12 Januari 2013

SriKaNDi CiNtAkU - part 27

     Pagi itu aku terlewat bangun, terjaga lepas tersedar pintu pagar jiran sebelah dibuka. Cepat-cepat aku bersolat subuh sebelum turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Tiba di tangga terakhir, aku berdiri kaku di sebelah bilik tamu. Senyap. Eh, laki aku ni tak keja ke? hatiku berbisik. Aku abaikan dan terus menuju ke dapur. Pantas menyiapkan sarapan ala kadar, aku naik semula ke tingkat atas untuk bersiap. Sebaik turun ke dapur semula, aku pelik kerana sarapan masih tidak terusik. Mataku mengerling jam dinding, hampir 7.45 pagi. Aku berlalu menuju ke bilik tamu dan berdiri di pintu. Aku tarik nafas panjang, sebelum menghelanya kembali.
     " Abang, dah bangun belum?" soalku sambil mengetuk pintu. Diam, tiada jawapan. Aku ketuk lagi.
     " Abang, bangun cepat, nanti lewat nak ke ofis," panggilku lagi. Pun sama, masih tiada jawapan. Aku menggigit bibir, lalu aku berpaling, menuju ke pintu besar.
     " Abang ni, kalau marahkan sayang pun tak payahlah mogok sampai macam ni. Hari ni keja tau, bukan hari minggu," kataku sambil mencapai kunci rumah. Sambil membuka pintu, mataku kembali menjeling ke arah bilik tamu, mengharapkan Adam keluar dari biliknya.
     " Sayang tunggu abang....." kata-kataku terhenti sebaik saja pintu utama dibuka. Aku tergamam, malah terasa sangat hiba. Kereta BMW Adam tiada! Maknanya, aku ditinggalkan! Dari tadi hanya aku berbicara seorang diri. Sebak bertandang dalam hati, namun aku tahan. Aku menarik nafas panjang dan melepaskan lelah. Air mata yang ku tahan, akhirnya gugur jua. Melorot aku terduduk di birai pintu sambil membiarkan air mataku terus mengalir.
     " Sampai hati abang tinggalkan sayang," kataku sayu. Macam mana nak pegi keja ni? Keta Myvi berada di rumah umi. Allah! Aku memegang perutku lalu bangun, dan menutup pintu kembali. Terasa semangat habis melayang bila melihat suami pergi tanpa menungguku. Adakah kerana dia terasa hati denganku semalam? Sepatutnya aku yang terasa hati bila dia herdik aku macam tu kan? Sape yang mengandung ni? Aku ke, dia? Dengan perasaan yang lemah, aku menapak naik ke bilik lalu bersiap untuk ke ofis.
**********************************************************************************************************************************
     Sampai di GSA Holdings, aku pelik melihat ketiadaan kereta Adam. Aku mencari dia dalam bilik namun tiada. Spontan mataku terpandang ke arah Zatul yang baru tiba dan aku memanggilnya.
     " Aik? Laki kau pun kau tak tahu mana dia pegi? Kau biar betul, May," jawab Zatul sebaik saja aku ajukan soalan padanya. Aku menjeling.
     " Semalam aku tido umah mertua aku," bohongku. Dia mengangguk.
     " Setahu aku, hari ni dia cakap dia ada meeting kat Gombak," jawabnya. Giliran aku pula menganggukkan kepala. Aku terus menyambung kerja semalam di dalam biliknya sambil menanti kehadirannya sebaik saja aku tahu jawapan dari Zatul. Kusyuk menyiapkan tugasan, aku tersedar apabila berasa lapar. Aku kerling jam tangan, hampir pukul 1 petang. Baru aku teringat, aku tidak menjamah sarapan pagi ni. Aduh, kesian, anak ibu lapar ye, aku bercakap sendirian. Aku bersandar lalu memejamkan mata, terasa sangat letih dan mengantuk. Waktu rehat itu aku hanya tidur sementara menanti waktunya habis.
