soalnya. Aku diam, berkecil hati sebenarnya.
     " Err, balik ni aku tumpang kau boleh tak? Aku tak drive, pening kepala," kataku sayu.
     " Boleh, no problem! Tapi keluar awal la ye?" kata Nadia. Aku bersetuju. Sebaik saja meletakkan telefon, aku kembali menyambung kerja. Terasa kepalaku semakin berat, dan mata semakin pedih. Haih, tanda-tanda demam selesema nak menyeranglah ni! Baru beberapa kali semak, aku meletakkan kepala di atas meja, kembali terlena.
**********************************************************************************************************************
     Nadia drop aku sampai ke rumah. Aku tersentuh hati, Adam masih belum pulang. Aku mencapai beg tangan dan membuka pintu. Sebelum keluar, Nadia memanggil.
     " Kau okey ke tak ni?" soalnya dengan riak wajah yang bimbang. Aku tersenyum.
     " Nak selesema. Aku kan buat keja dalam bilik bos kau! Sejuk siot!" jawabku sambil ketawa, menutup lara di hati. Nadia tersengih.
     " Aku tak nampak pun kereta laki kau? Dia tak balik lagi ke?" soalnya lagi. Aku diam, masih mencari-cari jawapan untuk diberikan pada Nadia dan diri aku sendiri.
     " Balik umah mak dia la tu, dia ingat aku balik sana," jawabku. Entah ye, entahkan tidak si Adam balik ke rumah uminya.
     " Lah, ye ke? Kenapa kau tak cakap? Kalau tak aku drop kau kat sana je," kata Nadia. Aku terkejut.
     " Eh, takpe! Ni pun dah cukup baik kau tumpangkan aku sampai umah. Nanti baliklah tu," aku menjawab lalu keluar.
     " Emm, takpelah kalau macam tu. Take care, kalau ada apa-apa, cepat-cepat call aku atau suami kau!" kata Nadia prihatin. Aku tergelak.
     " Baru 7 bulan, okey? Belum nak keluar lagi baby ni. By the way, thanks a lot, Nad!" jawabku lalu menutup pintu keretanya. Dia membunyikan hon sekali lalu memecut pergi. Aku kembali menatap pintu pagar rumah dengan perasaan yang bercampur-baur. Perlahan-lahan aku menapak menuju ke arah pagar, dan membukanya. Sebaik mengunci pagar, aku berlalu masuk ke dalam.
     Aku membuka almari mengambil baju tidur lalu meletakkan atas katil. Kemudian aku terpandang pada tuala mandi Adam yang bersidai di penyidai sebelah bilik air. Aku merapati dan memegang tualanya. Kering. Maknanya Adam tak balik rumah hari ni. Aku mengeluh, lalu mengusap perutku perlahan. Dengan lemah longlai aku melangkah masuk ke dalam bilik air.
     Usai mandi, aku terus menunaikan solat maghrib, dan terus menanti waktu Isya'. Selesai solat, aku mengemas telekung dan sejadah, lalu aku turun ke dapur. Sarapan pagi tadi aku bawak ke ruang tamu, dan itulah makanan tengahari merangkap malamku hari ini. Mujur bukan nasi goreng atau bihun goreng, kalau tak mesti dah basi. Roti bakar sapu majerin tiga keping akhirnya masuk ke perutku. Mataku mengerling ke arah jam dinding. Sudah masuk pukul 9.45 malam, namun kelibat Adam Usyair masih tak kelihatan. Hatiku diburu bimbang. Aku berkira-kira untuk menelefon umi tapi nanti dia fikir aku pulak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Tanganku hampir mencapai handphone namun ianya berbunyi dahulu. Nadia!
     " Assalamualaikum, mommy to be!" cerianya dia memberi salam.
     " Waalaikumsalam. Hai, happy semacam je ni? Kenapa?" soalku.
     " Sajalah! Hihi. Eh, suami kau dah balik ke belum?" soalnya. Aku diam seketika. Perlukah aku menceritakan perkara sebenar, atau harus menipu dia?