     Aku tersedar apabila terasa sangat sejuk. Sebaik buka mata, aku terkedu. Aku masih bersendirian dalam bilik Adam, tiada tanda-tanda yang dia masuk ofis hari ni. Aku memandang jam tangan. Ya Allah, lamanya aku tidur, hampir pukul 4.30 petang. Aku terus interkom Nadia.
     " Nad, bos kau tak masuk ofis ek?" soalku.
     " Tak nampak pun! Kenapa? Kau okey tak ni?" soalnya. Aku diam, berkecil hati sebenarnya.
     " Err, balik ni aku tumpang kau boleh tak? Aku tak drive, pening kepala," kataku sayu.
     " Boleh, no problem! Tapi keluar awal la ye?" kata Nadia. Aku bersetuju. Sebaik saja meletakkan telefon, aku kembali menyambung kerja. Terasa kepalaku semakin berat, dan mata semakin pedih. Haih, tanda-tanda demam selesema nak menyeranglah ni! Baru beberapa kali semak, aku meletakkan kepala di atas meja, kembali terlena.
**********************************************************************************************************************
     Nadia drop aku sampai ke rumah. Aku tersentuh hati, Adam masih belum pulang. Aku mencapai beg tangan dan membuka pintu. Sebelum keluar, Nadia memanggil.
     " Kau okey ke tak ni?" soalnya dengan riak wajah yang bimbang. Aku tersenyum.
     " Nak selesema. Aku kan buat keja dalam bilik bos kau! Sejuk siot!" jawabku sambil ketawa, menutup lara di hati. Nadia tersengih.
     " Aku tak nampak pun kereta laki kau? Dia tak balik lagi ke?" soalnya lagi. Aku diam, masih mencari-cari jawapan untuk diberikan pada Nadia dan diri aku sendiri.
     " Balik umah mak dia la tu, dia ingat aku balik sana," jawabku. Entah ye, entahkan tidak si Adam balik ke rumah uminya.
     " Lah, ye ke? Kenapa kau tak cakap? Kalau tak aku drop kau kat sana je," kata Nadia. Aku terkejut.
     " Eh, takpe! Ni pun dah cukup baik kau tumpangkan aku sampai umah. Nanti baliklah tu," aku menjawab lalu keluar.
     " Emm, takpelah kalau macam tu. Take care, kalau ada apa-apa, cepat-cepat call aku atau suami kau!" kata Nadia prihatin. Aku tergelak.
     " Baru 7 bulan, okey? Belum nak keluar lagi baby ni. By the way, thanks a lot, Nad!" jawabku lalu menutup pintu keretanya. Dia membunyikan hon sekali lalu memecut pergi. Aku kembali menatap pintu pagar rumah dengan perasaan yang bercampur-baur. Perlahan-lahan aku menapak menuju ke arah pagar, dan membukanya. Sebaik mengunci pagar, aku berlalu masuk ke dalam.
     Aku membuka almari mengambil baju tidur lalu meletakkan atas katil. Kemudian aku terpandang pada tuala mandi Adam yang bersidai di penyidai sebelah bilik air. Aku merapati dan memegang tualanya. Kering. Maknanya Adam tak balik rumah hari ni. Aku mengeluh, lalu mengusap perutku perlahan. Dengan lemah longlai aku melangkah masuk ke dalam bilik air.
     Usai mandi, aku terus menunaikan solat maghrib, dan terus menanti waktu Isya'. Selesai solat, aku mengemas telekung dan sejadah, lalu aku turun ke dapur. Sarapan pagi tadi aku bawak ke ruang tamu, dan itulah makanan tengahari merangkap malamku hari ini. Mujur bukan nasi goreng atau bihun goreng, kalau tak mesti dah basi. Roti bakar sapu majerin tiga keping akhirnya masuk ke perutku. Mataku mengerling ke arah jam dinding. Sudah masuk pukul 9.45 malam, namun kelibat Adam Usyair masih tak kelihatan. Hatiku diburu bimbang. Aku berkira-kira untuk menelefon umi tapi nanti dia fikir aku pulak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Tanganku hampir mencapai handphone namun ianya berbunyi dahulu. Nadia!