     " Tengah mandi," jawabku ringkas. Kedengaran dia mengumam.
     " Oh, takpelah kalau macam tu. Aku ingat nak ajak kau keluar makan, kat Bayou. Aku boring ni," kata Nadia. Boring? Mana Aziah?
     " Ye ke? Tak cakap awal-awal. Ni encik suami dah ada, susahlah nak keluar," jawabku lagi.
     " Tulah! Takpelah babe! Kau rehat ajelah kat umah. Bye!" kata Nadia lalu memutuskan talian. Aku tersandar. Mataku terpejam. Terasa sangat lelah. Secara tiba-tiba aku berasa kepalaku sakit dan seluruh tubuhku seram sejuk. Malas mahu memikirkan pasal Adam, aku terus melangkah naik ke bilik untuk tidur. Sungguh! Aku rasa aku dah demam!
***************************************************************************************************************
     " Eh, nampak May tak?" soal Imran. Semua menoleh. Nadia menggigit bibir, lalu matanya memandang jam. Sudah pukul 11.45 pagi dan bayang Maysarah masih belum kelihatan.
     " Kenapa?"soal Aziah. Belum sempat Imran menjawab, Adam keluar dari biliknya lalu menjerit.
     " Mana Maysarah? Pukul berapa dia nak masuk ofis ni?!" laung Adam dengan tegas. Nadia dan Aziah saling berpandangan. Sah! Mood bos tak berapa baik!
     " Nadia! Mana kawan baik awak tu?" jerit Adam pada Nadia. Terbangun Nadia kerana terkejut. Dia berpaling memandang wajah bos, merangkap suami kawan baiknya.
     " Err, I'm not sure, boss! She didn't called us!" jawab Nadia perlahan.
     " And you cannot called her, ask her? All of you? Sia-sia company bagi line office kalau seorang pun tak boleh nak cari dia! Ingat keja boleh tunggu dia ke, hah? Kalau rasa nak datang lewat baik suruh dia berhenti saja!" marah Adam lalu masuk kembali ke dalam biliknya. Semua staff terkejut apabila dia menghempas kuat pintu bilik. Nadia menoleh pada semua staff di situ.
     " Serious! Mana May? Dia tak call kau ke?" soal Zatul. Nadia menggegeleng. Hatinya bimbang. Pantas dia mendail nombor telefon Maysarah, namun hanya 'kakak setiausahanya' yang menjawab.
     " Dapat tak?" soal Zain. Nadia menoleh.
     " Tak dapat. Masuk voice mail lah!" jawabnya. Semua menyambung kerja manakala Nadia masih lagi menelefon Maysarah.
     Aku menarik selimut sehingga ke paras dada. Selesai solat subuh tadi, aku makan 2 biji panadol dan kembali tidur. Aku rasakan suhu panas badan semakin tinggi, takde tanda-tanda akan kebah. Tanganku mencapai telefon di sebelahku, dan menekan butang kekunci. Gelap. Allah, bateri out! Malasnya nak cas. Aku terus meletakkan kembali telefon di sebelah, dan menyambung tidur.
     Adam meraup rambutnya kasar. Bengang apabila talian telefon bimbit isterinya tidak dapat dihubungi. Allah, apesal off handphone pulak bini aku ni? hatinya menjerit marah. Sudahlah semalam si Yanti sibuk dok kacau aku kat site! Hari ni bini aku pulak buat perangai! hatinya membentak. Pantas dia mengemas semua fail yang ada dan mencapai kot, dan kunci kereta, lalu dia keluar.
     " Zain, saya keluar sekejap! Ada hal! Kalau Tan Sri cari saya, suruh dia call handphone saya," pesan Adam kepada Zain. Zain cuma mengangguk lalu menghantar pemergian bosnya dengan pandangan ekor mata.
**********************************************************************************************************
     Aku terasa pening, pantas aku bangun menuju ke bilik air. Tak semena-mena aku muntah, namun yang keluar hanyalah air saja. Allah, di mana suami aku time aku perlukan dia ni? hatiku menyoal. Aku membasuh muka dan bersandar di belakang pintu, sambil memejam mata. Terasa sangat tak selesa hari ni. Demam pulak, hatiku berkata. Terdiam aku tatkala terdengar pintu bilik dihempas kuat. Adam!
     " Kalau kau tak nak datang kerja pun, telefon ofis. Ini kau off handphone, lepas tu call haram tak lah!" tempelak Adam dari luar bilik air. Aku menekup mulut menahan tangis. Ya Rabbi, dia sendiri pun tak tahu aku sakit, kenapa nak marah-marah aku? hatiku menangis. Terkejut aku apabila terdengar Adam mengetuk pintu bilik air. Kasar.
     " Keluarlah! Buat apa dalam tu lama-lama? Kau tidur dalam tu ke?" jerkahnya. Sungguh! Aku kecut perut untuk keluar saat ini. Adam betul-betul naik angin. Apa aku nak buat ni? hatiku kembali sayu. Suami. Suami yang aku perlukan dah tiba tetapi....mood dia pulak spoil!
     " Maysarah!" jerkah Adam lagi, sambil mengetuk pintu bertalu-talu. Aku membasuh muka lalu mengesat dengan tapak tangan. Aku menarik nafas lalu membuka pintu. Kelihatan Adam berdiri tegak di luar dengan tangan bersilang. Mukanya merah padam. Aku melangkah perlahan menuju ke katil lalu duduk. Adam cuma melihat pergerakanku dengan ekor matanya.
     " Kenapa tak masuk keja?" soalnya dengan suara mengendur tetapi keras. Aku menaikkan kaki ke dalam selimut dan bersandar pada bantal. Adam menunggu jawapanku dengan muka yang merah padam.
     " Sayang tak sihat, pening kepala," jawabku. Terkejut aku melihat Adam menerpa ke arahku lalu tangannya diletakkan ke dahiku. Mukanya berkerut.
     " Kenapa tak call abang?" soalnya kembali lembut. Tak semena-mena air mataku mengalir. Ya Allah, aku amat merinduinya. Dia mengesat air mataku.
     " Tak larat nak bangun pun, macam mana nak call? Handphone batery out," jawabku tersedu-sedu. Adam memelukku erat. Aku menolak tubuhnya perlahan. Dia tercengang.
     " Panas," jawabku sepatah. Dia tergelak.
     " Jom, klinik?" soalnya. Aku menggeleng. Waktu macam ni aku lebih senang nak baring.
     " Sayang nak tidur je, tak larat rasanya nak berjalan," jawabku. Adam bangun lalu membetulkan selimut aku. Dia mengeluarkan telefon lalu mendail nombor telefon seseorang.
     " Nad, saya ambik cuti setengah hari, hari ni. Nanti bagitau Adlina, suruh dia tutupkan ofis tepat jam 6 petang. Ha, si May demam. Okey, bye!" kata Adam lalu mematikan talian. Dia kembali memandangku dengan senyuman. Aku tak berdaya untuk senyum dan akhirnya mataku terpejam. Adam menghampiri, lalu berbaring di sebelahku. Aku dapat rasakan dia memelukku erat, dan kami berdua hanyut dibuai mimpi.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

11 Januari 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 26

     Aku tersenyum sumbing sambil memandang wajah-wajah di depanku. Umi, abi, kak Adlina, abang Syed, Alya dan Afrina. Mereka semua cuba untuk melemparkan senyuman semanis mungkin padaku tapi aku dapat rasakan semuanya seolah-olah memaksa diri. Adam Usyair cuma menjeling.
     " Kenapa semua pandang saya macam tu?" soalku. Uih, menakutkan betullah family mertua aku malam ni. Umi tersentak, abi berdehem.
     " May okey?" soal umi. Akhirnya aku tergelak. Aku bangun lalu duduk di sebelahnya.
     " Umi, saya okeylah ni. Kenapa? Umi dengan abi tengok saya macam tak okey ke?" soalku sambil memeluk mesra bahunya. Umi memelukku lalu menitiskan air mata. Alamak! Janganlah menangis, umi oii..! Kang tak pasal-pasal aku turut keriau.