     " Assalamualaikum, mommy to be!" cerianya dia memberi salam.
     " Waalaikumsalam. Hai, happy semacam je ni? Kenapa?" soalku.
     " Sajalah! Hihi. Eh, suami kau dah balik ke belum?" soalnya. Aku diam seketika. Perlukah aku menceritakan perkara sebenar, atau harus menipu dia?
     " Tengah mandi," jawabku ringkas. Kedengaran dia mengumam.
     " Oh, takpelah kalau macam tu. Aku ingat nak ajak kau keluar makan, kat Bayou. Aku boring ni," kata Nadia. Boring? Mana Aziah?
     " Ye ke? Tak cakap awal-awal. Ni encik suami dah ada, susahlah nak keluar," jawabku lagi.
     " Tulah! Takpelah babe! Kau rehat ajelah kat umah. Bye!" kata Nadia lalu memutuskan talian. Aku tersandar. Mataku terpejam. Terasa sangat lelah. Secara tiba-tiba aku berasa kepalaku sakit dan seluruh tubuhku seram sejuk. Malas mahu memikirkan pasal Adam, aku terus melangkah naik ke bilik untuk tidur. Sungguh! Aku rasa aku dah demam!
***************************************************************************************************************
     " Eh, nampak May tak?" soal Imran. Semua menoleh. Nadia menggigit bibir, lalu matanya memandang jam. Sudah pukul 11.45 pagi dan bayang Maysarah masih belum kelihatan.
     " Kenapa?"soal Aziah. Belum sempat Imran menjawab, Adam keluar dari biliknya lalu menjerit.
     " Mana Maysarah? Pukul berapa dia nak masuk ofis ni?!" laung Adam dengan tegas. Nadia dan Aziah saling berpandangan. Sah! Mood bos tak berapa baik!
     " Nadia! Mana kawan baik awak tu?" jerit Adam pada Nadia. Terbangun Nadia kerana terkejut. Dia berpaling memandang wajah bos, merangkap suami kawan baiknya.
     " Err, I'm not sure, boss! She didn't called us!" jawab Nadia perlahan.
     " And you cannot called her, ask her? All of you? Sia-sia company bagi line office kalau seorang pun tak boleh nak cari dia! Ingat keja boleh tunggu dia ke, hah? Kalau rasa nak datang lewat baik suruh dia berhenti saja!" marah Adam lalu masuk kembali ke dalam biliknya. Semua staff terkejut apabila dia menghempas kuat pintu bilik. Nadia menoleh pada semua staff di situ.
     " Serious! Mana May? Dia tak call kau ke?" soal Zatul. Nadia menggegeleng. Hatinya bimbang. Pantas dia mendail nombor telefon Maysarah, namun hanya 'kakak setiausahanya' yang menjawab.
     " Dapat tak?" soal Zain. Nadia menoleh.
     " Tak dapat. Masuk voice mail lah!" jawabnya. Semua menyambung kerja manakala Nadia masih lagi menelefon Maysarah.
     Aku menarik selimut sehingga ke paras dada. Selesai solat subuh tadi, aku makan 2 biji panadol dan kembali tidur. Aku rasakan suhu panas badan semakin tinggi, takde tanda-tanda akan kebah. Tanganku mencapai telefon di sebelahku, dan menekan butang kekunci. Gelap. Allah, bateri out! Malasnya nak cas. Aku terus meletakkan kembali telefon di sebelah, dan menyambung tidur.