     " Umi malu anak umi buat menantu umi macam tu," luahnya. Lah! Itu ke yang buat dia hiba sangat? Aku tersenyum memandang abi lalu kembali memandang umi.
     " Umi, dah lah tu. Benda tu dah sebulan berlalu. Saya pun dah tak nak fikir lagi," jawabku perlahan. Abi menepuk belakangku, mesra.
     " Ikutkan hati akak ni kan, akak tak nak bagi dia ni datang langsung rumah umi. Memandangkan apa yang dia buat dengan kamu tu, tak berbaloi nak suruh dia pujuk kamu," bidas kak Adlina sambil mulutnya muncung ke arah Adam, manakala suamiku hanya mendiamkan diri. Hurm, ambik laa ubat, hatiku ketawa. Sekilas dia memandang tajam ke arahku, membuatkan senyumanku mati.
     " Umi jangan risau, saya dengan abang Adam dah berbaik," kataku memujuk umi.
     " Hurm, lama mana dia boleh buat baik dengan kamu tu?" kak Adlina terus-terusan menembak Adam. Aku melihat wajah Adam merah padam.
     " Yang kak Lin ni kenapa nak laga-lagakan orang pulak?" soal Adam dengan suara yang meninggi. Belum sempat kak Adlina menjawab, abi terlebih dahulu memotong.
     " Sudah! Adam, May, masuk bilik. Jangan difikirkan sangat. Hal tu dah selesai dan kita pun tak mahu berlarutan lagi," kata abi. Adam bangun dan terus menuju ke arah tangga tanpa menantiku. Aku tahu, dia marah dengan kak Adlina. Aku mencium pipi umi lalu aku bersalaman dengan abi, dan mereka semua. Pelukan erat kak Adlina sungguh membuatkan aku terharu. Aku meminta izin untuk naik ke bilik.
     " Kenapa Lin cakap macam tu dekat Adam?" soal Tan Sri Ghazali kepada anak perempuannya sebaik saja menantunya menghilangkan diri ke tingkat atas. Adlina memasamkan mukanya.
     " Kita nak mereka berbaik-baik semula. Sejak kejadian tu Lin pun tahu kan, berapa lama Adam tak pergi ofis? Kita janganlah mengeruhkan lagi keadaan," tegur abinya.
     " Lin tahu, abi. Tapi Lin geram sangat dengan perangai dia tu! Dah tahu dia dengan Yanti dah takde apa-apa hubungan, tak payahlah baik sangat nak tolong bagai!" Adlina mula memprotes. Syed Faris menepuk-nepuk bahu isterinya, tanda memintanya bersabar. 
     " Kak Lin pun, kak May sendiri mengaku dia dengan abang Adam dah berbaik-baik, kita pun tak payahlah nak ingat semula," kata Afrina. Puan Sri Sabrina berdehem.
     " Sudah, jangan bertengkar. Apa yang penting, May sudah balik ke sini. Kita jangan biarkan dia tertekan lagi dengan masalah-masalah lalu. Umi nak masuk bilik dulu," kata uminya lalu dia bangun beredar ke tingkat atas. Adlina, Alya dan Afrina turut bangun menuju ke bilik masing-masing. Abi cuma memandang menantu di depannya.
     " Syed, abi minta tolong, jaga sikit kelakuan anak abi tu. Abi tahu kamu terlalu sayangkan dia tapi jangan sampai dia hilang hormat kepada suaminya sendiri," tegur abi. Syed hanya tersenyum.
     " In shaa Allah, abi. Saya tahu di mana hak saya. Abi nak masuk tidur ke?" soal Syed.
     " Pergilah kamu masuk dulu. Abi nak habiskan baca tafsir Al-Quran," kata abi lalu bangun menuju ke bilik bacaannya. Syed bangun lalu mereka berdua beriringan menuju ke tingkat atas.
*****************************************************************************************************************************************************
     Aku berdiri tegak di belakang pintu sebaik saja pintu ditutup. Aku memandang ke arah katil, kelihatan Adam berbaring lurus sambil matanya memandang tepat ke arah siling. Perlahan aku berjalan menuju ke arah katil dan duduk agak menjauh darinya.
     " Abang marah kak Lin?" soalku. Diam, tiada jawapan. Aku menoleh, dan keadaan Adam masih juga begitu. Haih, kenapa laki aku nih? Aku naik terus atas katil lalu perlahan aku menghampirinya. Tanganku menepuk perlahan lengannya yang sedang memeluk bantal panjang di sebelahnya. Sekali tepuk dia tersentak, hampir bersilat. Aku cuma tercengang memandangnya, dan dia memandangku dengan pandangan kosong.
     " Apasal kau ni? Masuk tak bagi salam lepas tu main tampar-tampar tangan aku pulak!" jerkahan Adam membuatkan aku terkebil-kebil. Serta-merta hatiku rasa tersentap. Belum sempat Adam mencapai lenganku, aku sudah berbaring membelakangkannya dan terus menarik selimut menutup seluruh tubuh. Terasa dia mendekatiku lalu memegang bahuku namun aku cuma mengeraskan diri. Apesal angin-angin nak marah-marah aku pulak? Ikutkan hati ni, aku yang patut marah dia. Huh! hatiku menjerit sakit.
     " Yayang, maafkan abang," katanya perlahan. Aku berpura-pura memejamkan mata rapat-rapat. Malas aku nak layan orang tengah angin macam dia ni.
     " I'm sorry, yayang. I thought Yanti was here,"katanya. Arrgghh!! Kenapa nak samakan aku dengan Yanti pulak? hatiku berterusan menjerit sakit. Dia terus memelukku dengan erat, sambil mengucapkan kata maaf.
     " Jauh sikit, boleh tak? Rimaslah!" aku bersuara keras dari dalam selimut. Adam terdiam. Tanpa diketahuinya, air mataku menitis. Aku memeluk bantal panjang lalu tidur dalam hiba.
     Adam meraup mukanya lalu memandang ke arah tubuh isterinya yang berbungkus selimut. Lama diperhatikan, sehingga dia terdengar esakan tersedu-sedu tahan tangis dari dalam selimut. Ah, sudah! hatinya merungut. Terus dia memeluk erat untuk menenangkan hati isterinya yang baru saja dikasari tanpa sengaja.
     " Abang minta maaf, yayang. Abang betul-betul tak sengaja tadi. Abang tak berniat pun," katanya. Esakan yang aku tahan-tahan tadi, akhirnya pecah jua. Sayu aku melagukan tangis dan ku rasa Adam berasa sangat menyesal. Aku mengeraskan diri dari berpaling mengadapnya, manakala dia berterusan memaksa aku berpaling.
     " Abang minta maaf, yayang. Abang betul-betul tak sengaja," katanya lagi. Aku pejamkan mata dan aku harap, cepatlah masa berlalu pergi. Adam cuba untuk memujuk lagi namun dibatalkan hasrat hatinya. Akhirnya malam tu kami masing-masing tidur dengan hati yang membengkak.
***************************************************************************************************************************************************
     Aku perasan hampir beberapa kali Adam Usyair keluar masuk biliknya, samada ke tempat Zain, tandas atau pantry. Tu bukan apa, nak tegur akulah tu! Huh! Aku meneruskan kerja yang dah aku tinggalkan hampir SEBULAN! Fail Menara Petronas aku teliti, dan apabila hampir aku membuka fail baru dalam laptop, terdengar dia menjerit.
     " Zain, awak ada nampak tak mana fail Menara Petronas?" laungnya dari pintu bilik. Spontan aku mencampakkan fail tu melalui atas kepala Nadia dan Aziah, melayang terus jatuh atas lantai, betul-betul di sebelah kaki Zain. Tercengang mereka semua melihat tindakan aku tu. Nak sangat kan? Ambiklah!
     " Err....," Zain bersuara sekejap sambil menunjukkan fail itu di kakinya. Hahaha. Kelat masam pahit muka laki aku. Adam memegang birai pintu sambil menunduk seketika, kemudian kepalanya dipanggungkan semula.