     Adam meraup rambutnya kasar. Bengang apabila talian telefon bimbit isterinya tidak dapat dihubungi. Allah, apesal off handphone pulak bini aku ni? hatinya menjerit marah. Sudahlah semalam si Yanti sibuk dok kacau aku kat site! Hari ni bini aku pulak buat perangai! hatinya membentak. Pantas dia mengemas semua fail yang ada dan mencapai kot, dan kunci kereta, lalu dia keluar.
     " Zain, saya keluar sekejap! Ada hal! Kalau Tan Sri cari saya, suruh dia call handphone saya," pesan Adam kepada Zain. Zain cuma mengangguk lalu menghantar pemergian bosnya dengan pandangan ekor mata.
**********************************************************************************************************
     Aku terasa pening, pantas aku bangun menuju ke bilik air. Tak semena-mena aku muntah, namun yang keluar hanyalah air saja. Allah, di mana suami aku time aku perlukan dia ni? hatiku menyoal. Aku membasuh muka dan bersandar di belakang pintu, sambil memejam mata. Terasa sangat tak selesa hari ni. Demam pulak, hatiku berkata. Terdiam aku tatkala terdengar pintu bilik dihempas kuat. Adam!
     " Kalau kau tak nak datang kerja pun, telefon ofis. Ini kau off handphone, lepas tu call haram tak lah!" tempelak Adam dari luar bilik air. Aku menekup mulut menahan tangis. Ya Rabbi, dia sendiri pun tak tahu aku sakit, kenapa nak marah-marah aku? hatiku menangis. Terkejut aku apabila terdengar Adam mengetuk pintu bilik air. Kasar.
     " Keluarlah! Buat apa dalam tu lama-lama? Kau tidur dalam tu ke?" jerkahnya. Sungguh! Aku kecut perut untuk keluar saat ini. Adam betul-betul naik angin. Apa aku nak buat ni? hatiku kembali sayu. Suami. Suami yang aku perlukan dah tiba tetapi....mood dia pulak spoil!
     " Maysarah!" jerkah Adam lagi, sambil mengetuk pintu bertalu-talu. Aku membasuh muka lalu mengesat dengan tapak tangan. Aku menarik nafas lalu membuka pintu. Kelihatan Adam berdiri tegak di luar dengan tangan bersilang. Mukanya merah padam. Aku melangkah perlahan menuju ke katil lalu duduk. Adam cuma melihat pergerakanku dengan ekor matanya.
     " Kenapa tak masuk keja?" soalnya dengan suara mengendur tetapi keras. Aku menaikkan kaki ke dalam selimut dan bersandar pada bantal. Adam menunggu jawapanku dengan muka yang merah padam.
     " Sayang tak sihat, pening kepala," jawabku. Terkejut aku melihat Adam menerpa ke arahku lalu tangannya diletakkan ke dahiku. Mukanya berkerut.
     " Kenapa tak call abang?" soalnya kembali lembut. Tak semena-mena air mataku mengalir. Ya Allah, aku amat merinduinya. Dia mengesat air mataku.
     " Tak larat nak bangun pun, macam mana nak call? Handphone batery out," jawabku tersedu-sedu. Adam memelukku erat. Aku menolak tubuhnya perlahan. Dia tercengang.
     " Panas," jawabku sepatah. Dia tergelak.
     " Jom, klinik?" soalnya. Aku menggeleng. Waktu macam ni aku lebih senang nak baring.
     " Sayang nak tidur je, tak larat rasanya nak berjalan," jawabku. Adam bangun lalu membetulkan selimut aku. Dia mengeluarkan telefon lalu mendail nombor telefon seseorang.
     " Nad, saya ambik cuti setengah hari, hari ni. Nanti bagitau Adlina, suruh dia tutupkan ofis tepat jam 6 petang. Ha, si May demam. Okey, bye!" kata Adam lalu mematikan talian. Dia kembali memandangku dengan senyuman. Aku tak berdaya untuk senyum dan akhirnya mataku terpejam. Adam menghampiri, lalu berbaring di sebelahku. Aku dapat rasakan dia memelukku erat, dan kami berdua hanyut dibuai mimpi.