     " Err, takpelah! Bagi jelah Maysarah fail tu," jawabnya dengan suara perlahan.
     " Saya tak nak! Kalau bos nak, bos ambik! Saya boleh buka fail area lain," jawabku lantang sambil mencapai fail atas meja Zatul, dan kini giliran Zatul pulak terpinga-pinga.
     " Eh?" hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Zatul. Aku terus membuka fail tersebut.
     " Eh?" dan kali ni giliran aku pulak yang tercengang. Fail area Jalan Duta, merangkumi Istana Negara dan Kompleks Mahkamah? Besar siot! Ah, belasah jelah!
     " Awak bagi je fail tu pada May," sekali lagi Adam bersuara tegas, dan aku pulak memandang ke arah Zain yang hanya memegang fail tu. Zain kelihatan serba-salah, antara nak bagi pada aku atau bos dia. Aku yang memang tengah sakit hati pasal semalam lagi, terus bangun menuju ke arah Zain, lalu aku mengambil fail tersebut dari tangan Zain, dan melangkah ke arah Adam. Terkedu dia apabila aku berdiri tegak di depannya sambil fail itu aku hulurkan.
     " Ambik!" aku bersuara tegas. Dia cuma memandangku dengan serius.
     " Kalau saya tak nak ambik?" soalnya. Ya Allah, memain sungguh la laki aku ni! Aku menarik tangannya lalu aku meletakkan fail tersebut di atas tangannya. Namun belum sempat aku menarik tanganku kembali, dia sudah menarik tanganku untuk mengikutnya masuk ke dalam bilik. Aku pulak yang kembali tercengang apabila dia sudah menutup pintu. Mukanya merah padam. Aku menarik nafas lalu memandang ke arah dinding. Sabar, May..sabar, hatiku memujuk.
     " Kenapa ni? Apa yang temper sangat hari ni?" soalnya dengan suara yang ditahan. Aku berpaling.
     " Susah sangat nak faham ayat saya ke? Saya kata tak nak, tak naklah! Tak faham jugak ke?" soalku dengan suara yang hampir ku tinggikan. Dia melangkah merapatiku, dan aku pulak kembali cuak, mula mengundur ke belakang.
     " Sapa bos kat sini?" soalnya. Aku diam. Memanglah dia bos, tapi tadi dah nak sangat fail tu sampai menjerit-jerit kat staff, ambik jelah! Apa yang susah sangat? aku membebel.
     " Apa yang susah sangat May nak ikut arahan abang?" soalnya. Aku terperangkap di dinding, dan dia mengepungku dengan tangannya.
     " Tepilah! Saya sibuk!" kataku sambil menolak tangannya, namun dia berkeras. Hampir bergelut seketika aku dengan Adam. Ini kalau staff lain masuk, mesti gelak besar tengok gelagat kami. Hampir aku dapat melepaskan diri namun tangannya tiba-tiba terkena perutku. Terkaku aku seketika, menahan senak. Aku memejamkan mata lalu memegang perutku. Allah, kesian anak ibu!
     " Yayang?" soalnya lalu cuba memeluk bahuku. Aku menepis.
     " Saya sibuk sangat, izinkan saya keluar," aku bersuara perlahan sambil cuba melangkah menuju ke pintu, namun hanya beberapa tapak aku rasakan perutku senak sangat. Aku hampir-hampir terduduk namun cepat-cepat Adam menyambutku dari jatuh.
     " Yayang, kenapa ni?" soalnya cuak, sambil membawaku ke sofa. Aku duduk lalu bersandar. Dia bangun menuju ke mejanya lalu menuang segelas air mineral lalu diberikan padaku. Aku menolak perlahan lalu memejamkan mata. Ya Allah, ada suami pun suka sangat cari pasal! Terasa perutku diusap perlahan oleh Adam. Aku membuka mata, lalu memandangnya. Dia yang sedang meletakkan telinganya di perutku, tidak menyedari aku sedang memerhatikannya. Terasa sayu tengok suasana macam tu.
     " Awak masih berhubung dengan dia?" soalku secara tiba-tiba. Dia memandangku sekilas, lalu duduk menegak. Aku terus memandangnya.
     " Tak," jawab sepatah.
     " Kenapa semalam terkejut sangat?" soalku. Dia bersandar di sebelahku.
     " Ingatkan dia yang masuk bilik," jawabnya lagi. Aku mengerutkan kening.
     " Kenapa fikir macam tu?" soalku.
     " Diperangkap macam tu dulu. Fobia lagi la yayang," keluhnya perlahan. Oh! Patutlah sakan nak bersilat dengan aku malam tadi. Jadi betul la kata Tarmizi, tunang ateh. Aku terdiam.
     " Kenapa? Yayang fikir abang masih berhubung dengan dia?" soalnya pula.
     " Kenapa tak kahwin dengan dia?" soalku pulak.
     " Yayang nak ke bermadu dengan dia?" soalnya.
     " Kalau awak sah berkahwin dengan dia, saya mintak cerai," jawabku ringkas. Terus dia duduk tegak.
     " Tau tak berdosa meminta cerai dari suami?" soalnya dengan marah.
     " Saya kata, kalau! Apehal ni? Tak faham bahasa melayu ke?" sindirku. Dia memandang tajam ke arahku. Aku mengusap perut perlahan lalu cuba berdiri.
     " Sakit ke?" soalnya bimbang. Aku menoleh.
     " Tangan awak tu tangan besi. Perut saya ni lembut, tentulah sakit!" aku menjawab sedikit keras.
     " Tak payah sambung kerja. Jom abang bawak pegi klinik," katanya lalu berdiri.
     " Tak payah!" kataku lalu cuba untuk keluar.
     " Jangan degil sangat, boleh tak?" soalnya keras. Aku berdiri kaku di pintu.
     " Tahu tak kenapa abang tak kahwin dengan dia?" soalnya. Aku diam.
     " Sebab abang dah ada seorang isteri yang abang sayang sehingga ke akhir hayat abang, dan abang tak nak isteri lain lagi," jawabnya. Tahu dah, Mizi dah bagitau, hatiku berkata.
     " Erm...," tu je aku mampu jawab.
     " Hah, jom pegi klinik!" katanya menukar topik.
     " Tak payah. Balik nanti boleh pegi," jawabku lalu membuka pintu dan terus keluar. Adam yang memanggil namaku, takku hiraukan. Aku terus berjalan menuju ke mejaku.
     " Damn it!" kata Adam keras lalu menumbuk meja.
*********************************************************************************************************************************************
     " Oit! Kau ni apehal? Cari pasal dengan suami tercinta kau tu?" soal Nadia sambil memandangku dengan hairan. Aku menjeling.
     " Kau ni, macamlah tak kenal bos kau tu," jawabku dengan selamba. Nadia tergelak.
     " Helo, makcik! Bos aku tu suami kau ek! Jangan nak buat lawak sengal kat sini," katanya. Tiba-tiba Zain dan Imran bangun menghampiri kami.
     " Kau ni kan, berani lempar fail macam tu kat aku! Aku tak boleh bayangkan kalaulah fail tu mendarat atas kepala Nad atau Azie, mau biol diorang kejap," kata Zain. Kami tergelak.
     " Nasib fail nipis je, kalo tebal memang betul-betul landing atas kepala akulah tu," jawab Aziah.
     " Sorry lah, aku tak plan pun nak layangkan fail tu atas kepala korang, tapi tadi angin jugaklah," kataku.
     " Staff paling berani di abad ini," perli Nadia.
     " Berani la, dah bos tu laki dia. Kalau aku yang buat macam tu, alamatnya notis 24 jam la aku dapat," jawab Zatul yang dari tadi mendiamkan diri. Kami semua ketawa.
     " Kau confirm nak buka fail Jalan Duta?" soalnya pula. Aku menoleh.
     " Tak naklah! Besar sangat!" jawabku. Zatul mencebik.
     " Dah tu tadi ambik buat ape? Wayang?" soalnya.
     " Wayang jelah!" jawabku lalu ketawa. Zain dan Imran sudah balik ke meja masing-masing.
     " Hampeh punya Maysarah," kata Zatul. Aku mengekek ketawa. Suasana kembali sepi bila kami masing-masing menyambung kerja, sehingga waktu menginjak ke pukul 6 petang. Seorang demi seorang staff sudah pulang, tinggal aku dengan Zain saja.
     " May, aku balik dulu," kata Zain. Aku cuma mengangkat tangan melambai namun mataku tetap pada kertas kerja dan laptop. Suasana kembali sunyi dan dingin. Seketika kemudian terdengar pintu bilik Adam tertutup. Aku malas nak tengok jadi aku terus menyambung kerjaku.
     " Tak nak balik?" soalan Adam betul-betul membuatkan aku terperanjat. Habis bersepah kertas kerja di atas mejaku. Aku menjeling, melihat Adam menongkat dagu di atas cubic Nadia.
     " Tak nak!" aku menjawab ringkas.
     " Abang nak tutup ofis dah ni yayang," katanya. Oh, tidak! Kalau fikirkan yang ni bukan company ayah dia, aku tak ingin nak balik dengan dia. Biarlah aku OT sampai malam. Tapi memandangkan aku ni kahwin dengan anak tuan punya company maka dengan terpaksa aku kena balik jugaklah, kan? Huh! Pantas aku mengemas semua kertas lalu aku selitkan saja di dalam fail. Adam membantu mengemas meja dan mengambil beg tanganku. Selesai semuanya, kami bergerak menuju ke pintu besar. Usai mengunci pintu, kami menuju ke arah lif.
     " Cubalah senyum sikit, yayang," usiknya sewaktu kami berada di dalam lif. Aku cuma menjeling.
     " Asyik masam je...nanti baby masam jugak," usiknya lagi sambil tersengih-sengih.
     " Eh, suka hati sayalah nak masam ke, manis ke? Penting ke nak senyum untuk awak?" soalku dengan selamba. Dia mengeluh. Senyumannya mati. Akhirnya dia terus membisu sehingga kami sampai di rumah.
     Sungguh! Aku terasa sangat-sangat berdosa bila menjawab dengan suamiku begitu tadi. Suasana dalam rumah menjadi asing bagiku dengan Adam apabila Adam hanya mendiamkan diri saja. Tiada usikan, pujukan atau kata-kata romantis memujukku seperti selalu. Aku pulak yang rasa tak selesa.
     Sewaktu menonton tv, aku berdiri di tepi tangga. Untuk menghampirinya, aku tidak berani. Namun aku tidak sedar bila masa kakiku melangkah lalu duduk di sofa berhampiran. Dia sikit pun tidak menoleh ke arahku. Akhirnya aku mengalah.
     " Abang, nak makan?" soalku perlahan. Tiada jawapan mahu pun jelingan, dia terus bangun menuju ke arah bilik tamu di sebelah tangga, lalu terus menutup pintu. Aku tersentak. Sah! Adam Usyair terasa hati! Aku jadi gelisah. Aku bangun lalu menutup siaran tv, dan berjalan menuju ke bilik tamu. Aku merapati dan cuba untuk mendengar tapi sepi. Aku cuba membuka pintu, namun berkunci. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Suami merajuk! Allah, Allah! hatiku beristighfar.
     Dengan hati yang sayu, aku berjalan menuju ke arah tangga lalu naik menuju ke bilik. Sampai dalam bilik, aku terus baring sambil berfikir. Apa yang harus aku buat untuk memujuk hatinya semula ye? hatiku gundah. Aku berpaling sebelah kananku. Kosong. Terasa aneh sangat! Aku cuba memejam mata namun otakku berjalan. Malam itu tidurku tidak lena seperti selalu.

Korang enjoy tak baca post ni? Kalo korang suka boleh LIKE ye.. Terima kasih... :)

Copyright @ Segala Yang Tercatat di atas Adalah Hak Milik : Miss Yatt Hashim